Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts
Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts

Saturday, October 4, 2014

Bicara itu



Masih menunggu.

***

Dia melangkah menemui Rasullullah.

"Wahai Khuwayla, sepupumu itu seorang dalu, bertaqwalah kepada Allah." Jawab Rasulullah.

Hatinya remuk. Berantak. Lumat.

Seperca hati yang relai itu bergetar menafikan perbuat suaminya itu sebagai keadilan.

Dan secarik hati itu juga tahu, ada kuasa yang mampu menindan segala kuasa yang miring itu. Dia menadah daya memanjat tuturan adu akan Allah. Bait-baitnya tersusun cantik, bukan asal pilih. Lidahnya menggumam kata penuh harap. Lafaznya perkata, jelas.

Dan dia, masih menunggu berdekatan dengan Rasulullah.

Masih menunggu turun firman pengadilan.

***

"Engkau bagiku umpama belakang ibuku."

Dia Khawla bint Thalabah, menjalin kata penuh khusyuk dalam menghitung khabar suaminya, Aws ibn al-Samit yang menziharnya, kepada Daya yang mengatasi komune menindas itu.

***

Bicara itu

kalau terusaha sendiri mengutus,
manakan mampu 
''...seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit..."
[al-An'am, 6 : 125]

bicara itu
dibawa angin
merentas tindan langit tujuh
menyorot kabut awan

bicara itu,
tanpa hijab, 
tanpa perutus

bicara itu,
bicara sejumput hamba hina
bual mesra budak nista
tutur adu khadam dina

bicara itu
bicara dua hala akan Ilahi

"Adakah penghormatan bagi manusia
seperti penghormatan yang tinggi mulia seperti ini?"
[Fi Zilalil Quran]

ini
bicara penghormatan namanya

***

"Allah menurunkan kalam titah untuk menyaksamamu dan suamimu." sabda RasulNya.

"Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."
[al-Mujadila, 58 : 1]

Kalam titah pengadilan, al-Mujadila ayat 1 hingga 4.
Bicara Allah sama Khawla. Bicara Allah sama manusia.

[Bicara itu]
Habiburrahim




Monday, September 29, 2014

BINARY : SEBELAS


SEBELAS

Semester baharu baru sahaja bermula. Mood cuti masih lagi ada. Mood belajar memang awal-awal lagi belakang cerita.

Wawa meneliti course guidelines yang baru sahaja diperoleh daripada pensyarah. Haishh… tiga lagi projek sem ni.

Pandangan dialih kepada telefon bimbit sebaik deringan SMS berbunyi.

     Kak Kaie : Salam Wawa. Wawa tak ikut autumn retreat kan?

Cermin mata ditanggalkan. Hujung pangkal hidung dipicit dengan jari sambil mata terpejam. Seketika, dia kembali kepada telefon bimbit.

     Wawa      : Tak. Ada kerja.
     Kak Kaie : Baik. Tapi akak assign awak dengan Sis Lily Maryam boleh untuk bagi pengisian untuk junior                        yang tak dapat turut serta.

Wawa dah memicit-micit dahi. Hailaaa…

Jujur, sejak kebelakangan ini, dia sendiri terasa agak ketinggalan. Atau mungkin juga dia yang sengaja melarikan diri dari medan tarbiyyah. Pertama, amanah untuk menyampaikan pengisian untuk junior-junior yang baharu sahaja sampai ke Auckland. Sengaja dibeli tiket lambat-lambat untuk mengelak dari bertembung dengan junior-junior. Keduanya, autumn retreat yang juga sengaja dielakkan. Dan termasuk juga berbagai lagi program-program yang mendatang.

Sekali lagi, jujur, dia sendiri merasakan kehilangan Kak Jue sejak dari summer tempoh hari. Mungkin penangan Kak Jue mula kering dari dalam jiwanya.

     Wawa      : I am not any good la akak
     Kak Kaie : Awak the best, tahu?

Wawa melepas keluh. Telefon bimbit ditatap. Lama. Seketika, telefon bimibit bordering lagi.

     Kak Kaie : So, Wawa okey kan?


