Showing posts with label Niat. Show all posts
Showing posts with label Niat. Show all posts

Tuesday, January 12, 2016

Negarawan



Cemeti itu terlibas tepat mengenai mukanya. Sosok gelap dan kerdil keding itu terjelopok ke tanah, di tengah-tengah laluan keramaian.

Umar ibn Hisham, atau Abu Jahal ketawa besar. Cemetinya masih terlibas-libas, "Tilik kaki belibisnya! Tilik kaki belibisnya! Dan Muhammad menduga agama kita dengan rawak sebegini?!"

"Aku pasti memotong kakimu suatu hari, sang pengembala!" Abu Jahal melangkah dengan penuh mendendami.

Sejurus, sebelah tangan terhulur membantu mengangkat sosok kerdil Abdullah ibn Masud. Penuh santun, penuh khidmah.

"Sesungguhnya, demi Allah, engkau yang terbaik di antara dua lelaki, Umar alKhattab." Abdullah ibn Masud melaung.

Doa Rasulullah yang terlantun, 'ya Allah, muliakan Islam di antara dua Umar'. Dan Abdullah ibn Masud benar. Umar Al-Khattab termuliakan dengan Islam, sementara Abu Jahal pula terjelopok dalam kehinaan.

Ternyata, yang terpilihkan Allah itu semestinya persona yang rahmah. Bermula dari sekecil-kecil teladan penuh sederhana, Umar menebar berkah ke sekian alam dengan kekhalifahannya.

Seorang yang penuh rahmah.
Seorang negarawan.

[Negarawan]
penangan, haha!

Monday, August 10, 2015

Sujud Perhambaan



Sujudnya itu saat terindah solatnya. Posisi terdekat hamba kepada Tuhan. Menyembah seakan Allah bertakhta di hadapan. Dahi yang terjunjung di setiap bangun, mencium tanah penuh rendah, yang selayaknya pada posisi serendah-rendah alam.

Sejurus, tahiyyatnya pada kekhusyukan sama. Membisik melantun kalimah penuh berkah mengharap serta perhambaan syahadah. Shalawat keatas Muhammad saw sekeluarga serta Ibrahim alayhissalam.

Dan akhir solat dilengkap salam, menyempurna perhambaan dan menyambut lembut sapaan duniawi.

"Demi Allah, jika tidak kerana kalian beranggapan aku memanjangkan solat kerana takut mati, nescaya aku perpanjangkan lagi solatku.."

Dan sosok tubuh itu diheret keras ke kayu berpalang. Terikat dan seluruh masyarakat menyaksikan anggota-anggotanya terpotong.
[kredit]

"Relakah engkau digantikan Muhammad dan kamu selamat?"

Kudrat yang tersisa itu masih mampu menggagah bicara, "Demi Allah, aku tidak rela duduk selamat bersama anak isteri dan membiarkan Muhammad ditusuk duri."

Sejurus, pengamat-pengamat hukuman itu menjerit, "Bunuh dia!"

Dan tanah yang tadinya menyaksikan sujud sang hamba, menadah percikan darah sahabat itu.

Turut di barisan hadapan menyaksikan pembunuhan Khubaib adalah Said ibn Amir al-Jumahiy. Terkesan. Dan sering termimpi-mimpikan kejadian itu.

Dan umum tahu, Said ibn Amir al-Jumahiy memeluk Islam ekoran peristiwa itu, seterusnya menjadi gabenor Himsy yang sangat tawadduk dan zuhud.

Nyawa yang dikandung harus dikenderai, kalau ajal itu destinasinya; bukan sebaliknya.

Hidup para salihin salihat adalah perjalanan memilih cara terbaik untuk mati.
Kematian yang menggugah, atau hanya khabar yang terkubur sekadar kisah?


[Sujud Pehambaan]
Habiburrahim



Sunday, August 9, 2015

Bual Mesra



Terkisah, Umm Imarah alAnsari menemui baginda Sang Rasul saw dalam merintih kesah, membicara, "Wahai Rasulullah, aku melihat segala sesuatu itu berkaitan dengan lelaki sedangkan untuk kaum wanita tidak disinggung sedikit pun."

Adapun tersurat kesah sahabiah itu tidak meniatkan domba, apatah meragu. Ternyata, Umm Imarah lebih terkoyak sobek saat dirinya tidak disinggung Tuhan.

Maka, Allah menurunkan firmanNya, lantas membalas bicara Umm Imarah.

"Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."
[33:35]

Adalah agung, kepingan-kepingan firman Yang Mulia, menyahut bicara manusia tak terupaya.

Adalah agung, saat Allah Maha Sempurna merendah-rendah darjat kesempurnaan Sang Penguasa, membicara dengan bahasa hamba dina, agar terfahami seluruhnya.

