Derap langkah menawaf keliling bilik itu ditambah laju.
Mundar-mandir sambil bibir meludahkan seranah. Hitam padam mukanya.
Belum habis amarah terhambur pada isteri yang masih
terbaring berdarah, sang bidan pula yang menjadi sasaran.
"Bodoh!"
Oktaf tangis sang bayi naik meninggi tatkala sang bapa
mengherdik kasar penuh amarah. Gegendang telinga serasa pecah. Tangan meraup
wajah semahunya. Geram. Cemas. Terbebani dengan malu yang bakal tertanggung.
Kalau berkehendak, jasad penuh tenaga itu mampu membunuh tangis bayi itu dengan
sekali pukulan.
"Selalu wasiatkan kebaikan kepada para wanita. Karena
mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan bagian yang paling bengkok dari
jalinan tulang rusuk ialah rusuk bagian atas. Jika kalian paksa diri untuk
meluruskannya, ia akan patah. Tetapi jika kalian mendiamkannya, ia akan kekal
bengkok. Kerana itu, wasiatkanlah kebaikan kepada para wanita."
[HR Bukhari]
Terkadang hikmah manusia lantang memasang sangka, menafsir
buruk wanita sebagai lemah. Bukan begitu tafsirannya. Bukan.
Kalimat-kalimat lantunan bibir Sang Rasul saw tersimpan
hikmah yang tersendiri.
Tersedia maklum, Allah bersumpah kerugian keatas mereka yang
mengabaikan amal shalih, serta berpesan-pesan ke arah kebaikan mahupun
kesabaran.
Islam mengangkat kedudukan wanita kepada jendelaan nasihat,
jendelaan agama. Agama itu nasihat. Tak tersalah erti juga jika dikatakan
nasihat itu adalah agama. Rasulullah menuntun kedudukan wanita bukan sahaja
bertepi-tepian di majlis ilmu. Malah menyantuni dalam menasihat juga terlebih
digalakkan.
Hadith ini disokong dengan pembelaan Allah terhadap para wanita.
Begitu Allah membela wanita yang dicemuh, dihina dan dinoda ketika jahiliyyah
sehinggakan terdeklarasi dalam firman kecamanNya,
"Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan
(kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat
marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita
yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung
kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup) ? Ketahuilah,
alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu."
[AnNahl, 16 : 58-59]
Malah, tidak terlebih berlengah menanti Hari Penggulungan
Segala Amal untuk Allah mempersoalkan jahiliyyah Quraisy, dalam firmanNya,
"Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup,
ditanya 'Dengan dosa apakah ia dibunuh?'
[atTakwir, 7-8]
Takjub saya, betapa Rasulullah memuliakan kaum wanita.
Lagikan takjub apabila Allah tak terkecuali, menjadi contoh
dalam pensyariatan ini. Subhanallah.
Peluh merintik laju menuruni alis. Bingung. Fikirannya
bercampur baur. Menanggung malu atau memenangi bisikan fitrah. Jauh di sudut
hati, bisikan fitrah masih memenangkan suara tangis bayi itu.
Sang bapa nekad. Persalinan serba daif dicapai.
'Akanku kuburkan bayi perempuan ini.'
[Rusuk kiri]
Summer
Habiburahim
5 comments:
terasa seperti, tergantung atau saya yang tidak memahaminya?
chad_NH : Apa yang saya cuba sampaikan, Rasullullah sangat menyantuni wanita, sehinggakan mengangkat wanita bukan sahaja ke tepian-tepian majlis ilmu, malah menjadia syariat untuk setiap yang bernafas memberi nasihat dengan penuh hikmah kepada wanita.
Bukan sahaja manusia, malah Allah turut sekali menyokong pensyariatan dalam menyantuni wanita. Contoh mudah, Allah mengecam keras perbuatan arab jahiliyyah dalam merendahkan martabat kaum Hawa.
Alhamdulillah, ada hikmah dari pertanyaan anda. Allah menghijab kefahaman pembaca dari penulisan yang tidak ada qudwah
jazakallahu khairan jaza' untuk penerangan. yupz. darjat wanita itu islam angkat tinggi. tapi wanita itu yang seringkali merendahkan diri. *terkadang.
T.T
astaghfirullahalazim
oh asiff ya. mungkin kefahaman saya yang Allah hijab. jzkk sekali lagi
Ummar ayy? It felt, pedih -- as if like the person is reminiscing the old jahiliyah.
May Allah reward you for your writings, it always felt real.
Anenymous : oh tak. Ia kisah masyarakat arab jahiliyyah in general. Lagipun kisah tentang Umar sendiri diragui kesasihahnnya
Post a Comment