Sebenarnya apabila kita memberi kepada orang dengan penuh keikhlasan, tanpa menginginkan sesuatu daripada manusia sebagai balasan, ingatlah bahawa Allah je yang akan balas semua tu. Kalau kita memberi kepada orang lain, contoh yang mudahnya senyuman la kan. Kalau kita tu dapat menenangkan hati orang yang terima sedekah percuma daripada kita yang berbentuk senyuman tu, maka secara automatik kita pun akan rasa bahagia disebabkan senyuman itu. Biarlah orang tu balas balik dengan pandangan tajam yang ada aura membunuh ke, ataupun membalas balik senyuman kita dengan memandang kita macam orang pelik yang berbau busuk sebab tak mandi dari minggu lepas. Tapi, kalau kita berikan senyuman yang ikhlas, insya-Allah, kita sebenarnya memberi ruang untuk rasa bahagia tu bertapak di hati kita yang penuh dengan taman permainan ni. Bila kita senyum, percayalah yang kita telahpun berusaha menghilangkan sebahagian dari masalah hidup kita.
Tolonglah percaya... Tolonglah percaya... Tolonglah percaya...
No comments:
Post a Comment