AlQuran itu bicara dua hala, terhubung keterikatan langit dan bumi.

Selamat berbual mesra para pembaca surat CintaNya :)

[Bual Mesra]
Habiburrahim
Doa dan Quran



Tuesday, May 5, 2015

Dan Berdarah Lagi



"Hamad..," Suara itu merengek.

Hamad memandang punca suara itu sekilas. Pandangannya terus dialih. Lali dengan rengek abang kandungnya. Telinganya kalis akan tembakan bunyian beramplitud rendah. Remeh! Sekelian kali dia menasihat, Alrad masih berdegil. Berkali-kali dia dimasukkan ke penjara, tapi ketagihnya belum hilang.

“Hamaad…” Lebih memaksa.

“Cukup Alrad!” Hamad melenting. Dia menjurus ke dalam blik abangnya. Alrad mengekori, pantas.

“Tamol!” Hamad menggengam bungkusan plastik dari atas laci abangnya. Digumpal semahu, Alrad cuba menahan. Namun ketagihannya melemahkan dia. Hamad pantas menghempap pil-pil itu ke lantai. Berkecai. Alrad terduduk spontan, cuba menjilat-jilat serpihan pil itu. Hamad lantas menendang sisi abangnya hingga tersembam ke sisi bilik.

“Umi abi dah tiada! Abang nak hancurkan lagi hidup kita? Sampai bila?” Hamad menengking. Mata Alrad mula bergenang.

Hamad mengutip serpihan pil itu, dicuba untuk mengaut semuanya agar tiada peluang ketagihan abangnya.

Namun, jauh di sudut hatinya, sayu mengenangkan nasibnya sekeluarga.

Memang, Tramadol, atau terkenal dengan nama Tamol disini,  sangat mudah dicari. Mungkin salah satu punca pendapatan utama sesetengah pihak, terutama mereka yang bekerja atau terlibat secara langsung dalam terowong bawah tanah penyambung hayat penduduk Gaza. Senang sahaja diseludup dari Mesir ke sini. Berleluasa.

Hendak disalahkan sang abangnya pun, berat hati Hamad. Kebanyakan remaja Gaza dalam ketagihan Tamol. Klise alasannya, berkisar tekanan keluarga, kematian sanak saudara, kehilangan kerja serta tempat berteduh. Tapi kalian datang sahaja ke sini. Tak terjejak tanah kalaupun berjinjit melangkah tanpa menyentuh kelongsong-kelongsong peluru. Tak terpasang telinga disini kalau mengharap sepoi-sepoi merdu nadanya. Takkan pernah kenyang kalau mengharap roti tersuap tanpa perlu menadah meminta.




Awan yang berkapas melindung terik mentari, suam sahaja suhunya. Sesuai benar untuk para keluarga meneduh. Angin yang lembut menyinggah kujur-kujur kegembiraan.

Suasana Pantai Gaza meriah. Ramai pengunjung. Tak kurang peniaga-peniaga yang mula mencari peluang keemasan. Makanan memang paling utama. Pemilik-pemilik kuda juga disini, menyediakan khidmat menaiki kuda kepada pengunjung.

Pantainya juga penuh. Setiap tiga empat depa sahaja mesti ada perenang yang bermandi manda, tak kira jantina dan umur.

Ini tempat wisata kegemaran warga Palestina.

“Abi...,” Sisi baju ayahnya ditarik perlahan, meminta perhatian.

Lelaki 30-an itu mengalih pandangan dari pantai yang terbentang luas ke wajah anak lelakinya. Ya?” Senyum terukir, meraikan.

Hamad menelunjukkan kasutnya yang belum terpakai selipar. Wajahnya murung.

“Hamad silap pakai. Ini terbalik.” Ayahnya membetulkan selipar Hamad. “Dah, dah boleh main pantai dah.”

Hamad sedikit membetulkan seliparnya. Kakinya menguis-nguis pasir pantai.

Ayahnya perasan. Terus dipegang kedua bahu anaknya, menenangkan. “Hamad lapar ke?”

“Tak.”

“Gaduh dengan abang Alrad?”

“Tak.”

“Hamad nak naik kuda?”

Senyap. Tak berbalas. Ayahnya sedikit terkeluh. Dirangkulnya Hamad erat. Mulutnya didekatkan ke telinga Hamad. “Hamad, kalau ada masalah, cerita tau. Bukan simpan dalam-dalam, hanyutkan ke pantai. Pantai takkan pernah bagi jawapan.”

Belum juga berbalas.





Genggamnya akan Tamol masih kuat. Keringatnya seakan takkan pernah tersisa.

Detik ini, awan hitam berhujan peluru pula yang memendung. Bila-bila masa akan hujan, hanya mereka tidak berpayung. Tidak akan pernah. Kalaupun ada, lantas bocor rentung segalanya.
Ah, kalaupun matahari masih sombong menghadirkan terang, biar penduduk-penduduk Gaza ini selak tirainya.

