Wednesday, May 16, 2012

Waa Mu'tasimah? Waa Mu'tasimah?




Tahun 2012. Kampung Pohon Seberang. Malaysia.

Langkahannya longlai. Seharian bekerja, ditambah dengan beban kerja dakwah arwah ayahnya yang terpaksa ditanggung sendirian. Namun hatinya tidak merungut, malah hamdalah mengganti keluhan. Sejak seminggu kematian Ustaz Nouruddin, segala urusan kerja ummah yang diwariskan ulama’ terkenal itu diselesaikannya seorang diri. Bukan tidak ada yang sudi menghulur bantuan, tetapi dia lebih selesa bergerak sendirian. Bimbang acuan dakwah ayahnya bercampur acuan orang lain. Ustaz Nouruddin ada gerak kerja tersendiri, dan acuan inilah yang menjadi daya tarikan ramai golongan muda.

Perjalanan ke pusara ayahanda terasa jauh sekali. Namun digagahi jua. Tanpa diduga, dua pasang mata memerhati dari balik semak, melirik langkahannya dengan dendam dan amarah.

‘Hari ni, hari aku perempuan! Dah berapa ramai bapak kau cuba islamkan kaum aku!’ detik lelaki yang berwajah agak cengkung.

Dua pasang mata itu memerhati sahaja sehinggalah Asiah duduk di tepi pusara ayahnya, menadah doa buat arwah.



Tahun 837. Kota Ammuriah. Romawi

Hamba muslimah itu berjalan tenang dalam keriuhan pasar tersebut. Peribadinya yang serba berlitup mengundang dua pasang mata yang memerhati. Serba asing di tengah-tangah pasar tersebut. Namun, tanpa disedari, peribadi inilah yang mengundang amarah dua pasang mata. Sekujur tubuh penuh beradab itu ditatap penuh dendam. 

“Muslimah?” tanya salah seorang lelaki tersebut, mengapikan dendam rakan di sebelah.

“Muslimah,” angguk lelaki kedua. “Ayuh kita ajar si muslimah ini. Aku dah lama memendam dendam. “

Kedua lelaki tersebut menghampiri muslimah itu dari arah belakang.

“Hoi perempuan!”

Herdikan itu mengundang sentak muslimah tersebut. Namun, belum sempat muslimah itu memalingkan wajah, kedua lelaki itu cepat menangkap kedua tangannya.




Tahun 2012. Kampung Pohon Seberang. Malaysia.

“Amiinn..,” serentak dua lelaki di belakangnya melafaz ‘amin’ beserta rengekan tawa seusai Asiah mengaminkan doa.

Asiah tersentak dan terus berpaling ke belakang. Lim dan Lingam merengek beserta hilai tawa. Wajah Asiah jelas mempamerkan kerisauan. Resah. Bimbang. Asiah yang cepat menangkap maksud kedua lelaki tersebut cuba untuk melarikan diri. Namun, kudrat hawanya tidak mampu menyaingi kekuatan dua lelaki di belakangnya. Tangannya ditangkap dan tubuhnya ditolak ke kubur ayahnya.

“Allah!” terlafaz asma Yang Maha Esa dimulut Asiah saat kepalanya mencium tanah kubur arwah.

Lafaz nama Yang Maha Agung itu bagai menyimbah minyak panas ke muka Lim dan Lingam. Jelas kelihatan kemerahan pada muka keduanya.

“Mana Tuhanmu? Mana Rasulmu?” jerit Lim sambil mengenggam rambut Asiah yang tersembunyi di balik tudung. Marah.

Lingam disisi ketawa berdekah-dekah.

“Tolong, jangan apa-apakan aku!” Asiah mencuba kalau-kalau masih ada ihsan dalam hati dua lelaki ini.

“Hari ni, kita tengok siapa ceramah siapa,” Lim menjerit  diiringi tawa berdekah-dekah.

Lingam mencangkung merapati Asiah.

“Mana ayah kau? Mana?” Lingam menyambung tawa.

“Hoi orang tua, bangun! Bangun! Tengok anak kau ni!” Lim pula menendang-nendang kubur arwah Ustaz Nouruddin.

