Thursday, December 13, 2012

Ashabul Kahfi





Thevenin’s and Norton’s theorems are applied to ac circuits in the same way as…
Aahhh! Tak masuk. Tak masuk!

Pandangannya meliar ke sekeliling bilik. Aduhhh…parah! Sumber halwa telinga tak ada! Laptop dah angkut ke kedai nak kena baiki. Nak pinjam housemate memang seribu tahun cahaya lagi la malam-malam ni. Si Alf, Bet dengan Phi tu memang susah nak lekat kat rumah malam-malam. Telefon bimbit lak…

Pa’an menoleh ke arah Sony Ericsson Aini di sebelah beg sandang.

“Sorry.” Kelam kabut buku-buku serta lecture notes yang terjatuh dikutip. Tangan kiri masih mengusap-ngusap bahagian dahi yang memerah. Hantukan dengan buku tebal si Pa’an masih lagi terasa. Aduhh..kalut semacam pagi ni sampai manusia tinggi galah depan mata pun boleh terlanggar.

“You…" Pa'an mengangkat buku ke dalam dakapan."...okey?” 

“Sorry. My bad. Rushing sangat nak kejar lecture.”Gelabah hape la Aini. Adess..! Rasa nak hantuk je kepala kat dinding.

Dan, sedar tak sedar, dia balik rumah dengan Sony Ericsson Aini. Kelam kabut tak tentu pasal. Tertukar tadi petang mungkin.

Sony Ericsson dicapai. Dibelek-belek kandungan di dalamnya.
Erk?! Minah ni, ekstremis ke hape? Playlists dah macam...

Al-Quran.
Zikir.
Paling-paling kurang pun, nashid.
Huh! Masalah!

Tangannya ligat mencari lagu yang terasa boleh dilayan. Ashabul Kahfi - Raihan. Ahh, better la than nothing. Butang play disentuh.


Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman


Pilot Shaker mula menari di atas buku conteng. Mata Pa'an meniti baris-baris pada dada Fundamentals of Electric Circuits.
Thevenin’s and Norton’s theorems are applied to ac circuits in the same way as they are to dc circuits. It is a shortcut approach based on mere inspection of a circuit.



Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu


Fokus Pa’an beralih pula pada contoh soalan di muka surat sebelah. Mata pena berlari di atas buku conteng.

“Mama mama! Mama ceritalah. Alaa..semalam mama dah janji. Tipu dosa.” Anak kecil itu menggoncang lembut tangan ibunya.

“Ok ok. Mama janji nak cerita pasal pemuda gua kan?”

“Yay!!”

“Zaman dulu kan, ada seorang raja yang sangat jahat. Dia tak bagi orang peluk Islam.” Pa’an tekun memerhati ibunya. “Suatu hari, ada sekumpulan pemuda beriman. Raja dapat tahu tentang keislaman mereka. Jadi mereka pun berpindah ke sebuah gua.”

3I2 plus 4I2 equals 7I2. Then simultaneous equation…

I2 akan dapat…
…309.

309 tahun.

“Dengan kuasa Ilahi, mereka tidur selama 309 tahun. Askar-askar Raja  pun tak nampak mereka dalam gua tu. Hebat kan Along?”

“Lamanya.” Pa’an teruja.

“Kan?”

“Tapi kenapa Ma?”


Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa


While ohmmeters are designed to measure resistance in low, mid, or high range, a Wheatstone bridge is used to measure…


“Sebab pertama, bukti kekuasaan Allah. dengan kuasaNya, Dia menghidupkan orang sampai 309 tahun.”

“Ooo..” Pa’an mengangguk-angguk.

“Cuba Along tengok bola tu. Bila baling, bola tu jatuh kan? Tapi, kalau Allah nak bola tum akin ke atas, boleh je kan? Semua tu kan kuasanya. Dia ciptakan sunnatullah, Dia yang kuasainya.”