Abi…

Lebih lima belas tahun, baru hatinya berani menyuara menjawab soalan ayahnya, baru betul-betul masalahnya tak dipendam dalam-dalam. Pantai takkan pernah menunjukkan jalan.

Hamad sangat menanti kemenangan. 






Monday, April 27, 2015

Gementar



Kredit : Google

Takhtanya itu mewah amat, dibina seakan tersorot pada kemuncak cahaya yang mengirana sekelian penjuru. Agung tampaknya, gah melambang keagungan kuasa terkurnia. Teruah emas perak perbendaharaan pada dipannya, mengilat kilauan perbendaharaan pada busana diraja.

Ayunan tangannya menyemarak takbur, gelengan kepalanya bahkan mengobor gemerlap megah, peti suaranya menitah paling pongah;

"Firaun berkata : Wahai para pembesar kaumku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku.."
[Al-Qasas, 28:38]

Seakannya, belum sempat liurnya mencecah tanah sejurus tertitah, dahi segenap penduduk Mesir gementar mendahulu. Takburnya segunung, kuncup hati-hati para manusia takut akannya.

Sang Tiran itu Firaun, terkisah angkuh takburnya menitah Haman membina membina bangunan tinggi untuk mengetuk pintu langit Allah dalam Al-Quran. Takbur itu seakan miliknya, malah Firaun angkuh menolak sifat itu tersandar secara total pada asma-Nya, Al-Mutakabbir.

Mari kita teliti tafsir Al-Qurtubi pada kata Al-Mutakkabir; 'Dia yang yang Maha Tinggi dengan rububiyah-Nya dan tiada suatu yang menyerupai-Nya'. 

Tepatnya, takbur itu hanya milik Allah. Kesombongan menolak realiti ini mencampakkan iblis dari syurga kediaman ribuan tahunnya, meruntuh peradaban ratusan tahun kaum 'Ad, Thamud dan Hud, menista bijaksana Abu Al-Hakam dengan gelaran Abu Jahal, menenggelam dan melemaskan sang Tiran penguasa Mesir terindah.

"Wahai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian.."
[Al-Baqarah, 2 : 21]

Gementar kita akan Al-Mutakabbir harusnya seiring tunduk sujud akannya. Pun, masih berlengah?


Tuesday, September 2, 2014

BINARY : TUJUH


TUJUH

Tempias air yang membasahi wajah dibiar mengalir menuruni pipi. Deru air terjun 120 meter dibiar lalu ke gegendang telinga.

Dia di pinggir Air Terjun Wairere.

Serata pemandangan Hamilton ditatap. Mencari tenang.

Patrick Star dari poket kanan dikeluarkan. Patrick Star baru sahaja jumpa jalan pulang ke tuan asal, melalu perantaraan Nadhiya. Mana tak terkejut, kalau dah lebih seminggu tak bersapa, tiba-tiba Wawa bagi bungkusan."

“Aku ada bagitahu Kak Jue tadi, dan aku harap kau bagi respon yang sama…”

Ayen menelan liur. Dalam hatinya, dia berputus asa. “Ya?”

“Aku nak bertudung."

Tak pasti apa yang membuatkan tekak kering masa tu. Tak pasti apa yang mengunci sang peti suara masa tu. Dan dia sendiri pelik sang bibir yang terkatup rapat masa itu. Apa yang dia dengar tak dapat nak ditafsir. Tapi yang pasti, selang beberapa ketika membisu, di tunduk. Sejurus, kakinya membawa jasadnya untuk beredar tanpa kata daripada wad tersebut. Dua tiga hari kebelakangan ini, mereka langsung tak bertegur.

Apa dah jadi dengan kau Wawa?

Matanya lagi sekali menatap Patrick Star. Dibawanya mata menuruni tali strap di kepala si Patrick. Ada nota yang bertanda :


[Binary : Tujuh]
Berkiblat sejadah
Habiburrahim





Sunday, July 27, 2014

BINARY : LIMA



LIMA

Ayen menghempas beg galas ke sofa. Seterusnya badannya pula. Lecture seterusnya lagi empat jam. Biasanya dia akan lepak di apartment Wawa. Nak diharap dia yang menghabiskan empat jam di library menunggu lecture seterusnya memang mustahil la.

Wawa di lab mungkin. Fikiran separa sedar menuturkan.

Remote controller televisyen dicapai. Terus jari menekan-nekan butang mencari mana-mana program yang boleh lekat dengan mata.

The very beginning of the ayah, Siraat al-lathina, Allah makes us describes the previous people who were successful in crossing the straight, long, difficult journey upwards to Allah…”

Ayen mengangkat kening. Wawa dalam bilik ke? 

