Thevenin’s and Norton’s theorems
are applied to ac circuits in the same way as…
Aahhh!
Tak masuk. Tak masuk!
Pandangannya
meliar ke sekeliling bilik. Aduhhh…parah! Sumber halwa telinga tak ada! Laptop
dah angkut ke kedai nak kena baiki. Nak pinjam housemate memang seribu tahun
cahaya lagi la malam-malam ni. Si Alf, Bet dengan Phi tu memang susah nak lekat
kat rumah malam-malam. Telefon bimbit lak…
Pa’an
menoleh ke arah Sony Ericsson Aini di sebelah beg sandang.
“Sorry.”
Kelam kabut buku-buku serta lecture notes yang terjatuh dikutip. Tangan kiri
masih mengusap-ngusap bahagian dahi yang memerah. Hantukan dengan buku tebal si
Pa’an masih lagi terasa. Aduhh..kalut semacam pagi ni sampai manusia tinggi
galah depan mata pun boleh terlanggar.
“You…"
Pa'an mengangkat buku ke dalam dakapan."...okey?”
“Sorry.
My bad. Rushing sangat nak kejar lecture.”Gelabah hape la Aini. Adess..! Rasa
nak hantuk je kepala kat dinding.
Dan,
sedar tak sedar, dia balik rumah dengan Sony Ericsson Aini. Kelam kabut tak
tentu pasal. Tertukar tadi petang mungkin.
Sony
Ericsson dicapai. Dibelek-belek kandungan di dalamnya.
Erk?!
Minah ni, ekstremis ke hape? Playlists dah macam...
Al-Quran.
Zikir.
Paling-paling
kurang pun, nashid.
Huh!
Masalah!
Tangannya
ligat mencari lagu yang terasa boleh dilayan. Ashabul Kahfi - Raihan. Ahh, better la than
nothing. Butang play disentuh.
Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman
Pilot
Shaker mula menari di atas buku conteng. Mata Pa'an meniti baris-baris pada dada
Fundamentals of Electric Circuits.
Thevenin’s and Norton’s theorems
are applied to ac circuits in the same way as they are to dc circuits. It is a shortcut
approach based on mere inspection of a circuit.
Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu
Fokus
Pa’an beralih pula pada contoh soalan di muka surat sebelah. Mata pena berlari
di atas buku conteng.
“Mama mama! Mama ceritalah.
Alaa..semalam mama dah janji. Tipu dosa.” Anak kecil itu menggoncang lembut
tangan ibunya.
“Ok ok. Mama janji nak cerita
pasal pemuda gua kan?”
“Yay!!”
“Zaman dulu kan, ada seorang raja
yang sangat jahat. Dia tak bagi orang peluk Islam.” Pa’an tekun memerhati
ibunya. “Suatu hari, ada sekumpulan pemuda beriman. Raja dapat tahu tentang
keislaman mereka. Jadi mereka pun berpindah ke sebuah gua.”
3I2
plus 4I2 equals 7I2. Then simultaneous equation…
I2
akan dapat…
…309.
309
tahun.
“Dengan kuasa Ilahi, mereka tidur
selama 309 tahun. Askar-askar Raja pun
tak nampak mereka dalam gua tu. Hebat kan Along?”
“Lamanya.” Pa’an teruja.
“Kan?”
“Tapi kenapa Ma?”
Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa
While
ohmmeters are designed to measure resistance in low, mid, or high range, a
Wheatstone bridge is used to measure…
“Sebab
pertama, bukti kekuasaan Allah. dengan kuasaNya, Dia menghidupkan orang sampai
309 tahun.”
“Ooo..”
Pa’an mengangguk-angguk.
“Cuba
Along tengok bola tu. Bila baling, bola tu jatuh kan? Tapi, kalau Allah nak
bola tum akin ke atas, boleh je kan? Semua tu kan kuasanya. Dia ciptakan
sunnatullah, Dia yang kuasainya.”
Pa’an
mula menguap, menggosok mata dengan belakang jari telunjuk.
“Sebab
kedua, Allah nak selamatkan hambaNya. Allah kan sayang hambaNya.”
“Mama..." Pa'an memandang tepat mata Mama. "Allah
sayang Along tak?”
Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan
syurga
Qitmir yang mulia
“Mama..." Pa'an memandang tepat mata Mama. "Allah sayang Along tak?”
Tangan
Pa’an memutar pen dengan mata pada helaian buku.
…resistance in the mid-range,
say, between 1Ωand 1MΩ. Very low values of resistances are measured with a milliohm
meter while…
Mama
tersenyum. “Mestilah sayang.” Tangan Mama menggosok-gosok lembut rambut Pa’an.
Mama…
Pen dijatuhkan. Fundamentals of
Electric Circuit ditutup.
...Allah
sayang lagi ke Along..?
-bersambung
[Ashabul Kahfi]
Habiburrahim
1 comment:
oh oh!
sila sambung dengan kadar yang cepat
T.T
*bulu roma masih meremang
Post a Comment