Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Tuesday, January 12, 2016

Negarawan



Cemeti itu terlibas tepat mengenai mukanya. Sosok gelap dan kerdil keding itu terjelopok ke tanah, di tengah-tengah laluan keramaian.

Umar ibn Hisham, atau Abu Jahal ketawa besar. Cemetinya masih terlibas-libas, "Tilik kaki belibisnya! Tilik kaki belibisnya! Dan Muhammad menduga agama kita dengan rawak sebegini?!"

"Aku pasti memotong kakimu suatu hari, sang pengembala!" Abu Jahal melangkah dengan penuh mendendami.

Sejurus, sebelah tangan terhulur membantu mengangkat sosok kerdil Abdullah ibn Masud. Penuh santun, penuh khidmah.

"Sesungguhnya, demi Allah, engkau yang terbaik di antara dua lelaki, Umar alKhattab." Abdullah ibn Masud melaung.

Doa Rasulullah yang terlantun, 'ya Allah, muliakan Islam di antara dua Umar'. Dan Abdullah ibn Masud benar. Umar Al-Khattab termuliakan dengan Islam, sementara Abu Jahal pula terjelopok dalam kehinaan.

Ternyata, yang terpilihkan Allah itu semestinya persona yang rahmah. Bermula dari sekecil-kecil teladan penuh sederhana, Umar menebar berkah ke sekian alam dengan kekhalifahannya.

Seorang yang penuh rahmah.
Seorang negarawan.

[Negarawan]
penangan, haha!

Friday, October 23, 2015

Menuntun ego



Fo Guang Shan temple, Auckland
Putera angkat itu lagikan gagap. Bicaranya bahan perlekehan. Latar sejarahnya keluarga hamba, bahkan terpalit gelap. Dia pernah terbunuh seorang Qibti. Dihadapan justeru sang tiran Firaun, angkuh mencibir bicara dan tuturan Musa, kalaupun tersedia maklum, Musa sememangnya membawa kebenaran.

"(Nabi Musa) berkata: "Sebenarnya engkau telah pun mengetahui: tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi"
[al-Isra', 102]

Namun tiada ego raja Mesir itu tunduk akan bicara seorang hamba. Bahkan dia berteriak mencabar Hamman membinakan bangunan tinggi untuk mengintai Tuhan Musa.

Demikianlah, ilmu terkadang mencabar keegoan dan keangkuhan.

Berbahagialah wahai hati yang menuntun ego menurut ilmu, walaupun asalnya satu celotehan seorang pecacal terhina.

Kerna, di lintas sirah berikutnya, kita pelajari, tak suatu ego pun kekal saat kudrat tertarikkan Yang Maha Memiliki. Firaun mengalah, saat-saat karam dalam lautan,

"Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil."
[Yunus, 90]


[Menuntun ego]
Sepenuh cinta
Exam
Faris Nafiah



Monday, August 10, 2015

Sujud Perhambaan



Sujudnya itu saat terindah solatnya. Posisi terdekat hamba kepada Tuhan. Menyembah seakan Allah bertakhta di hadapan. Dahi yang terjunjung di setiap bangun, mencium tanah penuh rendah, yang selayaknya pada posisi serendah-rendah alam.

Sejurus, tahiyyatnya pada kekhusyukan sama. Membisik melantun kalimah penuh berkah mengharap serta perhambaan syahadah. Shalawat keatas Muhammad saw sekeluarga serta Ibrahim alayhissalam.

Dan akhir solat dilengkap salam, menyempurna perhambaan dan menyambut lembut sapaan duniawi.

"Demi Allah, jika tidak kerana kalian beranggapan aku memanjangkan solat kerana takut mati, nescaya aku perpanjangkan lagi solatku.."

Dan sosok tubuh itu diheret keras ke kayu berpalang. Terikat dan seluruh masyarakat menyaksikan anggota-anggotanya terpotong.
[kredit]

"Relakah engkau digantikan Muhammad dan kamu selamat?"

Kudrat yang tersisa itu masih mampu menggagah bicara, "Demi Allah, aku tidak rela duduk selamat bersama anak isteri dan membiarkan Muhammad ditusuk duri."

Sejurus, pengamat-pengamat hukuman itu menjerit, "Bunuh dia!"

Dan tanah yang tadinya menyaksikan sujud sang hamba, menadah percikan darah sahabat itu.

Turut di barisan hadapan menyaksikan pembunuhan Khubaib adalah Said ibn Amir al-Jumahiy. Terkesan. Dan sering termimpi-mimpikan kejadian itu.

Dan umum tahu, Said ibn Amir al-Jumahiy memeluk Islam ekoran peristiwa itu, seterusnya menjadi gabenor Himsy yang sangat tawadduk dan zuhud.

Nyawa yang dikandung harus dikenderai, kalau ajal itu destinasinya; bukan sebaliknya.

Hidup para salihin salihat adalah perjalanan memilih cara terbaik untuk mati.
Kematian yang menggugah, atau hanya khabar yang terkubur sekadar kisah?


[Sujud Pehambaan]
Habiburrahim



Monday, April 27, 2015

Gementar



Kredit : Google

Takhtanya itu mewah amat, dibina seakan tersorot pada kemuncak cahaya yang mengirana sekelian penjuru. Agung tampaknya, gah melambang keagungan kuasa terkurnia. Teruah emas perak perbendaharaan pada dipannya, mengilat kilauan perbendaharaan pada busana diraja.

Ayunan tangannya menyemarak takbur, gelengan kepalanya bahkan mengobor gemerlap megah, peti suaranya menitah paling pongah;

"Firaun berkata : Wahai para pembesar kaumku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku.."
[Al-Qasas, 28:38]

Seakannya, belum sempat liurnya mencecah tanah sejurus tertitah, dahi segenap penduduk Mesir gementar mendahulu. Takburnya segunung, kuncup hati-hati para manusia takut akannya.

