24 TAHUN
“Kenapa ni, tetiba je nak bermanja
ni?” pipi Haura’ dicubit geram.
Haura' Maqsurah menggosok pipi yang
kemerahan. “Ala, nak bermanja dengan suami pun tak boleh ke?” Haura’ menarik
muncung.
“Ish, muncung tu, abang tarik
panjang-panjang karang baru tahu.” Siaran Buletin Utama di kaca tv langsung
tidak masuk ke dalam kepala.
“Hehe. Abang, nak tahu tak bang?”
“Tahu apa?”
“Haura’ kan,.. Haura’ kan,..”
“Haura’ apa..?” Imran mendepangkan
tangan memeluk belakang Haura’.
Malu la.
“Haha. Malu apa nya, bukan ada
orang pun. Meh, bisik kat abang.”
Haura’ mendekatkan mulutnya kepada
telinga Imran, membisikkan sesuatu.
“Ha?? Betul ke Haura’? SubhanAllah.
Alhamdulillah.”
“Hmm.. 7 minggu. Tadi petang Haura’
pergi klinik depan sana. Kan sebelum ni, Haura’ pening-pening, mual-mual.
Haura’ ingat demam biasa je.”
“Ya Allah! Maafkan abang Haura’,
abang tak jaga Haura’ selama ni…”
“You’re taking care of me just by
staying by my side, abang.” Terus kata-kata Imran dipotong.
Imran sekadar menggeleng.” Isteri abang
ni sorang. Ni yang geram ni!” Sekali lagi pipi Haura’ dicubit.
Haura’ mengusap pipi. Muncung
ditarik.
“Ahaha.
Tok..tok..tok..assalamualaikum. Baby apa khabar?”
“Ish abang ni. Baby baru umur 7
minggu. Kesian dia kena ketuk.”
16 TAHUN. Tingkatan 4.
Tok..tok..tok..
“Assalamualaikum. cikgu, izinkan
saya..”
“Pardon me, English please..”
Tak tahu pulak aku cikgu ni cikgu
English. “Assalamualaikum teacher. Excuse me, may I have Haura’ Maqsurah to
come with me to the principal’s office?”
“What for?”
“Oh, I was informed that both of us
were asked by the principal to go to his office, now.”
“Haura’ Maqsurah, your husband’s
calling. “
Seluruh kelas galak dengan hilai
ketawa. Pipi Haura’ dah merona merah. Imran cuba beriak selamba, senyum
meraikan. Mereka bergerak ke pejabat Pengetua.
“Tahu kenapa kita kena panggil ni?”
“Entah,“ Imran angkat bahu.
“Assalamualaikum cikgu. “
“Waalaikumussalam. Oh, Imran
Yaakob, Haura’ Maqsurah. Silakan masuk. Duduk, duduk.”
Imran dan Haura’ melabuhkan
pungging di kerusi di hadapan Cikgu Humaidy.
“Ok, let’s just go straight to the
main point. Saya nak kamu berdua handle projek mega ni berdua, projek sempena
hari guru.”
Kali ni, giliran Haura’ beriak
biasa. Imran dah melopong. Berdua? Sekali lagi??
“Oh, jangan bimbang. Of course la
rakan-rakan MPP lain akan tolong kamu,” Cikgu Humaidy menarik senyum.
24 TAHUN
“Haha, ala baby tak jawab la
Haura’. Cop! Kalau baby lelaki abang nak bagi nama.”
“Ala, mana aci! Tak apa, kalau
perempuan, Haura’ nak bagi nama.”
Tiba-tiba, wartawan Buletin Utama
yang sedang rancak menyampaikan laporan kepada Seri Pentas menghentikan bicara.
Tv tertutup. Lampu dan kipas terpadam. Gelap. Blackout!
“Abang..”lengan Imran di sebelah
kuat didakap.” Haura’ takut.”
Hujan takde, ribut takde, tetiba je
blackout. “Tak apa, abang ada. Haura’ tunggu sini dulu ya. Abang nak gi ambik
lilin.”
“Haura’..takut.” sedikit getaran
terdengar dari balik suara Haura’.
“Tak apa, sekejap je. Abang nak gi
ambik lilin je. Nanti abang datang balik. “
“Abang..”
