Tweet
Semasa menulis artikel ini, saya sedang beratur untuk ke Hogwarts School of Wizardry di Universal Studio Japan. Beratur punya panjang, sampai sempat menyiapkan satu artikel.
Di depan belakang saya juga sama. Masing-masing turut berada dalam barisan. Entah, terpanggil untuk menulis tentang sikap narsis kebanyakan.
Paling ketara adalah ramai yang memilih untuk selfie, dengan darjah kamera yang dipilih untuk menunjukkan segala kenikmatan - pemandangan cantik, pencahayaan menarik, dan menyembunyikan segala kepayahan kesusahan yanh teralami. Tak siapa mahu dalam gambarnya terpampang beribu manusia lain, bukan?
Dan tidak keterlaluan, ramai yang bakal memuat naik untuk tatapan media sosial. Ya, bukan kesemua, tapi kebanyakan.
Secara tidak langsung, kita kesemua umat manusia tidak dapat tidak, berlepas dari sifat narsis dan menunjuk-nunjuk. Akulah yang menghadapi penghidupan terindah, raikan! Akulah raja alam, puja!
Kerana ini saya memilih untuk mendiamkan diri di media sosial dari gambar-gambar narsis. Kalau termuat naik, hanya rangkap puisi yang tersingkap dari tadabbur penghidupan saya. Dan kalau terberitahu sekalipun, hanya di ruang ini atau twitter ruang ini, kerna saya tahu tak ramai kawan saya yang mengikuti perkembangan saya disini.
Sekarang dah separuh jalan menempuh barisan untuk memasuki Hogwarts. Lamanyaaa
Okey. Saya bukanlah membantah, apalagi menghalang, cuma yang ternampakkan saya sebegitulah. Nak upload boleh, tapi tak perlu setiap ruang hidup dipamer. Seakan tak pernah ada masalah dan dugaan.
Sekian. Maafkan saya :(
[Beratur]
Hailaaa
Nak tulis pasal rasism
Tertulis ini haha
Bosan sangat menunggu
Tu la lupa bawa buku
Wednesday, January 27, 2016
Monday, January 25, 2016
Sabit kejam
Tweet
kalaulah
rebung hati itu pernah kulentur
tak pantas membuluh
pasti masih bisa membagi bahagia
kalaulah
sempat kugenggam erat bara cinta
biar terkabus meng-arang
selagi belum cinta mengapi
kaumasih sempat berpatahpergi
uh,
engkau terlewat menganjur amaran
memenggal pucuk cita yang bertunas
memangkas pohon pinta yang menjalar
aku rayu
gugurkan sabit kejammu
aku lumat dimusnahmu
[sabit kejam]
Gion, Kyoto
Japan
kalaulah
rebung hati itu pernah kulentur
tak pantas membuluh
pasti masih bisa membagi bahagia
kalaulah
sempat kugenggam erat bara cinta
biar terkabus meng-arang
selagi belum cinta mengapi
kaumasih sempat berpatahpergi
uh,
engkau terlewat menganjur amaran
memenggal pucuk cita yang bertunas
memangkas pohon pinta yang menjalar
aku rayu
gugurkan sabit kejammu
aku lumat dimusnahmu
[sabit kejam]
Gion, Kyoto
Japan
Tuesday, January 12, 2016
Negarawan
Tweet
Cemeti itu terlibas tepat mengenai mukanya. Sosok gelap dan kerdil keding itu terjelopok ke tanah, di tengah-tengah laluan keramaian.
Umar ibn Hisham, atau Abu Jahal ketawa besar. Cemetinya masih terlibas-libas, "Tilik kaki belibisnya! Tilik kaki belibisnya! Dan Muhammad menduga agama kita dengan rawak sebegini?!"
"Aku pasti memotong kakimu suatu hari, sang pengembala!" Abu Jahal melangkah dengan penuh mendendami.
Sejurus, sebelah tangan terhulur membantu mengangkat sosok kerdil Abdullah ibn Masud. Penuh santun, penuh khidmah.
"Sesungguhnya, demi Allah, engkau yang terbaik di antara dua lelaki, Umar alKhattab." Abdullah ibn Masud melaung.
Doa Rasulullah yang terlantun, 'ya Allah, muliakan Islam di antara dua Umar'. Dan Abdullah ibn Masud benar. Umar Al-Khattab termuliakan dengan Islam, sementara Abu Jahal pula terjelopok dalam kehinaan.
Ternyata, yang terpilihkan Allah itu semestinya persona yang rahmah. Bermula dari sekecil-kecil teladan penuh sederhana, Umar menebar berkah ke sekian alam dengan kekhalifahannya.
Seorang yang penuh rahmah.
Seorang negarawan.

[Negarawan]
penangan, haha!
Subscribe to:
Posts (Atom)