Showing posts with label Mahallah Cinta. Show all posts
Showing posts with label Mahallah Cinta. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Mahallah Cinta ep. 7 [end]


“Best kan usrah tadi? Aku dah cakap dah. Lain kali, join lagi jom?”


Danish seperti tak ambil pusing sepatah pun kata-kata Hamid. Macam biasa, dia menghadap laptop.

Pehal mamat ni? Sejak balik dari usrah tadi, diam je. Kut ye pun nak marah aku ajak pergi usrah.. “Pasal syukur. Kadang-kadang aku fikir gak. Ada betul  gak apa yang Akhi Alif tu cakap.” Hamid cuba memeriahkan suasana.
             
           “Syukur itu bukan hanya pada lafaz. Alhamdulillah. Yela, kadanga-kadang, ada orang duk sebut-sebut tahmid, sebab dapat skor tinggi dalam exam. Tapi, cukup ke sekadar lafaz tahmid?
           
             Syukur itu zahirnya pada perbuatan, batinnya pada niat. Hmmm.. okey, ambil contoh, orang buat majlis kesyukuran. Orang datang, dia duk cakap-cakap Alhamdulillah, dapat projek baru. Tapi, hakikatnya, majlis tu pengisiannya maksiat. Duk panggil orang nyanyi bertepik terlolong. Dah le tu, penyanyinya perempuan, tak tutup aurat. Lepas tu, ada tarian. Macam-macam. Membazir lagi. Tapi, di mulutnya, terzahir tahmid. Syukur  ke tu?
            
            Syukur itu, kita lagi banyakkan ibadah. Tu tandanya syukur. Allah dah bagi nikmat. Allah dah limpahkan rezeki. Allah dah bagi rahmat. Tapi, apa kita buat kat Allah?”
           

            Danish tetap diam. Matanya masih merenung akaun Facebook di depan mata. Mata memang pada skrin laptop, tapi jauh di sudut hati, dia berfikir-fikir tentang setiap bait kata-kata Abang Alif. Sejak dari balik usrah lagi, kata-kata abang Alif menusuk-nusuk hatinya.

                “Yela, kadang-kadang, aku fikir gak. Lemahnya aku. Nak buat segala benda pun guna rahmat Allah. Tapi, last-last, manusia ni tak bersyukur gak.”

Tuesday, May 22, 2012

Mahallah Cinta ep. 6


                “Ya Allah, dah, dah. Mandi. Da dekat azan ni,” Hamid menggeleng sesudah keluar dari bilik air. Kedua belah tangan mengelap air pada badan.
                
            “Ala, nanti aku mandi la,” matanya tidak lari dari skrin laptop.

“Dah, dah. Nanti lewat pula kita ke musolla.”

“Ala, kau gerak dulu la. Nanti aku follow.” Alasan!

“Macam la aku tak tahu taktik kau tu. Ni ha, sambut.” Hamid membaling tuala kepada Danish.

“Yela ustaz.”

Hamid hanya mampu tersengih melihat gelagat Danish yang bergerak malas ke bilik air. Sesekali, Danish menjeling-jeling laptop, takut-takut ada pop-up notification pada tetingkap Facebooknya.

Orang kata, mereka poyo. Bajet alim. Buang masa. Tapi, Hamid tak ambil pusing. Semenjak Danish minta diajarkan untuk jadi baik, Hamid sendiri terkena tempiasnya. Permintaan itu mengetuk fikirannya. Okey, dulu mungkin dia baik. Tapi setakat solat lima waktu di musolla, ikut usrah, mengaji satu muka surat al-Quran sehari, al-Ma’thurat tak pernah tinggal. Itu baik? Apa itu baik? Dia sendiri tidak pasti, tapi yang dia tahu, ada kelopongan dalam hati. Segala yang dia lakukan selama ini, sekadar dikerjakan sebab dah terbiasa dengan ajaran dari rumah.