Sang Tiran itu Firaun, terkisah angkuh takburnya menitah Haman membina membina bangunan tinggi untuk mengetuk pintu langit Allah dalam Al-Quran. Takbur itu seakan miliknya, malah Firaun angkuh menolak sifat itu tersandar secara total pada asma-Nya, Al-Mutakabbir.

Mari kita teliti tafsir Al-Qurtubi pada kata Al-Mutakkabir; 'Dia yang yang Maha Tinggi dengan rububiyah-Nya dan tiada suatu yang menyerupai-Nya'. 

Tepatnya, takbur itu hanya milik Allah. Kesombongan menolak realiti ini mencampakkan iblis dari syurga kediaman ribuan tahunnya, meruntuh peradaban ratusan tahun kaum 'Ad, Thamud dan Hud, menista bijaksana Abu Al-Hakam dengan gelaran Abu Jahal, menenggelam dan melemaskan sang Tiran penguasa Mesir terindah.

"Wahai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian.."
[Al-Baqarah, 2 : 21]

Gementar kita akan Al-Mutakabbir harusnya seiring tunduk sujud akannya. Pun, masih berlengah?


Saturday, October 4, 2014

Bicara itu



Masih menunggu.

***

Dia melangkah menemui Rasullullah.

"Wahai Khuwayla, sepupumu itu seorang dalu, bertaqwalah kepada Allah." Jawab Rasulullah.

Hatinya remuk. Berantak. Lumat.

Seperca hati yang relai itu bergetar menafikan perbuat suaminya itu sebagai keadilan.

Dan secarik hati itu juga tahu, ada kuasa yang mampu menindan segala kuasa yang miring itu. Dia menadah daya memanjat tuturan adu akan Allah. Bait-baitnya tersusun cantik, bukan asal pilih. Lidahnya menggumam kata penuh harap. Lafaznya perkata, jelas.

Dan dia, masih menunggu berdekatan dengan Rasulullah.

Masih menunggu turun firman pengadilan.

***

"Engkau bagiku umpama belakang ibuku."

Dia Khawla bint Thalabah, menjalin kata penuh khusyuk dalam menghitung khabar suaminya, Aws ibn al-Samit yang menziharnya, kepada Daya yang mengatasi komune menindas itu.

***

Bicara itu

kalau terusaha sendiri mengutus,
manakan mampu 
''...seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit..."
[al-An'am, 6 : 125]

bicara itu
dibawa angin
merentas tindan langit tujuh
menyorot kabut awan

bicara itu,
tanpa hijab, 
tanpa perutus

bicara itu,
bicara sejumput hamba hina
bual mesra budak nista
tutur adu khadam dina

bicara itu
bicara dua hala akan Ilahi

"Adakah penghormatan bagi manusia
seperti penghormatan yang tinggi mulia seperti ini?"
[Fi Zilalil Quran]

ini
bicara penghormatan namanya

***

"Allah menurunkan kalam titah untuk menyaksamamu dan suamimu." sabda RasulNya.

"Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."
[al-Mujadila, 58 : 1]

Kalam titah pengadilan, al-Mujadila ayat 1 hingga 4.
Bicara Allah sama Khawla. Bicara Allah sama manusia.

[Bicara itu]
Habiburrahim




Monday, September 29, 2014

BINARY : SEBELAS


SEBELAS

Semester baharu baru sahaja bermula. Mood cuti masih lagi ada. Mood belajar memang awal-awal lagi belakang cerita.

Wawa meneliti course guidelines yang baru sahaja diperoleh daripada pensyarah. Haishh… tiga lagi projek sem ni.

Pandangan dialih kepada telefon bimbit sebaik deringan SMS berbunyi.

     Kak Kaie : Salam Wawa. Wawa tak ikut autumn retreat kan?

Cermin mata ditanggalkan. Hujung pangkal hidung dipicit dengan jari sambil mata terpejam. Seketika, dia kembali kepada telefon bimbit.

     Wawa      : Tak. Ada kerja.
     Kak Kaie : Baik. Tapi akak assign awak dengan Sis Lily Maryam boleh untuk bagi pengisian untuk junior                        yang tak dapat turut serta.

Wawa dah memicit-micit dahi. Hailaaa…

Jujur, sejak kebelakangan ini, dia sendiri terasa agak ketinggalan. Atau mungkin juga dia yang sengaja melarikan diri dari medan tarbiyyah. Pertama, amanah untuk menyampaikan pengisian untuk junior-junior yang baharu sahaja sampai ke Auckland. Sengaja dibeli tiket lambat-lambat untuk mengelak dari bertembung dengan junior-junior. Keduanya, autumn retreat yang juga sengaja dielakkan. Dan termasuk juga berbagai lagi program-program yang mendatang.

Sekali lagi, jujur, dia sendiri merasakan kehilangan Kak Jue sejak dari summer tempoh hari. Mungkin penangan Kak Jue mula kering dari dalam jiwanya.

     Wawa      : I am not any good la akak
     Kak Kaie : Awak the best, tahu?

Wawa melepas keluh. Telefon bimbit ditatap. Lama. Seketika, telefon bimibit bordering lagi.

     Kak Kaie : So, Wawa okey kan?


Thursday, September 25, 2014

Penawar





Dahinya berkerut, seribu. Kelopak mata memejam, erat. Semahu ditahan.

Urat didahi menjelas segala. Sakit dari juluran kaki itu menjalar, ke seluruh badan. Namun, jasad bertegas, kaku seadanya. Tak terketarkan, walau kudrat seluruh tubuh tambeng menginginkan.

Perih bertahan, tapi lumrah tubuh merembes air, meluap sakit dengan takungan air mata. Air mata itu jatuh jua pada pipi putih baginda.

"Apa hal dirimu ya Abu Bakr?" tanya baginda, setelah bangun dari riba sahabatnya.