Thursday, February 14, 2013

Vic Firth



Puan Jameela menggeleng. Tangan laju menolak pinggan yang dihulur Tok Wan. “Kenyang sangat Ibu. Ini pun dah masuk kenduri yang keempat hari ini.” Ahhh, cuti sekolah. Tak namanya cuti kalau tak ada macam-macam kenduri.


“Ramai kahwin hari ni.” Tok Wan kunyah sireh. “Naik mengah Tok Wan berkejar. Kamu bila Kak Ngah?”


Puuiii! Kaie tahan mulut dengan tapak tangan. Selamat tak tersembur sirap ni depan muka Tok Wan.


***

“Kelas Math lepas PE.”


“Homework semalam kau dah siap?”


“Belum.”


“Cantik! Lepas PE, kita mandi, tukar baju. Lepas tu kita blah.”


“Layan.”


“Pagar depan ke pagar belakang?”


“Aku dah check pagar depan. Cikgu sekarang dah strict sangat pasal benda alah ni. Pagar belakang lagi selamat kot. Aku bawak duit cukup-cukup untuk beli drum stick baru ni. Semalam survey tengok, Vic Firth memang terbaik. Maple, wood tip. Kira berbaloi la dengan harga.”


“Skipping one or two classes ain’t a crime anyway.”


Definisi normal Hayatt dan Lee of Sekolah Menengah Yayasan Perkasa.


***

“Kaie, on a scale 5 to 3 scale, kau nak bagi berapa?” Sarkastik. Tiya memeluk tubuh. Matanya tak beralih dari meja makan hujung sana sebelah pelajar putera.


“Negative infintity!” Kaie mengerling tajam sama ke sebelah sana.


Aihh, marah nampak. “Chill dude. Kau emo apehal?”


“Mamat tu psiko!”


***

Hayatt membetulkan letak guitar strap Earnie Ball pada bahu. Lenguh!


“Malam ni Dato’ Keramat jom?”


Lipat 180 darjah tengkuk Hayatt berpaling. Gila! “Penat bro. Baru habis jamming kau nak ajak conteng dinding lagi. Gila!” Mamat ni akal dah tertinggal kat buku Longman kat Kolej tu ke apa? Sejak tiga empat hari ni tak berhenti siang malam. Vic Firth si Lee tu ha memang patah la kalau terus macam ni.


“Merungut!” Lee memasukkan Vic Firth ke dalam beg.


“Hailaa…” Lee ambil tempat duduk. “Isn’t this obvious?” Hayatt senyum sinis.


“What?”


“It’s a girl, isn’t it?”


“Hell…no!”


“Really? ‘Cause a boy does something stupid once sebab memang he’s a boy la kan? Tapi kalau dah sampai berkali-kali, it’s usually because of a girl.” Hayatt angkat kening. Senyum terukir. “So, tell me about this girl…”


***

“Sambut junior-junior kat airport.” Kak Jue memanaskan minyak dalam kuali.


“Then?” Tangan Kaie laju memotong bawang besar.


“Makan-makan.”


“Lagi?” Bawang besar siap. Bawang putih dibawa ke atas papan pemotong.


“Kaie bagi pengisian. Pasal tarbiyyah. Alaa, sentuh sikit-sikit je. Boleh?”


Spontan Kaie memandang Kak Jue. Kak Jue buat muka selamba. Bawang putih dah berhenti dipotong. Sentap je Kak Jue ni! Terbeliak mata.


Kak Jue ketawa kecil. “InshaAllah Kaie boleh.”


“I wish.”


“Dah, jangan nak berdalih. Kang Kak Jue campak Vic Firth ke luar. Tidur la awak kat luar rumah.”


***

“Gila!”


“Betul la! Aku betul-betul jumpa dia!” Suara Lee merentas benua ke Adelaide sana.


“Geoffroy Doyon? Kau sure?” Skrin Skype memaparkan wajah berkerut Hayatt.


“This is Montreal dude. Memang tempat dia la kan.”


“Gila! Mintak autograph tak? Untuk aku sekali!”


“Chill. Ernie Ball kau pun dapat satu.” Senyum terukir di bibir.


“Speaking of Earnie ball, mathurat dah baca belum?”


