Monday, September 29, 2014

BINARY : SEBELAS


SEBELAS

Semester baharu baru sahaja bermula. Mood cuti masih lagi ada. Mood belajar memang awal-awal lagi belakang cerita.

Wawa meneliti course guidelines yang baru sahaja diperoleh daripada pensyarah. Haishh… tiga lagi projek sem ni.

Pandangan dialih kepada telefon bimbit sebaik deringan SMS berbunyi.

     Kak Kaie : Salam Wawa. Wawa tak ikut autumn retreat kan?

Cermin mata ditanggalkan. Hujung pangkal hidung dipicit dengan jari sambil mata terpejam. Seketika, dia kembali kepada telefon bimbit.

     Wawa      : Tak. Ada kerja.
     Kak Kaie : Baik. Tapi akak assign awak dengan Sis Lily Maryam boleh untuk bagi pengisian untuk junior                        yang tak dapat turut serta.

Wawa dah memicit-micit dahi. Hailaaa…

Jujur, sejak kebelakangan ini, dia sendiri terasa agak ketinggalan. Atau mungkin juga dia yang sengaja melarikan diri dari medan tarbiyyah. Pertama, amanah untuk menyampaikan pengisian untuk junior-junior yang baharu sahaja sampai ke Auckland. Sengaja dibeli tiket lambat-lambat untuk mengelak dari bertembung dengan junior-junior. Keduanya, autumn retreat yang juga sengaja dielakkan. Dan termasuk juga berbagai lagi program-program yang mendatang.

Sekali lagi, jujur, dia sendiri merasakan kehilangan Kak Jue sejak dari summer tempoh hari. Mungkin penangan Kak Jue mula kering dari dalam jiwanya.

     Wawa      : I am not any good la akak
     Kak Kaie : Awak the best, tahu?

Wawa melepas keluh. Telefon bimbit ditatap. Lama. Seketika, telefon bimibit bordering lagi.

     Kak Kaie : So, Wawa okey kan?


Thursday, September 25, 2014

Penawar





Dahinya berkerut, seribu. Kelopak mata memejam, erat. Semahu ditahan.

Urat didahi menjelas segala. Sakit dari juluran kaki itu menjalar, ke seluruh badan. Namun, jasad bertegas, kaku seadanya. Tak terketarkan, walau kudrat seluruh tubuh tambeng menginginkan.

Perih bertahan, tapi lumrah tubuh merembes air, meluap sakit dengan takungan air mata. Air mata itu jatuh jua pada pipi putih baginda.

"Apa hal dirimu ya Abu Bakr?" tanya baginda, setelah bangun dari riba sahabatnya.

"Aku disengat, demi ibu bapaku korban untukmu, ya alayhissalam."


Sunnah berjuang,
Sejuta bakal berantak
Bila ruh bergulatbergumul

Mari jujur
Siapa mampu bertahan
Saat sengat menjamah badan
Kala panah teracak bertatu pada badan
Andai tertusuk pedang
Tika jatuh berulang-ulang? 

Setidaknya,
Kita pungut sisa keringat yang tertahan
Dari kalah, jatuh pada lawan


Baginda menawarkan, melumur bekas sengatan itu dengan ludahan baginda. Saat itu, kesakitan terpudar.

Maka, keajaiban.

Setiap penawar,
pahit, bukan?

[Penawar]
Habiburrahim


Wednesday, September 24, 2014

Light



Mengah tak langsung diambil hirau. Jantung dah terasa mengepam terlebih hingga. Dalam badan tu, mungkin dah bah, terlimpah, tertumpah ruah dan segala macam sinonim dalam dunia, dengan epipherin dan norepherine.

***

This.
Is.
Just.
Plain stupid.
Dang!
Wanjiq mengurut dahi. Tangannya menguatkan genggaman telefon. Kakinya mundar-mandir kesana-kemari dalam lab. Apa patut aku buat??

“Just,please.” Suara Cheng jelas dari corong telefon menahan esak. “ Please let me sleep. Aku tak minta lebih, I just wanna sleep.”

“I’ll be home in seconds.” Wanjiq dah menarik beg dari kerusi. “Last wish from me, wait.”