"Aku disengat, demi ibu bapaku korban untukmu, ya alayhissalam."


Sunnah berjuang,
Sejuta bakal berantak
Bila ruh bergulatbergumul

Mari jujur
Siapa mampu bertahan
Saat sengat menjamah badan
Kala panah teracak bertatu pada badan
Andai tertusuk pedang
Tika jatuh berulang-ulang? 

Setidaknya,
Kita pungut sisa keringat yang tertahan
Dari kalah, jatuh pada lawan


Baginda menawarkan, melumur bekas sengatan itu dengan ludahan baginda. Saat itu, kesakitan terpudar.

Maka, keajaiban.

Setiap penawar,
pahit, bukan?

[Penawar]
Habiburrahim


Tuesday, September 2, 2014

BINARY : TUJUH


TUJUH

Tempias air yang membasahi wajah dibiar mengalir menuruni pipi. Deru air terjun 120 meter dibiar lalu ke gegendang telinga.

Dia di pinggir Air Terjun Wairere.

Serata pemandangan Hamilton ditatap. Mencari tenang.

Patrick Star dari poket kanan dikeluarkan. Patrick Star baru sahaja jumpa jalan pulang ke tuan asal, melalu perantaraan Nadhiya. Mana tak terkejut, kalau dah lebih seminggu tak bersapa, tiba-tiba Wawa bagi bungkusan."

“Aku ada bagitahu Kak Jue tadi, dan aku harap kau bagi respon yang sama…”

Ayen menelan liur. Dalam hatinya, dia berputus asa. “Ya?”

“Aku nak bertudung."

Tak pasti apa yang membuatkan tekak kering masa tu. Tak pasti apa yang mengunci sang peti suara masa tu. Dan dia sendiri pelik sang bibir yang terkatup rapat masa itu. Apa yang dia dengar tak dapat nak ditafsir. Tapi yang pasti, selang beberapa ketika membisu, di tunduk. Sejurus, kakinya membawa jasadnya untuk beredar tanpa kata daripada wad tersebut. Dua tiga hari kebelakangan ini, mereka langsung tak bertegur.

Apa dah jadi dengan kau Wawa?

Matanya lagi sekali menatap Patrick Star. Dibawanya mata menuruni tali strap di kepala si Patrick. Ada nota yang bertanda :


[Binary : Tujuh]
Berkiblat sejadah
Habiburrahim





Monday, May 12, 2014

The Best Place



"Tak nak tutup lagi ke lampu?"

Kepala yang melangut ke langit lepas di sebalik tingkap kembali ke muka yang galak menenyeh mata. Soalan tadi dijawab dengan menghinjut bahu.

"Kau fikir banyak sangat."

"Aku tak boleh tidur la."

"Basuh kaki, solat witir, then al-Mulk."

"Dah."

 "Dah tu, tidur jela." Kuap tertahan.

Bahu lagi sekali menghinjut. Pandangan kembali ke langit lepas. Yang di atas katil seberang kembali membungkus seluruh badan dengan comforter.

Sunyi malam kembali mengambil alih. Mata yang masih tak terserang kantuk meneropong jauh ke langit malam.

Teori we're-watching-the-same-stars boleh pakai ke? Malaysia sekarang petang. Hailaaa...
Perlu ke fikir? Lagi perlu untuk tidur rasanya.

"Nah."

Telefon bimbit melompat dari celah bungkusan comforter tepat ke riba yang sedang melamun.

"Whatsapp, Viber, Skype semua ada." Gema dari dalam comforter. "She's just a dail away."



Iringan badan diubah ke kanan. Kepala kecil si cilik itu cuba dibenam sedalam mungkin ke dalam bantal. Geleng kepala. Mata dipejam lagi. Semahunya.

Radang dah sampai ke penghujung. Tertekan. Lampu meja di sebelah katil dinyalakan.

"Hei!" Automatik si abang yang tidur di katil atas menegur. Matanya ditenyrh-tenyeh. Pantang kalau dinyalakan lampu ketika tidur.

Si adik bangun dari katil. Rengek si abang tak dibuat endah. Langkah diseret ke bilik sebelah, teriring selimut hijau muda.

Pintu bilik sebelah diketuk.



“Hello. Assalamualaikum..." 


"Waalaikumsalam. " Salam bersambut. Suara dihujung talian halus lembut menenangkan.

"Ma... Areh tak dapat tidur..."


Jujur, saya rindu
Saat tidur jadi beban
Rengek menghiburkan
Adu jadi mainan

After all,
The best place to cry
Is on Ma's arm
Tak ke?

[The best place]
Habiburrahim

Friday, February 21, 2014

Doa yang terlantun


Amarah Sang Tegas itu terkawal dek hikmahnya, tak terhambur terludah merata. Namun, langkahan kaki sedikit menghempas tempias amarah yang tertahan.


"Sekiranya aku berbuat demikian, begitulah juga apa yang dilakukan oleh orang yang besar hak engkau ke atasnya melebihi diri aku.”

"Siapakah dia?” "Saudara perempuanmu dan juga iparmu."


Bisik-bisik dari celahan rumah Bintu alKhattab itu meluapkan berang Sang Umar. Dia tahu benar, syair yang terdendang itu nyata syair Muhammad. Jengkel, Umar meluru ke dalam rumah adiknya.

"Apakah semuanya ini?"

Fatimah tahu benar, tindakan saudara lelakinya diluar batas waras akal. Masakan abangnya melulu dan bersandarkan emosi? Jujur, ada getar yang menyelinap hati kecilnya.

"Apakah engkau telah tinggalkan agama nenek moyangmu dan mengikut agama Muhammad?”

Dan bertubi-tubi soal selidik dihambur. Tidak cukup dengan itu, tangan kasar Sang Umar meramas rambut Fatimah. Ditampar berkali-kali memenangkan amarah semata.

