Saya
dengan berbesar hatinya ingin berkongsi dengan anda suatu kisah yang mendera
jiwa. Terlebih dahulu sila baca sajak di bawah. Sekian terima kasih, jasamu
dikenang.
Wahai
orang yang sedang beribadat di dua tanah haram,
Jika kamu melihat kami nescaya kamu faham
Jika kamu melihat kami nescaya kamu faham
Bahawa
kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.
Orang-orang
itu membasahi lehernya dengan air mata,
Sedang
tengkuk kami berlumuran dengan darah
Dia
memenatkan kudanya di dalam sia-sia
Sedangkan
kuda-kuda kami penat di hari peperangan
Kamu
berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami
Adalah
peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan
Telah
datang kepada kami sabda Nabi kita
Kata-kata
yang benar, tepat dan bukan dusta
Tidak
akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang,
Dengan
asap neraka yangmenyala
Kitab Allah ini telah menyebut di
hadapan kita bahawa
Orang yang mati syahid itu tidak mati
Ini bukan satu dusta
Orang yang mati syahid itu tidak mati
Ini bukan satu dusta
Smart sajak
di atas. Saya tahu. Sajak yang smart sedemikian sah-sah bukan nukilan saya. Ok
tak nak merepek panjang.
Sajak ini diungkapkan oleh Abdullah
bin al-Mubarak kepada ahli ibadah yang
berada tanah haram Makah al
Mukarramah yakni al-Fudhail bin Iyadh Rahimahullah.
Al-Fudhail digelar sebagai ahli ibadah
di dua tanah haram (Mekah dan Madinah). Beliau terkenal dengan banyak menangis.
Kerana itulah Abdullah bin al-Mubarak menyindirnya
dengan menyebut tentang air mata.
Tahukah anda kenapa sajak berunsur
sindiran ini ditujukan khas buat Fudhail? Sebab pada waktu tu beliau ni enggan
turut sama berjihad bersama angkatan tentera, kerana beliau lebih mengutamakan
untuk beribadah.
Sebegitu panas dan mendalam lagi
menusuk sajak yang diutarakan ini kepada Fudhail, kerana keengganan dia
berjihad ekoran ingin beribadah. Hello beribadah kot. Agak-agaknya buat
kita-kita yang enggan apatah lagi malu-malu untuk berjihad atas jalan dakwah
ni, sajak apakah yang selayaknya?
Buat aku yang enggan berjihad kerana
ingin bersenang lenang bersama rakan dan teman, enggan berjihad di atas jalan
ini kerana sibuk melayan filem-filem tempatan dan antarabangsa, enggan turut
berjihad semata-mata kerana ingin bermanja dengan kucing kesayangan, enggan kerana
semata-mata ingin duduk di atas kerusi urut berjenama Ogawa itu, sajak yang
bagaimanakah harus dituju?
T_t
Fuh fuh fuh
Sikit lagi, saya nak kongsi petikan
dari buku al Muntalaq ini, lepas baca boleh la anda cari gaung berdekatan untuk
terjun serta merta. Anda? Oh silap. Saya je kot.
Apalah yang patut kita katakan
kepada orang yang pada hari ini
meninggalkan jihad dan dakwah,
tidak amar makruf dan nahi mungkar, bukan
kerana banyak beribadat, tetapi
untuk berehat, bermewah, mengumpulkan
harta dan memuaskan hati suami
atau isterinya?
Apakah tidak patut kita katakan
kepada ahli ibadat hari ini apa yang telah di
katakan Abdullah bin Al-Mubarak:
“Wahai ahli ibadah, sekiranya
kamu melihat bagaimana da’i Islam
bertarung dengan pendukung
kekafiran (jahiliyyah) puak-puak yang sesat,
barulah kamu tahu yang kamu
hanya bermain-main di dalam ibadatmu.”
Jika ahli ibadat merasa bengkok
belakangnya kerana terlalu banyak
melakukan solat, kering tekak
kerana terus-menerus berpuasa, para da’i pula
bengkok belakang mereka kerana
setelah solat fardhu dan sunat, mereka
terpaksa ke sana ke mari pula
membincangkan dan merencanakan pelbagai
urusan dan maslahah umat Islam.
Tekak mereka pula kering kerana banyak
bekerja dan bergerak. Mereka
mengorbankan darah mereka hinggakan jasad jasad
mereka terkulai di tali gantung
-Muntalaq
---------------
Terjunnnnnnnn
3 comments:
lama tak nampak Inspektor kat sini.. Btw, Habiburrahim pun tengah bedah muntalaq cuti ni.. heh.
IS!!! fuhh fuhh..lme x jmpe!
agak spoiler di situ...
lama lama
smart smart, muntalaq sangt smart :)
nk bedah gak ni hoho
misteri sunggguhh
Post a Comment