***

“And I waited....”

“Cheng, believe me, you can go through this. Aku percaya kau.” Wanjiq terketar-ketar menghulurkan tangan walau dari jarak sedepa dari Cheng. Perlahan cuba dia melangkah, mendekat.

“Langit malam. Cantik kan Wanjiq?” Cheng dah hilang pertimbangan. Kepalanya didongak melangut langit.

“Cheng…” Dua benda yang paling dia takutkan pada saat ini. Satu : suhu sejuk Volgograd yang mampu ketarkan mana-mana tongkat yang mengagah.

“Expectation kadang-kadang melangit. Sampaikan tengkuk sendiri pun bukan ahli untuk mendongak.”

Kedua : Angin kuat yang boleh tiupkan mana-mana jasad yang rapuh.
Wanjiq dah berpeluh satu badan. Ini gila. Cheng lagi selangkah ke kematian, dan dia kehilangan teman serumahnya, dalam keadaan...

...aah, how can you be so pessimist at this time? He's not gonna die here, commiting suicide.

Seketika, dia melihat-lihat keadaan sekeliling. Mujur, tiada yang melihat. Kalau tak, mau lagi pening. Mau lagi tertekan kawannya yang di pinggir beranda.

“Just so you know, this is the last time I live on the edge. This very moment.” Cheng menguis-nguis dengan kaki debu pada pagar beranda.

Wanjiq makin risau.

"Aku...fail. Aku fail, Wanjiq." Cheng menggeleng-geleng dengan muka resah. Matanya memerah. Seluruh badannya terketar.

"I failed. I failed pleasing my parents. Pleasing Ma, Pa. Along. Angah. Even adik-adik aku." Cheng hirup udara kota dalam-dalam. Kepalanya terdongak sama. Matanya pejam.

"At some point, I realized, all these while, I was grown, spoon-fed with expectations and _______. Surrounding aku...Cheng pandang kedua tangan yang diangkat paras dada."Skeptik. Sampaikan aku terlepas dari sedar, aku hidup dalam realiti yang tak dinamik."

"Kau boleh Cheng. You can start all over again. Everything."

Riak Cheng berubah. Dia senyum. Sinis. "Aku nak mulakan hidup baru, Wanjiq." Ketawa kecil tiba-tiba. "I'll rebirth and live in different form. A new life wouldnt be half bad, kan Wanjiq?

"This isn't a good way to start a new life, Cheng."

"Wanjiq...aku...aku nak tidur. Aku nak ganti all the sleeps Ive missed pulling an all nighter, every single night!"

"Cheng..." Wanjiq menghulurkan tangan, sedikit mengjingkit kaki.

"I want to go and meet Him. Please..." Cheng memandang Wanjiq dalam-dalam. "...let me?"

Wanjiq melepas keluh. Dia dah mendekat, separuh depa dari berdirinya Cheng."This is just stupid. You're digging your own grave, Cheng."

"I've been digging my own grave my whole life. Setakat terjun ni, ciput je!" Cheng sedikit menekan. Wanjiq terpaksa mengundur ke belakang sedikit. "You'll never know how it feels like to live on the edge." Cheng pegang kepala dengan kedua belah tangan, kuat, dengan kepala memandang kaki yang mengagah dengan sisa tenaga berbaki.

"You tell me."

"Huh?" Pandangan dari kaki beralih tepat ke mata Wanjiq.

"You tell me how it felt like digging your own grave, the one thing you've been doing all these while."

"I dug..." Cheng sekadar menghentikan patah kata di saat itu.

"And what did you find?"

"Soil."

"And?"

"Soil."

"And no matter how much you dug, the only thing you could ever find was soil, right?" And darkness.

"I could dig even further, I am optimist much to find fossil or anything valuable."

"You dug too long that you forgot to look up, Cheng. You forgot the light underneath." Wanjiq tuding jari ke arah langit. Serentak pandangannya beralih ke arah sama.

Cheng turut sama memandang.

"There's still light. You just have look at somewhere else."

Cheng tunduk.

