Monday, May 21, 2012

Tuan Manager, Boleh tak Saya Kerja Sekejap-sekejap?


Ustaz Azhar Idrus, seorang ikon dakwah yang tidak asing lagi di tanah air. Ya, Ir Jinggo juga merupakan salah seorang remaja Muslim yang tertarik dengan cara beliau. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang tersalah faham dengan dialek Terengganu yang digunakan beliau. Ada sesetengah kita yang mengutuk, mencaci maki beliau kerana beranggapan beliau menggunakan bahasa kasar.. *Peluh wangi menitis, otak diperah.

Bukan begitu adik-adik (eh, aku muda lagi.) Bukan begitu. Sebenarnya, bahasa yang beliau gunakan itu biasa, bercampur humor, cuma kadang-kadang apabila mereka-mereka yang tidak biasa dengan beliau dan tidak biasa dengan loghat Pantai Timur, mudah sahaja mereka 'judge' beliau itu ini. Itulah, senang benar kita nilai orang, tanpa usul periksa. Diri sendiri yang mulut tidak terjaga ini tidak pula ditempelak. Mengagungkan artis, tetapi mencari salah ulama.  *eh. terasa sakit paha kiri

Tertarik dengan gambar di atas, cuba tuan-tuan fikirkan satu analogi. Tuan berkerja dengan sebuah syarikat korporat multinasional (eh, ada ke?).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda                :"Assalamu'alaikum tuan manager. Tuan, saya ada satu permintaan."
Tuan Manager  :"Wa'alaikumussalam. Ya, apa dia?"
Anda                :"Boleh tak saya nak kerja sekejap-sekejap ikot suka hati mak bapak saya   
                          punya anak nak datang bila-bila masa saya suka, buat kerja ikut suka hati 
                          saya? tapi saya nak gaji penuh."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*scene di 'cut' di sini. Rasanya tidak perlu untuk dipaparkan scene Tuan Manager membantai anak buahnya sehingga pengsan, lalu dilucutkan jawatan dan dibuang ke dalam laut.

Haa.. Itu si pekerja dengan bos nya. Bagaimana pulak kalau watak tersebut ditukar kepada seorang Tuan dan hambanya? Mahu tidak dibantai hambanya itu kerana bersikap seakan-akan kurang ajar, bertindak ikot suka. Sedangkan Bilal bin Rabah yang memeluk Islam, bukannya menyusahkan tuannya pun diseksa. *mood insaf sebentar

Tetapi kita dengan Tuhan kita, ALLAH S.W.T pula bagaimana? Rabbul Jalil tidak pula pernah memotong oksigen kita tatkala kita meninggalkan kewajipan kita sebagaimana seorang majikan akan memotong gaji pekerjanya yang ponteng kerja. Tidak pula Dia siksa kita dengan siksaan yang keras di dunia ini. Bahkan Dia terus menerus memberikan kita nikmat dan rahmat untuk meneruskan hidup di alam yang fana ini. *fuh.. menarik nafas panjang

Jadi, tidak wajar untuk kita berbuat sesuka hati kita di bumi ini. Tidak wajar untuk kita tinggalkan suruhanNya. Tidak wajar untuk kita melanggar perintahnya. Atau mungkin kita mahu azab diturunkan kepada kita baru kita sedar? *nauzubillahimin zalik..

Atau adakah hanya pada bulan Ramadhan sahaja kita menginsafi diri? Kemudian berlalunya Ramadhan kita kembali lupa dan alpa? *aduh, kali ini benar-benar sakit

sekadar peringatan diri dan sahabat. semoga kita terus konsisten beramal, bukan beramal sekejap-sekejap.. Ya muqollibal qulub, thabbit quluubana 'ala diinik, wa 'ala to'atik..

2 comments:

Inspector Saahab said...

haha. nice one la akhi :)
mantop. camne IELTS korang semalam?

Ir Jinggo said...

IELTS ktorg sbtu ni la..hahaha

Gadgets By Spice Up Your Blog