<weekly update,stiap selasa..projek experimental Amaluddin and the gang. sori 4 the ketidaksedapan..Mahalla or Mahallya or Mohalla (Arabic: محلة, Persian: محله , Urdu: محله ) is an Arabic language country subdivision or neighbourhood term.- Wikipedia >
<sori sbb lmbt kali ni..sblm ni ad exam, n skrg pun dlm mggu exam..mtk maaf sgt2..soriii~>
Tapi, persahabatan mereka tidak lama. 5 bulan mereka berkawan, main masak-masak bersama, berjalan ke kelas fardhu ain bersama. Namun, pertemuan semestinya berakhir dengan perpisahan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
<sori sbb lmbt kali ni..sblm ni ad exam, n skrg pun dlm mggu exam..mtk maaf sgt2..soriii~>
Tapi, persahabatan mereka tidak lama. 5 bulan mereka berkawan, main masak-masak bersama, berjalan ke kelas fardhu ain bersama. Namun, pertemuan semestinya berakhir dengan perpisahan.
“Mak,
Farisha pergi mana ye mak? Lama Danish tak nampak. Rumah dia pun kosong je.” tanya Danish kepada ibunya.
“Oh,
anak Haji Zuhairi tu ye? Diorang baru je pindah sayang. Dua tiga hari lepas.
Katanya nak cepat-cepat, sebab ada emergency case kat tempat kerja baru ayahnya.”
“Farisha?”
“Yela,
Farisha pun ikut sekali la.”
Hati
kecil Danish terasa kehilangan, walaupun dia baru berusia 5 tahun. Angka yang
begitu kecil, angka yang belum begitu matang untuk merasai kehilangan
seorang teman bermain.
Danish melepaskan nafas keluhan
panjang. Itu dulu, zaman tadika. Zaman aku, dia dan choki-choki. Tapi sekarang,
cerita sudah berbeza. Sekarang , zaman aku, dia dan api-api. Kehidupan
universiti mempertemukan dua insan tersebut kembali. Soalan Hamid tadi,
seolah-olah membuka matanya, adakah perlu untuk dia begitu membenci Farisha.
Dia sendiri tidak punya jawapan untuk itu. Semuanya bermula apabila…
“Musolla yuk!” Suara Hamid
memecahkan suasana, menyentap juga fikiran Danish daripada memori silam. Danish
tidak menoleh, namun sengaja tangannya dibuat-buat melarikan tetikus. Matanya
menatap tepat pada skrin laptop.
“Kau pergi dulu, nanti aku follow.” Terpacul ayat skema yang
sentiasa Danish gunakan sebagai alasan setiap kali diajak ke surau.
Hamid mencapai dua kopiah di dalam
almari. Satu dibaling kepada Danish. Sengaja mengikat janji Danish dengan kopiah
tersebut. Dia membuka pintu dan keluar.
Allahuaukbar Allahuakbar! Azan asar. Danish memerhatikan kopiah
di tangan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hamid
menyudahi wirid dan mengaminkan doa. Seusai itu, dia melangkah keluar dari
musolla. Sayup-sayup kedengaran perang mulut antara dua pihak dari arah Foyer
Musolla. ‘Sah ini Danish dengan Farisha’. Dia cam benar suara mereka.
Pelajar-pelajar lain yang lalu lalang hanya memerhatikan gelagat mereka. Tidak
kurang juga ada yang berbisik-bisik.
Hamid melajukan langkah ke arah
Foyer Musolla. Walaupun dia sendiri tidak nampak kelibat dua orang tersebut dek
terlindung dengan dinding, namun masih terdengar sayup-sayup suara pertengkaran
antara mereka.
“Ala, kau ingat kau tu baik
sangat?! Setakat pakai kopiah, nak bising-bising kat aku”
“Okey la ni, at least aku yang lelaki ni pun
tutup sebahagian rambut aku. Tak macam kau.”
“Hidup hipokrit! Eh, tak payah nak
berlakon sangatlah. Setakat pergi musolla, pakai kopiah, tak payah nak bajet
alim sangat la. Sebelum ni tak pernah-pernah aku nampak kau kat musolla ni.”
Hamid melajukan lagi langkah.
Perang mulut nampaknya makin rancak, walaupun sayup-sayup kedengaran.'Ish budak dua orang ni'
“Siapa
yang hipokrit? Setakat pergi musolla, lepas solat bukak tudung. Kenapa, tudung
kau valid untuk pakai dalam musolla je ke?”
