Tiadalah entri ini melainkan entri pendek serba ringkas buat renungan bersama semata-mata.
Raja Rimba (credit) |
Ngaumannya kuat, menggegarkan hati, meluruhkan jiwa mereka yang mendengarnya.
Derianya sensitif akan sebarang mangsa atau ancaman terhadapnya.
Langkahnya bangga, elegan menggambarkan kemegahan.
Larinya pantas, tangkas mengejar mangsa.
Kudratnya kuat, membaham mangsa dan musuh tanpa syak wasangka.
Nalurinya teguh, melindungi anak-anak dan kawasan jagaannya walau terpaksa berentap.
Aksinya meyakinkan, penuh strategi dan kesungguhan.
Singa itu, gahnya sebagai Raja Rimba bukanlah semata-mata kerana ngaumannya, tetapi kerana ia secara keseluruhannya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daulah Islam tidak akan tertegak dengan hanya ngauman sang Da'ie semata-mata. Menjadi individu muslim terbilang adalah lebih dari sekadar pada mulut semata-mata.
Jangan jadi macam tin kosong, kuat bunyinya, tiada isinya.
Sedikit renungan supaya kita tidak sekadar aktif pada kalam berbicara: (fine tiada kaitan dengan singa -.-)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِين
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah, 2:208)
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Al-Baqarah 2:44)
Jom. Berubah betul-betul. Jangan sekadar mengaum, "Ramadhan ini aku mahu itu ini" sampai terpercik air liur tetapi sekadar dimuntahkan sebagai air liur semata-mata.
BERSAMA MENUJU MARDHATILLAH
No comments:
Post a Comment