Saturday, July 12, 2014

BINARY : TIGA


TIGA

“Assalamualaikum akak!” serentak dua suara menyapa.

“Waalaikumsalam.” Kak Jue menyambut salam Wawa dan Ayen. “Masuklah. Ramai yang dah ada.”

Kak Jue ajak mereka qiam di rumahnya. Kebiasaannya Wawa memang liat nak mengikut walaupun Kak Jue yang mengajak. Tapi bila dah ada yang meneman, tambah-tambah si peneman itu ialah Ayen, lagi dia cepat bagi kata setuju.

Wawa mengambil tempat di bahagian kanan sofa, Ayen di sebelah kiri. Beg sandang terus dibuka zip.

“Mangaii…banyaknya.” Kak Jue menegur.

Kedua mereka pecah tawa meraikan. Segenggam DVD dikeluarkan dari beg dan diletakkan di atas lantai.

“Pukul tiga saya kejutkan akak. Akak tidur lah dulu.” Wawa mengoyak senyum.

“Tiga episod, cukup la kan?” Ayen yang masih lagi membelek-belek DVD bersuara.

Kak Jue mencekak pinggang. “DVD dah satu beg, alat mandi taruk mana?”






Qiam berlangsung sehingga subuh. Longlai dibuatnya Ayen. Dah la semalaman tak tidur. Wawa dah awal-awal lagi pengsan. Tak guna, kata nak temankan tengok drama.

Dan pagi itu, selepas Subuh, Kak Jue bagi tazkirah. Maaf Kak Jue, saya memang tak boleh nak paksa mata ni lagi…

“والضالين عليهم المغضوب غير عليهم  انعمت اللذين صراط”
“Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” Kak Jue membacakan terjemahan.

Wawa yang di sebelah Ayen dah menggeleng. Jelingan jatuh kepada dada buku nota si teman yang penuh dengan contengan. Ni mesti terconteng ketika tidur. Keluh panjang dihela. Rusuk kanan Ayen disiku lembut.

 “Ayat ini akak lihat sebagai melengkapi ayat 10 surah al-Balad; ‘Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.”

Dah satu beg penuh dengan DVD, sekarang mulalah nak menumpang baca terjemahan orang lain. Wawa menyibukkan diri menoleh ke Kak Amal untuk turut sama berkongsi. Ayen tak kurang menoleh ke kanan ke kiri tersengguk-sengguk.

“Dalam ayat 7 surah al-Fatihah ini, Allah menerangkan dua tentang perihal dua jalan yang wujud dalam Islam, yang mana, kedua-duanya diilhamkan olehNya sendiri kepada setiap hambaNya.”
“Dalam Islam ada dua jalan yang berbeza dari segala segi. Satu jalan taqwa, dan lagi satu jalan fasik. Satu jalan yang dilalui umat-umat terdahulu yang diredhaiNya, dan jalan yang selebihnya adalah sebaliknya.”
“Fitrah manusia itu sukakan kebaikan, kecantikan dan kebersihan.” Kak Jue makin galak bercerita. “Even baby sendiri reti untuk bezakan susu elok dengan yang dah masam. Masakan ada sosok-sosok tubuh yang mengakui hati mereka berpihak kepada kejahatan.”

Kepala yang tersengguk membawa fikiran kembali kepada sedar. Ayen membuka kelopak mata yang terasa berat perlahan-lahan. Sedar tak sedar, Kak Jue dah bacakan ayat tujuh surah al-Fatihah.

“Osem kan? Sekalipun Allah hamparkan kedua-dua jalan untuk kita, mustahil fitrah kita, yang ditiupkan oleh Allah sendiri, memihak kepada jalan kefasikan. Betapa ar-Rahman itu tidak pernah bakhil dengan syugaNya.”

Ayen menahan mata semahunya.

Patah kata dari peti suara Kak Jue seolah langsung tidak dihadami. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Yang dia tahu, dia langsung tidak tahu menahu hujung pangkal apa yang Kak Jue tazkirahkan pagi itu.

“Tak ada zon kelabu dalam Islam. Samada kita pilih hitam ataupun putih. Tak ada jalan tengah. Samada kita pilih jalan yang Allah anugerahkan nikmat, ataupun jalan yang Allah murkai. Sifir binari hidup ini mudah. Pilih dunia, akhirat syurga. Pilih akhirat, dunia penjara.”



[Binary : Tiga]
Dua jalan
Satu syurga
Sebelah sana durjana


2 comments:

BellaHana said...

apa maksud ayat ni?

Pilih dunia, akhirat syurga. Pilih akhirat, dunia penjara.

jzkk

Faris Nafiah said...

Okay, honestly, saya rasa saya dah tersilap
Maaf.

Gadgets By Spice Up Your Blog