Tuesday, May 1, 2012

Mahallah Cinta ep. 3

<weekly update,stiap selasa..projek experimental Amaluddin and the gang. sori 4 the ketidaksedapan..Mahalla or Mahallya or Mohalla (Arabic: محلة‎, Persian: محله ‎, Urdu: محله ) is an Arabic language country subdivision or neighbourhood term.- Wikipedia > 

Danish serba salah. Kenapa ye? Dia sendiri tidak punya jawapan. Soalan itu…‘Argghhh…pape jela.’ Fikirannya memberontak.

 “Eh, aku belum solat lagi.” Danish mengangkat punggung dan terus melangkah laju ke bilik air. Hamid faham benar, Danish cuba berdalih. Hamid membiarkan soalan itu tidak berjawab.

                Beberapa ketika, Hamid melihat kawannya itu keluar daripada bilik air. Basah muka dan tangannya. Allahuakbar. Takbiratul ihram… Hamid sekadar memerhati. Kemudian, pandangannya kembali menata ayat-ayat novel di tangan.

                Belum sempat Hamid beralih bacaan ke muka surat sebelah novelnya, Danish sudah melipat sejadah. Usai melipat, Danish melompat naik ke kerusi meja belajarnya, tangan terus menggenggam dan melarikan tetikus. Facebook.  Telinga disumbat earphone.

                “Hai, tak wirid, tak doa ke bang?” Hamid menyindir.

                “Sshhhh…”

Mulut Danishmula kelihatan terkumat-kamit berwirid di hadapan laptop. Mata menjamu tulisan pada skrin laptop, tangan tetap pada tetikus, telinga dibuai aurat merdu wanita. Tapi hati?? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tidak terjangkau di fikiran manusia untuk menghukum. Husnudzhon, itu je yang terlintas di fikiran Hamid pada waktu itu. Kalau bukan saat ini, bila lagi nak diamalkan. Selepas beberapa lama berwirid, Danish menadah tangan walaupun mata dan telinga masih pada lalaian duniawi.

Selesai Danish berdoa, Hamid mencuba buat kali kedua.

“Danish,aaaa…soalan aku tadi… Setahu aku, kau baik je dulu dengan Farisha.”

Danish mengeluh panjang. Dia tahu, kawannya masih tidak berputus asa mendesaknya. Dan, sumpah, dia sendiri tidak mengerti. Dia sendiri tidak pasti akan jawapannya.

“Farisha…hmmm.. Memang la, dia yang paling dekat dengan aku. Aku kan rapat ngan dia dari dulu. Jadi senang la. perempuan lain tak kenal, takkan tetibe aku nak marah-marah.”

Setahu aku, kau baik je dulu dengan Farisha. Kata-kata tersebut berulang kali bermain dalam fikkirannya. Memang, dulu dia baik dengan Farisha. Kawan rapat. Tapi, itu cerita dulu. Cerita zaman tadika.

“Awak… nah!” tangannya menghulur bekas Tupperware yang berisi dua keping roti sandwich. Sepasang mata yang tadinya menangis memandang mata budak lelaki di hadapannya. Mata dua anak kecil ini bertembung. Jelas, mata anak kecil yang masih berair itu menunjukkan riak kehairanan.

Tangan budak perempuan tersebut perlahan-lahan menyambut pemberian Tupperware tersebut. Budak lelaki tadi mengutip Tupperware budak perempuan yang jatuh tidak jauh dari budak perempuan tersebut. Sisa makanan yang terjatuh dibiarkan tidak berkutip. Dia mengambil tempat disebelah Farisha yang sedang khusyuk makan sandwich yang diberikannya. Kaki mereka dilunjurkan ke dalam longkang buta di hadapan mereka. Longkang buta tersebut kosong tidak berair. Sepertimana keadaan sepinya pertemuan pertama dua sahabat tersebut. Hanya gerak kaki Danish yang kedengaran, menguis-nguis lalang yang tumbuh di dalam longkang tersebut. Farisha menunduk tepat ke dalam Tupperware yang dipegang, sandwichsu dah habis dimakan. Farisha menguis-nguis sisa sayur yang tidak dimakan. Tiada lafaz perkenalan dihulur. Tupperware sebagai pengganti. Simbolik keikhlasan dan pengorbanan, mungkin.

“Danish! Kamu buli Farisha ye?” suara Teacher Faridah kedengaran dari belakang. Sedikit ditekan.

Danish hanya membisukan diri.

“Jom masuk kelas.” Teacher Faridah mendahuluinya berjalan ke arah kelas. Danish hanya menurut dan mengekori Teacher Faridah sambil memandang ke tanah.

‘Danish,’ gumam Farisha.

‘Farisha’. Hati Danish bersuara.


Loceng kelas berbunyi. Waktu rehat. Farisha laju berlari ke arah longkang buta semalam. Sesampainya dia di sana, Danish sudah tersedia duduk di tepi longkang tersebut. Kakinya melunjur ke dalam longkang tersebut. Farisha berjalan perlahan ke arah Danish. Malu-malu.

“Awak, hari ni saya bawak roti sandwich. Saya nak ganti awak punya yang saya ambil semalam. Mak saya kata tak baik berhutang.”Farisha menghulurkan Tupperware sandwichnya. Masih lagi segan untuk berbalas kata dengan Danish.

“Tapi saya dah bawak saya punya.”

“Okey, awak ambil saya punya, saya ambil awak punya.”

“Okey!”

Tupperware pada tangan masing-masing bertukar tangan. Tupperware pink bertukar hijau. Dua anak kecil tersebut mula menjamah makanan di tangan.

“Tapi awak hutang lagi la sandwich kat saya.” Danish bersuara di tengah-tengah jeda.

“Kenapa lak?”

“yela, awak kata nak ganti sandwich semalam, tapi awak ambik sandwich saya hari ni. Jadi, esok awak hutang saya sandwich hari ni.”

“eh?” Farisha menggaru kepala yang tidak gatal. Fikirannya tidak terjangkau apa yang sedang Danish fikirkan.

Dan begitulah hari demi hari. Zaman tadika Danish dan Farisha. Waktu rehat adalah waktu persahabatan mereka. Semakin hari, mereka semakin rapat. Dan longkang buta tersebut menjadi saksi persahabatan akrab dua anak kecil tersebut.

“Awak…”

Danish mengalihkan pandangan dari sandwich yang dipegang ke muka Farisha.”Ye??”

“Awak…baik..”

Pipi kecil kedua-dua anak tersebut terasa panas. Masing-masing dengan sebab masing-masing.


<bersambung..>




“Sayangilah seseorang seadanya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi orang yang engkau benci dan bencilah seseorang seadanya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi orang yang engkau sayangi.” – Saidina Ali...


No comments:

Gadgets By Spice Up Your Blog