Showing posts with label Paua Shell. Show all posts
Showing posts with label Paua Shell. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Paua Shell VI

Sid pandang peti sejuk macam nak tembus. Mata dikelip dua tiga kali sebelum memandang kembali peti sejuk.

Gila!
Kesepuluh jari dilarikan di celah-celah rambut, gaya meredakan pening. Mangkuk susu di tangan rasa semacam ringan, nak aja dilepaskan. Boleh pengsan kena heart attack ni.

Langkah seribu Sid berlari ke dalam bilik. Phone... phone...phone...





"Oih! Pagi lagi ni bro. Aku nak tidur ni."

"Oih! Emergency!"

"Awat?" Wong mengenyeh sebelah mata. Lain bebenor bunyi suara dari hujung talian pagi-pagi buta ni.

"Post-it note kat peti...."

"Kau melalut apa pagi-pagi buat ni?"

"Pa tulis note kat peti."

"So...?" Dah namanya ayah kau, memang habit dia kan tulis note kat peti?

"Mak aku..."

"Asal dengan mak kau?"

"Mak aku datang Auckland."






Yeah right! Pilihan terbaik. Auckland Zoo. Tak guna punya Wong.

Kekok habis. Matanya meliar ke sekeliling. Budak-budak. Kanak-kanak. Ibu. Bapa. Itu saja kot figura yang dia nampak. Berbelasan tahun tak keluar macam ni dengan Abah dan Ma. Skema perkara-perkara untuk dibuat bersama ibu bapa pun dia tak hafal.

Dipandangnya sekeliling lagi. Budak tu makan ais krim sambil tangan lagi sebelah dipimpin tangan si  ayah. Aku nak kena pimpin tangan Abah ke? Ke tangan Ma? Ais krim tu optional kan?

Mungkin sebab last time pergi zoo dengan Abah dan Ma masa di Malaysia belasan tahun lalu, buat dia sendiri rasa terpanggil untuk ke zoo hari ni. Entah kenapa. Walaupun idea asal adalah idea gila Wong.

Ma sampai semalam. Rehat di rumah seharian. Mati akal punya pasal, dia tembak Wong dengan bermacam soalan. Konklusi akhir, Wong cadangkan pergi Zoo.

Jadi, ke zoo lah mereka hari ini.

"Adiq..." Ma toleh ke Sid. Sid angkat muka.

"How's study?"

Sid buat muka selamba."Hmm..so so."

Senyap. Lagi. Ma pun tak banyak nak bunyi hari ni. Bukan macam hari-hari yang dilaluinya di Malaysia, keadaan Ma dengan Pa macam anjing dengan kucing.

Mereka berjalan melintasi reban ayam.

"How's Malaysia Ma?" Giliran Sid buka mulut. Lepas ni mesti Pa pula ambil giliran.

"Panas."

"Oh.

"Kampung mesti banyak ayam kan?" Pa cuba berceloteh. "Sini ayam pun nak dibuat pameran."

Ma sekadar mengangguk tersenyum. Celoteh Pa tak dibalas. Mati akal gamaknya.

Sid pun sekali melakar senyum. Okay lah, sekurang-kurangnya, anjing dah kucing dah cari jalan damai.

Alhamdulillah...






"Okay apa pergi Zoo. At least ada la benda nak dibuat. Besok lusa bawak la pergi MOTAT lak."

"Kau ingat Mak aku buat lawatan sambil belajar ke?"

Ketawa pecah di hujug talian. "Bawak perg Rotorua la. Takpun South Island."

"Itu aku arrange dengan ayah aku la kot nanti."

"So, how was it? Mak ayah kau dah okay belum?"

"Boleh la dikatakan okay. Awkward lagi, tapi we're gonna get there  tak lama lagi. Kau pun, doa-doakan la."

"InshaAllah, kawan aku selalu dalam doa aku."

"So,what're you up to this petang?"

"Nothing. Parent aku letih, dua-dua tengah berehat."

"Fancy a cuppa?"