“…which subtly shows that the real role models of Islam are not the ones who are still alive, rather the ones who are gone. The graduation ceremony is death. We ask Allah to show us the path of those who have graduated from this life successfully.”

Jari masih lagi menekan-nekan butang pada remote controller. Kepala disandarkan pada kusyen sofa. Tak tergerak nak menjenguk bilik Wawa.

“The next part, ‘an’amta alayhim, is interesting. The word ‘an’ama comes from nu’uma, which refers to softness/relaxed state. It is no coincidence that cows and sheep are called an’aam in Arabic. The relation is that cows and sheep when they move are very relaxed, unlike a tense animal such as a cat. Remember that Allah described this path as a hard path and the tasks as difficult task, and that the higher up the ladder one goes, the harder it becomes to stay there and keep climbing. But Allah then says that the ones who succeed this stage are those upon whom relaxation is bestowed, they are now calm.”

Suara itu sekadar samar-samar kedengaran, namun setiap patah jelas. Volume televisyen diperlahankan.

Ghayri almaghdubi alayhim’ is commonly translated as ‘not the path of those who earn your wrath’ or the like. However, this phrase doesn’t even contain the pronoun ‘your’ and that has greater implications than just a grammatical pattern. Allah does not mention His name to the extent that He does not want His name mentioned anywhere near those whom His anger is thrown upon them.”

“Wawa...” Ayen memanggil. Derap langkah dibawa ke arah bilik Wawa.

And ad-daalleen is usually translated as, ‘those who go astray’. Perhaps a more common contextual translation would describe them as people who are lost. While this is a lesser degree of failure than having everyone’s anger flung at you, it is still failure as they did not get Allah’s guidance."

Daun pintu bilik Wawa dikuak. Ayen menjenguk ke dalam bilik.

“Ayen?” butang pause pada keyboard ditekan. Suara tadi terhenti. Wawa menarik pandang dari skrin laptop. “Laa..kenapa datang tak bagitahu?”

“Aku minta access daripada Nasuha.”

“Nak makan?”

Ayen mengangguk.

“Lauk kat atas meja. Aku dah panaskan lauk dengan nasi.”

Ayen lagi sekali mengangguk. Otak makin ligat mentafsir perkara yang lain selain lauk dengan nasi yang dah dipanaskan.

Butang play pada keyboard ditekan. Lecture kembali bermula.

“And again, in this very last ayah, we vow asking guidance from Him, yet we treat al-Fatihah just like some sort of a subconscious mumble?”


***


Ayen meletakkan wireless headphone di telinga. Namun, suara Jacoby Shaddix yang memekak di telinga langsung tidak masuk ke otak.

“And again, in this very last ayah, we vow asking guidance from Him, yet we treat al-Fatihah just like some sort of a subconscious mumble?"

Terus wajah Wawa bertandang ke fikiran. Haishhh… kepala yang tidak gatal digaru-garu. Apa dah jadi dengan Wawa?

Pertama, makan dalam lif. Mungkin normal kalau nak makan duduk, angkat tangan tadah doa. Tapi...

Yang tu pertama. Tak masuk cerita kedua, semalam, yang dia sendiri ternampak Wawa dengar lecture daripada sheikh mana entah dari laman Youtube. Lecture tentang al-Fatihah mungkin.

Dan ketiga. Dan seterusnya...
Banyak. Sangat banyak. Mungkin berkajang kalau nak disenaraikan semua.

Wawa dah jadi...
…pelik.

Apa dah jadi dengan kau Wawa?

Kepala digeleng berkali-kali. Keluh dihela panjang. Cemburu ke? Atau mungkin sebab Ayen sendiri rasa dia ketinggalan.

Jujur, dia tak selesa dengan keadaan Wawa yang sekarang.

Dan apa dah jadi dengan aku?

***

Wawa menanggalkan cermin mata. Hujung pangkal hidung dipicit dengan dua jari. Pening kian terasa sebaik keluar daripada Science Building. Bahang mentari mungkin.

Langkahan pun jadi terhuyung-hayang. Seketika, tangan meraba menggapai mana-mana objek.

Sekeliling terasa seakan berputar. Mata dah mula berpinar. Apa dah jadi nih?

“Wawa!”

Mata Wawa dalam pinar terus mencari arah suara. Kak Jue… suaranya terlekat di kerongkong.

***

“Ayen!”

Nadhiya yang baru sahaja masuk ke dalam lab menyapa. Ayen automatik berpaling.

“Wawa blacked out!”


[Binary : Lima]
Jujur,
Membesar itu menyesakkan
Mendewasa itu perit
Habiburrahim





Thursday, July 24, 2014

BINARY : EMPAT

EMPAT



“Ayen, bak beg aku.” Wawa menghulur sebelah tangan.

