Tajuk yang ironi jika kita ambil dari sudut logik akal. Sepatutnya Ramadhan lah kita lapar, berpuasa. Syawal pula kenyang. Gemuk-gemuk semuanya setelah pergi menghadiri rumah-rumah terbuka yang tidak terkira banyaknya. *Pergi timbang berat*. "Err.. betul lah. Berat dah naik."
Sudah hampir seminggu sejak Ramadhan tahun seribu empat ratus tiga puluh tiga Hijrah pergi meninggalkan kita.Ya. Ramadhan dah pergi lah. Dah pergi. Eh. Faham tak? Ramadhan, penghulu segala bulan. Dah pergi. Bulan diturunkan al-Quran pedoman hidup, bulan kita lihat umat Islam ramai yang mengamalkan Islam. Masjid dihidupkan. Bulan-bulan lain jarang sekali kita boleh lihat saf subuh lebih 1 saf, isyak lebih 2 saf. Ouch. Betul kan? Maklumlah, lepas sahur terus bersiap pergi subuh. Isyak kena lah pergi, taknak lewat terawikh.
Eh pelik la. Tak pelik ke? Terawikh tu sunat. Terawikh berjemaah pun sunat. Rasulullah pun ada buat terawikh di rumah. Tapi solat fardhu berjemaah sangat dititik beratkan. Umat kita pula bila datang solat sunat terawikh, fuhh. Penuh orang. Tapi bila solat berjemaah. Err. Ya memang lah pada Ramadhan, amalan sunat dikira pahala fardhu. Tapi lupa kah kita amalan fardhu diganda-gandakan lagi pahalanya? Erm. Titik noktah, Ramadhan sudah berlalu.
Lalu bersorak kegembiraan lah para hamba Ramadhani. Lepas ni sudah tak perlu solat tarawikh. Sudah tidak perlu puasa. Boleh melantak puas-puas. Kalau sehari tidak pegang al-Quran pun tidak rasa bersalah. Eh? Solat fardhu tak pergi masjid pun tiada orang persoalkan. Eh?.
ALAH BISA TEGAL BIASA
"Aiman, Kenapa ya, sejak kebelakangan ni aku macam terasa kosong?"
Aiman sekadar tersenyum. Kenal benar dia akan sahabatnya Ikhwan itu.
"Aku rasa, aku tahu kenapa." Aiman menyusun kata.
"Eh bagitahu lah aku." Mulut Ikhwan ternganga, seperti bayi lapar mahu susu.
"Aku nak beranalogi. Boleh?"
"Ah kau. Semua benda nak guna analogi. Hah. Beritahu lah. Tak kira lah analogi ke, antologi ke, jangan ajak pergi logi sudah."
"Tak lawak pon.." Aiman mengukir senyum sindir. Ikhwan nampak 'irritated'.
"Main-main je lah. Lawak lah jugak. Sikit." Aiman ketawa.
"Kita kalau dah biasa makan banyak, bila tiba-tiba kita tak makan, mesti perut kosong, sakit perut. Macam mula-mula start puasa bagi orang yang tak biasa puasa sunat. Tapi lama kelamaan, perut mula dapat sesuaikan diri dengan sedikit makan dan perut kosong.
We call it as adapting to the environment/condition." Aiman menarik nafas.
"La. Apa kaitan dengan aku berasa kosong pula?"
"Eh sabar la. Aku tak habis berfalsafah lagi." Aiman mengekek ketawa.
"Begitu juga hati. Kita sudah sebulan tarbiyah hati di bulan Ramadhan.
Bagi makan kepada hati, makanan rohani."
"Tiba-tiba perginya Ramadhan, kita stop bagi makan. Sudah tentu hati kita akan rasa kosong. Dikhuatiri kalau kita terus tidak bagi makan kepada hati kita ni, hati kita akan terbiasa begitu, terbiasa kosong. "
Ikhwan tertunduk. Matanya tampak berkaca-kaca. Aiman mengusap belakangnya.
Dulu. Sewaktu Ramadhan, Ikhwan sungguh bersemangat. Solat berjemaah terjaga, disempurnakan lagi dengan solat-solat sunat. Al-Quranul Kareem juga menjadi teman karib. Seluruh panca inderanya dijaga. Amalan diperbanyak. Maksiat dielak. Dia kelihatan sungguh bersemangat, bertenaga, gembira sepanjang Ramadhan. Namun sekarang, segalanya seakan-akan berubah. Ikhwan mulai leka.
"Hmm. Tak patut aku biar hati aku lapar."
"Hadirnya seorang sahabat itu adalah sebagai cermin kepada sahabatnya."
RENUNGAN SEPERMERGIAN RAMADHAN
1. Apa kesan Ramadhan kepada Iman dan Amal anda?
2. Teguhkah dinding taqwa anda dalam menghadapi hasutan dan ajakan syaitan?
3. Adakah anda memanfaatkan Ramadhan sepenuhnya?
4. Konsistenkah anda selepas Ramadhan?
Jawab dalam hati.
Ingat, jangan benarkan hati anda kelaparan.

Tercapaikah tujuan Ramadhan? |
2. Teguhkah dinding taqwa anda dalam menghadapi hasutan dan ajakan syaitan?
3. Adakah anda memanfaatkan Ramadhan sepenuhnya?
4. Konsistenkah anda selepas Ramadhan?
Jawab dalam hati.
Ingat, jangan benarkan hati anda kelaparan.
1 comment:
dush dush
head shot
bertubi tubi
bertalu talu
Post a Comment