Wednesday, July 3, 2013

Paua Shell [I]

Antler digalas. Winfield dinyalakan, dan terus menghingap bibir. Dihisap dalam-dalam. Asap panas melalui kerongkong, ke paru-paru dan terhembus kembali melalui mulut. Terhembus bersama keluh panjang. Letih.
Britomart Transport Centre
Jarum jam tangan dah menginjak pukul 5 petang. Langit mula melabukan tirai. Langit merah bagai menjemput malam datang. Britomart Transport Centre penuh, tapi tak sesak. Matanya meliar memandang sekeliling di luar transport centre tersebut. Peak hour, semua nak balik rumah.
“Oih!”’
Kepala automatik berpaling ke arah datang suara dari kejauhan. Aishh, dah agak dah mamat snow cap ni lagi.
You still owe me a thank you, you know,” mamat tadi mendekati.
Winfield lagi sekali disedut. Buat-buat tak dengar. Langsung tak dijawab. 
Sombong! Last-last aku jugak yang tolong! “Apa jadi tadi?” Mamat snow cap melibas-libas asap rokok didepan muka.
“Nothing.” 
“Orang tanya, kut-kut boleh buat report polis.” Asap berkepul sengaja dibuat dek.
“Don’t bother.” Muncung topi dibawa ke belakang dengan tangan kiri, tangan kanan masih belum melepaskan rokok.
“Pehal kau tak lepaskan gitar kau je tadi?”

"What, are we friends now?" Winfield ditenyeh di tong sampah sebelum dibuang.

"Kind of."

"Tcchh!" Langkah laju dibawa memasuki transport centre.





Train macam biasa juga, tak penuh. Ada saja rongak. Mamat yang bersnow cap itu duduk berhadapan dengan yang bertopi. Sengaja dipilih tempat tersebut. Malas nak berjenuh cari jauh-jauh. Siren dibunyikan, train dalam keadaan bersedia untuk bergerak. Seperti biasa, yang bersnow cap meraba-raba beg sandang. Sennheiser disumbat ke dalam telinga. Jari mula membelek-belek playlist dalam telefon bimbit. Yang bertopi tadi dah lama memekakkan diri dengan JVC Flats di telinga. Kedua-dua dah hilang dalam dunia masing-masing.

Yang bersnow cap lagi sekali meraba-raba beg sandang di riba. Reeves black sketch pad dengan white charcoal dtarik keluar. Helain dibelek terus ke muka surat yang lakarannya terhenti tadi. Lakaran kepala helang menyapa pandangan. Kedua belah tangan digosok-gosok sebelum jari betul-betul memegang white charcoal. Amalan biasa bila nak mula melukis. Dan dia sendiri perasan, mata pemilik yang bertopi dengan bergalas Antler itu memerhati.

Err... nak tanya ke tak? Ahhh, lantak la. JVC Flats dilurut ke tengkuk. "Kau minat arts?"

Yang bersnow cap pun dah mula senyum lebar sampai ke snow cap. Sebelah tangan menarik Sennheiser earbud telinga sebelah kanan. Kening sebelah terangkat seolah-olah bertanya, ha?? Buat-buat tak dengar soalan tadi.

"Kau minat arts?" Rendah perlahan bertanya.

"What, are we friends now?" Balas balik.

"Tcch!" JVC Flast kembali ke telinga.

Senyum lagi. Haha! Gelak dalam hati. "Strike two!" Sekadar dengar-tak dengar disebut. Ego mamat ni tak ada la tinggi sangat.

JVC Flats dilurut lagi sekali. Kepala ditelengkan ke kanan. "Haa?"

"Minat." Terus dijawab pertanyaan tadi, sengaja mengalih topik.

Lagi sekali jeda mengambil alih ruang kosong perbualan. Hanya bunyi bising train yang kedengaran.

"Uni?" Suara dari yang bertopi menusuk masuk melalui Sennheiser ke telinga di sebalik snow cap. Berminat benar gayanya.

"AU." Auckland Uni. Suara dengar tak dengar sahaja dek bising train menyelang perbualan.

"Course seni?"

"Tak..." Dan perbualan bersambung, tenggelam dalam bising train. Hanya mereka yang mendengar antara satu sama lain.



Terkadang, common ground itu yang merapatkan.






"By the way, aku Sid." Tangan yang bertopi baru nak menghulur salam, walaupun dah lama berbual.

"Wong." Salam bersambut si snow cap.

[Paua Shell I ]
Habiburrahim


No comments:

Gadgets By Spice Up Your Blog