Ketawa Lee pecah. “Aku mula tak nampak kaitan guitar strap kau dengan mathurat.”


“Mata pandang daie, memang la macam ni kot. Semua nak rabbani je.”


“Haha. Mathurat pekebendanya, sini baru dhuha.”


“Fine. Dah solat dhuha?”


“Dah, WALID!” Lee angguk.


Hayatt menggeleng sambil tersenyum.“ Mutaba’ah terisi tak?”


Lee garu kepala dalam sengih. “Ada satu rongak.”


“Ganti! Kata nak kahwin kan.”


Siapa kata, dari jalanan ke sejadah itu mudah.

Kalau mudah, bukan mujahadah namanya.


***

“Well, try to draw them.” Kak Jue meletakkan pai ke atas pingan semula. Matanya tepat memandang Kaie.


Huhh?!


“Draw your problems on the paper. It’ll be a therapy.”


“Kaie tak pandai melukis. Kak Jue tahu kan.” Tanpa nada Kaie bertutur. Matanya cuba mengelak pandangan Kak Jue.


“Then make a song. Sing them. Act them. You know, make a pantomime.”


“Kaie budak commerce la Kak Jue. Bukan arts.”


“Then spill, I’m all ears…”


***

“Where’s the fire bro? Mana datang all these sentimental, melancholic tone in your voice ni? Clair de Lune much?


“Aku tak layan DeBussy. Make it Beethoven. Moonlight sonata.”


Hayatt ketawa kecil. “Cut the rhythm la. Apa cerita mushi-mushi sentimental sangat ni?”


“Hmm…entah. Aku cuma..” Riak Lee tak tertafsir. Jeda menyapa untuk seketika.


“Okay, let’s begin with this. Do you love her?”


“Aku sendiri tak sure. Love is but a strong word. Aku tak berani nak kata.”


“Jadi kau tak suka dia?”


“Definisi suka aku bukan macam budak-budak sekarang punya definisi. Ke hulu ke hilir nak diseretnya berdua.” Lee tarik nafas panjang. “Dan aku bukan mereka-mereka yang duk tak habis-habis sembang kencang pasal baitul muslim tapi diri sendiri tak terbela. Maratib amal boleh hancur.”


Hayatt bagi ruang Lee bersuara.


“Kalau tu lah definisi cinta, aku rasa tu masuk kategori cinta kanak-kanak lagi. Mula-mula kecik-kecik nak mainan Robocop, Ultraman, dah besar sikit nak handphone, dah besar sikit nak guitar, drum and lagi besar nak kahwin. Life cycle yang mudah. Dan tak kemana. Cinta dunia, paling jauh boleh capai sampai kutub selatan je. Paling-paling dapat jumpa Santa Claus.”


“Definisi suka aku kena bersedia. Not just physically or spiritually, tapi tambah lagi satu. Tak senang marah dengan family. Sebab kadang-kadang aku sedih bila tengok sesetengah orang punya lah berat mulut nak bersuara bila dengan mak ayah. Dan baran pun bukan main tinggi. Kalau dah takat tu dengan family, alamat lingkup rumah tangga.”


Hayatt tersenyum. You’re one big man bro. “So, aku tanya lagi sekali, you love her?”


“Fifty-fifty. Aku tak sure. It’s like, half-full half-empty glass.”


“Make it half-full then.”


***

“Leeee!!!” Teriak dari Adelaide terasa dekat. Sangat dekat. “Kau nak kahwin tak bagitahu aku!!”


Lee senyum sampai ke telinga. “Balik-balik kerja dah kena dengar vocal test kau.” Tali leher dibuka.


“Kejam! Sampai hati kau nak kahwin tak bagitahu aku punyalah chaperone kau dari Ice Age lagi..” Hayatt memandang ke kad kahwin yang bari diterimanya tadi. Fuhh, dari Malaysia Lee hantar.


“Who said to make it half-full at the first place?”


Hayatt tersenyum. “Aku balik Malaysia.”


Mata Lee pada skrin laptop bagai nak terkeluar. “Jangan nak buat kerja gila! Kau ada kelas.”


“Skipping one or three classes ain’t a crime anyway.”


