Tweet
Saturday, February 16, 2013
Thursday, February 14, 2013
Vic Firth
Tweet
[Vic
Firth]
14th Feb
it is.
Hailaa...
Love is
but a strong feeling.
Tame it
wisely.
Habiburrahim.
Puan Jameela menggeleng.
Tangan laju menolak pinggan yang dihulur Tok Wan. “Kenyang sangat Ibu. Ini pun
dah masuk kenduri yang keempat hari ini.” Ahhh, cuti sekolah. Tak namanya cuti
kalau tak ada macam-macam kenduri.
“Ramai kahwin hari ni.” Tok
Wan kunyah sireh. “Naik mengah Tok Wan berkejar. Kamu bila Kak Ngah?”
Puuiii! Kaie tahan mulut
dengan tapak tangan. Selamat tak tersembur sirap ni depan muka Tok Wan.
***
“Kelas Math lepas PE.”
“Homework semalam kau dah
siap?”
“Belum.”
“Cantik! Lepas PE, kita
mandi, tukar baju. Lepas tu kita blah.”
“Layan.”
“Pagar depan ke pagar
belakang?”
“Aku dah check pagar depan.
Cikgu sekarang dah strict sangat pasal benda alah ni. Pagar belakang lagi
selamat kot. Aku bawak duit cukup-cukup untuk beli drum stick baru ni. Semalam
survey tengok, Vic Firth memang terbaik. Maple, wood tip. Kira berbaloi la
dengan harga.”
“Skipping one or two
classes ain’t a crime anyway.”
Definisi normal Hayatt dan
Lee of Sekolah Menengah Yayasan Perkasa.
***
“Kaie, on a scale 5 to 3
scale, kau nak bagi berapa?” Sarkastik. Tiya memeluk tubuh. Matanya tak beralih
dari meja makan hujung sana sebelah pelajar putera.
“Negative infintity!” Kaie
mengerling tajam sama ke sebelah sana.
Aihh, marah nampak. “Chill
dude. Kau emo apehal?”
“Mamat tu psiko!”
***
Hayatt membetulkan letak
guitar strap Earnie Ball pada bahu. Lenguh!
“Malam ni Dato’ Keramat
jom?”
Lipat 180 darjah tengkuk
Hayatt berpaling. Gila! “Penat bro. Baru habis jamming kau nak ajak conteng
dinding lagi. Gila!” Mamat ni akal dah tertinggal kat buku Longman kat Kolej tu
ke apa? Sejak tiga empat hari ni tak berhenti siang malam. Vic Firth si Lee tu
ha memang patah la kalau terus macam ni.
“Merungut!” Lee memasukkan
Vic Firth ke dalam beg.
“Hailaa…” Lee ambil tempat
duduk. “Isn’t this obvious?” Hayatt senyum sinis.
“It’s a girl, isn’t it?”
“Hell…no!”
“Really? ‘Cause a boy does
something stupid once sebab memang he’s a boy la kan? Tapi kalau dah sampai berkali-kali,
it’s usually because of a girl.” Hayatt angkat kening. Senyum terukir. “So,
tell me about this girl…”
***
“Sambut junior-junior kat
airport.” Kak Jue memanaskan minyak dalam kuali.
“Then?” Tangan Kaie laju
memotong bawang besar.
“Makan-makan.”
“Lagi?” Bawang besar siap.
Bawang putih dibawa ke atas papan pemotong.
“Kaie bagi pengisian. Pasal
tarbiyyah. Alaa, sentuh sikit-sikit je. Boleh?”
Spontan Kaie memandang Kak
Jue. Kak Jue buat muka selamba. Bawang putih dah berhenti dipotong. Sentap je
Kak Jue ni! Terbeliak mata.
Kak Jue ketawa kecil.
“InshaAllah Kaie boleh.”
“I wish.”
“Dah, jangan nak berdalih.
Kang Kak Jue campak Vic Firth ke luar. Tidur la awak kat luar rumah.”
***
“Gila!”
“Betul la! Aku betul-betul
jumpa dia!” Suara Lee merentas benua ke Adelaide sana.
“Geoffroy Doyon? Kau sure?”
Skrin Skype memaparkan wajah berkerut Hayatt.
“This is Montreal dude.
Memang tempat dia la kan.”
“Gila! Mintak autograph
tak? Untuk aku sekali!”
“Chill. Ernie Ball kau pun
dapat satu.” Senyum terukir di bibir.
“Speaking of Earnie ball,
mathurat dah baca belum?”
Ketawa Lee pecah. “Aku mula
tak nampak kaitan guitar strap kau dengan mathurat.”
“Mata pandang daie, memang
la macam ni kot. Semua nak rabbani je.”
“Haha. Mathurat
pekebendanya, sini baru dhuha.”
“Fine. Dah solat dhuha?”
“Dah, WALID!” Lee angguk.
Hayatt menggeleng sambil
tersenyum.“ Mutaba’ah terisi tak?”
Lee garu kepala dalam
sengih. “Ada satu rongak.”
“Ganti! Kata nak kahwin
kan.”
Siapa kata, dari jalanan ke
sejadah itu mudah.
Kalau mudah, bukan
mujahadah namanya.
***
“Well, try to draw them.”
Kak Jue meletakkan pai ke atas pingan semula. Matanya tepat memandang Kaie.
Huhh?!