Dari situ, dia belajar kenal Allah. Belajar erti hidup sebagai Muslim. Hidup untuk redha Allah. Bina peribadi Muslim. Hidup untuk realisasikan ustaziatul alam satu hari nanti. Yang mana, dialah yang bakal menjadi besi cerucuk pembinaan ummah.  Dari kefahaman itu, dia mantapkan diri, memperbanyakkan amalan sunat. Dan dia suka Islam, ad-Din yang sempurna.

Wednesday, May 16, 2012

Mahallah Cinta ep. 5


<weekly update,stiap selasa..projek experimental Amaluddin and the gang. sori 4 the ketidaksedapan..Mahalla or Mahallya or Mohalla (Arabic: محلة‎, Persian: محله ‎, Urdu: محله ) is an Arabic language country subdivision or neighbourhood term.- Wikipedia >  
<sori sbb lmbt skali lagi. author bru sahaja beermusafir, isk2...mtk maaf sgt2..soriii~>

Hujung minggu itu, Hamid dan Danish gotong-royong. Gotong-royong membersihkan hati.

“Ni nak letak mana?” Danish mengangkat poster-poster yang baru diturunkan, menunjukkan ke arah Hamid.

“Mana lagi, tong sampah la." Hamid memuncungkan bibir pada tong sampah plastik di penjuru bilik.

“Ha?? Ni tak boleh. Yang ni aku sayang. Yang lain boleh, tapi yang ni aku tak boleh buang.”
Hamid menarik sengih. Dia cepat-cepat merampas poster-poster itu dari tangan Danish. Danish melawan, cuba menepis tangan Hamid. Hamid mengumpal poster-poster di tangan lalu di-basketball free throw-kan ke dalam tong sampah.

“Three pointer!”

“Ishh, aku punya tu!” Danish menguis-nguis timbunan sampah di dalam tong sampah, mencari-cari posternya.

“Kau ni, mahal la aku beli poster-poster ni. Bukannya dapat free, “ rungut Danish.

“Dah la, tak payah kutip la. Kau nak jadi baik ke tak ni?” Hamid pantas memintas rungutan Danish.

“Nak la.”

“So buang jela poster tu. Makin hari tengok, makin tambah dosa. Tambah-tambah poster minah-minah mana entah yang kau letak tu.”

Wednesday, May 9, 2012

Mahallah Cinta ep. 4

<weekly update,stiap selasa..projek experimental Amaluddin and the gang. sori 4 the ketidaksedapan..Mahalla or Mahallya or Mohalla (Arabic: محلة‎, Persian: محله ‎, Urdu: محله ) is an Arabic language country subdivision or neighbourhood term.- Wikipedia > 
<sori sbb lmbt kali ni..sblm ni ad exam, n skrg pun dlm mggu exam..mtk maaf sgt2..soriii~>




Tapi, persahabatan mereka tidak lama. 5 bulan mereka berkawan, main masak-masak bersama, berjalan ke kelas fardhu ain bersama. Namun, pertemuan semestinya berakhir dengan perpisahan.

“Mak, Farisha pergi mana ye mak? Lama Danish tak nampak. Rumah dia pun kosong je.” tanya Danish kepada ibunya.

“Oh, anak Haji Zuhairi tu ye? Diorang baru je pindah sayang. Dua tiga hari lepas. Katanya nak cepat-cepat, sebab ada emergency case kat tempat kerja baru ayahnya.”

“Farisha?”

“Yela, Farisha pun ikut sekali la.”

Hati kecil Danish terasa kehilangan, walaupun dia baru berusia 5 tahun. Angka yang begitu kecil, angka yang belum begitu matang untuk merasai kehilangan seorang teman bermain.

Danish melepaskan nafas keluhan panjang. Itu dulu, zaman tadika. Zaman aku, dia dan choki-choki. Tapi sekarang, cerita sudah berbeza. Sekarang , zaman aku, dia dan api-api. Kehidupan universiti mempertemukan dua insan tersebut kembali. Soalan Hamid tadi, seolah-olah membuka matanya, adakah perlu untuk dia begitu membenci Farisha. Dia sendiri tidak punya jawapan untuk itu. Semuanya bermula apabila…

“Musolla yuk!” Suara Hamid memecahkan suasana, menyentap juga fikiran Danish daripada memori silam. Danish tidak menoleh, namun sengaja tangannya dibuat-buat melarikan tetikus. Matanya menatap tepat pada skrin laptop.