“Ala, takde pape. Nanti abang
datang balik. Abang janji!”
Dakapan di tangan dah terasa
longgar sedikit. Imran cuba menafsir riak wajah Haura’ di tengah gelap.
“Haura’, Allah kan ada,“ Imran cuba
menenangkan.
Perlahan-lahan Haura’ melepaskan
dakapan. Walaupun takut, dia cuba memberanikan diri. Imran bergerak teraba-raba
ke arah dapur.
17 TAHUN. Tingkatan 5
Hari ni, seluruh warga SMKPS
bergelap. Blackout sejak petang. Malam tu, Aspura dan Aspuri terpaksa berpanas
bergelap. Tapi dorm Imran riuh. Semua tak lena tidur. Apa lagi, bersembang la
jawabnya. Tak kurang yang merungut, mengeluh. Imran tumpang sekaki. Alang-alang
esok cuti.
“Ha’ah, dulu kan aku satu sekolah dengan Hadi.
“ Alan rancak bercerita.
“La, Hadi pun satu sekolah dengan
korang jugak. Baru aku tahu.” Alif mencelah.
“Ha’ah. Tiga je yang datang sini,
aku, Hadi, Haura’. “
Haura’?” nama itu melanggar saraf
otak Imran. Haura’ Maqsurah.
“Ha’ah, Haura’ pun sekali. Dia tu,
baik kan?”
And the rest is history.
24 TAHUN
Dalam kegelapan malam itu,
Haura’ perasan satu cahaya lilin yang
baru dinyalakan dari arah meja makan. Cepat dia berpaling.
"Surprise!" Imran mendepangkan
tangan, menunjuk kepada meja makan.
Cahaya merah lilin itu menyimbah di
seluruh meja makan yang terhias cantik dengan renda dan reben. Menyimbah pada
dua pinggan nasi di atas meja. Menyimbah pada ayam masak merah, sayur kailam,
salad, daging masak kicap dan sirap bandung kesukaan Haura’. Menyimbah pada kek
coklat topping chocolate chip, sultana dan kacang. Dan yang paling penting,
tersimbah pada muka manis Imran, wajah penyejuk jiwa. Wajah yang tidak pernah
lekang dengan senyuman tatkala bersamanya. Candle light dinner.
"Tada!" Ala, Haura’ tak buat reaksi
pun. Imran membuka penutup ELCB dan menekan suis. Lampu dan kipas berfungsi
seperti biasa. Blackout dah berakhir. Buletin Utama pun dah bertukar ke slot
Cerekarama.
Haura’ terkedu. Dia hanya mampu
melihat Imran yang menghampirinya, melihat pula ke arah meja makan penuh
kejutan itu.
“Shall we?” Imran menghulurkan
tangan.
Tangan bersambut. Imran memimpin
Haura’ ke meja makan. Haura’ speechless. Imran mendudukkan Haura’.
“Happy anniversary sayang!” Imran
ambil tempat di kerusi hadapan Haura’.
“Ha? Bukan ke hari ni 8hb ek? Besok
la abang!”
“Yup! Besok. But, waiting is
suffering right? Lagipun, macamana nak surprise kalau Haura’ dah alert esok
anniversary.”
“So, this is a planned blackout?”
“Ala, sorry la. Abang tak tahu
Haura’ takut sampai macam tu sekali.”
23 TAHUN. Tamat belajar.
Orang kata, penantian suatu
penyeksaan. Ya! Orang kata, waiting is suffering. Indeed!
Imran sambung belajar di US. Haura’?
Entah. Yang dia pasti, selepas sahaja SPM, dia tidak lagi berhubung dengan
Haura’. Segala perasaan, emosi yang bermadah di jiwa, cuba dia kawal. Minta
disisihkan. Dia meletakkan sepenuh prioriti kepada pelajaran terlebih dahulu.
Hari ini, dia bergelar seorang graduan Actuarial Science, seorang pekerja di
Bank Islam dan seorang anak kepada pasangan suami isteri yang soleh solehah.
“Mama, Papa” mata tajam merenung
nasi di dalam pinggan. Cuba melawan dari bertembung dengan Mama.
