Apartmen 604 sepi. Tinggal aku seorang di sini untuk sebulan lamanya. Demi universiti, aku rela berkorban masa untuk latihan, mempersiapkan diri untuk KSSU 2012 yang bakal dilangsungkan di Kulim, Kedah akhir Jun ini. ewah.
Cuti sekolah sudah bermula. Semester 1 2012 di universiti juga sudah melabuhkan tirainya. Sahabat-sahabat yang lain sudah boleh mula menikmati cuti, meronggeng-ronggeng, berjimba-jimba, meluangkan masa bersama keluarga terchenta, menyertai usrah kabilah, pergi daurah, berhimpun di markas dan sebagainya. Tidak kurang juga barisan pengarang Ashabul Islam yang mula bingung memerah otak, menjentik khayalan untuk mengisi blog ini sementara menunggu notis USKAB.. eceh. yeye je.
Manakala aku di sini bertemankan laptop beserta sistem 2.1 Edifier cikai yang baru ku beli semalam,bekerja keras untuk memecah kesunyian ku tanpa sahabat handai di sisi. At least, tidaklah jelas sangat kedengaran bunyi cengkerik di apartmen ni.
"Apa lah engkau ni, kalo baca al-Quran kan lebih baik tu." Ouch di situ...
Bukanlah apa, cuma lumrah manusia ini suka akan hiburan, muzik. Apatah lagi aku, hamba ALLAH yang tidak soleh ini. *tutup muka, pandang bawah, air mata mengalir berderaian. T^T
Bila keseorangan, mula lah jiwa ini terasa sunyi, terasa kosong.. Terasa sepi. Terasa bosan. Waktu-waktu begini tidak aku nafikan sangat berbahaya kepada jiwa seorang Muslim yang rapuh seperti aku ini. Bukanlah maksudku aku ini mudah patah.. =="
Teringat pula petikan kata-kata Presiden BADAR batch junior aku, maksudnya lebih kurang begini:

"Hati itu tidak akan kosong. Sama ada diisi dengan mengingati ALLAH, atau syaitan akan bermaharajalela."
Betul jugak tu. Ada manusia ni, kononnya hati kosong, jiwa kusut. Tapi yang dicari, untuk mengadu masalah adalah manusia, bukannya Sang Pencipta. Lagi-lagi, bukan mahram. Yang lelaki mengadu pada perempuan, dan sebaliknya. Ahh. Alasan semua itu!! Hakikatnya, Dia lah yang lebih tahu dan faham akan makhlukNya. Sama lah kalau laptop rosak, mana ada laptop pegi jumpa laptop lain mengadu masalah.. keh3.. Bukankah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang?
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-ra'ad:28)
Terkedu seketika. Betapa selama ini aku diperbodohkan syaitan yang bermain dengan hati, jiwa dan limpa, mengatakan aku bersendirian, mengacau jiwa, memperkotak katikkan perasaan. Nyah kau dari sini syaitan!
Anda mahu jadi seperti orang kebanyakan sahaja? Membazirkan masa? Membiarkan diri diulit mimpi indah mainan sang syaitan, lena di balik sedar, tatkala kiamat menghampiri, umat semakin tenat? *ouchh
Atau anda ingin kekal bersama golongan Ghuraba', golongan yang asing?

Ini lagi satu kenyataan yang harus kita ketahui. Lagi banyak masa terluang yang kita biarkan tanpa mengingati ALLAH, lagi tinggi lah probability untuk kita tersalah jalan, memilih maksiat daripada ibadah. Justeru, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan orang lain, penuhilah masa cuti ini dengan mendekatkan diri kepada ALLAH. Jangan diberi sedikit pun peluang kepada syaitan untuk berdamping dengan anda, mengajak anda ke arah jalan yang salah!
Janganlah dibazirkan nikmat masa lapang ini. Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)
*Subwoofer Edifier bergegar garang.. lapang.... se be lummm sempiittt..Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara.....
Anda mahu jadi seperti orang kebanyakan sahaja? Membazirkan masa? Membiarkan diri diulit mimpi indah mainan sang syaitan, lena di balik sedar, tatkala kiamat menghampiri, umat semakin tenat? *ouchh
Atau anda ingin kekal bersama golongan Ghuraba', golongan yang asing?
“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]
2 comments:
ssemoga istiqamah dalam tarbiyyah dzatiyyah :)
gambar equation tu osem :)
mashaallah. kpd saya juga.
equation tu ada ternampak di facebook juga. :)
Post a Comment