            “Kau pergi dulu, nanti aku follow.” Terpacul ayat skema yang sentiasa Danish gunakan sebagai alasan setiap kali diajak ke surau. 

Hamid mencapai dua kopiah di dalam almari. Satu dibaling kepada Danish. Sengaja mengikat janji Danish dengan kopiah tersebut. Dia membuka pintu dan keluar.

Allahuaukbar Allahuakbar! Azan asar. Danish memerhatikan kopiah di tangan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                Hamid menyudahi wirid dan mengaminkan doa. Seusai itu, dia melangkah keluar dari musolla. Sayup-sayup kedengaran perang mulut antara dua pihak dari arah Foyer Musolla. Sah ini Danish dengan Farisha. Dia cam benar suara mereka. Pelajar-pelajar lain yang lalu lalang hanya memerhatikan gelagat mereka. Tidak kurang juga ada yang berbisik-bisik.

Hamid melajukan langkah ke arah Foyer Musolla. Walaupun dia sendiri tidak nampak kelibat dua orang tersebut dek terlindung dengan dinding, namun masih terdengar sayup-sayup suara pertengkaran antara mereka.

“Ala, kau ingat kau tu baik sangat?! Setakat pakai kopiah, nak bising-bising kat aku”

“Okey la ni, at least aku yang lelaki ni pun tutup sebahagian rambut aku. Tak macam kau.”

“Hidup hipokrit! Eh, tak payah nak berlakon sangatlah. Setakat pergi musolla, pakai kopiah, tak payah nak bajet alim sangat la. Sebelum ni tak pernah-pernah aku nampak kau kat musolla ni.”

Hamid melajukan lagi langkah. Perang mulut nampaknya makin rancak, walaupun sayup-sayup kedengaran.'Ish budak dua orang ni'
             
            “Siapa yang hipokrit? Setakat pergi musolla, lepas solat bukak tudung. Kenapa, tudung kau valid untuk pakai dalam musolla je ke?”

“Aku nak tengok sampai mana kau mampu hidup dengan dunia lakonan kau ni! ”

“Okey, we'll see about that!”
             
             Suasana kecoh tadi bertukar senyap. sayup-sayup Hamid terdengar suara seorang lagi perempuan yang lain. Namun, suara tersebut agak perlahan. Hamid meneka, ada yang telah cuba untuk meleraikan merka berdua. Hamid terus melajukan langkah ke arah foyer tersebut.

             Sesampainya Hamid di foyer tersebut, Hamid dapat lihat keadaan yang tadinya kecoh telah reda. Danish telah berlalu ke arah kafe, manakala Farisha pula ke arah bertentangan, bersama teman sebiliknya di sebelah, Ain.Walaupun dia tidak menyaksikan keseluruhan peristiwa tadi, namun Hamid pasti, Ain yang meleraikan pergaduhan tersebut. Beraninya kudrat seorang wanita melawan lelaki sekeras kepala Danish. Hamid terus berlari-lari anak mendapatkan Danish yang bergerak laju ke arah kafe.

"Danish!" Hamid memanggil.


“Kau diam, jangan nak lecture aku. Kali ni, bukan salah aku. Dia yang mulakan.” Danish terus memberi amaran sesampainya Hamid di sebelahnya, walaupun Hamid tidak berniat untuk bertanya lanjut.

Hamid terdiam. Dia hanya mengikut Danish. Baginya, pertengkaran tadi langsung tidak menarik minatnya. Yang paling dia tertarik sekarang adalah kopiah di atas kepala Danish. Dia menarik sengih. Yang pasti, Danish ada berjemaah di surau tadi, walaupun dia sendiri tidak nampak kelibat Danish tadi. Tapi, dia begitu pasti dengan itu. Bukan senang hendak mengajak Danish ke musolla. Dan daripada sayup-sayup pertengkaran mereka tadi, Hamid dapat rasakan Farisha juga turut berjemaah tadi.  

