Saturday, May 19, 2012

Semut Hitam, Di Mana Engkau?


"Aku memang nak berubah. Tapi apa guna berubah kalo tak ikhlas kan? Sebab tu aku tunggu dulu."

ayat standard orang Melayu kita.


Betul. Memang susah nak capai ikhlas ni. Tapi adakah bermakna kalau kita rasa diri kita belum ikhlas, kita tak perlu berubah? tak perlu beramal?

Sementara itu di Jalan Semut Hitam, Kuala Selut.

Seorang wanita Melayu berusia dalam lingkungan 20-an terbujur kaku berlumuran darah. Orang ramai mula mengerumuni arwah. Makcik Kiah si penjual kerepek tidak ketinggalan sama, matanya membulat, hujung kain tudungnya dipintal-pintal buat menutup mulutnya. 

"Kesian dia, muda lagi dah sampai ajal. Tudung pun belum sempat pakai."

Apek drebar lori kelihatan pucat menjawab soalan pak polis berkenaan insiden tersebut. 
"Tenang Uncle, ini hanya prosedur. Kita nak buat macam mana, sudah sampai ajal dia".

Roh wanita tersebut sekadar melihat dari jauh jasadnya terbujur, auratnya terbuka, perintah Tuhan tidak diendahkannya. Menyesal. Kalau boleh, hendak sahaja dirinya memohon kepada ALLAH supaya dia boleh kembali ke dunia, berubah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allah telah berfirman di dalam al-Quran al-Kariim memberitahu kita bahawa ahli-ahli neraka akan membuat ungkapan "keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia)". 

A106

A107
Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.(Al-Mu'minuun 23:106) "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim." (Al-Mu'minuun 23:107) 
Allah membalas permohonan ahli-ahli neraka dengan firmannya:

A108
(Allah) berfirman: "Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu! (Al-Mu'minuun 23:108) 
*dicedok daripada http://harmoniinn.blogspot.com/2012/02/keluarkanlah-kami-matikankanlah-kami.html
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Betul anda mahu tunggu ikhlas datang kepada anda dahulu baru anda mahu berubah? Bukan berubah dan mencari ikhlas itu seiringan?
Yakin ke anda sempat berubah sebelum Izra'il datang menjemput?


Sementara itu di Surau MRSM Hulu Melaka. Kelihatan ahli2 bulatan gembira berbincang. 


Seorang ikhwan mengutarakan soalan. 


"Bagaimana kita hendak capai ikhlas?"
Seorang sahabat menjawab.


"Ikhlas itu susah hendak diperoleh. Seelok-eloknya kita istiqamah dalam amalan, dan memohon kepada ALLAH moga ikhlas itu dikurniakan kepada kita. Wallahua'lam"

Seorang lagi sahabat menambah.

"Pada pendapat saya, susahnya untuk dapat ikhlas itu sebab syaitan berusaha untuk membolak balik kan hati kita. Bila kita hendak melakukan sesuatu kebaikan, syaitan akan melarang. Bila kita sudah melakukan sesuatu amalan itu pula, syaitan akan kacau hati, cuba membuatkan kita riak, mengelakkan kita dari ikhlas dan meneruskan amalan kita. Jadi, rasanya adalal baik untuk kita memohon perlindungan daripada syaitan kepada ALLAH S.W.T. Lagi dekat kita dengan ALLAH, lagi jauh syaitan dengan kita."



Ada logiknya. 

No comments:

Gadgets By Spice Up Your Blog