Berkali iparnya menghalang, namun daya sang semut takkan pernah mampu menenteramkan angina sang gajah.

Jasad Fatimah yag terjelopok ditatap penuh marah. Cungap nafas terhembus, persis api radang yang berkeping-keping teruap.

Fatimah menggagahkan sokongan belakang tangan. Sebelah lagi tangan memegang kepala yang berdarah.  “Perbuatkanlah, kalau engkau sudah terpaksa.”

Malu. Runsing. Tindakannya melulu. Rasionalnya tercabar. Kisikan fitrah seorang abang Sang Umar singgah menggelayut. Perlahan, Umar melabuhkan riba, “Tunjukkanlah kitab itu kepada aku.”

“Kitab ini tak tersentuh mereka yang tidak bersih.”



Secara psikologikal, dapat dirumuskan afeksi para hati anak Adam itu terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

Mari kita amati sebahagian daripada ayat yang menyentuh hati tegas Sang Umar,

“Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.
 Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: ‘Wahai Musa! Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.
Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.”
[Taha, 20 : 10-14]

Kisah Musa ini dekat dengan situasi yang dialami sahabat Rasulullah saw ini.

Jejak langkah Umar alKhattab ke rumah adiknya tidaklah terkebetulan sejajar dengan firman Allah akan jejak langkah Musa ke Lembah Tuwa.

Tidak cukup dengan itu, perintah al-Hikmah agar membuka sepatu kerana berada di lembah suci Tuwa bertepatan dengan suruhan adik kandungnya, Fatimah untuk menyucikan diri.

Akidah Islam membenarkan segala kejadian sebagai aturan Yang Maha Mengaturkan, bukan sekadar kebetulan. Dan hati getas Umar faham amat hakikat itu.

Aku telah memilihmu…”, terdeklamasi firmanNya, dan Umar mengerti langkahannya ke rumah Fatimah, tidak mungkin tidak, adalah kerana terpilinya dia sebagai Islam.

“Ya Allah muliakanlah Islam dengan salah satu dari dua Umar.”

Dan detik itu, doa yang terlantunkan menuju langit ini terkabul.

Setiap hati yang tersentuh itu, seharusnya memahami, detik hati terdetap dengan Islam, detik itu jua Allah telah memilih hati itu untuk memahami Islam.

“Aku telah memilihmu…”




“Di manakah Rasulullah saw?” lantunan intonasi Sang Tegas itu berganti amat.

“Baginda di rumah al-Arqam.”


[Doa yang terlantun]
Habiburrahim



Wednesday, February 19, 2014

Rusuk Kiri



Derap langkah menawaf keliling bilik itu ditambah laju. Mundar-mandir sambil bibir meludahkan seranah. Hitam padam mukanya.

Belum habis amarah terhambur pada isteri yang masih terbaring berdarah, sang bidan pula yang menjadi sasaran.

"Bodoh!"

Oktaf tangis sang bayi naik meninggi tatkala sang bapa mengherdik kasar penuh amarah. Gegendang telinga serasa pecah. Tangan meraup wajah semahunya. Geram. Cemas. Terbebani dengan malu yang bakal tertanggung. Kalau berkehendak, jasad penuh tenaga itu mampu membunuh tangis bayi itu dengan sekali pukulan.





"Selalu wasiatkan kebaikan kepada para wanita. Karena mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan bagian yang paling bengkok dari jalinan tulang rusuk ialah rusuk bagian atas. Jika kalian paksa diri untuk meluruskannya, ia akan patah. Tetapi jika kalian mendiamkannya, ia akan kekal bengkok. Kerana itu, wasiatkanlah kebaikan kepada para wanita."
[HR Bukhari]

Terkadang hikmah manusia lantang memasang sangka, menafsir buruk wanita sebagai lemah. Bukan begitu tafsirannya. Bukan.

Kalimat-kalimat lantunan bibir Sang Rasul saw tersimpan hikmah yang tersendiri. 
Tersedia maklum, Allah bersumpah kerugian keatas mereka yang mengabaikan amal shalih, serta berpesan-pesan ke arah kebaikan mahupun kesabaran.

Islam mengangkat kedudukan wanita kepada jendelaan nasihat, jendelaan agama. Agama itu nasihat. Tak tersalah erti juga jika dikatakan nasihat itu adalah agama. Rasulullah menuntun kedudukan wanita bukan sahaja bertepi-tepian di majlis ilmu. Malah menyantuni dalam menasihat juga terlebih digalakkan.

Hadith ini disokong dengan pembelaan Allah terhadap para wanita. Begitu Allah membela wanita yang dicemuh, dihina dan dinoda ketika jahiliyyah sehinggakan terdeklarasi dalam firman kecamanNya,

"Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup) ? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu."
[AnNahl, 16 : 58-59]

Malah, tidak terlebih berlengah menanti Hari Penggulungan Segala Amal untuk Allah mempersoalkan jahiliyyah Quraisy, dalam firmanNya,

"Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup, ditanya 'Dengan dosa apakah ia dibunuh?'
[atTakwir, 7-8]

Takjub saya, betapa Rasulullah memuliakan kaum wanita. Lagikan takjub apabila Allah tak terkecuali, menjadi contoh dalam pensyariatan ini. Subhanallah.




Peluh merintik laju menuruni alis. Bingung. Fikirannya bercampur baur. Menanggung malu atau memenangi bisikan fitrah. Jauh di sudut hati, bisikan fitrah masih memenangkan suara tangis bayi itu.

Sang bapa nekad. Persalinan serba daif dicapai. 
'Akanku kuburkan bayi perempuan ini.'

