Seringkali, apabila ingin berkongsi tentang perkara yang
baik, dan juga ilmu-ilmu yang baik, ataupun nasihat tentang perkara yang baik, kadang-kala
terdapat suara sumbang yang akan menghalang niat suci dan murni kita itu.
Sehinggakan kita kadang-kadang terasa seperti mahu berlari-lari anak kemudian bersembunyi
di balik tiang kerana tak tahan dengan tohmahan dan tombakan daripada
orang-orang sekeliling.
"Eh, hang ni dah la tak belajaq kat Mesiaq sana. Ada
hati nak khabaq kat aku pasai solat."
"Kau ni engineer buat la gaya engineer. Nak belagak
macam ostat pulak. Hak ptuih!"
"Berapa lama kau dah hidup bro? Aku lagi lama duduk
bawah ketiak mak aku. Kau tak layak nak cerita kat aku pasal berdikari."
Dan macam-macam lagi kata-kata yang kurang lazat untuk
dicerna di dalam jiwa raga. Sehinggakan kadang-kala kita termakan dengan
provokasi daripada mereka dan terus sahaja bersetuju dan sain kontrak dengan
mereka membuat akujanji bahawa kita tak akan menasihati atau berkongsi dengan
mereka lagi tentang perkara-perkara kebaikan.
Temanku, ingatkah lagi As-Siddiq, Saidina Abu Bakr? Apabila sinar
cahaya Islam memasuki jiwanya, dia serta merta mengislamkan 6 orang sahabat
yang lain pada hari dia memeluk Islam juga. Waktu itu, Al-Quran berapa kerat
sahaja yang sudah turun? Hadis? Hukum-hakam? Apa yang ada ketika itu hanyalah
Tauhid dan Syahadah. Apabila fahamnya dia dengan Tauhid dan Syahadah,
serta-merta disampaikan pada orang lain tentang apa yang difahami dan
dirasainya.
Kita ini pula, perlu hafaz Quran baru boleh memberi peringatan.
Study agama tinggi-tinggi baru boleh ingatkan tentang kebaikan. Menguasai hukum-hakam
semua baru boleh bercakap tentang Islam. Sedangkan, banyak sahaja sahabat yang
syahid ketika mereka masih belum tahu macam-macam. Iman mereka pula
sangat-sangat solid dan mapan.
Sampaikanlah.
Sampaikanlah apa yang kita faham. Sampaikanlah apa yang kita
tahu. Sampaikanlah apa yang kita rasa. Disamping itu, ingatlah bahawa kita ini insan. Insan itu memerlukan peringatan.
Di saat kita lupa bahawa insan itu pelupa, di saat itulah kita rasa tidak perlu
untuk memberi peringatan. Apabila terlupa
bahawa kita mudah lupa, bagaimana mahu beringat? Kita kadang-kala risau apabila
ilmu itu kurang di dada. Tapi, mengapa mahu risau? Kita ini bukan sempurna.
Banyak pula cacat celanya. Itu sebab kita memberi peringatan. Itu sebab kita
menyeru ke arah kebaikan. Itu sebab kita berterusan tuntut ilmu hingga nyawa di
pembaringan. Jika seseorang menyanyakan kita apa yang kita tidak tahu, cakap
sahajalah kita perlu merujuk dahulu ustaz-ustaz berdekatan. Bukankah di dalam Al-Quran
ada disebutkan,
“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada
manusia, kamu menyeru kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu
beriman dengan Allah.”
‘Ali Imran: 110
Nah. Ayat ini tidak
disebut bahawa sebaik-baik ummah itu ialah mereka yang sempurna tak ada cacat. Sebaik-baik
ummah itu juga bukanlah yang suci dari dosa seperti malaikat. Tapi sebaik-baik
ummah itu adalah mereka yang saling ingat-mengingat. Sebaik-baik ummah itu
ialah mereka yang menyeru untuk taat.
Jadi, marilah kita
sama-sama menyeru manusia untuk membuat kebaikan. Untuk minta orang buang sampah
dalam tong sampah, perlukah untuk melemparkan nas dan hujah? Untuk minta orang
basuh pinggan, perlukah untuk kita ada ilmu setinggi Gunung Tahan? Kalau kita nampak
kesalahan yang common sense, tegur sahajalah kan? Tapi kalau ada nas dan hujah,
boleh sahaja diberikan. Namun, ikutlah siapa yang kita tegurkan. Ada yang
berkesan apabila dimarah, ada yang berkesan apabila berlemah lembut, ada yang
berkesan jika diberikan nas Quran dan hadis, ada yang berkesan jika dikemukan
hujah dan teori, ada yang berkesan apabila kita sering tunjukkan contoh, yang
penting kita gunakan kebijaksaan kita untuk berhadapan dengan pelbagai ragam
mereka yang bernama insan.
Kuah sardin oiiii... Sedap pekena waktu berbuka nanti. [Gambar] |
Sebagaimana orang
yang mempunyai PhD dalam Usuluddin layak memasak kuah sardin, begitu juga orang
yang mempunyai PhD dalam Kejuruteraan layak untuk ajak kepada kebaikan.
*Sekadar membuat contoh untuk kasi sedap bunyinya. Hakikatnya,
tidak kisahla PMR ke, SPM ke, Diploma, Degree, Master atau PhD dalam bidang
apa-apa, semua orang layak untuk menyeru dan mengajak manusia untuk masuk ke
SyurgaNya.
2 comments:
wazakkir, fainna zikra tanfa'ul mu'minin :)
betul....
mostly org selalu salah anggap..
ustaz2/ustazah2 je bagi peringatan nehh...
mentaliti masyarakat cenggitu..
patutnya kita sume wajib menyampaikan perkara baik tak kira pangkat apa sekaliponn..
Nabi ada cakap :
Sampaikanlah peringatan walau sepotong ayat.
Post a Comment