Just like old times…


"Buat kecil-kecil je. Tak ada bersanding pun."

Huhh?! Hayat buat muka terkejut.

"My wife isn't for display."

Hayat senyum mengangguk perlahan. “So, once again if I may, you love her?”


“Love is still a strong word to me.”


“Head over heels with her? Fell in love with her?”


“Fell so hard that I even blamed the gravity.”




[Vic Firth] 
14th Feb it is.
Hailaa...
Love is but a strong feeling.
Tame it wisely.
Habiburrahim.


Abaikan jika post ini tidak meningkatkan hamasah, 
Tidak menaikkan iman.
Saya target MB.
Mungkin bukan anda.


Saturday, January 19, 2013

Nemo's Lullaby




Dentuman rentak Hate - Plain White T’s sampai ke penghujungnya. Some Might Say – Oasis mengambil alih, menyapa telinga. Matanya masih pada album di riba. Dia duduk meriba album gambar di atas cadar polka dots. Helaian album diselak. Senyum nipis menyungging di bibir. Gambar bersama Farhana menyapa pandangan. Latar belakang, Strawberry Garden, Cameron Highlands.


“Sorry sayang. Ma can’t make it. Ma masih ada kerja di Auckland ni.” Riak wajah bersalah Mama terpamer di tetingkap Skype computer riba Anna.

Anna tersenyum menenangkan. “It’s okay la Ma. Anna faham. Anna tak kisah pun.”

”Nanti summer Mama balik, kay?”

“Ma janji nak bawak Anna jalan-jalan kat Terengganu kan? Ma kata nak cari batik.” Anna bertanya dengan kening terangkat.

“Yup dear. InshaAllah.” Mama menarik senyum di bibir. ”Dah siap packing?”

“Dah Ma.”

“By the way, ingat pesan Ma.”

“Okiey dokiey.”

“Jaga solat.”

“InshaAllah.”

“Quran pun sama.”

“InshaAllah.”

“Kismis 7 biji sehari, makan tak?”

“Makan.”

“Multivitamin?”

“Makan.”

“Dengar cakap cikgu.”

“Ai ai Principal!”

“Aih, perli Ma ye?”

Ketawa pecah. “You do sound overprotective sometimes Ma.”

Ma ketawa kecil. Lesung pipit terukir. “Do I need to send a bodyguard over?”


First school trip, lepas UPSR. Lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands. Dan Ma tak sempat balik Malaysia nak hantarkan. Ada kerja di Auckland.

Dan besoknya, Ma hantarkan bodyguard.


‘He’ll keep an eye on you. Kalau rindu Ma, peluk Nemo ni.’

Kad hadiah Diseny’s diselitkan ke dalam poket. Anna memeluk Nemo gebu tersebut. Thanks Ma!


Anna menguatkan pelukan Nemo. Ma, rindu Ma!
Helaian album diselak lagi. Gambarnya bersama Ma di Terengganu menyapa pandangan. Sinar matahari kemerahan yang sedikit terbenam dek kedatangan malam menyimbah pipi Ma. Ma cantik!


“Anna, kenapa ni?” Ma menggosok-gosok bahu Anna. Anna memeluk erat Nemo. Bahunya ditongkatkan di atas kepala Nemo.

Anna senyap tak membalas. Dia menarik pandangan ke tingkap, cuba melarikan mata dari pandangan Ma.

“Anna…”

Aduh, kenapa masa ni mata terasa panas semacam. Macam nak…
…nangis…

“Anna…” Ma masih menggosok-gosok bahu Anna.

Anna membenamkan kepala ke dalam kepala lembut Nemo. Air mata tak tertahan, meleleh juga membasahi Nemo.

Ma membisu, mengeluarkan Sony Ericson dari dalam poket. Earphone diplug. Sebelah earphone disumbat ke telinga sendiri, sebelah lagi dihulur ke arah Anna. Senyap, tak berpatah.
Anna mengangkat muka dari Nemo. Matanya memerah dengan air mata yang masih bertakung.

“Music heals.” Ma menarik senyum.

Anna menyambut earphone, disumbat ke dalam telinga. Ma menekan butang play. Lagu Mr Brightside - McFly tersaji di telinga.

