Dahi putih itu lagi sekali rebah ke bumi salju itu. Dan
empat dahi dibelakang turut sama mengikut. Lama mereka dalam keadaan sujud.
Mata sepet yang memerhati dari jauh itu tak berkalih dari tadi. Tangan terus
mencapai DSLR yang tergantung di tengkuk. Lensa dihalakan ke arah perempuan
berlima itu di tengah-tengah gunung salji itu.
Snap! Dan sekeping gambar perempuan berlima itu sedang sujud
terpampang di skrin DSLR. Cheng menarik senyum segaris. DSLR lagi dibawa ke
mata, dihalakan lagi sekali ke lima bersahabat itu.
Angin yang tadi sepoi-sepoi bahasa menambah sedikit
kelajuan. Cheng membetulkan skarf yang terlilit di tengkuk. Diketatkan skarf,
angin sejuk tak tertahan. Sebaik jari telunjuk menekan butang shutter release,
ketul kecil salji hinggap di atas lensa kamera. Angin mula membawa lembut
ketul-ketul kecil salji hinggap di puncak Gunung Ruapehu tersebut. Dingin makin
terasa ke tulang.
Ooooo...kayyy.. Time to go. Hot chocolate dibawa bersama,
berjalan membelakangi lima sosok di tengah salju tersebut.
***
Estima biru itu melewati jalan yang terbentang luas.
Pemandangan padang berbukit bukau berhiaskan biri-biri menjamu pandangan.
Tenang.
Suasana dalam Estima biru itu sama tenang. Sunyi. Radio tak
terpasang. Cheng di kerusi sebelah pemandu pun tak ada nak riuh-rendah membuka
cerita. Wanjiq fokus memandu.
Cheng memandang ke kiri, melihat pemandangan hijau tipikal
New Zealand. Kawanan biri-biri baru sahaja berlalu.
"Air mineral kat mana?" Buat sekelian lama, dari
atas puncak gunung sampailah ke jalan ni, peti suara itu baru mengeluarkan
suara.
"Beg hitam, kat belakang." Wanjiq membalas.
Cheng mencapai air mineral dari dalam beg. Diteguk seteguk
dua, dan dihulurkan ke Wanjiq menawarkan. Wanjiq menggeleng.
"Hari tu ada orang bunuh diri kat Sapphire." Cheng
buka cerita. Sapphire tu apartment sebelah rumah Wanjiq. "Jujur aku cakap, I couldnt put a word to reason his suicide."
Wanjiq sekadar mendengar, tak mencelah.
"But, I know how painful he felt. I know that feel,
feeling jaded at the world and the only thing you could think of at that moment
was to take a fire exit to your life." Cheng menyambung. "Aku pernah
masuk bermacam agama. And if not because of you guys who have given me more than
a pat on the back, aku dah bunuh diri hari tu."
Wanjiq masih belum mencelah. Mata masih pada jalan. Tapi,
dia ingat jelas, saat Cheng cuba bunuh diri tempoh hari.
"Spill mate." Wanjiq meyakinkan.
Cheng memandang Wanjiq. "If god really exists, why does
He allow pain?"
Senyap. Estima masih bergerak pada kadar 90km/h. Wanjiq
tarik nafas dalam-dalam. "Problems, for me, ..." Stereng dipusing ke
sebelah kanan. Estima memasuki simpang. "...are trials to make us nearer
to Him. Klise, aku tahu, but truths always begin with cliche."
Puncak Whakapapa |
Wanjiq memperlahan kereta sebaik mendekati lori
dihadapannya. Cermin sisi dipandang sekilas. "Everything in this world is
meant to have its own reason for existing. Biri-biri, gunung-ganang, salji, rerumput
and even melukut di tepi gantang pun. Even our problems pun ada sebab untuk
diturunkan ke atas kita." Lori dihadapannya dipotong.
"Aku tak rasa, segala macam benda; matahari, bulan
bintang, gunung-ganang diciptakan hanya sebagai lukisan alam, sebagai hiasan
kepada planet bumi ni. In fact, the purpose for their existence is far mightier
than that. Bergantung kepada kita untuk sedar akan cantiknya tujuan sebenar
penciptaan segala makhluk alam."
Pandangan Wanjiq tak beralih dari jalan, sementara Cheng
setia mendengar.
"Take for example, a message in a bottle." Estima
membelok ke kiri, memasuki simpang ke Palmerston North. "Some people might
not recognize the bottle and walk by. Some might ponder upon the beauty of the
bottle that they forget the message inside it. Tapi purpose sebenar bottle itu
adalah mesej yang terkandung didalamnya. Same goes to God's creation. Cantik,
tapi bukan sekadar hiasan alam. We must look beyond those lukisan alam, to see
a far mightier beauty behind the screen; the Beauty of the Creator."
"Situasinya sama dengan segala macam masalah yang kita
lalui. Problems, pain, despair and misfortune come and go. But we tend to
forget to see through the bottles. And when we fail to solve the problem, we
blame Him for not helping."
"Problems, too, are created for the purpose of getting
us nearer to Him. Bilamana masalah datang menjengah, kita lari dari Dia walhal
masalah itu sendiri diwujudkan semata-mata untuk merapatkan kita kepadaNya. At
times of failure, do not get lost in despair. Look through it. Seek for the
message inside the bottle. And you'll eventually witness how only The Creator
of All Power can guide you through the problems."
Senyap kembali. Wanjiq menunggu respon dari Cheng, tapi
Cheng sekadar mengalihkan pandangan ke luar tingkap.
Muslim...
...sangatlah teguh dengan pendirian agama. Cheng monolog
sendiri-sendiri.
Kalau tak, tak adalah sejuk-sejuk pun still boleh solat kat
atas salji tadi.
Mana tak terkejutnya, selesai saja salam kedua, nampak mamat
ni bertenggek di sebelah dengan payung di tangan kiri.
"Sorry, saya ada satu je payung." Terus keluar
bahasa Melayu, takut-takut diaorang seram tiba-tiba mamat out of nowhere buat gaya
Romeo payungkan anak dara orang tengah-tengah orang solat. Malaysians kat sini
kalau jumpa Malaysians memang rasa selamat sikit. Harapnyaa...
Liya masih kedu. Tambah dengan sejuk salji lagi, boleh beku
lidah nak menjerit. Peti suara macam dah menggigil taknak berfungsi, nak duduk
diam je.
Buat seketika, mata sepet tu merenung si mata bulat dengan
senyum kapasiti voltan tinggi. Empat pasang mata di belakang pun turut sama
memerhati si sepet tu. Cheng buat muka selamba. "Kalau saya ada lima
tangan dan lima payung, mungkin saya boleh payungkan semua kot." Pilih
kasih betul payungkan yang di depan. Tapi betul apa aku buat... Kan tengah rintik-rintik
lembut salji, tambah dengan angin, jadi aku payungkan la salah seorang yang
tengah solat ni. Salah ke?
"By the way, kenapa korang solat?"
"Wanjiq..." Salji puncak Ruapehu ditinggalkan,
minda kembali ke dalam Estima biru.
"Yep..?"
"Kenapa korang solat?"
[A message in a bottle]
Life, as we know it, is a Shawshank prison
For Hereafter is your ultimate freedom
Ingat nak buat novel
Guna modal ni
Tapi..
Hmm...
Habiburrahim
2 comments:
sila tulis novel...
truly inspired...
in my opinion, modal ni boleh buat novel. seriously.
Post a Comment