LAPAN
“Did you cry buckets over that fight?”
Wawa tersentap. Sushi di choptstick terjatuh. Dia menjulingkan mata. Mamat ni dah salah wiring ke hape?
“Hell no!” Tipu. “Why did you bother asking?”
“Well, you guys seem to make a good couple.” Josiah mengacukan chopstick kearah Wawa.
“You do have the gut to get punched in the throat, aye?” Wawa mengepalkan penumbuk sambil diacukan ke arah Josiah.
“Whoa whoa..easy man. I thought you guys Muslims can’t lay a finger on others with different gender?”
“Whatever.” Wawa membalas malas.
“Don’t tell me you punched Ayen in the throat.” Josiah mengangkat kening.
“Wish I did”
***
Rasa terpukul tadi pagi melebih-lebih dari rasa nak memukul Ayen.
“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya…”
[Al-Ahzab, 33 : 4]
Allah sekali-kali tidak menjadikan dua hati dalam satu rongga.
Hati kita hanya ada satu rongga. Dan mengisinya dengan kecintaan selain Allah bermakna tiada lagi ruang untuk mengisi kecintaan selain kepada Allah. Masakan rongga yang satu boleh diisi dengan dua kecintaan yang berbeza.
Bilamana disebut-sebut tentang persahabatan, ataupun apa sekalipun yang berkaitan dengan hati, dimana letakkanya rasa persahabatan itu jika bukan di hati? Tapi, dimana letaknya Allah bila persahabatan itu dah memenuhi seluruh hati tersebut?
Demikianlah yang dikatakan persahabatan atas tali keimanan. Bermakna, dia seharusnya meletakkan Allah sebagai paksi persahabatan, dan kerana cinta kepada Allah membawa kepada teras persahabatan.
Dan the gravity of Allah denying that He created two hearts is so strong, proven dalam firmanNya, ‘Tidak sekali-kali’. Kata nafi yang sangat kuat.
Dah tu, mana letaknya Allah dalam hatinya kalau selalu bergaduh dengan Ayen?
[BINARY : LAPAN]
No comments:
Post a Comment