Ayen menyambar beg Adidas biru muda. Cepat dibaling ke arah Wawa. Spontan beg ditangkap dengan sebelah tangan.

“Lambat!” Wawa merengus.

“Tahu.” Siapa suruh tidur kalau dah gap antara kelas hanya satu jam.





Arrrggghh!!

Tak pasti sama ada, jeritan itu berfrekuensi terlalu tinggi sehinggakan telinga Wawa sendiri tidak terdengarkan, ataupun jeritan itu sekadar terlekat di kerongkong. Wawa tepuk dahi dalam hati. Lewat lagi! Balik apartment, ingatkan nak lunchLunch pun tak sempat.

Nak salah siapa. Memang salah sendiri.

Kaki yang melangkah terasa ringan kemain. Tapak kasut yang menjijak tanah pun tak sempat nak berehat saat mendarat. Kurang lima detik, keempat-empat langkahan itu diatur laju ke arah lif.

Lewat. Tambah lagi kelas paling awal Lab Digital Electronics 205. Lagi teruk, lab assistant dapat Sir Jose. Kalau lambat, markah lab melayang. Memang bala!

Wawa mendahului ke dalam lif. Ayen menyusul. Cepat-cepat butang ground floor ditekan kuat berkali-kali. Lif bergerak perlahan.

Wawa membuka zip beg sambil menunggu lif ke ground floor. Sekeping roti dicapai. Sebelah tangan mengaminkan doa makan. Terus dia mencangkung bersandarkan dinding lif. Roti disuap ke mulut. Gelojoh.

Dibawah sedar, lagi tuan punya sepasang lagi mata di dalam lif menelengkan tengkuk memerhatikan. Pelik.

Wawa perasan diperhatikan. “What?? Aku lapar.”



[Binary : Empat]
Mana sama
Dibawah lembayung Islam
Dibawah tempurung gelandangan
Habiburrahim




Saturday, July 12, 2014

BINARY : TIGA


TIGA

“Assalamualaikum akak!” serentak dua suara menyapa.

“Waalaikumsalam.” Kak Jue menyambut salam Wawa dan Ayen. “Masuklah. Ramai yang dah ada.”

Kak Jue ajak mereka qiam di rumahnya. Kebiasaannya Wawa memang liat nak mengikut walaupun Kak Jue yang mengajak. Tapi bila dah ada yang meneman, tambah-tambah si peneman itu ialah Ayen, lagi dia cepat bagi kata setuju.

Wawa mengambil tempat di bahagian kanan sofa, Ayen di sebelah kiri. Beg sandang terus dibuka zip.

“Mangaii…banyaknya.” Kak Jue menegur.

Kedua mereka pecah tawa meraikan. Segenggam DVD dikeluarkan dari beg dan diletakkan di atas lantai.

“Pukul tiga saya kejutkan akak. Akak tidur lah dulu.” Wawa mengoyak senyum.

“Tiga episod, cukup la kan?” Ayen yang masih lagi membelek-belek DVD bersuara.

Kak Jue mencekak pinggang. “DVD dah satu beg, alat mandi taruk mana?”






Qiam berlangsung sehingga subuh. Longlai dibuatnya Ayen. Dah la semalaman tak tidur. Wawa dah awal-awal lagi pengsan. Tak guna, kata nak temankan tengok drama.

Dan pagi itu, selepas Subuh, Kak Jue bagi tazkirah. Maaf Kak Jue, saya memang tak boleh nak paksa mata ni lagi…

“والضالين عليهم المغضوب غير عليهم  انعمت اللذين صراط”
“Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” Kak Jue membacakan terjemahan.

Wawa yang di sebelah Ayen dah menggeleng. Jelingan jatuh kepada dada buku nota si teman yang penuh dengan contengan. Ni mesti terconteng ketika tidur. Keluh panjang dihela. Rusuk kanan Ayen disiku lembut.

 “Ayat ini akak lihat sebagai melengkapi ayat 10 surah al-Balad; ‘Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.”

Dah satu beg penuh dengan DVD, sekarang mulalah nak menumpang baca terjemahan orang lain. Wawa menyibukkan diri menoleh ke Kak Amal untuk turut sama berkongsi. Ayen tak kurang menoleh ke kanan ke kiri tersengguk-sengguk.

“Dalam ayat 7 surah al-Fatihah ini, Allah menerangkan dua tentang perihal dua jalan yang wujud dalam Islam, yang mana, kedua-duanya diilhamkan olehNya sendiri kepada setiap hambaNya.”
“Dalam Islam ada dua jalan yang berbeza dari segala segi. Satu jalan taqwa, dan lagi satu jalan fasik. Satu jalan yang dilalui umat-umat terdahulu yang diredhaiNya, dan jalan yang selebihnya adalah sebaliknya.”
“Fitrah manusia itu sukakan kebaikan, kecantikan dan kebersihan.” Kak Jue makin galak bercerita. “Even baby sendiri reti untuk bezakan susu elok dengan yang dah masam. Masakan ada sosok-sosok tubuh yang mengakui hati mereka berpihak kepada kejahatan.”