Pa’an mula menguap, menggosok mata dengan belakang jari telunjuk.

“Sebab kedua, Allah nak selamatkan hambaNya. Allah kan sayang hambaNya.”

“Mama..." Pa'an memandang tepat mata Mama. "Allah sayang Along tak?”


Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan syurga
Qitmir yang mulia


“Mama..." Pa'an memandang tepat mata Mama. "Allah sayang Along tak?”

Tangan Pa’an memutar pen dengan mata pada helaian buku.
…resistance in the mid-range, say, between 1Ωand 1MΩ. Very low values of resistances are measured with a milliohm meter while…

Mama tersenyum. “Mestilah sayang.” Tangan Mama menggosok-gosok lembut rambut Pa’an.

Mama… Pen dijatuhkan. Fundamentals of Electric Circuit ditutup.

...Allah sayang lagi ke Along..?


-bersambung


[Ashabul Kahfi]

Habiburrahim


Wednesday, December 12, 2012

Monolog



Saya dengan berbesar hatinya ingin berkongsi dengan anda suatu kisah yang mendera jiwa. Terlebih dahulu sila baca sajak di bawah. Sekian terima kasih, jasamu dikenang.



Wahai orang yang sedang beribadat di dua tanah haram,
Jika kamu melihat kami nescaya kamu faham
Bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.
Orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata,
Sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah
Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia
Sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan
Kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami
Adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan
Telah datang kepada kami sabda Nabi kita
Kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta
Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang,
Dengan asap neraka yangmenyala
Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa
Orang yang mati syahid itu tidak mati
Ini bukan satu dusta

Smart sajak di atas. Saya tahu. Sajak yang smart sedemikian sah-sah bukan nukilan saya. Ok tak nak merepek panjang.
Sajak ini diungkapkan oleh Abdullah bin al-Mubarak kepada ahli ibadah yang
berada tanah haram Makah al Mukarramah yakni al-Fudhail bin Iyadh Rahimahullah.

Al-Fudhail digelar sebagai ahli ibadah di dua tanah haram (Mekah dan Madinah). Beliau terkenal dengan banyak menangis. Kerana itulah Abdullah bin al-Mubarak menyindirnya
dengan menyebut tentang air mata.

Tahukah anda kenapa sajak berunsur sindiran ini ditujukan khas buat Fudhail? Sebab pada waktu tu beliau ni enggan turut sama berjihad bersama angkatan tentera, kerana beliau lebih mengutamakan untuk beribadah.

Sebegitu panas dan mendalam lagi menusuk sajak yang diutarakan ini kepada Fudhail, kerana keengganan dia berjihad ekoran ingin beribadah. Hello beribadah kot. Agak-agaknya buat kita-kita yang enggan apatah lagi malu-malu untuk berjihad atas jalan dakwah ni, sajak apakah yang selayaknya?

Buat aku yang enggan berjihad kerana ingin bersenang lenang bersama rakan dan teman, enggan berjihad di atas jalan ini kerana sibuk melayan filem-filem tempatan dan antarabangsa, enggan turut berjihad semata-mata kerana ingin bermanja dengan kucing kesayangan, enggan kerana semata-mata ingin duduk di atas kerusi urut berjenama Ogawa itu, sajak yang bagaimanakah harus dituju?

T_t

Fuh fuh fuh

Sikit lagi, saya nak kongsi petikan dari buku al Muntalaq ini, lepas baca boleh la anda cari gaung berdekatan untuk terjun serta merta. Anda? Oh silap. Saya je kot.

Apalah yang patut kita katakan kepada orang yang pada hari ini
meninggalkan jihad dan dakwah, tidak amar makruf dan nahi mungkar, bukan
kerana banyak beribadat, tetapi untuk berehat, bermewah, mengumpulkan
harta dan memuaskan hati suami atau isterinya?

