Monday, September 22, 2014

BINARY : SEMBILAN



SEMBILAN

“Maksud dia, titik tolak.” Kak Jue memasukkan baju yang terlipat ke dalam bagasi.

“Oh.” Wawa menjawab sepatah. Selesai  paper terakhir final exam, Wawa bergegas ke rumah Kak Jue. Kak Jue bakal pulang ke Malaysia hujung minggu nanti. Kak Jue dah menamatkan pengajian disini.

“Akak paling suka Bab Lima, Ahli Ibadah yang main-main.” Baju kurung dicapai daripada laci untuk dilipat.
Wawa laju membelek isi buku mencari Bab Lima. Jarinya terhenti di bait-bait puisi di dada buku. Matanya sepintas lalu membaca.

“Dalam bab tu, Sheikh Muhammad Ahmad Ar-Rahid ada mention tentang golongan-golongan yang beruzlah meratap nasib ummah dan lari dari mengajak individu-individu lain untuk turut sama berada dalam persekitaran Islam.” Kak Jue galak bercerita. “Ada betulnya apa yang Sheikh cakapkan. Sebab akak sendiri rasa, dari kecil akak tak pernah pun diajar tentang penting mengajak yang lain turut sama menghayati Islam. Amar ma’ruf nahi mungkar itu disempitkan ke dalam konteks saling menasihati sesame sendiri je, berbanding dengan hakikat sebenar dakwah sehinggakan sesetengah ulama mengertikan dakwah sebagai Rukun Islam ke enam.”

Wawa masih lagi membelek isi Bab Lima buku Muntalaq tersebut. Ketinggalannya dia selama ini. Tak pernah seumur hidup tahu tentang cara fikir Islam yang sebegini.

Benarlah, dia sendiri tidak dapat lari dari turut sama teradun dalam acuan masyarakat. Akur dan patuh pada stereotaip. Tunduk pada yang dah menjadi norma dalam masyarakat. Melawan arus itu payah.
Tapi yang payah itu perlu.

“Osem kan? Sekalipun Allah hamparkan kedua-dua jalan untuk kita, mustahil fitrah kita, yang ditiupkan oleh Allah sendiri, memihak kepada jalan kefasikan.”

Dan dia tahu, fitrahnya meraung inginkan kebaikan. Ada benarnya dalam kata-kata Kak Jue. Takkan pernah ada jalan yang bercampur keduanya; salah dan benar.

Dia akui, lebih kurang 45 minit berada dalam tazkirah Kak Jue itu, ada sesuatu yang hadir di hati. 45 minit out of 22 tahun dalam hidupnya yang…

…mengubah?

“Lagi satu…” Suara Kak Jue membawa fikiran Wawa kembali kepada perbualan yang tergantung sbentar tadi. “…akak suka point yang Sheikh nak sampaikan. Orang habis-habisan mendakwa mengajak ke arah Islam itu fardhu kifayah, tapi ada satu jawapan daripada Sheikh yang membuka hati akak. Kewajipan mengajak manusia ini hanya akan selesai setelah mad’u (subjek dakwah) telah meninggalkan maksiat itu. Selagimana objektif ini tak tercapai, selagi itu umat wajib meramaikan, memperkuat pengaruh Islam kepada mad’u-mad’u ini.”

Wawa masih menatap dada buku. Misi menolong Kak Jue mengemas dah terpesong ke lain.

“Akak ada permintaan sebelum akak balik ni.” Kak Jue mengukir senyum.

“Ya?”

“Nanti junior datang tahun depan, awak bagi pengisian.”

“Saya??” Jari telunjuk melurus ke arah mukanya sendiri. Maunya nak terkojol mata Kak Jue punya permintaan.

“Ala..gaya-gaya Kak Nawal bagi tazkirah kat awak dengan batchmate awak kat airport dulu je.”

“Eh, tak payah la akak. Boleh ke saya?”

“Alaa..awak ada tiga bulan masa nak prepare sementara summer break. Akak hadiahkan buku tu. Boleh?”

“Tapi akak…”

“Akak percaya kat awak.” Kak Jue masih lagi tersenyum. “Ayen apa cerita?”

“Akak, baju sebelah sana tu akak belum lipat.”


[BINARY : SEMBILAN]
Banksy
Habiburrahim



No comments:

Gadgets By Spice Up Your Blog