Wednesday, July 17, 2013

Salvation in prostration














Tatkala merasa kosong usai menyembahNya,
Tatkala kemanisan itu tidak lagi terasa,
Apakah kita sedar kesalahan kita?
Atau kita hanya pandang sebelah mata,
Akan masalah besar yang sebegitu rupa..

Sedarlah!
Solat satu-satunya ibadah yang diberi oleh Allah,
Tanpa perantara, terus kepada RasulNya.
Tanpanya,
Musyrikin dan mukminin tiada beza.
Jika solat terjaga,
Maka baiklah semua amalan hambaNya.
Jika diabaikan pula,
Maka runtuhlah tiang agama.
Khusyuk dalam solat itu yang utama.
Khusyuk tidak boleh terbentuk sepantas cahaya,
Tetapi dapat dipupuk sehasta demi sehasta.

Memahami bacaan solat salah satu cara,
Tapi bagaimana nak capai manisnya cinta?
Sebelum takbir lagi, perlu mula,
Menetapkan niat ikhlas keranaNya.

Lain padang lain belalangnya, lain orang lain caranya,
Moga cara ini sesuai untuk semua
Sebelum angkat takbir, amalkan EMPAT perkara,
InsyaAllah membina makna.


INGAT bahawa diri hanyalah hamba,
menyembah Tuhan yang Esa,
tiada dua, Maha Berkuasa,
Sejak sebelum adanya masa hingga selama-lamanya,
Dari ruangan dunia hingga ke luar lingkauan manusia,
Kerdilkan diri kita bak si hamba yang hina..


INGAT bahawa segala yang kita ada, semua adalah milikNya,
kegagahan, kepandaian dan kecantikan kita,
kesemuanya adalah pinjaman semata,
mampu hilang dengan sekelip mata.
Keangkuhan itu buangkanlah,
Ketinggian itu rendahkanlah,
Hadirkan perasaan sebagai hamba,
Yang hanya mengharap keredhaanNya.
Siapakah kita tanpa rahmatNya?
Solat banyak mengajar lafaz untuk syukur kepadaNya,
malang kurang yang menghayati ibrahnya.


INGAT bahawa maut ada dimana-mana,
boleh baham secara tiba-tiba.
Mungkin ini solat terakhir kita,
mungkin ini al-fatihah terakhir saya,
mungkin ini sujud terakhir hamba...
Mahukah ajal itu datang tatkala kita solat dengan malasnya,
dengan lajunya, dengan lalainya,
tanpa memikir kemungkinan inilah dialog terakhir sebelum bertemu denganNya.


Tiga perkara adalah rangkuman mengapa kita menyembahNya.
Kerana kita hanyalah hamba yang mencari redhaNya,
hamba yang hendak bersyukur atas nikmatNya yang tak terkira,
sebelum datangnya ajal yakni masa menyesalnya ramai manusia.


Perkara keempat adalah kunci yang paling biasa didengari,
tetapi begitu sukar untuk dimiliki.
Jika tiada kunci ini,
Tatkala takbir solat dilaungi,
Idea baru terjumpa tak dicari,
Baru ingat nak buat itu dan ini,
Keduniaan menerpa diri,
Walhal kekhusyukan diperanak-tiri.

Sebelum angkat takbir,
INGAT bahawa Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Yakni ibarat melihat Allah dihadapan tempat kita berdiri,
Walau tidak dapat lihat ingatlah Allah itu Maha Melihat diri.
Yang Mengetahui apa yang ada di dalam hati,
Baik buruk lintasan hati, semuanya diketahui,
Tiadakah rasa malu pada diri?

Inilah ihsan,
Ihsan itu kunci,
Kunci kemanisan cinta Illahi.
















Sunday, July 14, 2013

Paua Shell [III]



Badan dihumbankan ke atas sofa dalam bilik. Ahhh...letih. Seharian di Newmarket bertemankan Wong. Okay la, sekarang at least berteman. Kalau tak, memang dia hanya bertemankan Antler si beg gitar, Hummingbird Gibson yang memang sahabat dunia akhirat dia dah, dan burung-burung merpati dan camar kalau tak hujan.

Kepala ditelengkan malas-malas ke segenap penjuru bilik. Ni kaedah mencari mood untuk tidur di setiap ruang bilik namanya. Mata yang terasa langsung mengantuk jatuh ke dinding-dinding bilik. Poster-poster, gambar-gambar dan lukisan-lukisan yang bertampal secara berterabur atas dinding membawa matanya meniti setiap satu daripadanya. Lama-lama dia memerhatikan.

Auckland International Airport - Google
Gambar pertama yang memasuki skop penglihatan binokularnya ialah perkataan "Kia Ora" di Auckland International Airport. Masa tu, first time touched down negara orang. Pandang keliling, lain macam rasanya. Seram sejuk pun ada. Haha! Tapi, matanya tertancap lama pada satu benda ni; perkataan "Kia Ora" sebesar alam yang menyambut ketibaan mereka dua beranak. Bahasa Maori kot, maksudnya apa entah, tapi rasanya "Selamat Datang" la kot sebab terpampang jelas bawah tu tulis "Welcome".

Gambar kedua ketika masih di Malaysia. Ada Alep, Zed, Sein, Alem, berlatar sungai belakang rumah Opah Wan. Memori tinggal dengan Ma dan Opah Wan di kampung. Dia pun sebenarnya boleh dikatakan nomad jugak la, sebab kekaddang kat kampung teman Ma, kekadang kat rumah Abah kat bandar. Dah namanya keluarga tunggang-langgang porak-peranda, mana nak duduk bersama.