Air mata Asiah mengalir deras. Dalam hatinya, hanya lafaz ‘ hawla wa lâ quwwata illâ bi Allâh’ yang mampu diungkap. Dia takut, namun dia yakin pertolongan Yang Maha Pembela tetap akan tiba.

Dengan kuasa Ilahi, seorang budak lelaki  dalam lingkungan umur 6 tahun yang sedang melastik burung di kawasan perkuburan itu ternampak kejadian tersebut. Dia terus berlari pulang mendapatkan ibunya.


Tahun 837. Kota Ammuriah. Romawi

Terserlah kulit putih muslimahtersebut. Aurat yang terjaga selama ini jadi santapan sang mata keranjang. Mata muslimah itu menakung air. Dia tertunduk malu.

"Jangan! Jangan!" Muslimah tersebut cuba mempertahankan diri. Hanya kata-kata menagih kasihan.

“Mana Tuhanmu? Mana Rasulmu?” lelaki pertama tadi menjerit kuat.

Lelaki kedua ketawa berdekah-dekah.

Seisi pasar hanya berdiam diri. Semuanya berwajah kaku. Diam membatu. Hati kecil muslimah tersebut remuk. Dalam hatinya, hanya doa mampu dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.

Dalam kudrat yang bersisa, dia menjerit, “Waa Mu’tasimah! Waa Mu’tasimah!”

Dari kejauhan, seorang pemuda yang sedari tadi memerhati segera mendapatkan tunggangannya. Dia bergerak laju membawa berita ini ke sebuah kota bernama Kota Samarrah.



Tahun 2012. Kampung Pohon Seberang. Malaysia.

“Umi! Umi! Tadi achik nampak abang Lim dengan abang Lingam buli kak Asiah!” anak kecil itu menarik-narik baju ibunya. Jari telunjuk menunjukkan arah perkuburan tersebut.

“Ish, jangan kacau hal orang! Kamu ni!” Mak Jah memulas telinga sambil menarik anaknya ke dalam rumah.

“Aduh! Aduh! Sakit Umi!” anak kecil itu mengaduh. Air matanya mengalir pada pipi.

Memang, siapa yang tidak kenal Lim dan Lingam, dua serangkai yang begitu terkenal di kampong itu. Konco-konco mereka ramai. Malah, lagi menyedihkan, ada sebilangan Melayu Islam yang ikut serta gerakan mereka ini. Setiap kali mereka mencetus peristiwa, seluruh penduduk kampong membutakan mata. Semua bimbang keselamatan sendiri tergugat. Nahas bagi yang membuka mulut.

Mak Jah terus mengunci pintu. Achik cepat-cepat berlari menaiki tangga rumah, menuju ke tingkap belakang. Dia melempar pandangan pada kawasan perkuburan tadi.

Hati Achik berbunga apabila ternampak Pak Kasim yang menunggang motosikalnya melalui perkuburan itu. Namun, kegembiraan itu tidak lama. Pak Kasim bukan sahaja tidak menghentikan motosikalnya, malah makin dilajukan. Cepat-cepat Pak Kasim mengalih pandangan tatkala Ali mengacahnya.



Tahun 837. Kota Ammuriah. Romawi

Seramai tiga puluh ribu perajurit Romawi tewas pada tentera al-Mu’tasimah manakala tiga puluh ribu lagi dijadikan tawanan perang. Peperangan yang berlangsung selama lebih kurang lima bulan itu akhirnya membawa kepada kemenangan Islam.

“Tunjukkan aku kediamannya muslimah yang memanggil aku,” kata Khalifah al’Mu’tasim kepada pemuda yang membawa berita tentang muslimah yang dimalukan sebelum ini.

Saat bertemu muslimah tersebut, Khalifah al-Mu’tasim berkata, “Wahai saudariku, apakah aku telah memenuhi seruanmu atasku?

“Ya Amirul Mukminin, ya. Kau menjawab panggilanku,” muslimah itu mengangguk-ngangguk bersama linangan air mata.

Amirul Mukminin mengoyak senyum.

“Apakah yang menghinamu itu ada dalam kalangan mereka in?” tanya Amirul Mukminin, lalu memandang kepada tawanan perang yang berada di samping bala tenteranya.

Muslimah itu menuding jari kea rah dua lelaki yang memijak-mijak maruahnya sebelum ini.

