Domodedovo
Airport lengang. Bukan musim cuti mungkin.
Duduknya tak
beralih biar terik matahari memancar tepat pada bangku tersebut. Terik tak terasa. Winter. Matahari hadir menyapa, tapi
bukan bersama terik haba. Cahaya sahaja peneman. Tapi dia tak berganjak, tak
terkesan dek silau. Begitu juga pandangannya, tak berkalih. Khusyuk dia
memerhati satu sudut lapangan terbang tersebut. Cepat lensa D1000 dibawa ke
arah sudut tersebut.
Yeah!
Splendid!
Lensa
diputar-putar, memberi fokus pada subjek di sudut tersebut.
Tangan Ayie
menekan-nekan butang DSLR. Setiap gerak geri terakam dalam memori kamera. Cantik!
Ayie
mengukir senyum nipis segaris.
“Nothing for
me?”
“Huh?!”
“Alaa, buah
tangan ke, cenderahati ke, keropok lekor ke…”
“Amboih, aku sepatutnya yang mintak.”
“Ohoi, dari
Malaysia merantau takkan tangan kosong.”
“Bakal
zaujah. Nah!” Ayie menghulur DSLR di tangan ke arah Amir.
DSLR betukar
tangan. Amir menyambut dengan senyum tanpa sepatah kata. Mamat ni, kalau bukan
lagu, gambar sebagai buah tangan. Lagipun, benda alah lain macam dah terlalu
mainstream nak dibuat buah tangan. Klise.
Amir menekan
butang ON dengan telunjuk kanan. Gambar pertama menyapa pandangan. “Erk?! Bakal
zaujah?” Amir mengerutkan dahi. Mamat ni, brain nerves dah short circuit ke? Gambar
Ayie terpampang pada skrin, di depan pintu masuk Domodedovo Airpor.
Ayie ketawa
kecil. “Bukan yang ni, satu lagi.” Butang NEXT ditekan.
“Ni isteri
orang.” Amir mencebik. Sah! Short circuit!
“Bukan yang
kanan, adik kecik tu ha!”
Amir kembali
pada skrin DSLR. Anak kecil setinggi paras paha dewasa sedang menarik-narik
tepi baju ayahnya. Ayahnya tersenyum. Kerut di dahi bertambah. Butang lagi
ditekan, mengalih ke gambar selepasnya.
Kali ni,
ayahnya membetulkan telekung anak kecil tersebut. Anak rambut yang sedikit
terjurai diselitkan ke dalam telekung. Senyum pada wajah anak kecil menambah
comel. Teruja.
Amir hanya
memerhati satu persatu gambar-gambar pada kamera. “Bakal zaujah?” Amir
menggumam rendah sebelum gambar lagi sekali bertukar.
Si ayah
mengimami isteri dan anak di belakang. Anak kecil itu tampak girang sebagai makmum. Terserlah pada wajah kecil. Senyum bukan main. Setia di sisi
ibunya.
“You got my
point?” Ayie mengukir sengih nakal.
“Enlighten me.”
Amir membalas senyum.
“Children
are made of three basic elements.” Ayie memeluk tubuh. “Non-corrosive exhilaration,
flame of enthusiasm and heavy-duty gratefulness.” Dia membilang dengan jari.
Amir senyum seribu
megawatt. That’s the line. Here goes his philosophy. Amir memasang telinga.
“Punya la
excited adik tadi nak solat kan?” Gambar di skrin DSLR dikerling sekilas. “That’s
one point for non-corrosive exhilaration.”
Amir setia
mendengar.
“Second, time
solat boleh senyum sampai ke telinga, bursting her interest in her solat, aite?
Flame of enthusiasm.” Ayie semangat menyambung hikayat.
“Thirdly, in whatever situation; be it, summer or winter, tengkujuh or panas;
they celebrate it. Kan? Tengok musim tengkujuh kat Terengganu baru-baru ni, mak
ayah duk runsing air naik, dia boleh pergi tengah-tengah banjir nak main hujan.
” Ayie ketawa kecil.
“Tapi sayang
kan?” Giliran Amir menyambung.
"Huh?”
Ayie angkat kening.
“That
non-corrosive metal of exhilaration can be melted by the heat of maturity.” Rentak perbualan dah masuk melody ala-ala Moolight Sonata.
“And, flame
of enthusiasm may distinguish.” Ayie pantas setuju, dengan senyum
yang juga mula mencair.
“And, corrosion
does occur to heavy-duty gratefulness kalau dah selalu berhujan panas bawah terik umur sebenarnya.”
If it is the inner-child that is the sole means of providing us
with the rose-tinted glasses to see the world and smile, then so be it.
-HLOVATE
[Moonlight Sonata]
Give colours to life.
Celebrate it.
Habiburrahim
6 comments:
point taken.
tapi lah kan, agak lah ayat ni "Lagipun, benda alah lain macam dah terlalu mainstream nak dibuat buah tangan. Klise."
betullah memang klise. ha.ha.ha.
terbayang adik kecik yang teruja bila dapat follow solat. sungguh.
"Give colours to life.
Celebrate it. "
terhengat hlovate punya lukisan yang dipost baru2 ni, dan betullah. hidup kita ni ada je warna warni tapi kita yang ber"masalah" bila jadikan hanya hitam putih. fuhh. dah hitam putih.then nak ikut acuan sendiri. mana lah nak indah bak pelagi yang lepas hujan panas tu. naa~ sibghah Allah lupa nak follow.
ok. dah termembebbel. tapi tak masuk topik. ngee~ sekian.
Akhirnya. Entry Habiburrahim yg ditunggu kunjung tiba juga.! :D
As always, tersembunyi tp point tu ade. dan jgn lupa bkn adik kecil tu je point disini. Ayahnya yg selitkan rambut. Situ satu penekanan psl aurat. Dan part jadi imam. Itu sgtlah sweet. ;)
siapa lah agaknya pemilik ashabul islam ni ye? saya dah terjatuh cinta dengan tulisan dia. Mohon ia tidak berlanjutan.
Cerita-cerita habiburrahim semuanya mantap habis. Jalan cerita cool gila but still banyak pengajaran. Tahniah & teruskan usaha, semoga diberkati ^^
cantik! selalu mengejutkan!
keep it up and please write more.
its cool, dude!
mantop,
mabruk alayk..
:)
Post a Comment