Kepala yang tersengguk membawa fikiran kembali kepada sedar. Ayen membuka kelopak mata yang terasa berat perlahan-lahan. Sedar tak sedar, Kak Jue dah bacakan ayat tujuh surah al-Fatihah.

“Osem kan? Sekalipun Allah hamparkan kedua-dua jalan untuk kita, mustahil fitrah kita, yang ditiupkan oleh Allah sendiri, memihak kepada jalan kefasikan. Betapa ar-Rahman itu tidak pernah bakhil dengan syugaNya.”

Ayen menahan mata semahunya.

Patah kata dari peti suara Kak Jue seolah langsung tidak dihadami. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Yang dia tahu, dia langsung tidak tahu menahu hujung pangkal apa yang Kak Jue tazkirahkan pagi itu.

“Tak ada zon kelabu dalam Islam. Samada kita pilih hitam ataupun putih. Tak ada jalan tengah. Samada kita pilih jalan yang Allah anugerahkan nikmat, ataupun jalan yang Allah murkai. Sifir binari hidup ini mudah. Pilih dunia, akhirat syurga. Pilih akhirat, dunia penjara.”



[Binary : Tiga]
Dua jalan
Satu syurga
Sebelah sana durjana


Saturday, March 8, 2014

Terlindungkan



Gelora amukan rahmat sang baskara menelus setiap koyak kain kanopi. Riuh tanda meriah pasar itu.

Meski dalam keriuhan, ada sayup kedengaran, "Khabar baik!!"

Semua pasang mata tertoleh dek bising dari kejauhan. Jarak tak membataskan penglihatan para mata untuk meneliti senyum lebar yang terkoyak di bibir pemuda yang sedang berlari ke mari itu.

Mengah kelenjar merembes keringat. Tak sempat terhelakan nafas, tangki paru-paru seakan merayu meminta dicukupkan. Digagahi. Ada berita gembira yang setiap para hati ada hak keatasnya.

"Khabar baik..." Cungap nafas menghalang bait seterusnya dilafazkan, "...dari langit Ilahi!"



Jarang, atau lebih tepat, tidak pernah saya nukilkan perkara sebegini.

Yang saya faham, ummah perlukan ini. Dan setiap hal berhak diserahkan pada ahli. Saya bukan ahli, cuma menyampaikan apa yang ahli nukilkan.

Dalam buku, Agar Bidadari Cemburu Padamu, Salim A. Fillah ada menyenaraikan apa yang Syaikh Nashiruddin ibn Nuh Al Albani rincikan sebagai syarat pakaian syar'i buat muslimah.
1. Menutup dan melindungi seluruh tubuh, selain yang dikecualikan.
2. Tidak tabarruj.
3. Kainnya tebal.
4. Kainnya longgar, tidak sempit dan tidak jatuh.
5. Tidak diberi wangian.
6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
7. Tidak menyerupai pakaian kafir.
8. Bukan Libasusy Syuhrah - pakaian yang menampilkan populariti.



"...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka."
[AnNur, 31]



Ada yang mencarik kain kanopi. Tidak kurang yang menarik kain langsir sama.

Bukan sahaja Kaum Hawa, Adam turut serta sama. Ditanggalkan pakaian yang tersauk pada badan, semata-mata menurut perintah agung darIi langit.

Kekalutan yang teramat. Mengalahkan riuh pasar sepanjang pagi.

Tapi, para hati itu tahu, kepingan-kepingan firman agung dari langit itu takkan pernah membebankan.

[Terlindungkan]
Habiburrahim

Monday, December 23, 2013

Jalan Cinta Para Pejuang III

~Langkah Pertama: Dari Dahulu Beginilah Cinta

Situating Happiness
Weak were the hearts of humans as Qais and Romeo... Why?

Anis Matta wrote in her Love serial,
"Kita mencintai seseorang lalu kita menggantungkan kebahagiaan kita pada sebuah kehidupan bersamanya. Maka ketika ia menolak atau tak beroleh kesempatan untuk hidup bersama kita, itu menjadi sumber kesengsaraan."
In a nutshell, Love brings sorrow because the happiness that we place in it is interpreted as 'togetherness'.

Mencintai tak harus memiliki..
An interesting phrase in this book that I found most valuable to share is the fact that he argues the whole intention of people to love.
Says he, "If loving someone was enough to give that happiness, then people such as Qais and Romeo wouldn't have to worry, even if their love was not returned or acknowledged!"
And so, the question arises, does that version of love shows SINCERITY?
Earth to human...Yah, we all do want something in this life. We do hope for a return at some point of our investment, and when we love, we would all want to be loved as well. But, is the idea of love that brings 'togetherness' worth balancing?