“Ya? Kenapa?” Mama senyum kepada
Imran. Papa beriak biasa, menyuap nasi ke mulut.
“Imran rasa, Imran dah bersedia
untuk kahwin.”
“Alhamdulillah. Siapa calonnya?
Mana jumpa? Macamana orangnya? Bila nak bawa jumpa Mama?” bertalu-talu soalan
diajukan.
“Ahaha. Sabar la mama. Okey, dia
okey. Classmate masa form 4. Then fly US, dah tak dengar berita lagi.”
“Oh. Eloklah tu. Papa rasa, kena la
risik dulu. Then, kalau dia on, Papa masuk meminang.”
“Betul ke Papa? ”Alhamdulillah. Ya
Allah, kau permudahkan urusanku ya Allah.
Penantian itu suatu seksaan, tetapi tak semestinya kita tidak perlu menanti, kan?
Penantian itu suatu seksaan, tetapi tak semestinya kita tidak perlu menanti, kan?
24 TAHUN
Mata Haura’ dah menakung air mata.
“Abang, terima kasih.” Terharu.
“Ala, nothing la. Dah dah, tak baik
menangis depan rezeki ni.”
“Tapi Haura’ tak belikan abang
hadiah.”
“Tu kat dalam tu.” Imran menjuihkan
bibir ke perut Haura’.
“Abang ni. Dia main-main pulak.”
Haura’ tersenyum. Manis. Sedih terubat.
“Okey, baby dah lapar tu. Dah, jom
makan. ”
“Abang masak sendiri ke ni?”
“Ha’ah, tu yang sikit lauk tu. ”
“Simple but rather delicious!”
“One
more question.”
“Apa?”
“Dulu, macamana abang boleh suka
kat Haura’ ? Tak pernah2 approach ke, bagi signal ke. Tup-tup, parents datang rumah.”
“Hmm, malas la nka cerita. Let that to remain as a
secret,” Imran menarik senyum.
16 TAHUN. Tingkatan 4, awal tahun.
Okey kelas. Kenalkan, ini pelajar
baru. Haura’ Maqsurah. Dia baru pindah dari MRSM Kuantan.
Semua mata memandang pelajar
perempuan bertudung litup itu. Tidak terkecuali juga, Imran.
'Haura Maqsurah. Bidadari yang
terpelihara.' detik hati Imran.
And the rest…?hmmm..let it remains as
a secret I guess.
dedikasi untuk Abang Imran. Hari tu termasuk bab kahwin, terbelajar baitul Muslim.
tips yang dapat daripada usrah hari tu,
1. Nak approach, parents approach parents. SWEET!
2. Do not expect anything form your wife-to-be.
Ibrah
-When Allah forbids something, He replaces it with something more beautiful.
He forbids zina, but he replaces it with marriage, which is something much, much, much beautiful!
-Waiting is suffering.
Ramai yang tidak sabar menunggu, so end up dengan kapel. hmm.. padahal, nikmat menunggu itu lebih cantik! Cth : puasa. Ramai yang tidak sabar, last2 bukak puasa. Tapi, at the end, nikmat bbuka puasa tu lagi best. Cth lain : syurga. Ramai yang terkejar-kejar duniawi, kerana lebih sukakan cash daripada kredit. So, nikmat syurga tercicir.
8 comments:
haishhhh. kenapa hebakk sangat Habiburrahim niiiii. sy sngt ingin berkenalan dngn antum semuaaaaa T___T
SUBHANALLAH
eh. Sahaab, bukan dh kenal ke?
Best2.. walaupin otak ni penig sikit sebab tukar23 tahun. anyway good message indeed.
Org kata, kebenaran itu sukar ditelan (truth is hard to swallow), memanglah, sebab ia bukan makanan. muahaha.. sorry. =_=
Abi Noah : belum kenal. walau kerja skali. blum jumpa di alam reality. cewahh :)
oh. semoga jumpa. tak di sini, di sana. ^.^
Wah ! Nak tawen ! >.<
semoga dipercepatkan dan dipermudahkan Encik Pemimpi Tegar, jangan bermimpi sahaja XD
InsyaAllah abi noah, insp sahab!
Skype ramai2. Ahah...
Post a Comment