Ma memeluk bahu Anna dengan sebelah tangan, menggosok-gosok kecil bahu Anna. “Now, spill…”


Gambar di dada album terasa seksa untuk ditatap. Rindu Ma! Sungguh!

Ma sibuk. Sangat sibuk. Ke sana ke mari, tahap tak ingat. Tapi, Ma pegang pada prinsip Ma.
Ma tetap seorang ibu.
Ma tetap seorang isteri.
Ma tetap seorang muslimah.
Ma tetap seorang ahli perniagaan.

Dan Ma tetap seorang Ma.


Vios biru tua membelah laju lebuhraya ibu kota.
“Anna siapkan passport. Nanti Pa tolong simpan baju Anna.” Mata Pa masih pada jalan. Tak berpaling langsung memandang Anna.

Anna menggaru belakang kepala yang tidak gatal. “Kita nak ke mana Pa?”

“Auckland.”


Lobi Greenlane Hospital, Auckland.

MA TIPU!

Ma tipu! Ma tipu Anna!
Semalam Ma kata nak balik KL lagi dua minggu. Ma kata nak teman Anna beli barang-barang sekolah. Ma kata nak hentikan urusan perniagaan kat Auckland. Ma kata, nak quit. Gaji Pa seorang dah cukup nak tanggung sekeluarga.

Anna membenamkan wajah ke bahu Pa. Suasana lengang lobi Greenlane Hospital lengang diisi esak tangis Anna. Dia menangis meski kehabisan kudrat. Pa menggosok-gosok belakang Anna.

Ma tipu Anna…

Ma tipu. Ma naik turun Auckland dengan Mak Long Shida sebab nak jalankan pembedahan. Ma dah sakit lama. Pa tak pernah bagitahu.

Ma tipu…


Some Might Say – Oasis sampai ke penghujung. 

Ma tipu Anna…

Pahit memang sukar ditelan. Lagi-lagi, pahit sebuah kehilangan.

Air mata yang tertahan itu jatuh juga akhirnya, membasahi album gambar di riba.

"Jaga solat."
InshaAllah Ma.
"Quran pun sama."
Ma...
"Kismis 7 biji sehari?"
Ma...
"Multivitamin?"
Ma...

...rindu Ma...

Ma sakit barah otak.  Tapi Ma kuat. Ma tak pernah pamerkan kerisauan. Ma tak pernah ungkitkan kesakitan.

Ma tipu Anna.
Music won’t heal.
Nemo’s no bodyguard.
You are.

Dan pahit ini terpaksa ditelan.

***

Assalamualaikum warahmatullah…
Tangan kanannya meraup keseluruhan muka. Wirid pendek dibaca.

Tangan ditadah separa bahu.
“Ya Allah, Ya Ar-Rahman, Ya Ar-Rahim, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.”


[Nemo’s Lullaby]
At some point
You have to realize that
Some people can stay in your heart
But not in your life
Habiburrahim.




Friday, December 28, 2012

Aku Nak Kahwin!