"Sometimes, in life Cheng, kita terlalu mencari cara to appear the brightest of all stars, tapi kita lupa yang the one to define brightness is us. Damn all the sceptics, expectations and sorts. Aku still tengok kau as you are."

"Aku give up," Cheng lepas keluh, panjang. "You ain't tell a soul?"

Wanjiq angguk.


***

"Mana aku tak keruan, kau gila ke apa masa tu?"

Cheng jungkit bahu. Matanya masih tak lari dari langit yang berwarna-warni dengan bunga api yang bermacam warna. "I know you want to ask me why did I do that the other day."

"I know you were stressing out." Wanjiq pandang Cheng. "You don't have to tell me if you don't want to."

Dan kedua mereka memandang bunga api sempena Victory Day.
Bunga api yang menganti bicara, warna-warna yang mengganti tatabahasa, bunyi letupa yang menganti suara.

Ini merupakan sambungan dari sini.

[Light]
Habiburrahim






BINARY : SEPULUH



SEPULUH

Dia menarik nafas lagi sekali. “Our deen has changed to deen of musyahadah to the deen of mutola’ah.”

Wajah bersih setiap junior di setiap sudut Large Chemistry Hall diperhatikan. Otaknya lama memikir.

“Deen of musyahadah, bererti agama yang disaksikan pada penganutnya, sedangkan deen of mutola’ah ertinya agama yang dibaca pada leaflet atau scriptures.”

Seluruh dewan tersebut memandangnya dengan penuh teliti.

“Rasulullah SAW dan para sahabat membuktikan kebenaran Islam dengan peribadi, percakapan, dan akhlak mereka. Tapi keadaannya lain benar dengan kita. Kita membenarkan Islam dengan memberi bukti apa yang terdapat dalam kitab-kitab kita. Kita menyatakan ketauhidan Allah, tapi pada masa yang sama menuding-nuding jari ke arah al-Quran, tanpa kita sendiri yang menjadikan al-Quran itu sebagai akhlak kita.”

“Aisyah r.a pernah menyatakan akhlak Nabi saw adalah al-Quran. Akak pasti, ramai yang pernah mendengar kata-kata Sheikh Muhammad Abduh ini; ‘Aku telah ke Negara Barat dan menemui Islam tanpa Muslim, aku kembali ke nagara Arab dan aku bertemu Muslim tanpa Islam.”

“Situasi ini sama dengan keadaan akak semasa baru sahaja datang ke sini, ketamaduanan, peribadi dan akhlak mereka mengalahkan keIslaman umat Islam. Tak hairan kalau akak katakan, kadar murtad di negara Islam lebih tinggi dari kadar pengislaman.” Jujur dia menjelaskan.

“Malang untuk kita, kita terpaksa mengedarkan pamphlet, ataupun risalah-risalah untuk membenarkan Islam, tanpa mampu untuk kita membenarkan Islam dengan apa yang umat Islam seluruhnya tonjolkan.”

***

Cuaca di luar cerah. Summer mungkin. Matahari tak membahang sangat, tapi teriknya terasa. Tingkat bawah Auckland International Airport lengang.

Ruang menunggu dah dirasakan bagaikan berkarat. Lenguh di kaki menambah beban menampung berat badan. Belakang tengkuk di sebalik tudung diurut-urut dengan lima jari. Nadhiya memandang jam tangan buat kali yang ke lima puluh lima. Kemudian diintai-intai ke dalam balai ketibaan. Pandangan terus menangkap sebelah tangan dalam yang melambai. Wawa?

Wawa keluar dari balai ketibaan dengan membawa bagasi dan beg sandang.

“Lambat!” Nadhiya menegur.

“Alaa..leceh sikit kastam tadi.”  Wawa mengomel.

“Tak. Kau lambat seminggu. Naya aku jadi bidan terjun bagi pengisian kat junior.” Nadhiya cekak pinggang.

Wawa garu belakang kepala dengan sengih simpul segaris. “Sorry. Lewat beli tiket.” Alasan.


***

“Tak kira, autumn retreat aku nak satu kereta dengan kau.” Autumn retreat tahun ni kat Rotorua. Bahasa mudah, road trip.

Wawa pecah tawa. “Eh, aku tak pergi kot.”