"Sure. Gloria Jeans?"

"I'll pick you up at Britomart."



<bersambung ...>

[Paua Shell VI]
Mak
Ayah
Nak balik T.T
Habiburrahim



Saturday, July 27, 2013

Paua Shell [V]


"Lagipun, that Hummingbird was the only friend I had. Aku treasure habis Hummingbird tu." Was. Sbb mungkin sekarang aku dah ada Wong. Dulu kalau nak dikira Bilal dan Adil tu kawan, mungkin tak lebih sekadar classmates. Sebab memang dia jenis yang tak masuk dengan orang.
 
Kedua-dua menebar pandangan ke sekeliling Victoria Park. Dari mat salleh-mat salleh yang sedang dalam posisi scrum di tengah-tengah padang, hinggalah ke pohon-pohon yang kebanyakannya dah botak sebab hibernasi musim sejuk. Sid menongkah sebelah tangan di riba, dan sebelah lagi membawa pai ayam ke mulut. 

Wong diam tak beriak. Sembang panjang, dari hal sarapan tadi pagi, sampailah ke hari pertama dia orang bersua muka. 

Nak diikutkan cerita, Wong yang buat-buat berani apabila tengok Sid nyaris nak kena belasah di Pomsomby. Silap langkah Sid lepak Pomsomby, ataupun K'road bila dah malam-malam Jumaat tu. Tak adalah lewat malam sangat masa tu, tapi pukul enam pun dah gelap sini.

Orang sini, baik. Sangat. Friendly. Tapi friendly-friendly pun, ikut masa la. Kalau dah namanya mabuk tu, kita duk tenung dia orang pun, dia orang naik minyak. Wong pun tak terkecuali kalau kes nyaris nak kena belasah tu. Tu cerita bila berhadapan dengan lelaki Kiwi yang mabuk, kalau perempuan lagi lain cerita.

Berbalik kepada cerita tadi, senang cerita, Sid nyaris kena belasah, sebab dua tiga lelaki Kiwi nak rampas gitar dia. Wong kebetulan lalu, jerit-jerit dari jauh. And the rest is history.

"Lagipun, that Hummingbird was the only friend I had. Aku treasure habis Hummingbird tu." Otak Wong mengulang ayat dalam memori.  Faham lah kenapa si Sid ni tak nak lepaskan sangat Hummingbird hari tu. Bukannya abah Sid ni tak mampu belikan yang baru, dan lagi 4,5 gitar lagi dalam rumah ni pun dia yang punya.

Wong mencubit secebis pai. Dibaling sedikit. Terus disambut sang camar. Dan ada burung-burung lain yang turut nak merasa berebut sama.

Deru angin kuat menyapa bual. Tak ada yang nak menyambung bual tadi. Dialog rancak dah diambil alih dek angin, dan jeritan lelaki-lelaki di tengah padang, dan libasan kepak camar dan merpati di depan mereka. 






Melepas penat di Fix Convience Store tu, upacara wajib bila berjalan. Sebab ada hot choc satu dolar, dan kalau terasa banyak duit, boleh melahap Subway tuna, vegetarian ataupun seafood.

"Abah aku belum balik." Sid bersuara.

"Oh." Tak tahu apa yang nak direspon. 

"Lepak rumah aku jom."








Paramore - Hello Cold World dimainkan dari speaker telefon bimbit. Sid mula memetik gitar mengikut tempo. Sengaja dipasang dari telefon bimbit, nak dapatkan tempo dan suara Hayley.

Hayley Williams dah mula masukkan vocal ke dalam lagu.

I feel happy, I feel sad, I feel like running through the walls
I'm overjoyed, I'm undecided, I don't know who I am

Hari ni tak banyak kelas, yang ada tutorial yang dia dah siapkan tugasan. Jadi, hadir 2,3 minit, hantar tugasan dan terus ke Britomart Transport Centre, tunggu Sid. Lepas tu, jalan-jalan sekeliling city, rehat di Victoria Park, Fix Convenience, dan travel lagi sampai sini.