“Aku nak tengok sampai mana kau
mampu hidup dengan dunia lakonan kau ni! ”
“Okey, we'll see about that!”
Suasana kecoh tadi bertukar senyap. sayup-sayup Hamid terdengar suara seorang lagi perempuan yang lain. Namun, suara tersebut agak perlahan. Hamid meneka, ada yang telah cuba untuk meleraikan merka berdua. Hamid terus melajukan langkah ke arah foyer tersebut.
Sesampainya
Hamid di foyer tersebut, Hamid dapat lihat keadaan yang tadinya kecoh telah reda. Danish telah berlalu ke arah kafe,
manakala Farisha pula ke arah bertentangan, bersama teman sebiliknya di
sebelah, Ain.Walaupun dia tidak menyaksikan keseluruhan peristiwa tadi, namun
Hamid pasti, Ain yang meleraikan pergaduhan tersebut. Beraninya kudrat seorang
wanita melawan lelaki sekeras kepala Danish. Hamid terus berlari-lari anak
mendapatkan Danish yang bergerak laju ke arah kafe.
"Danish!" Hamid memanggil.
“Kau diam, jangan nak lecture aku. Kali ni, bukan salah aku. Dia yang mulakan.” Danish terus memberi amaran sesampainya Hamid di sebelahnya, walaupun Hamid tidak berniat untuk bertanya lanjut.
“Kau diam, jangan nak lecture aku. Kali ni, bukan salah aku. Dia yang mulakan.” Danish terus memberi amaran sesampainya Hamid di sebelahnya, walaupun Hamid tidak berniat untuk bertanya lanjut.
Hamid terdiam. Dia hanya mengikut
Danish. Baginya, pertengkaran tadi langsung tidak menarik minatnya. Yang paling
dia tertarik sekarang adalah kopiah di atas kepala Danish. Dia menarik sengih.
Yang pasti, Danish ada berjemaah di surau tadi, walaupun dia sendiri tidak
nampak kelibat Danish tadi. Tapi, dia begitu pasti dengan itu. Bukan senang
hendak mengajak Danish ke musolla. Dan daripada sayup-sayup pertengkaran mereka
tadi, Hamid dapat rasakan Farisha juga turut berjemaah tadi.
“Mid, kau kena ajar aku jadi baik.”
Danish bernada marah. Amarah pada Farisha masih bersisa.'Aku bukan hipokrit!'
“Ha??”
Nun jauh dari arah bertentangan
pula, Farisha memandang teman sebiliknya yang sedang berjalan di sebelahnya,
Ain.
“Ain, Masjid India, jom!” Farisha
bernada memberontak. Amarah pada Danish masih terasa.
“Buat apa?Saya ada kelas la.”
“Ala, bukan hari ni pun takpe. Saya
nak beli tudung. Saya nak buktikan saya bukan hipokrit!”
“Ha?” berkali-kali hamdalah terucap
di dalam hati Ain. Mungkin, ini satu permulaan. Memang, Allah jualah yang
memegang hati. Sejak dari dulu lagi, dia mengajak Farisha ke musolla untuk
solat berjemaah. Namun, ada sahaja alasannya. Bukan itu sahaja, bermacam cara telah Ain cuba untuk mengajak Farisha bertudung. Sehinggalah hari ini, Allah membukakan
hati Farisha untuk ke musolla. Bukan itu sahaja, Allah turut mengatur pertemuan
Farisha dan Danish selepas solat. Perang mulut tersebut membuka hati Farisha
untuk bertudung. Walau apa pun niat sebenar Farisha, Ain tetap bersyukur. Akhirnya terbuka hati Farisha unutuk bertudung.
Siapa tahu, malam itu, Ain bangun malam. Dia sujud syukur ke hadrat Ilahi atas hidayat yang diterima sahabatnya itu. Didoakan juga agar Allah memberi kemudahan kepada mujahadah Farisha dan juga diperbetul niat Farisha.
<bersambung..>
Niat itu rahsia. Ikhlas itu rahsia dalam rahsia.
Utamakan yang wajib, ikhlas insyaAllah akan menyusul.
Ada ke patut, 'saya tak solat sebab saya tak bersedia. Saya takut saya tak ikhlas.' Begitulah juga dengan aurat. 'Saya tak bertudung sebab saya takut saya tak ikhlas.' err...
No comments:
Post a Comment