“Mid, kau kena ajar aku jadi baik.” Danish bernada marah. Amarah pada Farisha masih bersisa.'Aku bukan hipokrit!'

“Ha??”

Nun jauh dari arah bertentangan pula, Farisha memandang teman sebiliknya yang sedang berjalan di sebelahnya, Ain.

“Ain, Masjid India, jom!” Farisha bernada memberontak. Amarah pada Danish masih terasa.

“Buat apa?Saya ada kelas la.”

“Ala, bukan hari ni pun takpe. Saya nak beli tudung. Saya nak buktikan saya bukan hipokrit!”

“Ha?” berkali-kali hamdalah terucap di dalam hati Ain. Mungkin, ini satu permulaan. Memang, Allah jualah yang memegang hati. Sejak dari dulu lagi, dia mengajak Farisha ke musolla untuk solat berjemaah. Namun, ada sahaja alasannya. Bukan itu sahaja, bermacam cara telah Ain cuba untuk mengajak Farisha bertudung. Sehinggalah hari ini, Allah membukakan hati Farisha untuk ke musolla. Bukan itu sahaja, Allah turut mengatur pertemuan Farisha dan Danish selepas solat. Perang mulut tersebut membuka hati Farisha untuk bertudung. Walau apa pun niat sebenar Farisha, Ain tetap bersyukur. Akhirnya terbuka hati Farisha unutuk bertudung. 

Siapa tahu, malam itu, Ain bangun malam. Dia sujud syukur ke hadrat Ilahi atas hidayat yang diterima sahabatnya itu. Didoakan juga agar Allah memberi kemudahan kepada mujahadah Farisha dan juga diperbetul niat Farisha.

<bersambung..>


Niat itu rahsia. Ikhlas itu rahsia dalam rahsia. 
Utamakan yang wajib, ikhlas insyaAllah akan menyusul. 
Ada ke patut, 'saya tak solat sebab saya tak bersedia. Saya takut saya tak ikhlas.' Begitulah juga dengan aurat. 'Saya tak bertudung sebab saya takut saya tak ikhlas.' err...




Tuesday, May 1, 2012

Mahallah Cinta ep. 3

<weekly update,stiap selasa..projek experimental Amaluddin and the gang. sori 4 the ketidaksedapan..Mahalla or Mahallya or Mohalla (Arabic: محلة‎, Persian: محله ‎, Urdu: محله ) is an Arabic language country subdivision or neighbourhood term.- Wikipedia > 

Danish serba salah. Kenapa ye? Dia sendiri tidak punya jawapan. Soalan itu…‘Argghhh…pape jela.’ Fikirannya memberontak.

 “Eh, aku belum solat lagi.” Danish mengangkat punggung dan terus melangkah laju ke bilik air. Hamid faham benar, Danish cuba berdalih. Hamid membiarkan soalan itu tidak berjawab.

                Beberapa ketika, Hamid melihat kawannya itu keluar daripada bilik air. Basah muka dan tangannya. Allahuakbar. Takbiratul ihram… Hamid sekadar memerhati. Kemudian, pandangannya kembali menata ayat-ayat novel di tangan.

                Belum sempat Hamid beralih bacaan ke muka surat sebelah novelnya, Danish sudah melipat sejadah. Usai melipat, Danish melompat naik ke kerusi meja belajarnya, tangan terus menggenggam dan melarikan tetikus. Facebook.  Telinga disumbat earphone.

                “Hai, tak wirid, tak doa ke bang?” Hamid menyindir.

                “Sshhhh…”

Mulut Danishmula kelihatan terkumat-kamit berwirid di hadapan laptop. Mata menjamu tulisan pada skrin laptop, tangan tetap pada tetikus, telinga dibuai aurat merdu wanita. Tapi hati?? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tidak terjangkau di fikiran manusia untuk menghukum. Husnudzhon, itu je yang terlintas di fikiran Hamid pada waktu itu. Kalau bukan saat ini, bila lagi nak diamalkan. Selepas beberapa lama berwirid, Danish menadah tangan walaupun mata dan telinga masih pada lalaian duniawi.