Apakah tidak patut kita katakan kepada ahli ibadat hari ini apa yang telah di
katakan Abdullah bin Al-Mubarak:

“Wahai ahli ibadah, sekiranya kamu melihat bagaimana da’i Islam
bertarung dengan pendukung kekafiran (jahiliyyah) puak-puak yang sesat,
barulah kamu tahu yang kamu hanya bermain-main di dalam ibadatmu.”

Jika ahli ibadat merasa bengkok belakangnya kerana terlalu banyak
melakukan solat, kering tekak kerana terus-menerus berpuasa, para da’i pula
bengkok belakang mereka kerana setelah solat fardhu dan sunat, mereka
terpaksa ke sana ke mari pula membincangkan dan merencanakan pelbagai
urusan dan maslahah umat Islam. Tekak mereka pula kering kerana banyak
bekerja dan bergerak. Mereka mengorbankan darah mereka hinggakan jasad jasad
mereka terkulai di tali gantung
-Muntalaq

---------------

Terjunnnnnnnn

Future Futur?



Hello, nama saya Futur. Boleh saya masuk?
-APG.

Saya fikir, anda semua sudah terbiasa dengan dua perkataan ini, Futur dan Cuti. Mungkin kerana maksud futur itu sendiri adalah cuti dari tarbiyyah, menjadikan futur dan cuti itu saling melengkapi. Eh!

Ok. Itu muqaddimahnya. Straight to the point.

Jujur saya mengakui, saya mula terjebak dengan kefuturan agak lama sebelum program bersama ikhwah OZ lagi. Entah kenapa, niat entah ke mana. Ibadat terlaksana, tapi niat ke lain.

Mungkin kerana tandus dalam mentajdid niat. Tapi yang paling utama, semua ini kerana satu perkara.

Lemahnya diri saya dalam perjalanan tarbiyyah ini.

Namun Alhamdulillah, Allah tidak membiar saya lama dalam kefuturan. Allah mendatangkan peringatan sepanjang saya mengikuti program bersama ikhwah OZ (Australia). Cantik sekali susunanNya. Saya berpagi-pagi dengan peringatanNya.

Pagi itu, saya sampai di stesen bas untuk ke berprogram bersama ikhwah OZ. Saya dijemput oleh tiga orang senior OZ yang sangat osem. Serious osem.  Usai solat Subuh, kami bergerak ke destinasi. Sepanjang perjalanan, sesi taaruf berjalan seperti biasa sehinggalah sorang senior mencelah.

“So, ma’thurat la bro.” Senior1.

Erk?!

“Kau lead.” Senior2.

“Ala, kata semalam dah hafal.” Senior1

Alunan ma’thurat pun bergema seisi kereta Honda tersebut. Mulut saya turut terkumat-kamit dengan alunan ma'thurat, tapi entah ke mana perginya fikiran ni. Memikirkan betapa jauhnya saya ketinggalan daripada mereka, air mata mengalir laju dalam hati. Allahu.

Peringatan dariNya tak terhenti disitu. Melihatkan biat solehah sepanjang program cukup untuk mengherdik betapa jauhnya saya dari niat yang selama ini patut menjadi pakaian saya sepanjang jalan dakwah dan tarbiyyah ini.

The state of Kitmir, being together with those who are true believer and people of love can elevate even a dog state to a state of dog of "those woh are from heaven." Let us think of the blessings a human may receive  if he were to be in the place of Kitmir, reminding us to the blessings, beyond our imagination, that were showered on a dog for being together with these people.
-Osman Nuri Topbas, From The Garden of Mathnawi - Tears of the Heart.

Ya Allah, layakkah aku menjadi Kitmir dalam kalangan mereka ini? 


[Future Futur?]
Yang menariknya, bila saya tulis future dalam Microsoft word, terus ada autocorrect word future. Ha, tengok, sekali lagi. Terpaksa saya betulkan. Mungkinkah...?

Nampak permainannya disitu? Jeng..jeng..jeng...

Habiburrahim
Gadgets By Spice Up Your Blog