[Rusuk kiri]
Summer
Habiburahim




Sunday, December 15, 2013

Jalan Cinta Para Pejuang II

~Langkah Pertama: Dari Dahulu Beginilah Cinta

Amor Vincit Omnia
"Wahai kematian datanglah cepat kemari! Hisap dan dekap tubuhku yang penuh cinta ini kerana tidak ada sesuatu di hadapan matahari yang mampu memulihkan kesedihanku.."
William Shakespeare, Romeo and Juliet


 

Cinta adalah gulana ketika menyedari dua keluarga mereka(Romeo dan Juliet) masih bertelingkah. Cinta adalah duka yang mengiris pedih di saat-saat berpisah. Rindu mereka menguruskan tubuh dan menguraskan air mata....

"Love conquers all". Or does it?
The phrase would go attune or become harmonised with those who immerse deeply into love. That's because Love becomes the master, and the sky is the limit. Although is not the mountains nor the seas that is conquered, it is rather the vulnerable soul of the person. When Love grabs hold of one's soul, the whole body feels as if it dances to the melancholic melody. Strange as it seems, the vivid view of the flawless world of romance, remains an illusion to the beholder. "Dari dulu, beginilah cinta, deritanya tiada akhir..."

This mental illness, where does it come from?
Ustadz Muhammad Fauzil 'Azim asserts in "Disebabkan oleh Cinta",
 "Tidak ada sebenarnya orang yang gila kerana putus cinta. Yang ada adalah orang dengan keadaan jiwa yang rapuh, jiwa yang retak-retak, lalu sebuah peristiwa menyentak, menjadikannya berkeping-keping."

For Qais and Romeo, these were the description of their devastating souls, the souls that were kept servitude to venomous Love.

A soul, enslaved by Love of that kind,  precedes love as the basis of all their actions. After a while, Love becomes Ilah. It is as though the Sun was created for Love, and the moon shone because of Love.

We do have a choice!
"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan durhaka dan jalan ketakwaanNya"
Asy Syams (91:8)

The gift of choosing is verily the most basic desideratum (bekalan) while holding the obligatory title of a khalifah, and Allah has given us that authority to do so. This is no exception to Love, for there is always room for assertion (tanggapan) and stimulation (rangsangan). Indeed, we all have wants and desires. But, Allah would only bestow His adoration (pujian) to those who choose to have faith in their hearts and prevent themselves from unnecessary desires.

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Rabbnya dan mencegah diri dari kuasa nafsunya, maka syurga lah tempat tinggalnya."
An-Naazi'aat (79:40-41)

And so this ayat clearly shows that those who take charge of their Hawa' (instead of their desires as their authority), would be rewarded by Allah. 

What would desire (nafs) have anything to do with Love??
Amazingly related. 
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
"Beautified for people is the love of which they desire - of women and sons, heaped up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return" 
Ali-Imraan (3:14)

In Love, there are impulses to achieve happiness, tranquility and to feel great. 

Can we really control our emotions??
"Love is a sweet torment..", said Maria in her novel, Ayat-ayat Cinta, "when immersed in a state of Love, there are moments to feel despair, agony, apathy and pain". Good, or bad, these are what we call EMOTIONS. In a Quranic perspective, we have all means to control our desires, but can we really do it?

An amazing discovery by Ekman and Friesen has proven to us that we are a master of our emotions and desires. In detail, their finding was based on the question, "Can we feel what we have expressed in our faces?". They had hundreds of students to do one particular expression that signifies an emotion, while their heart rates were measured. Astonishingly, those who had to come up with a sad expression had a very slow pulse rate, indicating that their whole body were adapted to what they had expressed. Fast pulse rates were found in those who expressed happiness in their faces. 
There you have it. We CAN control our emotions!

"Di Jalan Cinta Para Pejuang, perjuangan pertama adalah sebuah pergelutan jiwa. Pergelutan jiwa untuk menaklukkan cinta itu sendiri..."
Wallahua'lam

Thursday, December 5, 2013

Jalan Cinta Para Pejuang I

~Langkah Pertama: Dari Dahulu Beginilah Cinta

 Romeo Majnun
".....Demi Allah, cintaku pada Layla tulus, jiwaku selalu merindu, pikiranku selalu mengenang, dan lidahku tak pernah kelu menyebut namanya. Layla laksana minuman yang menyegarkan dan menghilangkan dahaga di kalbuku. Cintaku pada Layla adalah cinta suci, tidak tercampur dengan nafsu walau sebutir debu. Meskipun orang orang mencela kami, mengusir dan menyia-nyiakan diriku." 

 


Like it or not, the world speaks about love and romance for centuries, from William Shakespeare's Romeo and Juliet, to Aucassin et Nicolette's Triston und Isolde, to Shaykh Nizami's Layla Majnun...

So, why do such stories last for ages?
Perhaps, it is fair to say that humans look for such 'happy ending' told by these tales. At least, that's what we think they do..

Sure, Romeo never had the chance to be with Juliet, and Qais was shun by Layla's family, but, the poets didn't make it look that way. Romeo and Juliet was thought to be united by death, Qais and Layla were found in a man's dream one night, "berganding mesra di atas singgahsana; permaidani syurga, terhampar dekat sungai kecil yang mengalir di bawah singgahsana itu.." 

Hmm.. So what's so bad about so-called "happy endings"?
In a study of axiology, there are three values that are thought to universal. They are Logic (truth), Ethics and Aesthetics. Aesthetics can never be the pillars that upholds itself, simply if Logic or truth is not bounded by it. That is why Logic is said to be the main value of the three.

There's got to be so many lies, or more conveniently, twisted truths that adhere behind the so-called true and 'pure' love the two couples portray. "Putus asa kerana lamaran ditolak, kekasih menikahi lelaki lain, tetap berhubungan dengan kekasih lama di belakang suami, bersedih atas kehilangan kekasih daripada kematian ibu bapa, and the list goes on.. It is false treats of these that makes love so despairing, unrealistic and full of insanity, because the love that they had defied the utmost supremacy of love towards Ar Rahman and Ar Rahim.