kahwin


Nama aku, Aiman. Umur aku sekarang 21 tahun. Aku tak ada girlfriend macam orang lain since aku tahu bercouple sebelum nikah itu haram ! So, dengan sepenuh kudrat yang ada, aku cuba untuk tahan diri daripada bercoupleKorang ingat senang ke ? Kalau diikutkan hati, mahu saja aku mengurat perempuan-perempuan yang ada dekat universiti aku tu. Secara jujurlah aku cakap, zaman sekarang ni, untuk tahan diri daripada mengurat tu lebih susah daripada mengurat. Iyalah, zaman sekarang dah tak macam dulu. Tak payah guna surat-surat semua, facebook ada, twitter ada, email ada, whatssapp ada, skype ada. Dengan sekali tekan butang “send” awek-awek boleh cair la dengan ayat manis kau. Tapi aku tahu itu haram dan aku tak buat, walaupun aku tahu rupa aku not bad la jugak !
Sebab tak ada girlfriend jugalah orang lain fikir aku gila, jumud dan tak normal. Lebih mengharukan, diorang fikir aku gay ! Arghh.. Rasa macam hendak penampar je muka diorang. Zaman sekarang ni, perhubungan gelifriend dan buayafriend ni macam dah halal pulak. Halal sampai orang ramai dah tak kisah. Tengok couple jalan-jalan dekat taman, pegang-pegang tangan semua, itu macam dah biasa je bagi diorang. Orang yang tak couple semua ni, itulah yang dipandang pelik. Itulah nasib golongan Ghuraba’ ni. Sedih aku tengok.
Kalau korang nak tahu sebab apa anak-anak muda sekarang lebih ramai yang pilih untuk bercouple daripada berkahwin awal. Sebab itu la. Sebab pandangan masyarakat. Mereka fikir, bercouple ni lebih mudah daripada berkahwin. Tak payah fikir jauh-jauh. Iyalah, nak berkahwin bukannya senang, kos dah la mahal, hantaran kahwin berpuluh ribu, as a student, mana depa mampu nak tanggung semua tu. Lagipun mak ayah bila sebut pasal kahwin je, mesti naik angin. “Kau nak bagi bini kau makan apa nanti ? “ . Terpadam hasrat murni di hati diorang. Yang aku peliknya ada segelintir mak ayah, marah bila anak diorang cakap nak kahwin, tapi suka pula bila tengok anak diorang bercouple. Diorang rela tu, anak gadis diorang diusung kehulu kehilir oleh lelaki yang bukan muhrim ? Pelik-pelik.
SEKS
Hrmm.. next aku nak cakap pasal benda yang agak sensitif sikit. Seks ! Ya ! Nafsu Seks. Tapi kali ni, aku bawakan dalam bentuk perbincangan yang agak profesional. So, jangan malu jangan segan, kita semua manusia normal. Sempat la sebelum aku tulis artikel ni, aku rujuk-rujuk dulu buku Muhammad Qutb tentang Salah Faham Terhadap Islam di bawa tajuk “Agama dan repressi seks “. Dalam tajuk ini, Muhammad Qutb bawakan satu contoh ataupun analogi yang cukup cantik sekali. Beliau kata, Islam sama sekali tidak menyekat fitrah semulajadi manusia (nafsu seks) dan memandang fitrah semula jadi manusia ini sebagai satu keinginan yang bersih dan sihat. Berbeza dengan barat yang memandang agama sebagai menindas keinginan seks manusia dan menyebabkan hidup manusia menderita kerana dikongkong oleh perasaan berdosa kerana melakukan seks.
Firman Allah dalam Surah al Imran ayat 14 ;
“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah keseronokan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (syurga) “
Di dalam ayat ini Allah menyebutkan seluruh kegiatan-kegiatan hidup yang pada fitrahnya menyeronokkan manusia. Dan Allah mengakuinya bahawa perkara-perkara ini adalah keinginan semulajadi manusia yang sihat dan Allah tidak melarangnya sama sekali. Cuma, Islam sebagai suatu sistem yang syumul tidak mahu manusia hanyut dalam arus keinginan-keinginan itu sehingga mereka terkongkong menjadi hamba abdinya.
Muhammad Qutb juga berkata, waktu muda adalah waktu kemuncak kepada nafsu seks. Jika nafsu ini tidak disalurkan kepada tempatnya yang betul, hal ini akan merugikan pemuda itu sendiri dan juga masyarakat. Apabila pemuda-pemuda ini diperhambakan nafsu dan keinginannya, seluruh tenaga dan fikirannya akan tertumpu ke arah untuk memuaskan keinginan-keinginannya sahaja. Tujuan hidupnya jadi tidak jelas, kemampuan pemuda yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan agama dan negara dipersiakan begitu sahaja. Negara seterusnya akan menjadi lemah kerana kehilangan pemuda-pemuda yang berkualiti.
