Tangan-tangan
yang diangkat serentak itu diperhatikan. Seketika, kumat-kamit pada mulut pula
kelihatan. Dan diikuti pula alunan suara penuh lunak dari peti suara yang
mengetuai di hadapan. Cukup syahdu. Entah kenapa, hati tua itu terusik.
Bayu laut membelai
mereka di pesisiran itu. Namun, tidak seorang pun dari kumpulan tersebut yang
terusik. Tetap berdiri. Masing-masing bagaikan dalam satu dimensi yang lain.
Bagaikan hanyut dalam persembahan ritual tersebut.
Dan mereka
membongkok.
Dan
mencecahkan dahi kepada tanah.
Menambahkan
lagi kerutan pada dahi wajah tua tersebut.
Tanpa sedar,
ramai lagi yang turut sama berkerut dahi memandang kumpulan pedagang Arab
tersebut.
Ada yang
tersenyum, menangis dan tak kurang yang mencebik. Malah hinaan juga terdengar.
Dan bermula
dari detik itu, sinar iman Lailahaillah Muhammad Rasulullah tersebar luas ke
setiap pelosok Kepulauan Melayu tersebut.
Amalan
penyembahan berhala ditinggalkan.
Budaya dan
adat Hindu dan Buddha ditapis dalam amalan masyarakat.
Para pemimpin
turut sama terasa tempiasnya. Sehinggakan, pertukaran ilmu pesat berjalan antara kerajaan-kerajaan di Kepulauan
Melayu, mewujudkan ikatan silaturrahim yang bernaung atas dasar iman antara
pemimpin.
Namun, semua
yang tercatat di Lauh Mahfuz tiada yang berdaya menghalang. Kedatangan Portugis
mencengkam Tanah Melayu. Selepas Portugis, Belanda mengambil alih. Diikuti
campur tangan british. Semuanya bermodalkan landas sama; penguasaan bahan
mentah. Sejarah tercatat sedemikian. Pemikiran generasi sekarang teracun.
Hakikat peluasan kuasa oleh kuasa barat untuk kehancuran empayar Islam dan
penyebaran agama kristian oleh pihak penjajah disembunyikan.
Suara ulama
bergema di seluruh Kepulauan Tanah Melayu. Tok Janggut membela Kelantan. Haji
Abdul Rahman Limbong berjuang demi Terengganu. Dol Said bersama pahlawan tahfiz
mempertahankan wilayah Naning.Serta pahlawan Tanah Melayu yang lain.
Ada yang
syahid di medan tempur.
Ada yang
syahid di tali gantung.
Ada yang
dibuang negeri.
Kerakyatan
terlucut di tanah air sendiri.
Namun yang
tercatat, mereka berjuang demi sekeping tanah, pangkat dan jawatan, serta kepentingan kewangan.
Sehinggalah
termeterai satu perjanjian. Agama Islam di bawah bidang kuasa Sultan-sultan
Melayu, manakala bidang lain di bawah bidang kuasa Residen.
Dan dari
saat itu, bermulalah fahaman sekularisme yang menular ke hari ini.
Dan kita
masih belum merdeka.
Sehinggalah
golongan nasionalis menuntut kemerdekaan.
Laungan merdeka kedengaran saban tahun.
Merdeka
terlaung dengan masyarakat yang masih berpenyakit sekularisme.
Merdeka terlaung
dengan budaya kuning yang semakin membarah.
Merdeka terlaung
dengan gejala sosial yang semakin nazak.
Dan inilah kemerdekaan
yang kita rai.
Inilah erti
kemerdekaan kita.
Dan kita
masih belum merdeka.
Dan bukanlah niat saya memulakan rasism.
Cuma meluahkan kebenaran.
Regards,
Habiburrahim.
1 comment:
kita masih dibelenggu, bernaung di bawah sistem jahiliyah,ciptaan manusia, bukan di bawah naungan Islam, sistem ciptaan Tuhan
Post a Comment