"Nak balik raya..."
Jat mengalih pandangan dari iPad di tangan kepada bayi 19 tahun
yang melentangkan kepala di atas ribanya. "Kau pun dah berjangkit ke?"
“Berjangkit apa?”
“Manjalitis.”
“Banyak la kau. Rindu rumah la.”
“Ni ha, dengar ni.”
Haikal memasang telinga.
“ [1] Disana mereka akan dihadapkan dengan
segala amalan dan menerima balasannya. Berdepan dengan amalan-amalan sendiri
kadang-kadang lebih dasyat daripada menerima balasannya. [2]Melihat
dan menghadapi amalan-amalan itu sendiri merupakan hukuman yang menakutkan.”
“Tafsir fi zilal, Surah al-Zalzalah?”
“Mak aih, kau hafal?” Terbeliak mata Jat.
“Ayat 6 kalau tak silap.”
Haikal tergelak. “Tak la, baru je terbaca semalam. Tu ha, dari
iPad kau jugak la.”
“Pinjam tak cakap!”
“Laa..kau yang bagi.”
“Tapi, takut kan?”
“Zilzaal?”
“Ha’ah. Nama pun dah bagi takut. Zilzaal. Gegaran. Sampai dalam ni
ada cakap, tiada satu gegaran yang sehebat gegaran Hari Kiamat. Gegaran yang
paling agung pernah berlaku. Big bang pun kalah kot.”
“Part tu yang best. Tiada satu kata dalam kamus manusia yang dapat
describe gegaran tu.”
“Tapi kan, yang hisab tu sendiri pun sebenarnya dah satu hukuman
sebenarnya. Tu belum lagi kena titan sirat lagi tu.”
“Hisab to the limit. Sampai amalan sebesar zarah pun tak terlepas
dari perhitungannya. Halus, sampai neraca tu turun naik dengan amalan sebesar
atom sekalipun.”
“Ha’ah. Ayat 7 dengan 8. Neraca paling accurate, tak tertanding neraca
dalam dunia, kecuali neraca hati mu’min; hati manusia yang terus menggeletar
kerana melakukan kebaikan dan kejahatan yang sebesar atom sekalipun.”
“SubhanAllah.”
“SubhanAllah.”
“Jat…,”
“Hmm…?”
“You’re one big change bro.”
Kepada hamba Ramadhani, sedarlah Ramadhan dah pergi.
Kepada hamba Rabbani, ketahuilah Allah itu dekat, sentiasa melihat akan perbuatan kita.
Count every moment you have had in life, for each and every single seconds, Allah has given you the opportunity to change for good.
Ramadhan bulan mujahadah dan tarbiah
Syawal bulan istiqamah
“Buat apa?” Suara di hujung talian bertanya.
“Rindu kau la.”
“Banyak la kau.”
Ketawa Haikal pecah di hujung talian. “Haha. Tapi, lagi rindu
Ramadhan.”
“Ooo, tak rindu aku la?”
“Apa kes jeles dengan Ramadhan. Alaa, dua-dua la aku rindu.”
“Haikal..,”
“Ye..?”
“Agak-agak, kalau kita tadah muka tengok langit yang macam kau
selalu buat tu, boleh tengok ke anak bulan?”
“Banyak la kau.”
"Haha. Selamat Hari Raya!"
"Back to you."
"Haha. Selamat Hari Raya!"
"Back to you."
[Raya ! ]
Kullu 'am wa antum bi khair
Taqabbalallahu minna wa minkum
Yours, sincerely,
A mere Habib.
A plain Rahim.
A nothing-special Habiburrahim.
3 comments:
subhanallah !
rindu antum !:-)
SubhanAllah!
Terasa nak peluk2 je sekarng ni!
IS : eh, ktorg dh byk kali berfikir fikir nk jmpe anda wahai inspektor..hehe
Tarzan : err.. jom peluk2..hehe
err..xtw plak entri ni berbaur ukhuwwah. hehe. sbnrnye, nk ketengahkn hijrah rmdhn..hihi
Post a Comment