A Triangular Theory of Love


The three main components in Love given by Sternberg are:
~Intimacy;
an emotional element that is signified by the desire to be around the one you love, and to build a relationship with them, 
~Passion;
a motivational element that is driven by the sexual attribute of oneself, and
~Commitment;
a cognitive element that implies within one's decision to constantly be together in a long period.

And these elements combined to form different concepts of Love.
Consummate Lovea perfect combination of the three.
Non-Lovean outlier from these elements.
Likingintimacy without passion and commitment.
Infatuationpassion without intimacy nor commitment; "Love at first sight".
Empty Lovecommitment with the absence of passion and intimacy.
Romantic Lovea unity of intimacy and passion, but without commitment.Beautiful, sweet, yet so temporary.
Companionate Loveeliminating passion and adhering commitment and intimacy. A sweet friendship.
Fatuous Lovea type of love blinded by commitment and passion but disregards intimacy.

As catchy as this 'so-called Theory of Love' looks, it could not be adapted to a version of Love other than the love between opposite genders,say, a mother's love for her child. 
Must an ideal love be established by PASSION, followed by INTIMACY, and then, COMMITMENT?

The Key to the Theory of Love
"Scientists are discovering that the cocktail of brain chemicals that sparks romance are different than what fosters long term attachments.",
says psychologist, Lauren Slater. Meaning, PASSION and INTIMACY in Romantic Love, has no connection with building up commitment to stay in longevity with a person.

So, that's where it starts! EMPTY LOVE... Building up commitment.

"Jalan cinta para pejuang adalah jalan kesetiaan dan pengorbanan. Komitmen adalah ikrar kerelaan berkorban; memberi bukan meminta, berinisiatif tanpa menunggu, memahami dan bukan menuntut. Komitmen adalah ikatan kesetiaan"
"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kalian yang melepas ikatan kesetiaan dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia cintai dan mereka pun mencintaiNya.."
Al- Maaidah (5:54)


"Di Jalan Cinta Para Pejuang, komitmenlah yang akan menjadi tapak langkah pertama cinta kita..."

Wallahua'lam

Sunday, September 8, 2013

A Message in a Bottle


Dahi putih itu lagi sekali rebah ke bumi salju itu. Dan empat dahi dibelakang turut sama mengikut. Lama mereka dalam keadaan sujud. Mata sepet yang memerhati dari jauh itu tak berkalih dari tadi. Tangan terus mencapai DSLR yang tergantung di tengkuk. Lensa dihalakan ke arah perempuan berlima itu di tengah-tengah gunung salji itu.

Snap! Dan sekeping gambar perempuan berlima itu sedang sujud terpampang di skrin DSLR. Cheng menarik senyum segaris. DSLR lagi dibawa ke mata, dihalakan lagi sekali ke lima bersahabat itu.
Angin yang tadi sepoi-sepoi bahasa menambah sedikit kelajuan. Cheng membetulkan skarf yang terlilit di tengkuk. Diketatkan skarf, angin sejuk tak tertahan. Sebaik jari telunjuk menekan butang shutter release, ketul kecil salji hinggap di atas lensa kamera. Angin mula membawa lembut ketul-ketul kecil salji hinggap di puncak Gunung Ruapehu tersebut. Dingin makin terasa ke tulang.

Ooooo...kayyy.. Time to go. Hot chocolate dibawa bersama, berjalan membelakangi lima sosok di tengah salju tersebut.


***

Estima biru itu melewati jalan yang terbentang luas. Pemandangan padang berbukit bukau berhiaskan biri-biri menjamu pandangan. Tenang.

Suasana dalam Estima biru itu sama tenang. Sunyi. Radio tak terpasang. Cheng di kerusi sebelah pemandu pun tak ada nak riuh-rendah membuka cerita. Wanjiq fokus memandu.

Cheng memandang ke kiri, melihat pemandangan hijau tipikal New Zealand. Kawanan biri-biri baru sahaja berlalu.

"Air mineral kat mana?" Buat sekelian lama, dari atas puncak gunung sampailah ke jalan ni, peti suara itu baru mengeluarkan suara.

"Beg hitam, kat belakang." Wanjiq membalas.

Cheng mencapai air mineral dari dalam beg. Diteguk seteguk dua, dan dihulurkan ke Wanjiq menawarkan. Wanjiq menggeleng.

"Hari tu ada orang bunuh diri kat Sapphire." Cheng buka cerita. Sapphire tu apartment sebelah rumah Wanjiq. "Jujur aku cakap, I couldnt put a word to reason his suicide."

Wanjiq sekadar mendengar, tak mencelah.