Rumah Sid tak jauh dari city, kat Penmure. Dalam 10 minit train dari Britomart Transport Centre. Lagipun, nak cari idea untuk assignment Modern Architecture and Urbanisms, Penmure ni memang boleh la nak dijadikan tempat cari idea.

Sid macam biasa, eskapisma. Escapisme. Rasanya tak pernah wujud perkataan English tu. Tapi dah diada-adakan, jadi macam terikut-ikut.


Well maybe I'm not perfect, at least I'm working on it
22 is like the worst idea that I've ever had
It's too much pain, it's too much freedom, what should I do with this?
It's not the way you plan it, it's how you make it happen
Yeah, it's how you make it happen

Tangan si sepet tu laju berlari di atas sketchbook, manakala jari-jemari si kidal menari atas tali-tali gitar.
Kepala Wong memang tak terangkat dari memandang sketchbook yang diriba, dan Sid tak terangkat dari tali-tali gitar.
Bilik yang sama, dua kerja berbeza.

Masing-masing kalau dah menghadap kerja masing-masing, memang dunia keliling tak ambil pusing.
Their own cold world.

It's such a cold, cold world (hello cold world)
And I can't get out, so I'll just make the best with everything I'll never have
It's such a cold, cold world (hello cold world)
And it's got me down, but I'll get right back up, as long as its spins around
Hello cold world
Whoa oh oh
Whoa oh oh

Sennelier Pastels warna biru turquoise dipalit sedikit. Dicampur ke campuran kuning muda. Berus terus dibawa bertemu sketchbook. Berus dilalukan perlahan-lahan ke atas sketchbook.

Guitar pick itu bertambah-tambah laju melagakan diri dengan tali. Jari-jemari menari-nari di atas tali.

Ini eskapisma.
Ini escapisme.
Ini cara mereka memerap diri.
Dalam dunia yang lari dari segala macam hal.

Girls and boys keep lining up to see if they can measure up
They look good, and they feel wild, but it will never be enough
You say you're really hurtin, at least you're feeling something

"Kalaupun setiap satu manusia dalam dunia boleh define freedom ikut suka kepala mereka, aku still akan define freedom the way Islam does..." Definisi freedom yang Wong tazkirahkan haritu di Zoo menjengah benak Sid. Sembang punya sembang, sampailah masuk bab misconceptions and typical skeptics.


We can hope and we can pray that everything will work out fine
But you can't just stay down on your knees, the revolution is outside
You wanna make a difference, get out and go begin it
Whoa, get out and go begin it

Entah. Tapi Sid anti dengan kedua perkataan. Misconceptions and typical skeptics. 
Mungkin dia naik muak bila semua benda nak ikut acuan mata pandang manusia. Acuan manusia sekarang, nak semua manusia kejar semua benda yang manusia-manusia terdahulu skemakan untuk kita kejar. 

Contoh mudah, semua kena pandai dalam kelas. Dapat nombor satu. Tapi sebenarnya, sistem pelajaran tu diatur bukan nak ikut minat atau kelebihan seseorang, tapi diatur supaya yang pandai dapat lebih, yang terkebelakang terus menerus terkebelakang. As Einstein would have put it, everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid.

Judging geniusity by getting the highest scores in the class is as unfair as judging the inability of a fish to climb a tree. Or the ability of a tiger to fly in the sky.

Wait, geniusity, is that even a word? Haha.

Itu kalau acuan pendidikan. Cuba tengok acuan dalam masyarakat sendiri pula.
Pakai tee gantung The Punisher, hisap rokok sikit sambil bawa gitar, memang semua manusia tengok pelik. Mungkin bukan kat sini, mungkin negara asal aku.
Dan mungkin tak semua tengok pelik, tapi impression pertama dalam kepala mestilah budak ni, budak jahat. Budak lorong. 

Typical skeptics.


