TIGA
“Assalamualaikum akak!”
serentak dua suara menyapa.
“Waalaikumsalam.” Kak
Jue menyambut salam Wawa dan Ayen. “Masuklah. Ramai yang dah ada.”
Kak Jue ajak mereka qiam
di rumahnya. Kebiasaannya Wawa memang liat nak mengikut walaupun Kak Jue yang
mengajak. Tapi bila dah ada yang meneman, tambah-tambah si peneman itu ialah Ayen,
lagi dia cepat bagi kata setuju.
Wawa mengambil tempat
di bahagian kanan sofa, Ayen di sebelah kiri. Beg sandang terus dibuka zip.
“Mangaii…banyaknya.”
Kak Jue menegur.
Kedua mereka pecah tawa
meraikan. Segenggam DVD dikeluarkan dari beg dan diletakkan di atas lantai.
“Pukul tiga saya
kejutkan akak. Akak tidur lah dulu.” Wawa mengoyak senyum.
“Tiga episod, cukup la
kan?” Ayen yang masih lagi membelek-belek DVD bersuara.
Kak Jue mencekak pinggang. “DVD dah satu
beg, alat mandi taruk mana?”
Qiam berlangsung sehingga subuh. Longlai
dibuatnya Ayen. Dah la semalaman tak tidur. Wawa dah awal-awal lagi pengsan.
Tak guna, kata nak temankan tengok drama.
Dan pagi itu, selepas Subuh, Kak Jue
bagi tazkirah. Maaf Kak Jue, saya memang tak boleh nak paksa mata ni lagi…
“والضالين عليهم المغضوب
غير عليهم انعمت اللذين صراط”
“Jalan orang-orang yang
telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang
dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” Kak Jue membacakan
terjemahan.
Wawa
yang di sebelah Ayen dah menggeleng. Jelingan jatuh kepada dada buku nota si teman
yang penuh dengan contengan. Ni mesti terconteng ketika tidur. Keluh panjang
dihela. Rusuk kanan Ayen disiku lembut.
“Ayat ini akak lihat sebagai melengkapi ayat
10 surah al-Balad; ‘Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.”
Dah satu beg penuh
dengan DVD, sekarang mulalah nak menumpang baca terjemahan orang lain. Wawa
menyibukkan diri menoleh ke Kak Amal untuk turut sama berkongsi. Ayen tak
kurang menoleh ke kanan ke kiri tersengguk-sengguk.
“Dalam ayat 7 surah
al-Fatihah ini, Allah menerangkan dua tentang perihal dua jalan yang wujud
dalam Islam, yang mana, kedua-duanya diilhamkan olehNya sendiri kepada setiap
hambaNya.”
“Dalam Islam ada dua
jalan yang berbeza dari segala segi. Satu jalan taqwa, dan lagi satu jalan
fasik. Satu jalan yang dilalui umat-umat terdahulu yang diredhaiNya, dan jalan
yang selebihnya adalah sebaliknya.”
“Fitrah manusia itu
sukakan kebaikan, kecantikan dan kebersihan.” Kak Jue makin galak bercerita. “Even
baby sendiri reti untuk bezakan susu elok dengan yang dah masam. Masakan ada
sosok-sosok tubuh yang mengakui hati mereka berpihak kepada kejahatan.”
Kepala
yang tersengguk membawa fikiran kembali kepada sedar. Ayen membuka kelopak mata
yang terasa berat perlahan-lahan. Sedar tak sedar, Kak Jue dah bacakan ayat
tujuh surah al-Fatihah.
“Osem kan? Sekalipun
Allah hamparkan kedua-dua jalan untuk kita, mustahil fitrah kita, yang
ditiupkan oleh Allah sendiri, memihak kepada jalan kefasikan. Betapa ar-Rahman
itu tidak pernah bakhil dengan syugaNya.”
Ayen menahan mata
semahunya.
Patah kata dari peti
suara Kak Jue seolah langsung tidak dihadami. Masuk telinga kiri keluar telinga
kanan.
Yang dia tahu, dia
langsung tidak tahu menahu hujung pangkal apa yang Kak Jue tazkirahkan pagi
itu.
“Tak ada zon kelabu
dalam Islam. Samada kita pilih hitam ataupun putih. Tak ada jalan tengah.
Samada kita pilih jalan yang Allah anugerahkan nikmat, ataupun jalan yang Allah
murkai. Sifir binari hidup ini mudah. Pilih dunia, akhirat syurga. Pilih
akhirat, dunia penjara.”
[Binary : Tiga]
Dua jalan
Satu syurga
Sebelah sana durjana
Habiburrahim
2 comments:
apa maksud ayat ni?
Pilih dunia, akhirat syurga. Pilih akhirat, dunia penjara.
jzkk
Okay, honestly, saya rasa saya dah tersilap
Maaf.
Post a Comment