"Lagipun, that Hummingbird was the only friend I had. Aku
treasure habis Hummingbird tu." Was. Sbb mungkin sekarang aku dah ada
Wong. Dulu kalau nak dikira Bilal dan Adil tu kawan, mungkin tak lebih sekadar
classmates. Sebab memang dia jenis yang tak masuk dengan orang.
Kedua-dua menebar pandangan ke sekeliling Victoria Park. Dari mat
salleh-mat salleh yang sedang dalam posisi scrum di tengah-tengah padang,
hinggalah ke pohon-pohon yang kebanyakannya dah botak sebab hibernasi musim
sejuk. Sid menongkah sebelah tangan di riba, dan sebelah lagi membawa pai ayam
ke mulut.
Wong diam tak beriak. Sembang panjang, dari hal sarapan tadi pagi,
sampailah ke hari pertama dia orang bersua muka.
Nak diikutkan cerita, Wong yang buat-buat berani apabila tengok
Sid nyaris nak kena belasah di Pomsomby. Silap langkah Sid lepak Pomsomby,
ataupun K'road bila dah malam-malam Jumaat tu. Tak adalah lewat malam sangat
masa tu, tapi pukul enam pun dah gelap sini.
Orang sini, baik. Sangat. Friendly. Tapi friendly-friendly pun,
ikut masa la. Kalau dah namanya mabuk tu, kita duk tenung dia orang pun, dia
orang naik minyak. Wong pun tak terkecuali kalau kes nyaris nak kena belasah
tu. Tu cerita bila berhadapan dengan lelaki Kiwi yang mabuk, kalau perempuan
lagi lain cerita.
Berbalik kepada cerita tadi, senang cerita, Sid nyaris kena
belasah, sebab dua tiga lelaki Kiwi nak rampas gitar dia. Wong kebetulan lalu,
jerit-jerit dari jauh. And the rest is history.
"Lagipun, that Hummingbird was the only friend I had. Aku
treasure habis Hummingbird tu." Otak Wong mengulang ayat dalam memori.
Faham lah kenapa si Sid ni tak nak lepaskan sangat Hummingbird hari tu.
Bukannya abah Sid ni tak mampu belikan yang baru, dan lagi 4,5 gitar lagi dalam
rumah ni pun dia yang punya.
Wong mencubit secebis pai. Dibaling sedikit. Terus disambut sang camar.
Dan ada burung-burung lain yang turut nak merasa berebut sama.
Deru angin kuat menyapa bual. Tak ada yang nak menyambung bual
tadi. Dialog rancak dah diambil alih dek angin, dan jeritan lelaki-lelaki di
tengah padang, dan libasan kepak camar dan merpati di depan mereka.
Melepas penat di Fix Convience Store tu, upacara wajib bila
berjalan. Sebab ada hot choc satu dolar, dan kalau terasa banyak duit, boleh
melahap Subway tuna, vegetarian ataupun seafood.
"Abah aku belum balik." Sid bersuara.
"Oh." Tak tahu apa yang nak direspon.
"Lepak rumah aku jom."
Paramore - Hello Cold World dimainkan dari speaker telefon bimbit.
Sid mula memetik gitar mengikut tempo. Sengaja dipasang dari telefon bimbit,
nak dapatkan tempo dan suara Hayley.
Hayley Williams dah mula masukkan vocal ke dalam lagu.
I feel
happy, I feel sad, I feel like running through the walls
I'm
overjoyed, I'm undecided, I don't know who I am
Hari ni tak banyak kelas, yang ada tutorial yang dia dah siapkan
tugasan. Jadi, hadir 2,3 minit, hantar tugasan dan terus ke Britomart Transport
Centre, tunggu Sid. Lepas tu, jalan-jalan sekeliling city, rehat di Victoria
Park, Fix Convenience, dan travel lagi sampai sini.
Rumah Sid tak jauh dari city, kat Penmure. Dalam 10 minit train dari Britomart
Transport Centre. Lagipun, nak cari idea untuk assignment Modern Architecture
and Urbanisms, Penmure ni memang boleh la nak dijadikan tempat cari idea.
Sid macam biasa, eskapisma. Escapisme. Rasanya tak pernah wujud
perkataan English tu. Tapi dah diada-adakan, jadi macam terikut-ikut.
Well
maybe I'm not perfect, at least I'm working on it
22 is
like the worst idea that I've ever had
It's too
much pain, it's too much freedom, what should I do with this?