Oh oh...
(Oh oh...) Don't need my eyes open... wide
(Oh oh...) I just wanna feel something

Such a cold, cold world (hello cold world)
And I can't get out, so I'll just make the best of everything I'll never have
It's such a cold, cold world (hello cold world)
And It's got me down, but I'll get right back up, as long as its spins around (spins around)
Whoa oh oh
Whoa oh oh (Hello cold world)

Dia ada definisi freedom yang tersendiri. Dan Wong pun ada.

"Kalaupun setiap satu manusia dalam dunia boleh define freedom ikut suka kepala mereka, aku still akan define freedom the way Islam does..."

Whoa oh oh
Whoa oh oh (Hello cold world)

"...sebab aku treasure habis Islam tu sebagai agama aku."
  
Welcome to our cold world.



<bersambung...>

[Paua Shell V]
I choose my own cold world.
Habiburrahim



Friday, July 26, 2013

Paua Shell [IV]

"Abah tak balik. Overnight kat Christchurch"

Post-It Note yang terlekat di pintu peti sejuk dipandang sekilas sebelum tangan mencapai susu. Susu dituang ke dalam mangkuk yang berisi Cheerios. Sid melabuhkan duduk di atas kerusi. Rumah sunyi habis. Sepi ,hanya terisi bunyi dentingan sudu dengan mangkuk, dan irama kertas surat khabar apabila dibelek.

Sudu dibenamkan lagi ke dalam susu. Cheerios dikaut.

Post-It Note pada pintu peti sejuk menerjah benak. Abah tak balik. Nafas tertahan dihela. Cheerios lagi sekali disuap.

Post-It Note. Tu je kut medium perhubungan dalam rumah ni. 

Oh, ada lagi satu. Telefon bimbit.






Auckland Zoo. Kali terakhir menjejak kaki di zoo, 15 tahun yang lepas. Zoo Negara. D
an bila masuk zoo kali ni, haishhh, nostalgik habis!

Sid meneliti satu persatu isi kandung Zoo Souvenir Shop. Wong tengah beli tiket, dan dia ambil peluang menjenguk kedai souvenir. Di bahagian hadapan kedai, yang menyambutnya ialah patung-patung lembut singa, harimau dan kiwi. Bahagian kanan lebih kepada alat permainan. Bahagian kiri pakaian. Dan di bahagian tengah...

Paua Shell
Dia meneliti lama. Macam nak tembus pun ada benda yang dihadapannya. Cantik!

"Hoih!"

Sedaya upaya tengkuk tu menoleh ke arah suara. "Huh?!" Sid angkat kening. Sapaan paling beradab pernah dia dengar sepanjang hayat.

"Berkenan?"

"Cantik kot."

Wong angguk. Setuju. Tangannya sama mengambil Paua shell yang ditayangkan di atas rak. "Paua Shell."

Sid membelek lama cengkerang di tangan. 
Paua Shell?






Spots and stripes - provide camouflage in the dappled shade of long grasses.

Night vision - nocturnal hunters, servals have excellent eyesight. In poor light, they see six imes better than you can.

"Sid."

Powerful muscles - provide bursts of short distance speed. 
Sepatutnya, dulu-dulu berangan nak jadi serval versi Beastboy, macam hebat.

"Sid."

Slam dunk - Servals often catch birds by flushing...
See? Siap boleh slam dunk!

"Sid!" Wong memetik jarinya di depan muka Sid. Khayal ke hape??

Suara si kawan sebelah membawa fikiran kembali ke realiti.

"Berangan!"

"Aku baca fakta pasal serval ni ha."

Wong menongkat tangan di atas pagar yang memisahkan mereka dengan kandang sang kucing itu. "Sid."

"Hmm..?" Mata tak lepas dari board yang terkandung seribu macam ilmu pasal serval cat.

"Raya kau balik Malaysia."

"Tak. Aku balik pun aku ada siapa?" Datar tak beriak.

Salah tempat, salah masa. Adehhh! Dan kedua-duanya berpaling ke arah sangkar. Deru angin mengisi bual yang terhenti.

"Sid."

