<weekly update,stiap selasa..projek experimental Amaluddin and the gang. sori 4 the ketidaksedapan..Mahalla or Mahallya or Mohalla (Arabic: محلة, Persian: محله , Urdu: محله ) is an Arabic language country subdivision or neighbourhood term.- Wikipedia >
<sori sbb lmbt skali lagi. author bru sahaja beermusafir, isk2...mtk maaf sgt2..soriii~>
<sori sbb lmbt skali lagi. author bru sahaja beermusafir, isk2...mtk maaf sgt2..soriii~>
Hujung minggu itu, Hamid dan Danish gotong-royong.
Gotong-royong membersihkan hati.
“Ni nak letak mana?” Danish
mengangkat poster-poster yang baru diturunkan, menunjukkan ke arah Hamid.
“Mana lagi, tong sampah la." Hamid
memuncungkan bibir pada tong sampah plastik di penjuru bilik.
“Ha?? Ni tak boleh. Yang ni aku
sayang. Yang lain boleh, tapi yang ni aku tak boleh buang.”
Hamid menarik sengih. Dia
cepat-cepat merampas poster-poster itu dari tangan Danish. Danish melawan, cuba
menepis tangan Hamid. Hamid mengumpal poster-poster di tangan lalu di-basketball
free throw-kan ke dalam tong sampah.
“Three pointer!”
“Ishh, aku punya tu!” Danish
menguis-nguis timbunan sampah di dalam tong sampah, mencari-cari posternya.
“Kau ni, mahal la aku beli poster-poster
ni. Bukannya dapat free, “ rungut Danish.
“Dah la, tak payah kutip la. Kau
nak jadi baik ke tak ni?” Hamid pantas memintas rungutan Danish.
“Nak la.”
“So buang jela poster tu. Makin
hari tengok, makin tambah dosa. Tambah-tambah poster minah-minah mana entah yang
kau letak tu.”
“Girl’s Generation,” Danish menjelaskan.
“Ha, benda tu la. Setiap hari duk
tengok aurat diorang je.”
“Yela, berubah slow-slow la. Satu-satu,
takkan nak mengejut. Semua benda aku kau nak buang. Majalah-majalah aku lagi. Tu tak kira sketchbook aku lagi tu.”
“Nish, kau tahu cara yang paling
berkesan untuk berubah?“
“Apa?”
“Berubah.”
“Yela, aku tahu la berubah. Apa
cara paling berkesan untuk berubah?”
“Berubah. Cara paling berkesan
untuk berubah adalah berubah. Kalau tak berubah, sampai bila-bila pun tak
berubah. So, cara paling berkesan untuk berbuah adalah berubah. Kau nak jadi
baik ke tak?”
“Apa ni?” Danish menzahirkan garis
di dahi.
“Seluar ajaib, boleh buat kau jadi
baik. Kau pakai saiz berapa?” Hamid berteka teki.
“30. Apa kaitan nak jadi baik
dengan benda alah ni? Lagipun, aku dah ada banyak la seluar.”
“Kau nak tahu, sepanjang kau pakai
seluar ajaib ni, kau dapat pahala.”
“Fatwa sesat mana pulak kau bawak
ni?”
“Apa pulak sesat? Tutup aurat,
dapat pahala la. Ni nak pakai masa dalam bilik, ganti shorts yang kau selalu
pakai dalam bilik tu.” Hamid membelek-belek timbunan seluar tersebut.
“Sama je, ni pun shorts.” Danish cuba
melawan.
“Ni seluar three-quarter, tutup
lutut. Kau punya tak tutup. Dah, pegang ni. Nanti tak payah pakai lagi shorts kau tu.”
“Huhh..” Danish mendengus kasar. Tangannya
menyeluk poket, mengeluarkan dompetnya. Dia membelek-belek dompetnya.
Hamid memenjangkan tengkuk, mencuri
tengok dompet Danish. Spontan terlafaz, ”Tak apa, aku bawak duit lebih.”
“Fuuhh.. Lega dapat minum air.”
Botol F&N Zapple diletakkan di atas meja restoren.
“Tahniah, kita dah lepas stage pertama!”
Hamid mendekatkan muncung botol ke mulut. Air mineral diteguk.
“Stage pertama?” Danish kehairanan.
“Ye, stage pertama dalam
memperbaiki diri. Stage 1 dalam tazkiyyatun nafs.”
“Takziah apa pulak kau ni?”
“Haha." Hamid gelak kecil. “Tazkiyyatun
nafs. Pembersihan hati.”
“Satu hari ni berpenat berpeluh,
bersih bilik, beli benda ni semua baru stage pertama?”
“Yela, baru stage pertama. Imam
al-Ghazali ada sebut dalam stages of tazkiyyatun nafs dalam Ihya’ Ulumuddin.
Stage pertama adalah membersihkan fizikal. Kita dah bersihkan bilik tu. Lepas
tu kita dah buang semua karat-karat jahiliyah dalam bilik kita tu. Baju seluar
pun semua dah tukar. “
“Okey, apa langkah seterusnya?”
“Kita tunggu dan lihat.” Hamid mengangakt
kedua kening.
Danish menarik muncung. Stage one,
completed!
<bersambung..>
Cara mudah untuk berubah. One word, berubah.
Nak berubah kena take action, bukan sekadar kata-kata.
1 comment:
nice. cara paling mudah untuk berubah adalah berubah.
noted!
Post a Comment