A study on Love, The Chemical Reaction by Lauren Slater signifies that, "It is impossible to detach love from mental illness". Woah.
There you have it. I rest my case.

"Cinta bagai ilham dari langit yang menerobos dada dan bersemayam dalam jiwa, Dan kini kami akan mati kerana asmara yang telah melilit seluruh nurani, katakanlah padaku, pemuda mana yang bebas dari penyakit cinta?"
Dear Qais, 

 "Ada berjuta pemuda yang akan menjawabmu dengan kepala tegak. "Inilah kami, yang bebas dari penyakit cinta. Kerana kamilah majikannya. Kami bukan budak cinta!" Ada jalan cinta yang lebih layak diikuti. Kalau engkau bertanya wahai Qais, di manakah pemuda-pemuda itu? Maka aku akan menjawab, "Mereka sedang menyimak halaman-halaman buku ini, kerana mereka sedang meniti JALAN CINTA PARA PEJUANG!"."

To be continued..


Saturday, November 30, 2013

Hazihi Sabili! ~This is my way.. What's yours?

Departing to that path of Love like you have never seen before........
"Qul hazihi sabili ad'u ILALLAH ala bashiratin ana wamanittaba'ani"
"Say (O Muhammad) This is my way.I invite to Allah with clear knowledge.I and whoever follows me (does this). Glorified is Allah, and I am not of the polytheists." (12:108)
Bismillahirrahmaanirrahiim..
May Allah 'Azzawajal provide me with a clean and lively heart as I share this knowledge to you...
Ya Allah! Please guide me and guide those who read this and may they  gain pleasure in seeking your blessings..

I AM NOT A GOOD WRITER 
It has been a mere long while since I had a feel of sitting in front of a computer and inspire people through writing (All thanks to smartphones that provide multiple applications to share and exit! -,-"). Although I must tell you indeed, this path that I'm taking, it has made me do many things I still believe I couldn't. Wouldn't be as good as others, but hey, if Allah wills, He would give you abundant of goodness and inspiration through my effort of writing. 

Before we start marching forth to this path of Love, let me give you a few love phrases to arouse that spirit of yours!


One Phrase of Love from Bilal:
"Ahad!"
 Two Phrase of Love from our Dear Prophet:

"Selimuti aku!"
"Cover me!"

Three Phrases of Love from Ummu Sulaim:

"Islammu! Itulah maharku."
"Your Deen (Islam)! That's my dowry."

Four Phrases of Love from Abu Bakr:

"Ya Rasulullah! Aku Percaya..."
"Ya Rasulullah! I believe..."

Five Phrases of Love from 'Umar Al-Khattab:

"Ya Rasulullah! Izinkan kupenggal lehernya!"
"Ya Rasulullah! Give me permission to cut off his head!"


An Overview of the Book

The writer inclusively added a section called "Di Terminal Keberangkatan Jalan Cinta..." that is, "In the Midst towards Departing to that Path of Love.." to give a heads up for the readers in what they will find as they go over the pages of this book. Says he, his last writing had him realised that the world was bombarded with a clash of trend, a psychological reset of the mind, as millions of phenomena of love just burst out from its chambers. Fortunately for him, as a writer, he had comprehended the matter of Love, the actual sight of Love, based on the Quran and the Sunnah.

He understood that Love is NOT above all. Love, as of any other emotions; hate, hope, fear, has to be bounded by a matter much greater and supreme in this life. In addition, Love, inseparable with the word 'eternal', should be entitled to a more profound, magnificent position, not as a destination, but as a long-lasting supply to our short life in this world as the servant of Allah.

The writer strongly believes that Love is one of many effective ways to change the world as of today, truly because Love has been placed as the most dominant emotion in one's soul. It is fair to say that one is able to make changes to the soul until love is written as its priority. Thus, our biggest responsibility starts with the change of perception towards Love, change of the soul,  and change the world. "ubah cinta, ubah jiwa, ubah dunia".
"...Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves..."
"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa-apa yang ada pada jiwa mereka..."

 Ar-Ra'd (13:11)

A set of the mind

Love, like any other affairs, should be embedded in the hearts of those who endure into this trail. The love upheld in this path is unshackled from those prominent false definitions  that are weak, short-term, wretched and inconsolable. It is rather pure, sacred, vibrant, wholesome and most crucially, revolutionary! 

Indeed, it is the Path of a Fighter...


An outlook of the book

The book precedes three VITAL platforms with four visionary steps.  

Platform 1
Exploring the root of falsehood of Love that effectuate despair of those who fall deep into it.

Platform 2
Unraveling the key to our path of Love and also contemplating in today's fast-moving, not to mention, modernised world that compels us to be in pace from it.

Platform 3
Discussing the four dimensions of Love; Intellectual Dimension that displays Vision, Emotional Dimension that inculcates Passion, Spiritual Dimension that views the Soul, and lastly, Physical Dimension that portrays Discipline. 

Allow me to end this small section with a phrase,

"Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya...."

(Al-Ahzab 33:4) 

Wallahua'lam

Sunday, August 4, 2013

Pharaoh



"Ma..."

Mama lambat-lambat mengangkat muka dari bubur di tangan.

"They don't want to move." Awin buat muka kesian. Kedua belah kaki cuba diangkat, riak wajah mempamerkan kesungguhan.

Ma diam. Sekadar melihat tepat ke anak mata Awin. Cuba untuk senyum walau mata sedaya menahan air mata.

Ruang katil itu terisi sunyi. Awin masih lagi mencuba sedaya mungkin menggerakkan kedua kakinya. Ma meletakkan mangkuk berisi bubur ke riba. Jemari dibawa melalui rerambut Awin, diusap lembut. Di hujung wad, katil di sebelah pintu baru sahaja terisi dengan pesakit yang baru sahaja digegaskan masuk. Doktor-doktor dan nurse mengerumuni pesakit. Kepalanya berdarah.