"Hmm..?" Lagi tak berpaling.

Sorry... "Kat EDENZ tu kau belajar pasal binatang eh?" EDENZ tu kolej Sid.

Tergelak kecil. "English." Sid pandang Wong. "Belajar sikit-sikit. Entah. Aku tak tahu banyak. Apa kaitan dengan binatang?"

"Kau macam minat semacam dengan binatang."

"Aku minat Beastboy."






"Nah..." Wong menghulur kotak Fish 'n' Chips Darwins ke kawan sebelah.

Tak berbalas. Chips di tangan disua ke mulut. Mata Sid tepat memandang ke tempat meerkat di hadapan.
Meerkat [comel]

"Nah."

Pun tak berbalas. Sid masih mengunyah Bluebirds crisp di tangan.

Kotak Fish 'n' Chips dibawa betul-betul depan muka Sid. "Nah."

Kepala Sid terkebelakang sedikit terkejut. Ni main hulur smpai ke muka ni apehal?

"Nah..." Wong lagi sekali menawarkan.

Kotak dan Bluebird Chips bertukar tangan. Sid menyuakan kerepek ikan ke mulut.

"Berangan!"

"Mana ada."


"So, apa kes lepak zoo? Tak kerja?" Plastik Bluebird diselongkar.

"Weekend. Rehat."

"And, apa kes kau berangan panjang sepanjang hari?"





Beg sandang dihempas malas ke atas meja jepun. Badan serta merta direbahkan di atas sofa. Malas. Letih. Sakit-sakit kaki pun ada. Mana taknya, seharian berjalan. Auckland Zoo bukannya kecik. Mula-mula masuk dah disambut dengan zirafah dan zebra. Lain zoonya dekat sini. Rasa macam kat Afrika bila dijemput zirafah dan zebra. Ada satu jambatan panjang, melintasi tempat simpan zirafah dan zebra yang memang pemandangan dah macam kat Afrika. Lepas tu, badak sumbu. Singa. Flamingo. Lepas tu lagi, gajah. Baboon. Solat. Dan lagi terus ke serval yang aku dah macam tak nak lepaskan mata tadi. 

Tapi rasanya bukan sebab serval sangat pun. Tak dinafikan, serval tu tersangatlah menarik. Tapi lagi menarik semua benda yang dia dapat bila berjalan antara tempat zirafah tu hinggalah ke serval.

Otak lagi ligat mencerna. 
Zirafah, dapat bagi makan kat zirafah.
Zebra, tidur berdiri.
Badak sumbu macam...entah. Tak bergerak, macam patung pun ada.
Singa lagi la. Tidur je memanjang.
Flamingo. Pink. Sangat feminin.
Gajah tak sempat tengok sebab dia orang simpan.
Solat.

Dan rasanya itu yang membuatkan dia termenung lama sampailah ke serval tu.

"Solat."

"Ada surau ke?"

Ada ke Wong buat cerita kata nak solat tengah-tengah kawasan lapang. Luar alam kot. Dan paling luar alam, Wong gila-gila nak solat bila dia beralasan nak solat kat rumah. 

Kalau kat rumah ataupun kat EDENZ tu, rasanya dia sendiri culas. Kena tunggu classmate, Bilal ataupun Adil mengajak baru dia nak solat. Seorang Pakistani, seorang lagi dari Oman. Tapi tak pernah la kot nak solat tengah-tengah tanah lapang. Dia biasa dengar, bukannya kuno sangat sampai tak pernah dengar orang buat macam tu, tapi bila dia sendiri dalam situasi sebegitu macam...

...entah...

Jam menginjak pukul 12 malam. Abah tak balik. Christchurch.

Abah dah solat?


