Wednesday, September 24, 2014

BINARY : SEPULUH



SEPULUH

Dia menarik nafas lagi sekali. “Our deen has changed to deen of musyahadah to the deen of mutola’ah.”

Wajah bersih setiap junior di setiap sudut Large Chemistry Hall diperhatikan. Otaknya lama memikir.

“Deen of musyahadah, bererti agama yang disaksikan pada penganutnya, sedangkan deen of mutola’ah ertinya agama yang dibaca pada leaflet atau scriptures.”

Seluruh dewan tersebut memandangnya dengan penuh teliti.

“Rasulullah SAW dan para sahabat membuktikan kebenaran Islam dengan peribadi, percakapan, dan akhlak mereka. Tapi keadaannya lain benar dengan kita. Kita membenarkan Islam dengan memberi bukti apa yang terdapat dalam kitab-kitab kita. Kita menyatakan ketauhidan Allah, tapi pada masa yang sama menuding-nuding jari ke arah al-Quran, tanpa kita sendiri yang menjadikan al-Quran itu sebagai akhlak kita.”

“Aisyah r.a pernah menyatakan akhlak Nabi saw adalah al-Quran. Akak pasti, ramai yang pernah mendengar kata-kata Sheikh Muhammad Abduh ini; ‘Aku telah ke Negara Barat dan menemui Islam tanpa Muslim, aku kembali ke nagara Arab dan aku bertemu Muslim tanpa Islam.”

“Situasi ini sama dengan keadaan akak semasa baru sahaja datang ke sini, ketamaduanan, peribadi dan akhlak mereka mengalahkan keIslaman umat Islam. Tak hairan kalau akak katakan, kadar murtad di negara Islam lebih tinggi dari kadar pengislaman.” Jujur dia menjelaskan.

“Malang untuk kita, kita terpaksa mengedarkan pamphlet, ataupun risalah-risalah untuk membenarkan Islam, tanpa mampu untuk kita membenarkan Islam dengan apa yang umat Islam seluruhnya tonjolkan.”

***

Cuaca di luar cerah. Summer mungkin. Matahari tak membahang sangat, tapi teriknya terasa. Tingkat bawah Auckland International Airport lengang.

Ruang menunggu dah dirasakan bagaikan berkarat. Lenguh di kaki menambah beban menampung berat badan. Belakang tengkuk di sebalik tudung diurut-urut dengan lima jari. Nadhiya memandang jam tangan buat kali yang ke lima puluh lima. Kemudian diintai-intai ke dalam balai ketibaan. Pandangan terus menangkap sebelah tangan dalam yang melambai. Wawa?

Wawa keluar dari balai ketibaan dengan membawa bagasi dan beg sandang.

“Lambat!” Nadhiya menegur.

“Alaa..leceh sikit kastam tadi.”  Wawa mengomel.

“Tak. Kau lambat seminggu. Naya aku jadi bidan terjun bagi pengisian kat junior.” Nadhiya cekak pinggang.

Wawa garu belakang kepala dengan sengih simpul segaris. “Sorry. Lewat beli tiket.” Alasan.


***

“Tak kira, autumn retreat aku nak satu kereta dengan kau.” Autumn retreat tahun ni kat Rotorua. Bahasa mudah, road trip.

Wawa pecah tawa. “Eh, aku tak pergi kot.”

“Huhh? Awat?”

“Ada kerja.” Wawa menyambung mengemas barang. “Eh, barang-barang kat Storage King dah ambil?”


[BINARY : SEPULUH]
Habiburrahim


No comments:

Gadgets By Spice Up Your Blog