“Huhh? Awat?”

“Ada kerja.” Wawa menyambung mengemas barang. “Eh, barang-barang kat Storage King dah ambil?”


[BINARY : SEPULUH]
Habiburrahim


Monday, September 22, 2014

BINARY : SEMBILAN



SEMBILAN

“Maksud dia, titik tolak.” Kak Jue memasukkan baju yang terlipat ke dalam bagasi.

“Oh.” Wawa menjawab sepatah. Selesai  paper terakhir final exam, Wawa bergegas ke rumah Kak Jue. Kak Jue bakal pulang ke Malaysia hujung minggu nanti. Kak Jue dah menamatkan pengajian disini.

“Akak paling suka Bab Lima, Ahli Ibadah yang main-main.” Baju kurung dicapai daripada laci untuk dilipat.
Wawa laju membelek isi buku mencari Bab Lima. Jarinya terhenti di bait-bait puisi di dada buku. Matanya sepintas lalu membaca.

“Dalam bab tu, Sheikh Muhammad Ahmad Ar-Rahid ada mention tentang golongan-golongan yang beruzlah meratap nasib ummah dan lari dari mengajak individu-individu lain untuk turut sama berada dalam persekitaran Islam.” Kak Jue galak bercerita. “Ada betulnya apa yang Sheikh cakapkan. Sebab akak sendiri rasa, dari kecil akak tak pernah pun diajar tentang penting mengajak yang lain turut sama menghayati Islam. Amar ma’ruf nahi mungkar itu disempitkan ke dalam konteks saling menasihati sesame sendiri je, berbanding dengan hakikat sebenar dakwah sehinggakan sesetengah ulama mengertikan dakwah sebagai Rukun Islam ke enam.”

Wawa masih lagi membelek isi Bab Lima buku Muntalaq tersebut. Ketinggalannya dia selama ini. Tak pernah seumur hidup tahu tentang cara fikir Islam yang sebegini.

Benarlah, dia sendiri tidak dapat lari dari turut sama teradun dalam acuan masyarakat. Akur dan patuh pada stereotaip. Tunduk pada yang dah menjadi norma dalam masyarakat. Melawan arus itu payah.
Tapi yang payah itu perlu.

“Osem kan? Sekalipun Allah hamparkan kedua-dua jalan untuk kita, mustahil fitrah kita, yang ditiupkan oleh Allah sendiri, memihak kepada jalan kefasikan.”

Dan dia tahu, fitrahnya meraung inginkan kebaikan. Ada benarnya dalam kata-kata Kak Jue. Takkan pernah ada jalan yang bercampur keduanya; salah dan benar.

Dia akui, lebih kurang 45 minit berada dalam tazkirah Kak Jue itu, ada sesuatu yang hadir di hati. 45 minit out of 22 tahun dalam hidupnya yang…

…mengubah?

“Lagi satu…” Suara Kak Jue membawa fikiran Wawa kembali kepada perbualan yang tergantung sbentar tadi. “…akak suka point yang Sheikh nak sampaikan. Orang habis-habisan mendakwa mengajak ke arah Islam itu fardhu kifayah, tapi ada satu jawapan daripada Sheikh yang membuka hati akak. Kewajipan mengajak manusia ini hanya akan selesai setelah mad’u (subjek dakwah) telah meninggalkan maksiat itu. Selagimana objektif ini tak tercapai, selagi itu umat wajib meramaikan, memperkuat pengaruh Islam kepada mad’u-mad’u ini.”

Wawa masih menatap dada buku. Misi menolong Kak Jue mengemas dah terpesong ke lain.

“Akak ada permintaan sebelum akak balik ni.” Kak Jue mengukir senyum.

“Ya?”

“Nanti junior datang tahun depan, awak bagi pengisian.”

“Saya??” Jari telunjuk melurus ke arah mukanya sendiri. Maunya nak terkojol mata Kak Jue punya permintaan.

“Ala..gaya-gaya Kak Nawal bagi tazkirah kat awak dengan batchmate awak kat airport dulu je.”

“Eh, tak payah la akak. Boleh ke saya?”

“Alaa..awak ada tiga bulan masa nak prepare sementara summer break. Akak hadiahkan buku tu. Boleh?”