<Bersambung...>


[Paua Shell IV]

Maaf ambil masa yang lama
Kelas dah start
Kena curi masa
There is none who cannot teach somebody something
Habiburrahim


Sunday, July 14, 2013

Paua Shell [III]



Badan dihumbankan ke atas sofa dalam bilik. Ahhh...letih. Seharian di Newmarket bertemankan Wong. Okay la, sekarang at least berteman. Kalau tak, memang dia hanya bertemankan Antler si beg gitar, Hummingbird Gibson yang memang sahabat dunia akhirat dia dah, dan burung-burung merpati dan camar kalau tak hujan.

Kepala ditelengkan malas-malas ke segenap penjuru bilik. Ni kaedah mencari mood untuk tidur di setiap ruang bilik namanya. Mata yang terasa langsung mengantuk jatuh ke dinding-dinding bilik. Poster-poster, gambar-gambar dan lukisan-lukisan yang bertampal secara berterabur atas dinding membawa matanya meniti setiap satu daripadanya. Lama-lama dia memerhatikan.

Auckland International Airport - Google
Gambar pertama yang memasuki skop penglihatan binokularnya ialah perkataan "Kia Ora" di Auckland International Airport. Masa tu, first time touched down negara orang. Pandang keliling, lain macam rasanya. Seram sejuk pun ada. Haha! Tapi, matanya tertancap lama pada satu benda ni; perkataan "Kia Ora" sebesar alam yang menyambut ketibaan mereka dua beranak. Bahasa Maori kot, maksudnya apa entah, tapi rasanya "Selamat Datang" la kot sebab terpampang jelas bawah tu tulis "Welcome".

Gambar kedua ketika masih di Malaysia. Ada Alep, Zed, Sein, Alem, berlatar sungai belakang rumah Opah Wan. Memori tinggal dengan Ma dan Opah Wan di kampung. Dia pun sebenarnya boleh dikatakan nomad jugak la, sebab kekaddang kat kampung teman Ma, kekadang kat rumah Abah kat bandar. Dah namanya keluarga tunggang-langgang porak-peranda, mana nak duduk bersama.

Masa merentas lagi ke belakang sedikit, gambar bertiga anak-beranak di Zoo Negara. 

"Haa, Adik pun boleh jadi macam tu!" Ma menayangkan telunjuk ke arah singa yang sedang menguap di atas 'takhta'nya.

"Tapi Beastboy punya singa, singa hijau!" 

Serentak Ma dan Abah pecah tawa.

Ma kata, pakai jam tanga tu boleh jadi macam Beastboy, bertukar macam-macam. Sid tak percaya pun, walaupun otak kecil lagi masa tu.

Jam tangan Beastboy Teen Titans saksi Ma dengan Abah waktu masing-masing belum buat hal sendiri-sendiri lagi.

Notifikasi SMS masuk membawa kembali Sid ke dalam biliknya. Tangan mencapai telefon bimbit.

"Abah lewat. Kerja."

Dia sedia maklum, makna mesej terebut; samada dia kena masak sendiri, ataupun cari makan kat luar. Abah busy. Busy....

Langkah dihayun malas ke arah dapur. Tangannya mencari mi segera. Air dijerang. Poket diraba. Sekilas, jari menari di atas skrin telefon bimbit.

"Besok free?"

Dua minit menunggu, dan SMS berbalas.

"Free kot."

"Auckland Zoo jom?"


<Bersambung...>

[Paua Shell II ]
Definisi bahagia letaknya pada hati
Habiburrahim


Saturday, July 13, 2013

Paua Shell [II]



Hari ini, dia lepak lagi dengan Sid di Newmarket. Kat sini, tak ramai orang kata Sid. Boleh la nak dikatakan tak ramai, sebab kalau nak diikutkan, kereta memenuhi jalan, dan yang menunggu hijau lampu isyarat pun beratur panjang, tapi tak sesak. Dan kereta pun tak ada la bergerak lembap macam kura-kura.

Hari ini juga, genap dua minggu hari dia lepak dengan Sid. Selang dua hari selepas sesi suai kenal dalam train, kebetulan terjumpa lagi di Harbour. Sid tengah bermain gitar. Dia tegur dan lepak di sebelah Sid. Dan sesi suai kenal berlanjutan lagi. Sampailah ke hari ini...

