Tuesday, May 22, 2012

Mahallah Cinta ep. 6


                “Ya Allah, dah, dah. Mandi. Da dekat azan ni,” Hamid menggeleng sesudah keluar dari bilik air. Kedua belah tangan mengelap air pada badan.
                
            “Ala, nanti aku mandi la,” matanya tidak lari dari skrin laptop.

“Dah, dah. Nanti lewat pula kita ke musolla.”

“Ala, kau gerak dulu la. Nanti aku follow.” Alasan!

“Macam la aku tak tahu taktik kau tu. Ni ha, sambut.” Hamid membaling tuala kepada Danish.

“Yela ustaz.”

Hamid hanya mampu tersengih melihat gelagat Danish yang bergerak malas ke bilik air. Sesekali, Danish menjeling-jeling laptop, takut-takut ada pop-up notification pada tetingkap Facebooknya.

Orang kata, mereka poyo. Bajet alim. Buang masa. Tapi, Hamid tak ambil pusing. Semenjak Danish minta diajarkan untuk jadi baik, Hamid sendiri terkena tempiasnya. Permintaan itu mengetuk fikirannya. Okey, dulu mungkin dia baik. Tapi setakat solat lima waktu di musolla, ikut usrah, mengaji satu muka surat al-Quran sehari, al-Ma’thurat tak pernah tinggal. Itu baik? Apa itu baik? Dia sendiri tidak pasti, tapi yang dia tahu, ada kelopongan dalam hati. Segala yang dia lakukan selama ini, sekadar dikerjakan sebab dah terbiasa dengan ajaran dari rumah.

Dari situ, dia belajar kenal Allah. Belajar erti hidup sebagai Muslim. Hidup untuk redha Allah. Bina peribadi Muslim. Hidup untuk realisasikan ustaziatul alam satu hari nanti. Yang mana, dialah yang bakal menjadi besi cerucuk pembinaan ummah.  Dari kefahaman itu, dia mantapkan diri, memperbanyakkan amalan sunat. Dan dia suka Islam, ad-Din yang sempurna.

Bukan itu sahaja, dia ajak Danish sekali. Walaupun kadang-kadang caranya agak memaksa, tapi dia yakin dia nak bina peribadi Muslim dalam diri Danish juga. Danish yang dulunya selalu terbabas Subuh, solat tak kenal waktu, mula ikut jejaknya. Danish sudah mula melengkapkan solat lima waktu di musolla, ada perkembangan. Mula-mula Danish agak bersemangat, mungkin kerana penangan herdikan Farisha tempoh hari, tapi lama-kelamaan semangat itu hilang. Sebab itu paksaan adalah perlu, walaupun Danish menolak sekali-sekala. Dia yakin, suatu hari nanti, insyaAllah Danish akan diberikan kefahaman.

“Ha, cepat la. Termenung jauh nampak. Teringat awek seberang ke?” Danish menjuihkan mulut ke luar tingkap.

“Fikir masa depan. Dah, cepat la. dah dekat azan ni.”

“Aye aye sir!” tangan mengangkat tabik.


Seusai solat Maghrib, Hamid tidak terus balik ke bilik. Dia menghabiskan masa senggang antara Maghrib dengan bacaan al-Quran.

“Eh, tak balik.” Pelik, selalu dia yang cepat-cepat nak balik ke bilik.

“Tak, nak dengar kau mengaji. Ha!” Danish menarik senyum. Wifi kat masjid ni boleh tahan. Signal full kot. Application Android Market di pada Galaxy SII dibuka. Dia berbaring di sebelah Hamid.

“Apa senyum-senyum?”

“Senyum sedekah.”

Hamid meneruskan bacaan al-Quran sementara Danish khusyuk dengan handphone di tangan.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam warahmatullah.” Serentak keduanya menjawab. Danish bangun dari baringan. Hamid yang baru menyudahi bacaan menutup al-Qurannya.

“Maaf mengganggu anta Hamid, ana cuma nak maklumkan usrah esok diawalkan sedikit. Ana ada kerja malam tu. Esok dalam pukul 5 petang kita kumpul kat tempat biasa ya?”

“Okey, insyaAllah.”

“Ajaklah kawan kamu ini sekali. Oh, siapa nama anta?”salam perkenalan dihulur.

“Danish Afham. Danish.” Danish menyambut salam tersebut. Siapa pulak mamat ni?

“Oh, ana Imran. Jemputlah datang ke taman syurga besok ya Danish.”

“Oh..okey.” Danish teragak-agak. Taman syurga? Mazhab mana mamat ni?

Selesai bersalaman dengan kedua-duanya, Imran melangkah pergi. Melihatkan kelibat Imran hilang dari pandangan, Danish bertanya kepada Hamid.

“Siapa tu? Dia tu, sesat ke?”

“Haha.” Ketawa pecah. “Akhi Alif, naqib aku la. dia bawak usrah kita orang.”

“Yela, bertaman syurga lagi. Mana ada taman syurga atas bumi ni. Pelik.” Danish buat muka.

“Taman syurga tu, maksudnya majlis ilmu. Besok ada usrah. Apa pulak kaitan syiah sunni dalam hal ni? Ha, alang-alang tuan besar dah ajak tu, kau datang la.”

“Oh, tengok la. Aku tak janji. Aku sakit perut kot.”

Hamid berbaring mengambil rehat. Melihatkan Hamid, Danish turut sama berbaring disisi temannya itu. Mata kembali meniti application untuk dimuat turun pada skrin handphone.

Eh, tadi macam…

Perasaan je kot.

Danish kembali menatap Samsung Galaxy SII.


<bersambung..>




nota kaki : ehehe..bleh tgk entri Ir Jinggo di http://ashabulislam.blogspot.com/2012/05/semut-hitam-di-mana-engkau.html

3 comments:

Ir Jinggo said...

terasa dicubit2 paha ni.. real life situation =.=

Faris Nafiah said...

lupe nk tulis bersambung..thihi

AisYah said...

Betul tu ramai yang bersemangat mase mula2 nak berubah lepas tu hambar...

Gadgets By Spice Up Your Blog