Bulan malam
tidak kelihatan. Terlindung dek awan hujan mungkin. Sinarnya masih belum larut. Kelam. Tempias
hujan merintik membasahi muka. Angin malam membawa dingin hingga ke tulang. Zip
pada sweater dibawa hingga ke tengkuk. Tubuh dipeluk.
Anak-anak kecil
pamer riak riang pada hujan yang bertaburan. Senyum menghias wajah dibawah
sedar. Celebrating life, ey? Kita yang besar gajah pun terkadang susah nak
bersyukur. Hujan pun merungut, panas pun melatah.
Tangannya
dibawa menongkat dagu. Pandangannya masih diluar, tidak dibawa ke dalam. Sengaja
diberatkan pandangan di luar. Lagipun, apa yang ada dalam rumah ni?
Bising
Edifier 2.1 melalakkan efek bunyi kemenangan menyapa telinga. Serentak, sorak
sorai keriangan hamba permainan menambah bingit. Keluh kecil dihela.
Gelak tawa pula
berlagu dari arah berlainan. Berselang selikan kata-kata berbahasakan pengantar
entah dari mana. Korean. Mungkin. Nafas panjang lagi sekali dihela.
Benak lagi
ligat mentafsir. Termenung memikir. Pandangan masih pada luar.
Apa yang ada
dalam rumah ni?
Al-asr. Masa
literally. Maksud lagi dalam, juice that had been squeezed out. Dalam maksudnya,
bagi yang mengetahui.
Tidak Allah
ciptakan sesuatu sia-sia.
Dan tidak
Allah ciptakan sesuatu untuk disia-sia.
Masa.
Tangan dibawa
meraup wajah. Rintik tempias menitis dari tangan.
Karat jahiliyah
itu dia sendiri susah nak tinggalkan. Memang. Jujur. Tapi, takkan nak bawa
karat tu sekali masuk gerabak. Maunya berat gerabak, dia yang dipaksa turun. Worst
case scenario, dia yang menyungkurkan gerabak. Terpesong habis satu gerabak
maunya dia yang tanggung di akhirat.
On a second
thought, it ain’t easy. Dia sendiri pun naik mengah cari serbuk pencuci nak
hiilangkan karat. Naik jenuh juga nak basuh dengan Clorox, sental dengan berus
besi bagai.
Sesekali pun, ada yang dicuba layan Ice Age, Despicable Me, tak pun The Lorax. Sesekali, ada la berlagu Oasis, Westlife dari speaker.
It is indeed
a failure whenever you stop trying.
Enough said.
Tak pernah
cuba jangan kata kalah.
Tak pernah
menang jangan kata salah.
Dan tak salah
kalau nak berhibur, tapi biar pada jalanNya.
“Sama ada
jalan Allah ataupun hawa-hawa orang jahil. Tiada andaian yang ketiga dan tiada
jalan tengah di antara syariat yang lurus dan hawa yang berubah-ubah. Sesiapa sahaja
yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya secara automatik telah berhukum
dengan hawanya. Semua yang lain dari syariat Allah adalah hawa yang terperosok
ke dalamnya orang yang jahil.”
Tafsir fi
Zilal, Syed Qutb.
5 comments:
nice entry :D
ayat yang last tu menusuk kalbu,,thnaks for the post..
nice post. i like!
Karat jahilyah. Something yang terkadang dipandang ringan. Tssk. Aim jannah, tapi kadang buat tak endah. T_T
Jzkk kerana mengetuk hati yg masih berbaki karat ini.
Post a Comment