Macam biasa, dia di sebelah meneman Sid 'mencari rezeki'. Mata melilau ke segenap sudut, dari beg gitar Sid yang berisi empat, lima dolar di depan mereka, kepada jalan yang terlihat dek mata sampailah kepada deretan kedai. Orang lalu lalang masing-masing buat hal sendiri. Tak banyak Sid dapat hari ini.

"Kau ponteng lagi?"

Sid berpaling. "Duhh. Aku kat sini. Takkan roh melayang masuk kelas belajar kot?" Jari masih memetik tali gitar.

Wong angguk. Hatinya masih menahan soalan dalam benak. Nak disembur, takut tak kena cara, tak kena masa.

"Apasal kau ponteng ha?" Tersembur jugak!

Sid berpaling dari gitar ke Wong di sebelah. "Kenapa tanya?" Soalan berbalas soalan dengan sebelah kening terangkat.

"Random." Sid angkat bahu dengan muka tak bersalah.

"Sebab aku tak suka pendidikan kot."

Sid menunggu ayat tersebut disambung.

"There's a fine line between pendidikan and ilmu." Syiling dua dolar jatuh ke dalam beg gitar Antlernya. Sid melontar senyum kepada si pemberi. Dia menghentikan memetik gitar, dan kembali berpaling ke arah Wong.

"Cliche, but truth are always cliche. Aku tak suka cara kita disuap dengan ilmu as if semua benda dalam syllabus tu yang jamin hidup mati kita."

Wong angguk. Faham sangat. Dia tahu, Sid bukan nak menafikan sekolah tu sebagai medium untuk mendapatkan ilmu. Cuma mungkin, hidup Sid lebih kompleks dari apa yang mungkin sekalian manusia bayangkan. Orang kata, try to put your feet in others' shoes before judging them. Dan kalau orang yang tak berkasut macam Sid ni, macam mana? Bukan nak kata Sid ni terlalu miskin sampaikan tak berkasut, tapi onak duri jalan hidup si Sid ni, dia seorang je tempuh.

Wong sendiri tak punya indikasi melabel Sid anak orang kaya. Sid ikut ayah dia ke New Zealand. Ayah kerja disini. Emak Sid masih di Malaysia. Kedua orang tua dia macam tak saling bertegur pun. Sekadar duduk serumah. Itu pun kalau Emak Sid nak balik ke rumah waktu mereka duduk di Malaysia. Biasanya, emak Sid memang akan tersadai di kampung, rumah nenek Sid.

Wong berpaling ke sebelah, ke arah Sid yang mula memetik kembali gitar. Nafas tertahan dihela. Sid... Kenal baru dua minggu, tapi asal usul pun dah banyak dia tahu. Umur yang baru menginjak 20 dia guna untuk cari rezeki sendiri walaupun Wong tahu ayah Sid memang akan bagi duit setiap minggu kat dia. Tak pasti kenapa Sid bekerja.

Mungkin jawapannya ada pada kenyataan Sid sebelum ni...

"Sebab aku tak suka pendidikan kot"

"Aku tak suka cara kita disuap dengan ilmu as if semua benda dalam syllabus tu yang jamin hidup mati kita."

Mungkin sebab Sid sendiri nak mendefinisikan pendidikan yang menjamin hidup dia.

Mungkin...

<bersambung...>

[Paua Shell II]
There's a fine line between education and knowledge
And that makes all the difference
Habiburrahim

Wednesday, July 3, 2013

Paua Shell [I]