Masuk dua hari, rasanya dah beratus yang keluar masuk Hospital Lapangan Rabiatul Adawiyah ni. Kecederaan berat memang ramai. Sangat. Kecederaan ringan apatah lagi.

Dan kalau nak dikira, kecederaan tak kira usia, tak kira jantina. Lelaki, perempuan, tua, muda, mahupun kanak-kanak.

Ma melepas keluh berat. Awin lumpuh, kata doktor. Seumur hidup.

"Stupid legs!"

Rengek Awin membawa benak Ma kembali ke dalam wad.

"They'll get better soon, inshaAllah. Bagi kaki rehat." Jemari dibawa melalui rerambut anak kecil 4 tahun itu.

Tangan dibawa meraba kedua belah kaki. "I can't even feel my own leg." Nada dah berbaur keluh.

"No need to worry sayang. They're tired. That's all."

"Bila kaki Awin nak baik Ma?"

"Soon. Sabar kay? They've been doing everything for you all your life. They need some rest."

Awin masih belum berpuas hati. Dia menggeleng, resah.

"They just forgot how to do things. We'll help them remember soon, okay?" Senyum. Kelat.

...General Abdel Fattah El Sisi's vow to end the sit-in has targeted an emboldened and measurable segment of Egypt's political and civil societies that have thus far refused to blink.

Less than a month ago, General Sisi, was a professional soldier wearing his badges with deserved pride. Since his tamarrod -backed coup, he is  someone whose hands are now tainted with blood and his career is, as a result, tattered by the crude use of brute force against civilians...


"Ma...nanti kaki Awin dah baik, kita pergi Mekah lagi? Awin teringin."

"Air mata Ma yang tertahan jatuh juga. Now what El-Sisi?

-------------------------------------------------------------------------------

Jujur saya akui, banyak berita tentang Mesir yang saya terlepas pandang. Dan juga tentang Palestin, serta Syria dan mana-mana lagi tempat yang tidak terkecuali.

Saya kagum pada mereka-merka yang berjuang dalam jalan ini. Iman mereka terasuh hebat, hamasah mereka terbina kental dan ikhlas mereka tak teragukan.

Kalaulah saya berada di tempat mereka, apakah saya masih mengimani bahawasanya Allah itu Yang Maha Memelihara?
--------------------------------------------------------------------------------

[Pharaoh]
Sungai Nil sedang berdarah
Habiburrahim

Saya tak tahu tentang lumpuh. Saya tak tahu tentang Hospital Lapangan Rabiatul Adawiyah. Tapi harapnya point itu sampai.


Thursday, February 14, 2013

Vic Firth



Puan Jameela menggeleng. Tangan laju menolak pinggan yang dihulur Tok Wan. “Kenyang sangat Ibu. Ini pun dah masuk kenduri yang keempat hari ini.” Ahhh, cuti sekolah. Tak namanya cuti kalau tak ada macam-macam kenduri.


“Ramai kahwin hari ni.” Tok Wan kunyah sireh. “Naik mengah Tok Wan berkejar. Kamu bila Kak Ngah?”


Puuiii! Kaie tahan mulut dengan tapak tangan. Selamat tak tersembur sirap ni depan muka Tok Wan.


***

“Kelas Math lepas PE.”


“Homework semalam kau dah siap?”


“Belum.”


“Cantik! Lepas PE, kita mandi, tukar baju. Lepas tu kita blah.”


“Layan.”


“Pagar depan ke pagar belakang?”


“Aku dah check pagar depan. Cikgu sekarang dah strict sangat pasal benda alah ni. Pagar belakang lagi selamat kot. Aku bawak duit cukup-cukup untuk beli drum stick baru ni. Semalam survey tengok, Vic Firth memang terbaik. Maple, wood tip. Kira berbaloi la dengan harga.”


“Skipping one or two classes ain’t a crime anyway.”


Definisi normal Hayatt dan Lee of Sekolah Menengah Yayasan Perkasa.


***

“Kaie, on a scale 5 to 3 scale, kau nak bagi berapa?” Sarkastik. Tiya memeluk tubuh. Matanya tak beralih dari meja makan hujung sana sebelah pelajar putera.


“Negative infintity!” Kaie mengerling tajam sama ke sebelah sana.


Aihh, marah nampak. “Chill dude. Kau emo apehal?”


“Mamat tu psiko!”


***

Hayatt membetulkan letak guitar strap Earnie Ball pada bahu. Lenguh!


“Malam ni Dato’ Keramat jom?”


Lipat 180 darjah tengkuk Hayatt berpaling. Gila! “Penat bro. Baru habis jamming kau nak ajak conteng dinding lagi. Gila!” Mamat ni akal dah tertinggal kat buku Longman kat Kolej tu ke apa? Sejak tiga empat hari ni tak berhenti siang malam. Vic Firth si Lee tu ha memang patah la kalau terus macam ni.


“Merungut!” Lee memasukkan Vic Firth ke dalam beg.


“Hailaa…” Lee ambil tempat duduk. “Isn’t this obvious?” Hayatt senyum sinis.


“What?”


“It’s a girl, isn’t it?”


“Hell…no!”


“Really? ‘Cause a boy does something stupid once sebab memang he’s a boy la kan? Tapi kalau dah sampai berkali-kali, it’s usually because of a girl.” Hayatt angkat kening. Senyum terukir. “So, tell me about this girl…”


***

“Sambut junior-junior kat airport.” Kak Jue memanaskan minyak dalam kuali.


“Then?” Tangan Kaie laju memotong bawang besar.


“Makan-makan.”


“Lagi?” Bawang besar siap. Bawang putih dibawa ke atas papan pemotong.