“Tapi akak…”

“Akak percaya kat awak.” Kak Jue masih lagi tersenyum. “Ayen apa cerita?”

“Akak, baju sebelah sana tu akak belum lipat.”


[BINARY : SEMBILAN]
Banksy
Habiburrahim



Monday, September 8, 2014

BINARY : LAPAN


LAPAN

“Did you cry buckets over that fight?”

Wawa tersentap. Sushi di choptstick terjatuh. Dia menjulingkan mata. Mamat ni dah salah wiring ke hape? 

“Hell no!” Tipu. “Why did you bother asking?”

“Well, you guys seem to make a good couple.” Josiah mengacukan chopstick kearah Wawa.

“You do have the gut to get punched in the throat, aye?” Wawa mengepalkan penumbuk sambil diacukan ke arah Josiah.

“Whoa whoa..easy man. I thought you guys Muslims can’t lay a finger on others with different gender?”

“Whatever.” Wawa membalas malas.

“Don’t tell me you punched Ayen in the throat.” Josiah mengangkat kening.

“Wish I did”


***

Rasa terpukul tadi pagi melebih-lebih dari rasa nak memukul Ayen.

“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya…”

[Al-Ahzab, 33 : 4]

Allah sekali-kali tidak menjadikan dua hati dalam satu rongga.

Hati kita hanya ada satu rongga. Dan mengisinya dengan kecintaan selain Allah  bermakna tiada lagi ruang untuk mengisi kecintaan selain kepada Allah. Masakan rongga yang satu boleh diisi dengan dua kecintaan yang berbeza.

Bilamana disebut-sebut tentang persahabatan, ataupun apa sekalipun yang berkaitan dengan hati, dimana letakkanya rasa persahabatan itu jika bukan di hati? Tapi, dimana letaknya Allah bila persahabatan itu dah memenuhi seluruh hati tersebut?

Demikianlah yang dikatakan persahabatan atas tali keimanan. Bermakna, dia seharusnya meletakkan Allah sebagai paksi persahabatan, dan kerana cinta kepada Allah membawa kepada teras persahabatan.

Dan the gravity of Allah denying that He created two hearts is so strong, proven dalam firmanNya, ‘Tidak sekali-kali’. Kata nafi yang sangat kuat.

Dah tu, mana letaknya Allah dalam hatinya kalau selalu bergaduh dengan Ayen?


[BINARY : LAPAN]

Tuesday, September 2, 2014

BINARY : TUJUH


TUJUH

Tempias air yang membasahi wajah dibiar mengalir menuruni pipi. Deru air terjun 120 meter dibiar lalu ke gegendang telinga.

Dia di pinggir Air Terjun Wairere.

Serata pemandangan Hamilton ditatap. Mencari tenang.

Patrick Star dari poket kanan dikeluarkan. Patrick Star baru sahaja jumpa jalan pulang ke tuan asal, melalu perantaraan Nadhiya. Mana tak terkejut, kalau dah lebih seminggu tak bersapa, tiba-tiba Wawa bagi bungkusan."

“Aku ada bagitahu Kak Jue tadi, dan aku harap kau bagi respon yang sama…”

Ayen menelan liur. Dalam hatinya, dia berputus asa. “Ya?”

“Aku nak bertudung."

Tak pasti apa yang membuatkan tekak kering masa tu. Tak pasti apa yang mengunci sang peti suara masa tu. Dan dia sendiri pelik sang bibir yang terkatup rapat masa itu. Apa yang dia dengar tak dapat nak ditafsir. Tapi yang pasti, selang beberapa ketika membisu, di tunduk. Sejurus, kakinya membawa jasadnya untuk beredar tanpa kata daripada wad tersebut. Dua tiga hari kebelakangan ini, mereka langsung tak bertegur.

Apa dah jadi dengan kau Wawa?

Matanya lagi sekali menatap Patrick Star. Dibawanya mata menuruni tali strap di kepala si Patrick. Ada nota yang bertanda :


[Binary : Tujuh]
Berkiblat sejadah
Habiburrahim





Gadgets By Spice Up Your Blog