Antler digalas. Winfield dinyalakan, dan terus menghingap bibir. Dihisap dalam-dalam. Asap panas melalui kerongkong, ke paru-paru dan terhembus kembali melalui mulut. Terhembus bersama keluh panjang. Letih.
Britomart Transport Centre
Jarum jam tangan dah menginjak pukul 5 petang. Langit mula melabukan tirai. Langit merah bagai menjemput malam datang. Britomart Transport Centre penuh, tapi tak sesak. Matanya meliar memandang sekeliling di luar transport centre tersebut. Peak hour, semua nak balik rumah.
“Oih!”’
Kepala automatik berpaling ke arah datang suara dari kejauhan. Aishh, dah agak dah mamat snow cap ni lagi.
You still owe me a thank you, you know,” mamat tadi mendekati.
Winfield lagi sekali disedut. Buat-buat tak dengar. Langsung tak dijawab. 
Sombong! Last-last aku jugak yang tolong! “Apa jadi tadi?” Mamat snow cap melibas-libas asap rokok didepan muka.
“Nothing.” 
“Orang tanya, kut-kut boleh buat report polis.” Asap berkepul sengaja dibuat dek.
“Don’t bother.” Muncung topi dibawa ke belakang dengan tangan kiri, tangan kanan masih belum melepaskan rokok.
“Pehal kau tak lepaskan gitar kau je tadi?”

"What, are we friends now?" Winfield ditenyeh di tong sampah sebelum dibuang.

"Kind of."

"Tcchh!" Langkah laju dibawa memasuki transport centre.





Train macam biasa juga, tak penuh. Ada saja rongak. Mamat yang bersnow cap itu duduk berhadapan dengan yang bertopi. Sengaja dipilih tempat tersebut. Malas nak berjenuh cari jauh-jauh. Siren dibunyikan, train dalam keadaan bersedia untuk bergerak. Seperti biasa, yang bersnow cap meraba-raba beg sandang. Sennheiser disumbat ke dalam telinga. Jari mula membelek-belek playlist dalam telefon bimbit. Yang bertopi tadi dah lama memekakkan diri dengan JVC Flats di telinga. Kedua-dua dah hilang dalam dunia masing-masing.

Yang bersnow cap lagi sekali meraba-raba beg sandang di riba. Reeves black sketch pad dengan white charcoal dtarik keluar. Helain dibelek terus ke muka surat yang lakarannya terhenti tadi. Lakaran kepala helang menyapa pandangan. Kedua belah tangan digosok-gosok sebelum jari betul-betul memegang white charcoal. Amalan biasa bila nak mula melukis. Dan dia sendiri perasan, mata pemilik yang bertopi dengan bergalas Antler itu memerhati.

Err... nak tanya ke tak? Ahhh, lantak la. JVC Flats dilurut ke tengkuk. "Kau minat arts?"

Yang bersnow cap pun dah mula senyum lebar sampai ke snow cap. Sebelah tangan menarik Sennheiser earbud telinga sebelah kanan. Kening sebelah terangkat seolah-olah bertanya, ha?? Buat-buat tak dengar soalan tadi.

"Kau minat arts?" Rendah perlahan bertanya.

"What, are we friends now?" Balas balik.

"Tcch!" JVC Flast kembali ke telinga.

Senyum lagi. Haha! Gelak dalam hati. "Strike two!" Sekadar dengar-tak dengar disebut. Ego mamat ni tak ada la tinggi sangat.

JVC Flats dilurut lagi sekali. Kepala ditelengkan ke kanan. "Haa?"

"Minat." Terus dijawab pertanyaan tadi, sengaja mengalih topik.

Lagi sekali jeda mengambil alih ruang kosong perbualan. Hanya bunyi bising train yang kedengaran.

"Uni?" Suara dari yang bertopi menusuk masuk melalui Sennheiser ke telinga di sebalik snow cap. Berminat benar gayanya.

"AU." Auckland Uni. Suara dengar tak dengar sahaja dek bising train menyelang perbualan.

"Course seni?"

"Tak..." Dan perbualan bersambung, tenggelam dalam bising train. Hanya mereka yang mendengar antara satu sama lain.



Terkadang, common ground itu yang merapatkan.






"By the way, aku Sid." Tangan yang bertopi baru nak menghulur salam, walaupun dah lama berbual.

"Wong." Salam bersambut si snow cap.

[Paua Shell I ]
Habiburrahim


Gadgets By Spice Up Your Blog