Masa merentas lagi ke belakang sedikit, gambar bertiga anak-beranak di Zoo Negara. 

"Haa, Adik pun boleh jadi macam tu!" Ma menayangkan telunjuk ke arah singa yang sedang menguap di atas 'takhta'nya.

"Tapi Beastboy punya singa, singa hijau!" 

Serentak Ma dan Abah pecah tawa.

Ma kata, pakai jam tanga tu boleh jadi macam Beastboy, bertukar macam-macam. Sid tak percaya pun, walaupun otak kecil lagi masa tu.

Jam tangan Beastboy Teen Titans saksi Ma dengan Abah waktu masing-masing belum buat hal sendiri-sendiri lagi.

Notifikasi SMS masuk membawa kembali Sid ke dalam biliknya. Tangan mencapai telefon bimbit.

"Abah lewat. Kerja."

Dia sedia maklum, makna mesej terebut; samada dia kena masak sendiri, ataupun cari makan kat luar. Abah busy. Busy....

Langkah dihayun malas ke arah dapur. Tangannya mencari mi segera. Air dijerang. Poket diraba. Sekilas, jari menari di atas skrin telefon bimbit.

"Besok free?"

Dua minit menunggu, dan SMS berbalas.

"Free kot."

"Auckland Zoo jom?"


<Bersambung...>

[Paua Shell II ]
Definisi bahagia letaknya pada hati
Habiburrahim


Saturday, July 13, 2013

Paua Shell [II]



Hari ini, dia lepak lagi dengan Sid di Newmarket. Kat sini, tak ramai orang kata Sid. Boleh la nak dikatakan tak ramai, sebab kalau nak diikutkan, kereta memenuhi jalan, dan yang menunggu hijau lampu isyarat pun beratur panjang, tapi tak sesak. Dan kereta pun tak ada la bergerak lembap macam kura-kura.

Hari ini juga, genap dua minggu hari dia lepak dengan Sid. Selang dua hari selepas sesi suai kenal dalam train, kebetulan terjumpa lagi di Harbour. Sid tengah bermain gitar. Dia tegur dan lepak di sebelah Sid. Dan sesi suai kenal berlanjutan lagi. Sampailah ke hari ini...

Macam biasa, dia di sebelah meneman Sid 'mencari rezeki'. Mata melilau ke segenap sudut, dari beg gitar Sid yang berisi empat, lima dolar di depan mereka, kepada jalan yang terlihat dek mata sampailah kepada deretan kedai. Orang lalu lalang masing-masing buat hal sendiri. Tak banyak Sid dapat hari ini.

"Kau ponteng lagi?"

Sid berpaling. "Duhh. Aku kat sini. Takkan roh melayang masuk kelas belajar kot?" Jari masih memetik tali gitar.

Wong angguk. Hatinya masih menahan soalan dalam benak. Nak disembur, takut tak kena cara, tak kena masa.

"Apasal kau ponteng ha?" Tersembur jugak!

Sid berpaling dari gitar ke Wong di sebelah. "Kenapa tanya?" Soalan berbalas soalan dengan sebelah kening terangkat.

"Random." Sid angkat bahu dengan muka tak bersalah.

"Sebab aku tak suka pendidikan kot."

Sid menunggu ayat tersebut disambung.

"There's a fine line between pendidikan and ilmu." Syiling dua dolar jatuh ke dalam beg gitar Antlernya. Sid melontar senyum kepada si pemberi. Dia menghentikan memetik gitar, dan kembali berpaling ke arah Wong.

"Cliche, but truth are always cliche. Aku tak suka cara kita disuap dengan ilmu as if semua benda dalam syllabus tu yang jamin hidup mati kita."

Wong angguk. Faham sangat. Dia tahu, Sid bukan nak menafikan sekolah tu sebagai medium untuk mendapatkan ilmu. Cuma mungkin, hidup Sid lebih kompleks dari apa yang mungkin sekalian manusia bayangkan. Orang kata, try to put your feet in others' shoes before judging them. Dan kalau orang yang tak berkasut macam Sid ni, macam mana? Bukan nak kata Sid ni terlalu miskin sampaikan tak berkasut, tapi onak duri jalan hidup si Sid ni, dia seorang je tempuh.

Wong sendiri tak punya indikasi melabel Sid anak orang kaya. Sid ikut ayah dia ke New Zealand. Ayah kerja disini. Emak Sid masih di Malaysia. Kedua orang tua dia macam tak saling bertegur pun. Sekadar duduk serumah. Itu pun kalau Emak Sid nak balik ke rumah waktu mereka duduk di Malaysia. Biasanya, emak Sid memang akan tersadai di kampung, rumah nenek Sid.

Wong berpaling ke sebelah, ke arah Sid yang mula memetik kembali gitar. Nafas tertahan dihela. Sid... Kenal baru dua minggu, tapi asal usul pun dah banyak dia tahu. Umur yang baru menginjak 20 dia guna untuk cari rezeki sendiri walaupun Wong tahu ayah Sid memang akan bagi duit setiap minggu kat dia. Tak pasti kenapa Sid bekerja.

Mungkin jawapannya ada pada kenyataan Sid sebelum ni...

"Sebab aku tak suka pendidikan kot"

"Aku tak suka cara kita disuap dengan ilmu as if semua benda dalam syllabus tu yang jamin hidup mati kita."

Mungkin sebab Sid sendiri nak mendefinisikan pendidikan yang menjamin hidup dia.

Mungkin...

<bersambung...>

[Paua Shell II]
There's a fine line between education and knowledge
And that makes all the difference
Habiburrahim

Gadgets By Spice Up Your Blog