Barangkali, Bila Puasa Ramadhan menjelma, Kita dihidangkan dengan
Surah Al-Baqarah 2:183;
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,"
Dalam ayat ini, kita mengetahui bahawa idea berpuasa adalah untuk mencapai "ketakwaan". Selain itu, Puasa juga diwajibkan ke atas Umat yang terdahulu. Tidak hairanlah, jika Agama lain juga mempunyai syariatnya yang tersendiri dalam berpuasa.
dan juga 2 ayat seterusnya, 2:184,185..
Dalam Artikel ini:
Ana tidak mahu menyentuh Puasa-puasa yang biasa didengari (dan boleh didapati ilmu ini dari mana2 Ustaz), seperti
- puasa Nabi Daud a.s. yang berselang-seli,
- puasa Nabi Muhammad s.a.w. mengikut syariat Yahudi pada awalnya (iaitu puasa selama sehari suntuk, dan tidak dapat bersenggama dengan Isteri pada malam hari), di mana kemudiannya dimansukhkan dengan Puasa Ramadhan. atau juga tentang puasa Asyura yang jatuh pada hari ke 10 Bulan Muharram di mana Nabi s.a.w. berpuasa bersama-sama bersama masyarakat Quraisy dan masyarakat Yahudi juga berpuasa.