Kita mungkin memandang hal ini sebagai suatu perkara yang remeh, tetapi Khalifah Umar b. Abd Aziz memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang amat serius dan penting. Beliau melihat kemampuan seorang pemuda itu untuk berkahwin bukan sahaja terletak pada tangan pemuda itu sendiri, tetapi juga terletak pada tangan pemerintah. Justeru, beliau menggunakan harta baitul mal untuk mengahwinkan pemuda-pemuda yang masih bujang pada zamannya. Dan ternyata strateginya itu strategi yang bijak. Pandangannya itu adalah pandangan yang jernih. Negara menjadi mantap dari segala aspek seperti, ketenteraan, ekonomi, perdangangan, pelajaran dan lain-lain lagi. Ini semua kerana, pemuda-pemuda itu tadi telah punya tujuan hidup yang jelas dan bersedia untuk menyumbang tenaga untuk agama dan negara tercinta.
Korang nampak ? Besar signifikannya perkara ini. Kita mungkin hanya lihat, perkahwinan itu boleh mencegah zina, isu-isu sosial seperti buang bayi, pergaulan bebas dan lain-lain lagi. Tetapi sebenarnya hikmah perkahwinan bagi seorang pemuda lebih dari itu. Ia boleh merubah struktur dan upaya masyarakat untuk menjadi masyarakat yang lebih baik lagi.
Kritikan
Institusi zakat
So, dalam hal ini, aku pun tak faham kenapa duit zakat di negara kita harus disimpan macam tu je. Seolah-olah pihak pentadbir zakat dan kerajaan negeri berbangga dengan duit zakat yang mampu dijimatkan hingga berjuta-juta ringgit saban tahun. Bukankah duit zakat itu seharusnya diuruskan dengan lebih baik. Ianya adalah amanah ! Bantulah orang-orang muda yang ingin dan sudah bersedia untuk berkahwin. Jangan kata tiada, ramai sahaja di luar itu yang ingin berkahwin. Cumanya mereka malu untuk meminta-minta. Jadi, cadangan aku, pihak agama Islam dan kerajaan negeri bolehlah memulakan langkah untuk mewujudkan satu skim bantuan untuk membantu golongan muda yang ingin berkahwin. Jika tidak biaya penuh, cukup sahaja sekadar separuh.
Bukan apa, aku lihat orang muda sekarang, memang cukup susah untuk berkahwin. Salah satu sebabnya ialah tiada dana. Zaman sekarang, tamat sahaja ijazah sarjana muda , umur sudah 24 tahun. Gaji pertama berapa senlah sangat. Jika hendak ditunggu sampai 50 ribu ringgit, berapa tahun tu ? Cuba bayangkan 4 tahun masa yang diambil untuk mengumpul wang sebanyak 50 ribu ringgit. Sepanjang 4 tahun itu, siapa boleh jamin dia boleh kekal dalam ketaatan dan tidak tunduk pada hawa nafsu ? Siapa ? Justeru, mudahkanlah urusan mereka.
Adat oh adat
Ha.. ini satu lagi penyebab. Adat oh adat. Oleh kerana ikutkan adat, kos perkahwinan yang pada mulanya itu boleh dikurangkan, tiba-tiba mendadak naik. Pelaminlah, nasi minyak lah, kompang lah, telur pindang lah. Pening hendak difikirkan. Maaflah kata, kadang kala, masyarakat kita lebih pentingkan adat daripada syariat agama. Sebagai contoh, syariat agama menyuruh supaya merendahkan mahar perkahwinan, tetapi disebabkan adat, mas kahwin sampai berpuluh-puluh ribu ringgit jadinya. Dalam hal ini, kita semua harus memainkan peranan supaya masyarakat, di mana satu adat dan di mana satu tuntutan syariat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, tolonglah aku yang ingin berkahwin ini dan juga pemuda-pemuda di luar sana. Rasanya hati ini tidak tertahan lagi melihat perlakuan maksiat yang saban hari membanjiri masyarakat. Mulanya menonton video lucah, kemudiannya bercouple, kemudiannya berzina dan akhir sekali membuang anak. Jika yang baik sikit, berpuasa. Namun kadang kala mereka ini kalah, dan kadang kala mereka ini menang . Pertarungan melawan hawa nafsu ini seolah-olah pertarungan yang besar dalam diri anak muda. Justeru, tolonglah mereka untuk menjaga agama mereka !
Aku nak kahwin !
Wallahualam,
En. Marbawi,
EDITOR PENA ORANG MUDA
Gadgets By Spice Up Your Blog