“Mulai hari ini, aku bebaskan kamu. Rumah dan tanah aku hadiahkan. Dua lelaki ini menjadi hambamu.”

Di tengah-tengah tawanan perang itu, muncul suatu jeritan. “Amirul Mukminin, kamu melancarkan perang hanya kerana seorang muslimah?”

Al-Mu’tasim berpaling. Dilihatnya beberapa tentera membelasah empunya jeritan tadi. Mungkin jeritan tersebut agak tidak beradab.

Al-Mu’tasim mengangkat sebelah tangan menyuruh tenteranya berhenti.

“Gerangan siapakah ini?” Al-Mu’tasim bertanya.

“Dialah ketua jeneral kota Amoria.” Penngiring disebelah berbisik.

“Wahai jeneral, bukankah aku sudah mengutus surat. Sekiranya keadilan tidak tertegak oleh pemimpin kamu, maka aku akan datang membawa bala tenteraku yang ramai. Namun, amaranku tidak diendahkan.” Al-Mu’tasim menjawab tenang. Kaliber seorang ketua ummah terserlah.  



11.32 p.m. 16 Mei 2012. Depan laptop. Kuala Terengganu. Malaysia

Waa Mu’tasimah? Waa amirul mukminin?

Mana mu’tasimah? Mana amirul mukminin? Mana pemuda pembawa penunggang kuda yang membawa berita muslimah dihina ke Samarrah?

Mana ketua ummah? Mana mujahidin? Mana para daie? Mana para murabbi?

Bangkitlah ummah! Bangkitlah! Hakikatnya, kitalah dai’e. Kitalah murabbi. Kitalah mujahidin!

Tapi kita lalai, kita alpa. Malah, muslim sendiri yang menjatuhkan maruah muslimah. Kehulu kehilir diseret pergi. Aduhh! Kita nazak! Kita nazak!

Islah lah wahai ummah! Bangkitlah!



Tahun 2012. Kampung Pohon Seberang. Malaysia.

Deruman puluhan ekzos motosikal mengejutkan Lim dan Lingam. Keduanya tersentak saat melihat puluhan Muslim yang menghentikan motosikal di hadapan tanah perkuburan itu. Semuanya berjubah, berserban serba putih. Pada barisan hadapan, turun seorang budak lelaki dari sebuah motosikal. Gaya comel.

Budak itu menarik lastik seraya menjerit,”Lepaskan kak Asiah. Kalau tak, saya tembak!”

Lim dan Lingam terkedu. Peluh mula membasahi dahi. Pandangan mereka tertumpu pada puluhan muslim yang berbondong-bondong ke tanah perkuburan. Serentak, mereka semua turun dari motosikal masing-masing.
"Oh, kamu bertanya mana Tuhan dan Rasul kami ya?" tanya yang paling hadapan dalam kalangan mereka.

"Sesungguhnya Allah itu dekat, lagi dekat dari urat nadi kami,"sambung pemuda di belakangnya.

"Dan Allah juga bersama-sama kami yang menegakkan agama-Nya," celah pemuda yang sedikit gempal.

"Dan Rasulullah itu sentiasa hadir dalam sunnah baginda yang kami amalkan." Pemuda paling belakang tidak terkecuali menambah sambil tangannya melambai-lambai minta perhatian.


Waa Mu’tasimah? Waa Mu’tasimah?

Kami datang!






#cerita Kota Ammuriah, al-Mu'tasim, dan muslimah terpaksa saya adaptasi dari cerpen Mana Tuhan Kamu, karya Hilal Asyraf. Saya takut, nanti ada putar belit sejarah, jadi terpaksa saya ambil dari satu sumber yang dipercayai, Hilal Asyraf, pelajar jurusan Usuluddin, Univ of Yarmouk.
#cerita Kampung Pohon Seberang pula adalah rekaan semata-mata

3 comments:

Ibn Awang said...

pro kot kisah ni.. :3

Anggerik Kecil said...

teringat pengisian gahzwatul fikr (serangan pemikiran)

sedih dgn msyrakat yg masih berpegang "jgn jaga tepi kain org"

-diffusion of responsibility-
sentap bila tengok video ni

:'(

Ir Jinggo said...

ni yang jeles ni. haritu terlepas GF. urgh.

Gadgets By Spice Up Your Blog