Selesai Danish berdoa, Hamid mencuba buat kali kedua.

“Danish,aaaa…soalan aku tadi… Setahu aku, kau baik je dulu dengan Farisha.”

Tuesday, April 24, 2012

Mahallah Cinta Ep. 2

<weekly update,stiap selasa..projek experimental Amaluddin and the gang. sori 4 the ketidaksedapan..Mahalla or Mahallya or Mohalla (Arabic: محلة‎, Persian: محله ‎, Urdu: محله ) is an Arabic language country subdivision or neighbourhood term.- Wikipedia >

Danish mencampak beg galas Levi’s dan cekak rambut sesampainya di bilik. Bahang amarah terhadap Farisha masih terasa. Kemeja yang tidak berbutang dilurutkan dari badan, meninggalkan baju lengan pendek Edwin di badan. Selepas itu, dia menyalin seluar slacknya. Hari yang panas menyebabkannya rimas untuk terlalu ‘berbalut’. Dia melabuhkan duduk di hadapan laptopnya. Hamid turut berbaring di atas katilnya. Tangannya meraba-raba mencari novel dari dalam beg. Masing-masing dengan hal masing-masing.

Tangan Danish terus menggenggam tetikus, sambil dilarikan ke kanan ke kiri, atas bawah. Sesekali kedengaran bunyi klik pada tetikus dan bunyi dia menekan-nekan keyboard.

“Ha,tu dia! Dah mula dah nak mengadu kat Facebook. Ni lah perempuan, sikit-sikit je nak mengadu kat Facebook”. Suara Danish memecah sunyi.

“Kenapa pula dengan kau ni? Tak habis-habis nak cari salah si Farisha tu,” Hamid faham benar, Danish sedang berbicara tentang Farisha.

“Ye la, pasal kena sound dengan aku pun nak kena tulis kat wall Facebook juga ke?”

Tuesday, April 17, 2012

Mahallah Cinta Ep. 1

<weekly update,stiap selasa..projek experimental. sori 4 the ketidaksedapan..mahallah adalah tmpt tggl,cm hostel kt UIA..cth : Mahalah Ali,mahallah Hafsah>


Herdikan demi herdikan dihambur kepada sang pemakai, tanpa sekelumit rasa kasihan pun. Seluruh mata di dalam kafe tersebut memandang ke arah mereka.

“….cantik sangat ke rambut kau tu, ha?! Ni baju ni,tahun bila punya baju raya kau pakai ni? Eh,aku ada duit la, tak mampu mintak dengan aku. Takde baju lagi ketat ke? Duk tayang sana, tayang sini. ”

 “Ada aku kacau kubur kau ke? Takde kan? Eh, blah la! Aku punya hal la, kau apa kecoh?! Mak bapak aku pun tak bising, siap tolong belikan baju ni lagi.” Sniper berpelurukan air liur berbalas AK47.

Farisha menggenggam penumbuk. Geram. Kalau diikutkan hati, nak je dia balas caci maki mamat senget depan mata ini dengan penumbuk. Nak je dia tarik pensil Pilot kat celah telinga art geek ni, cucuk mata dia. Nak je dia cabut cekak rambut mamat ni buat,salotape mulut mamat archi ni.. Tapi apakan daya, kudrat kaum Hawa membataskan hajatnya. Farisha mengerling mata Danish. Tajam.

Ego Danish membuak-buak minta dirinya untuk tidak mengaku kalah. Belum sempat dia menarik picu sniper air liurnya, Hamid meluru dari jauh menarik tangan kawannya itu.

“Kau ni, buat malu je bergaduh dengan perempuan. Tak malu ke depan orang ramai.” Hamid memulakan leteran.

Gadgets By Spice Up Your Blog