Friday, July 12, 2013

Ahli Ibadah Yang Main-Main





Surat Abdullah bin Al-mubarak kepada sahabatnya al-Fudhail

Wahai orang yang sedang beribadat di dua tanah haram,
Jika kamu melihat kami nescaya kamu faham
Bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.
Orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata,
Sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah
Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia
Sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan
Kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami
Adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan

Telah datang kepada kami sabda Nabi kita
Kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta
Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang,
Dengan asap neraka yangmenyala
Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa
Orang yang mati syahid itu tidak mati
Ini bukan satu dusta

[Abid yang Main-Main]
Penyaksian atas kebenaran
Habiburrahim


Wednesday, July 3, 2013

Paua Shell [I]

Antler digalas. Winfield dinyalakan, dan terus menghingap bibir. Dihisap dalam-dalam. Asap panas melalui kerongkong, ke paru-paru dan terhembus kembali melalui mulut. Terhembus bersama keluh panjang. Letih.
Britomart Transport Centre
Jarum jam tangan dah menginjak pukul 5 petang. Langit mula melabukan tirai. Langit merah bagai menjemput malam datang. Britomart Transport Centre penuh, tapi tak sesak. Matanya meliar memandang sekeliling di luar transport centre tersebut. Peak hour, semua nak balik rumah.
“Oih!”’
Kepala automatik berpaling ke arah datang suara dari kejauhan. Aishh, dah agak dah mamat snow cap ni lagi.
You still owe me a thank you, you know,” mamat tadi mendekati.
Winfield lagi sekali disedut. Buat-buat tak dengar. Langsung tak dijawab. 
Sombong! Last-last aku jugak yang tolong! “Apa jadi tadi?” Mamat snow cap melibas-libas asap rokok didepan muka.
“Nothing.” 
“Orang tanya, kut-kut boleh buat report polis.” Asap berkepul sengaja dibuat dek.
“Don’t bother.” Muncung topi dibawa ke belakang dengan tangan kiri, tangan kanan masih belum melepaskan rokok.
“Pehal kau tak lepaskan gitar kau je tadi?”

"What, are we friends now?" Winfield ditenyeh di tong sampah sebelum dibuang.

"Kind of."

"Tcchh!" Langkah laju dibawa memasuki transport centre.





Train macam biasa juga, tak penuh. Ada saja rongak. Mamat yang bersnow cap itu duduk berhadapan dengan yang bertopi. Sengaja dipilih tempat tersebut. Malas nak berjenuh cari jauh-jauh. Siren dibunyikan, train dalam keadaan bersedia untuk bergerak. Seperti biasa, yang bersnow cap meraba-raba beg sandang. Sennheiser disumbat ke dalam telinga. Jari mula membelek-belek playlist dalam telefon bimbit. Yang bertopi tadi dah lama memekakkan diri dengan JVC Flats di telinga. Kedua-dua dah hilang dalam dunia masing-masing.

Yang bersnow cap lagi sekali meraba-raba beg sandang di riba. Reeves black sketch pad dengan white charcoal dtarik keluar. Helain dibelek terus ke muka surat yang lakarannya terhenti tadi. Lakaran kepala helang menyapa pandangan. Kedua belah tangan digosok-gosok sebelum jari betul-betul memegang white charcoal. Amalan biasa bila nak mula melukis. Dan dia sendiri perasan, mata pemilik yang bertopi dengan bergalas Antler itu memerhati.

Err... nak tanya ke tak? Ahhh, lantak la. JVC Flats dilurut ke tengkuk. "Kau minat arts?"

Yang bersnow cap pun dah mula senyum lebar sampai ke snow cap. Sebelah tangan menarik Sennheiser earbud telinga sebelah kanan. Kening sebelah terangkat seolah-olah bertanya, ha?? Buat-buat tak dengar soalan tadi.

"Kau minat arts?" Rendah perlahan bertanya.

"What, are we friends now?" Balas balik.

"Tcch!" JVC Flast kembali ke telinga.

Senyum lagi. Haha! Gelak dalam hati. "Strike two!" Sekadar dengar-tak dengar disebut. Ego mamat ni tak ada la tinggi sangat.

JVC Flats dilurut lagi sekali. Kepala ditelengkan ke kanan. "Haa?"

"Minat." Terus dijawab pertanyaan tadi, sengaja mengalih topik.

Lagi sekali jeda mengambil alih ruang kosong perbualan. Hanya bunyi bising train yang kedengaran.

"Uni?" Suara dari yang bertopi menusuk masuk melalui Sennheiser ke telinga di sebalik snow cap. Berminat benar gayanya.

"AU." Auckland Uni. Suara dengar tak dengar sahaja dek bising train menyelang perbualan.

"Course seni?"

"Tak..." Dan perbualan bersambung, tenggelam dalam bising train. Hanya mereka yang mendengar antara satu sama lain.



Terkadang, common ground itu yang merapatkan.






"By the way, aku Sid." Tangan yang bertopi baru nak menghulur salam, walaupun dah lama berbual.

"Wong." Salam bersambut si snow cap.

[Paua Shell I ]
Habiburrahim


Tuesday, July 2, 2013

Paua Shell [Prologue]


[Prologue]
Suasana di Britomart Transport Centre tak sesak seperti selalu. Mungkin awal sangat atau mungkin sebab universiti dah mula cuti. Jadi ramai yang hibernasi kat rumah.
Sumber inspirasi
Queen Street's entertainer [Auckland]

Langkah dibawa melalui pintu automatik keluar Transport Centre. Sejukk! Letak beg gitar Antler dibetulkan sedikit sebelum mengeluh panjang. Asap putih keluar bersama keluhan. Langkahan kaki perlahan dibawa ke seberang jalan. 

Langkah berhenti di depan Downtown. Buat seketika, Pandangan dibawa 360 degree ke sekeliling. Pandangan jatuh ke setiap sudut. Downtown di belakang, Sebelah kiri adalah Ferry Building. Sebelah kanan pula jalan utama, Queen Street. Dan di tempat dia sedang berdiri, tempat lalu lalang orang ramai dari Downton ke Queen Street. 

Senyum segaris terukir. Sini memang la port cari rezeki. Merpati, burung camar dan burung apa-lagi-entah terbang ke sana ke mari, menunggu cebisan roti atau makanan dari manusia. Seorang lelaki tengah memasang payung booth kecil NZ Herald, surat khabar disini. Tu tak ambil kira lagi manusia-manusia lain yang tengah sibuk-sibuk bergegas ke meeting, office segala bagai. Memang port mencari rezeki.

"This'll do." Antler diletakkan ke bawah, dibuka luas-luas. Kerusi lipat dibuka. Gitar diriba.

Dan di port yang sama juga, dia mula mencari rezeki...

.

[Paua Shell]
Out of havoc, try to find  your own solace.
InshaAllah, episod satu besok.
Habiburrahim

Gadgets By Spice Up Your Blog