It's not
the way you plan it, it's how you make it happen
Yeah,
it's how you make it happen
Tangan si sepet tu laju berlari di atas sketchbook, manakala jari-jemari si
kidal menari atas tali-tali gitar.
Kepala Wong memang tak terangkat dari memandang sketchbook yang
diriba, dan Sid tak terangkat dari tali-tali gitar.
Bilik yang sama, dua kerja berbeza.
Masing-masing kalau dah menghadap kerja masing-masing, memang
dunia keliling tak ambil pusing.
Their own cold world.
It's such
a cold, cold world (hello cold world)
And I
can't get out, so I'll just make the best with everything I'll never have
It's such
a cold, cold world (hello cold world)
And it's
got me down, but I'll get right back up, as long as its spins around
Hello
cold world
Whoa oh
oh
Whoa oh
oh
Sennelier Pastels warna biru turquoise dipalit sedikit. Dicampur
ke campuran kuning muda. Berus terus dibawa bertemu sketchbook. Berus dilalukan
perlahan-lahan ke atas sketchbook.
Guitar pick itu bertambah-tambah laju melagakan diri dengan tali.
Jari-jemari menari-nari di atas tali.
Ini eskapisma.
Ini escapisme.
Ini cara mereka memerap diri.
Dalam dunia yang lari dari segala macam hal.
Girls and
boys keep lining up to see if they can measure up
They look
good, and they feel wild, but it will never be enough
You say
you're really hurtin, at least you're feeling something
"Kalaupun setiap satu manusia dalam dunia boleh define
freedom ikut suka kepala mereka, aku still akan define freedom the way Islam
does..." Definisi freedom yang Wong tazkirahkan haritu di Zoo menjengah benak
Sid. Sembang punya sembang, sampailah masuk bab misconceptions and typical skeptics.
We can
hope and we can pray that everything will work out fine
But you
can't just stay down on your knees, the revolution is outside
You wanna
make a difference, get out and go begin it
Whoa, get
out and go begin it
Entah. Tapi Sid anti dengan kedua perkataan. Misconceptions and
typical skeptics.
Mungkin dia naik muak bila semua benda nak ikut acuan mata pandang
manusia. Acuan manusia sekarang, nak semua manusia kejar semua benda yang
manusia-manusia terdahulu skemakan untuk kita kejar.
Contoh mudah, semua kena pandai dalam kelas. Dapat nombor satu.
Tapi sebenarnya, sistem pelajaran tu diatur bukan nak ikut minat atau kelebihan
seseorang, tapi diatur supaya yang pandai dapat lebih, yang terkebelakang terus
menerus terkebelakang. As
Einstein would have put it, everybody is a genius. But if you judge a fish by
its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is
stupid.
Judging geniusity by getting the highest scores in the class is as
unfair as judging the inability of a fish to climb a tree. Or the ability of a
tiger to fly in the sky.
Wait, geniusity, is that even a word? Haha.
Itu kalau acuan pendidikan. Cuba tengok acuan dalam masyarakat
sendiri pula.
Pakai tee gantung The Punisher, hisap rokok sikit sambil bawa
gitar, memang semua manusia tengok pelik. Mungkin bukan kat sini, mungkin
negara asal aku.
Dan mungkin tak semua tengok pelik, tapi impression pertama dalam
kepala mestilah budak ni, budak jahat. Budak lorong.
Typical skeptics.
Oh oh...
(Oh
oh...) Don't need my eyes open... wide
(Oh
oh...) I just wanna feel something
Such a
cold, cold world (hello cold world)
And I
can't get out, so I'll just make the best of everything I'll never have
It's such
a cold, cold world (hello cold world)
And It's
got me down, but I'll get right back up, as long as its spins around (spins
around)
Whoa oh
oh
Whoa oh
oh (Hello cold world)
Dia ada definisi freedom yang tersendiri. Dan Wong pun ada.
"Kalaupun setiap satu manusia dalam dunia boleh define
freedom ikut suka kepala mereka, aku still akan define freedom the way Islam
does..."
Whoa oh
oh
Whoa oh
oh (Hello cold world)
"...sebab aku treasure habis Islam tu sebagai agama
aku."
Welcome to our cold world.
<bersambung...>
[Paua Shell V]
I choose my own cold world.
Habiburrahim
No comments:
Post a Comment