Tuesday, April 24, 2012

Mahallah Cinta Ep. 2

<weekly update,stiap selasa..projek experimental Amaluddin and the gang. sori 4 the ketidaksedapan..Mahalla or Mahallya or Mohalla (Arabic: محلة‎, Persian: محله ‎, Urdu: محله ) is an Arabic language country subdivision or neighbourhood term.- Wikipedia >

Danish mencampak beg galas Levi’s dan cekak rambut sesampainya di bilik. Bahang amarah terhadap Farisha masih terasa. Kemeja yang tidak berbutang dilurutkan dari badan, meninggalkan baju lengan pendek Edwin di badan. Selepas itu, dia menyalin seluar slacknya. Hari yang panas menyebabkannya rimas untuk terlalu ‘berbalut’. Dia melabuhkan duduk di hadapan laptopnya. Hamid turut berbaring di atas katilnya. Tangannya meraba-raba mencari novel dari dalam beg. Masing-masing dengan hal masing-masing.

Tangan Danish terus menggenggam tetikus, sambil dilarikan ke kanan ke kiri, atas bawah. Sesekali kedengaran bunyi klik pada tetikus dan bunyi dia menekan-nekan keyboard.

“Ha,tu dia! Dah mula dah nak mengadu kat Facebook. Ni lah perempuan, sikit-sikit je nak mengadu kat Facebook”. Suara Danish memecah sunyi.

“Kenapa pula dengan kau ni? Tak habis-habis nak cari salah si Farisha tu,” Hamid faham benar, Danish sedang berbicara tentang Farisha.

“Ye la, pasal kena sound dengan aku pun nak kena tulis kat wall Facebook juga ke?”

Hamid menggeleng, malas nak melayan kerenah Danish. Makin dilayan, makin menjadi-jadi.

Aku tak tahu lah apa yang menghalang dia ni dari mendengar nasihat aku. Tak lekat kat kepala. Susah sangat ke nak ambik tudung, letak atas kepala. Isshhhh… tutup aurat, benda wajib kot. Tak faham aku. Ni lah, kalau tak diajar dari awal, susah. Kau tengok berapa ramai orang kat luar sana yang tak pakai tudung. Sampai dah mati pun still tak pakai tudung. Bila dah masuk kubur, baru nak beringat. Tapi tu dah terlambat.” Danish berleter panjang sambil mata masih tertancap pada skrin laptop. Amarahnya dilepaskan pada Hamid.

Hamid menghela nafas panjang. Dia mencapai kain pelikat yang tersangkut pada kepala katilnya, lalu melempar laju ke arah muka Danish.

Pap! Kain pelikat tepat mengena muka Danish.

“Woi, kau ap…”

 “Tutup aurat kau tu dulu sebelum tegur aurat orang lain.” Hamid pantas memintas. Dia kenal benar baran kawannya itu.

Danish menunduk dengan muka kemerahan menahan marah, memandang kepala lututnya yang tidak tertutup. Short pants.

“Hmmpph!” Danish mendengus kasar, memasang muka mencuka.
                
Dia membetulkan duduk di atas kerusi, memasang muka mencuka. Tanpa berganjak dari duduk di atas kerusi,dibukakan lipatan dan dilibas-libaskan kain pelikat. Kain tersebut diletakkan di atas paha. Tidak disarungkan, sekadar mengalas aurat agar tidak ternampak dek Hamid.

”Okey, puas hati??” Danish bertanya. Nada protes dan sinis menyindir Hamid .‘Cukup lah ni tutup lutut.’

“Hmmm…,” Hamid mengalah.

Danish kembali menatap Facebook. Dahi masih bergaris. Marah berlapis dendam. Dendam pada Farisha, berlapis marah pada Hamid yang membaling kain pelikat kepadanya.

Hamid meletakkan novel Rooftop Rant di sebelah kanannya, dan bangun sedikit daripada baringan. Nafas keluhan terdengar. Kotak fikirannya menyusun kata-kata.  ‘Gasak jelah’ .

“Danish..” Hamid memulakan. Dia nekad untuk bertanya kali ini.

“ye??” Mata Danish masih pada skrin laptop. Langsung tidak memandang Hamid.

“Aku tanya something boleh?”

“Apa?”

“Kenapa kau suka sangat cari salah si Farish tu?” satu nafas ucapan tersebut terungkap.

Gulp!’ Muka Danish terasa seperti ditenyeh cili padi. Panas, pedas. Pipinya merona merah. Sungguh, dia sendiri tidak mempunyai jawapan untuk soalan tersebut. Otak terus mencari jawapan paling munasabah untuk dijawab.

“Seingat aku, dulu kau baik je dengan dia..” Hamid menyambung selepas soalan pertamanya tidak berbalas.

Double kill!!

 <bersambung..>

Cermin, suatu sunnatullah yang hebat. Cermin diri untuk mejadi cerminan orang lain. 


No comments:

Gadgets By Spice Up Your Blog