Gelora amukan rahmat sang baskara menelus setiap koyak kain kanopi. Riuh tanda meriah pasar itu.
Meski dalam keriuhan, ada sayup kedengaran, "Khabar baik!!"
Semua pasang mata tertoleh dek bising dari kejauhan. Jarak tak membataskan penglihatan para mata untuk meneliti senyum lebar yang terkoyak di bibir pemuda yang sedang berlari ke mari itu.
Mengah kelenjar merembes keringat. Tak sempat terhelakan nafas, tangki paru-paru seakan merayu meminta dicukupkan. Digagahi. Ada berita gembira yang setiap para hati ada hak keatasnya.
"Khabar baik..." Cungap nafas menghalang bait seterusnya dilafazkan, "...dari langit Ilahi!"
Jarang, atau lebih tepat, tidak pernah saya nukilkan perkara sebegini.
Yang saya faham, ummah perlukan ini. Dan setiap hal berhak diserahkan pada ahli. Saya bukan ahli, cuma menyampaikan apa yang ahli nukilkan.
Dalam buku, Agar Bidadari Cemburu Padamu, Salim A. Fillah ada menyenaraikan apa yang Syaikh Nashiruddin ibn Nuh Al Albani rincikan sebagai syarat pakaian syar'i buat muslimah.
1. Menutup dan melindungi seluruh tubuh, selain yang dikecualikan.
2. Tidak tabarruj.
3. Kainnya tebal.
4. Kainnya longgar, tidak sempit dan tidak jatuh.
5. Tidak diberi wangian.
6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
7. Tidak menyerupai pakaian kafir.
8. Bukan Libasusy Syuhrah - pakaian yang menampilkan populariti.
"...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka."
[AnNur, 31]
Ada yang mencarik kain kanopi. Tidak kurang yang menarik kain langsir sama.
Bukan sahaja Kaum Hawa, Adam turut serta sama. Ditanggalkan pakaian yang tersauk pada badan, semata-mata menurut perintah agung darIi langit.
Kekalutan yang teramat. Mengalahkan riuh pasar sepanjang pagi.
Tapi, para hati itu tahu, kepingan-kepingan firman agung dari langit itu takkan pernah membebankan.
[Terlindungkan]
Habiburrahim
1 comment:
deep.
Allahuakbar!
sungguhlah yang rasa terbeban tu bila hati penuh beban yang sayang dicampak keluar. fuhh
Post a Comment