“Kaie bagi pengisian. Pasal tarbiyyah. Alaa, sentuh sikit-sikit je. Boleh?”


Spontan Kaie memandang Kak Jue. Kak Jue buat muka selamba. Bawang putih dah berhenti dipotong. Sentap je Kak Jue ni! Terbeliak mata.


Kak Jue ketawa kecil. “InshaAllah Kaie boleh.”


“I wish.”


“Dah, jangan nak berdalih. Kang Kak Jue campak Vic Firth ke luar. Tidur la awak kat luar rumah.”


***

“Gila!”


“Betul la! Aku betul-betul jumpa dia!” Suara Lee merentas benua ke Adelaide sana.


“Geoffroy Doyon? Kau sure?” Skrin Skype memaparkan wajah berkerut Hayatt.


“This is Montreal dude. Memang tempat dia la kan.”


“Gila! Mintak autograph tak? Untuk aku sekali!”


“Chill. Ernie Ball kau pun dapat satu.” Senyum terukir di bibir.


“Speaking of Earnie ball, mathurat dah baca belum?”


Ketawa Lee pecah. “Aku mula tak nampak kaitan guitar strap kau dengan mathurat.”


“Mata pandang daie, memang la macam ni kot. Semua nak rabbani je.”


“Haha. Mathurat pekebendanya, sini baru dhuha.”


“Fine. Dah solat dhuha?”


“Dah, WALID!” Lee angguk.


Hayatt menggeleng sambil tersenyum.“ Mutaba’ah terisi tak?”


Lee garu kepala dalam sengih. “Ada satu rongak.”


“Ganti! Kata nak kahwin kan.”


Siapa kata, dari jalanan ke sejadah itu mudah.

Kalau mudah, bukan mujahadah namanya.


***

“Well, try to draw them.” Kak Jue meletakkan pai ke atas pingan semula. Matanya tepat memandang Kaie.


Huhh?!


“Draw your problems on the paper. It’ll be a therapy.”


“Kaie tak pandai melukis. Kak Jue tahu kan.” Tanpa nada Kaie bertutur. Matanya cuba mengelak pandangan Kak Jue.


“Then make a song. Sing them. Act them. You know, make a pantomime.”


“Kaie budak commerce la Kak Jue. Bukan arts.”


“Then spill, I’m all ears…”


***

“Where’s the fire bro? Mana datang all these sentimental, melancholic tone in your voice ni? Clair de Lune much?


“Aku tak layan DeBussy. Make it Beethoven. Moonlight sonata.”


Hayatt ketawa kecil. “Cut the rhythm la. Apa cerita mushi-mushi sentimental sangat ni?”


“Hmm…entah. Aku cuma..” Riak Lee tak tertafsir. Jeda menyapa untuk seketika.


“Okay, let’s begin with this. Do you love her?”


“Aku sendiri tak sure. Love is but a strong word. Aku tak berani nak kata.”


“Jadi kau tak suka dia?”


“Definisi suka aku bukan macam budak-budak sekarang punya definisi. Ke hulu ke hilir nak diseretnya berdua.” Lee tarik nafas panjang. “Dan aku bukan mereka-mereka yang duk tak habis-habis sembang kencang pasal baitul muslim tapi diri sendiri tak terbela. Maratib amal boleh hancur.”


Hayatt bagi ruang Lee bersuara.


“Kalau tu lah definisi cinta, aku rasa tu masuk kategori cinta kanak-kanak lagi. Mula-mula kecik-kecik nak mainan Robocop, Ultraman, dah besar sikit nak handphone, dah besar sikit nak guitar, drum and lagi besar nak kahwin. Life cycle yang mudah. Dan tak kemana. Cinta dunia, paling jauh boleh capai sampai kutub selatan je. Paling-paling dapat jumpa Santa Claus.”


“Definisi suka aku kena bersedia. Not just physically or spiritually, tapi tambah lagi satu. Tak senang marah dengan family. Sebab kadang-kadang aku sedih bila tengok sesetengah orang punya lah berat mulut nak bersuara bila dengan mak ayah. Dan baran pun bukan main tinggi. Kalau dah takat tu dengan family, alamat lingkup rumah tangga.”


Hayatt tersenyum. You’re one big man bro. “So, aku tanya lagi sekali, you love her?”


“Fifty-fifty. Aku tak sure. It’s like, half-full half-empty glass.”


“Make it half-full then.”


***

“Leeee!!!” Teriak dari Adelaide terasa dekat. Sangat dekat. “Kau nak kahwin tak bagitahu aku!!”


Lee senyum sampai ke telinga. “Balik-balik kerja dah kena dengar vocal test kau.” Tali leher dibuka.


“Kejam! Sampai hati kau nak kahwin tak bagitahu aku punyalah chaperone kau dari Ice Age lagi..” Hayatt memandang ke kad kahwin yang bari diterimanya tadi. Fuhh, dari Malaysia Lee hantar.


“Who said to make it half-full at the first place?”


Hayatt tersenyum. “Aku balik Malaysia.”


Mata Lee pada skrin laptop bagai nak terkeluar. “Jangan nak buat kerja gila! Kau ada kelas.”


“Skipping one or three classes ain’t a crime anyway.”


Just like old times…


"Buat kecil-kecil je. Tak ada bersanding pun."

Huhh?! Hayat buat muka terkejut.

"My wife isn't for display."

Hayat senyum mengangguk perlahan. “So, once again if I may, you love her?”


“Love is still a strong word to me.”


“Head over heels with her? Fell in love with her?”


“Fell so hard that I even blamed the gravity.”




[Vic Firth] 
14th Feb it is.
Hailaa...
Love is but a strong feeling.
Tame it wisely.
Habiburrahim.


Abaikan jika post ini tidak meningkatkan hamasah, 
Tidak menaikkan iman.
Saya target MB.
Mungkin bukan anda.


Gadgets By Spice Up Your Blog