"But, I know how painful he felt. I know that feel, feeling jaded at the world and the only thing you could think of at that moment was to take a fire exit to your life." Cheng menyambung. "Aku pernah masuk bermacam agama. And if not because of you guys who have given me more than a pat on the back, aku dah bunuh diri hari tu."

Wanjiq masih belum mencelah. Mata masih pada jalan. Tapi, dia ingat jelas, saat Cheng cuba bunuh diri tempoh hari.

"Spill mate." Wanjiq meyakinkan.

Cheng memandang Wanjiq. "If god really exists, why does He allow pain?"

Senyap. Estima masih bergerak pada kadar 90km/h. Wanjiq tarik nafas dalam-dalam. "Problems, for me, ..." Stereng dipusing ke sebelah kanan. Estima memasuki simpang. "...are trials to make us nearer to Him. Klise, aku tahu, but truths always begin with cliche."

Puncak Whakapapa
Wanjiq memperlahan kereta sebaik mendekati lori dihadapannya. Cermin sisi dipandang sekilas. "Everything in this world is meant to have its own reason for existing. Biri-biri, gunung-ganang, salji, rerumput and even melukut di tepi gantang pun. Even our problems pun ada sebab untuk diturunkan ke atas kita." Lori dihadapannya dipotong.


"Aku tak rasa, segala macam benda; matahari, bulan bintang, gunung-ganang diciptakan hanya sebagai lukisan alam, sebagai hiasan kepada planet bumi ni. In fact, the purpose for their existence is far mightier than that. Bergantung kepada kita untuk sedar akan cantiknya tujuan sebenar penciptaan segala makhluk alam."

Pandangan Wanjiq tak beralih dari jalan, sementara Cheng setia mendengar.

"Take for example, a message in a bottle." Estima membelok ke kiri, memasuki simpang ke Palmerston North. "Some people might not recognize the bottle and walk by. Some might ponder upon the beauty of the bottle that they forget the message inside it. Tapi purpose sebenar bottle itu adalah mesej yang terkandung didalamnya. Same goes to God's creation. Cantik, tapi bukan sekadar hiasan alam. We must look beyond those lukisan alam, to see a far mightier beauty behind the screen; the Beauty of the Creator."

"Situasinya sama dengan segala macam masalah yang kita lalui. Problems, pain, despair and misfortune come and go. But we tend to forget to see through the bottles. And when we fail to solve the problem, we blame Him for not helping."

"Problems, too, are created for the purpose of getting us nearer to Him. Bilamana masalah datang menjengah, kita lari dari Dia walhal masalah itu sendiri diwujudkan semata-mata untuk merapatkan kita kepadaNya. At times of failure, do not get lost in despair. Look through it. Seek for the message inside the bottle. And you'll eventually witness how only The Creator of All Power can guide you through the problems."

Senyap kembali. Wanjiq menunggu respon dari Cheng, tapi Cheng sekadar mengalihkan pandangan ke luar tingkap.

Muslim...
...sangatlah teguh dengan pendirian agama. Cheng monolog sendiri-sendiri.
Kalau tak, tak adalah sejuk-sejuk pun still boleh solat kat atas salji tadi.


Mana tak terkejutnya, selesai saja salam kedua, nampak mamat ni bertenggek di sebelah dengan payung di tangan kiri.

"Sorry, saya ada satu je payung." Terus keluar bahasa Melayu, takut-takut diaorang seram tiba-tiba mamat out of nowhere buat gaya Romeo payungkan anak dara orang tengah-tengah orang solat. Malaysians kat sini kalau jumpa Malaysians memang rasa selamat sikit. Harapnyaa...

Liya masih kedu. Tambah dengan sejuk salji lagi, boleh beku lidah nak menjerit. Peti suara macam dah menggigil taknak berfungsi, nak duduk diam je.

Buat seketika, mata sepet tu merenung si mata bulat dengan senyum kapasiti voltan tinggi. Empat pasang mata di belakang pun turut sama memerhati si sepet tu. Cheng buat muka selamba. "Kalau saya ada lima tangan dan lima payung, mungkin saya boleh payungkan semua kot." Pilih kasih betul payungkan yang di depan. Tapi betul apa aku buat... Kan tengah rintik-rintik lembut salji, tambah dengan angin, jadi aku payungkan la salah seorang yang tengah solat ni. Salah ke?

"By the way, kenapa korang solat?"



"Wanjiq..." Salji puncak Ruapehu ditinggalkan, minda kembali ke dalam Estima biru.

"Yep..?"

"Kenapa korang solat?"


[A message in a bottle]
Life, as we know it, is a Shawshank prison 
For Hereafter is your ultimate freedom
Ingat nak buat novel
Guna modal ni
Tapi..
Hmm...
Habiburrahim

Gadgets By Spice Up Your Blog