“Draw your problems on the
paper. It’ll be a therapy.”
“Kaie tak pandai melukis.
Kak Jue tahu kan.” Tanpa nada Kaie bertutur. Matanya cuba mengelak pandangan
Kak Jue.
“Then make a song. Sing
them. Act them. You know, make a pantomime.”
“Kaie budak commerce la Kak
Jue. Bukan arts.”
“Then spill, I’m all ears…”
***
“Where’s the fire bro? Mana
datang all these sentimental, melancholic tone in your voice ni? Clair de Lune
much?
“Aku tak layan DeBussy.
Make it Beethoven. Moonlight sonata.”
Hayatt ketawa kecil. “Cut
the rhythm la. Apa cerita mushi-mushi sentimental sangat ni?”
“Hmm…entah. Aku cuma..”
Riak Lee tak tertafsir. Jeda menyapa untuk seketika.
“Okay, let’s begin with
this. Do you love her?”
“Aku sendiri tak sure. Love
is but a strong word. Aku tak berani nak kata.”
“Jadi kau tak suka dia?”
“Definisi suka aku bukan
macam budak-budak sekarang punya definisi. Ke hulu ke hilir nak diseretnya
berdua.” Lee tarik nafas panjang. “Dan aku bukan mereka-mereka yang duk tak
habis-habis sembang kencang pasal baitul muslim tapi diri sendiri tak terbela.
Maratib amal boleh hancur.”
Hayatt bagi ruang Lee
bersuara.
“Kalau tu lah definisi
cinta, aku rasa tu masuk kategori cinta kanak-kanak lagi. Mula-mula kecik-kecik
nak mainan Robocop, Ultraman, dah besar sikit nak handphone, dah besar sikit
nak guitar, drum and lagi besar nak kahwin. Life cycle yang mudah. Dan tak kemana.
Cinta dunia, paling jauh boleh capai sampai kutub selatan je. Paling-paling
dapat jumpa Santa Claus.”
“Definisi suka aku kena
bersedia. Not just physically or spiritually, tapi tambah lagi satu. Tak senang
marah dengan family. Sebab kadang-kadang aku sedih bila tengok sesetengah orang
punya lah berat mulut nak bersuara bila dengan mak ayah. Dan baran pun bukan
main tinggi. Kalau dah takat tu dengan family, alamat lingkup rumah tangga.”
Hayatt tersenyum. You’re
one big man bro. “So, aku tanya lagi sekali, you love her?”
“Fifty-fifty. Aku tak sure.
It’s like, half-full half-empty glass.”
“Make it half-full then.”
***
“Leeee!!!” Teriak dari
Adelaide terasa dekat. Sangat dekat. “Kau nak kahwin tak bagitahu aku!!”
Lee senyum sampai ke
telinga. “Balik-balik kerja dah kena dengar vocal test kau.” Tali leher dibuka.
“Kejam! Sampai hati kau nak
kahwin tak bagitahu aku punyalah chaperone kau dari Ice Age lagi..” Hayatt
memandang ke kad kahwin yang bari diterimanya tadi. Fuhh, dari Malaysia Lee
hantar.
“Who said to make it half-full
at the first place?”
Hayatt tersenyum. “Aku
balik Malaysia.”
Mata Lee pada skrin laptop
bagai nak terkeluar. “Jangan nak buat kerja gila! Kau ada kelas.”
“Skipping one or three
classes ain’t a crime anyway.”
Just like old times…
"Buat kecil-kecil je.
Tak ada bersanding pun."
Huhh?! Hayat buat muka
terkejut.
"My wife isn't for
display."
Hayat senyum mengangguk
perlahan. “So, once again if I may, you love her?”
“Love is still a strong
word to me.”
“Head over heels with her?
Fell in love with her?”
“Fell so hard that I even
blamed the gravity.”
Abaikan jika post ini tidak
meningkatkan hamasah,
Tidak menaikkan iman.
Saya target MB.
Mungkin bukan anda.
Thursday, January 24, 2013
Rasulullah SAW
Tweet
Bukit itu
dikerumuni sekalian manusia. Orang pasar, peniaga, pedagang, tak kurang para
pembesar. Kesemua bola mata memandang susuk tubuh tersebut.
Terik
matahari dibuat tak endah. Lelaki tampan itu membuka mulut.
“Wahai Bani
Fihr, wahai Bani Ady, wahai semua kaum Quraisy!” teriakan itu melantun dari
bibir yang tak lekang dengan senyuman. Lantang. Lembut bahasanya. Menyusup
jelas ke dalam telinga sekalian pemerhati.
Penduduk
Quraisy kesemuanya menanti bicara indah Sang Terpuji.
“Apa
pendapat kalian sekiranya kukhabarkan sepasukan berkuda bersenjata lengkap
mengepung, siap menyerbu Makkah dan melumatkannya?”
Bibir
sekaliannya berebut menjawab lontaran tanya itu.
“Kami belum
pernah mendengar khabar dusta darimu Muhammad!”
“Benar.”
“Engkau yang
bergelar al-Amin mana mungkin terlontar kata dusta.”
Dan lelaki
indah itu masih dengan senyumannya. Indah. Terik matahari
menyimbah seluruh tubuh penuh sempurna itu.
“Sesungguhnya,
aku adalah pembawa peringatan dari sisi Allah sebelum datangnya…”
“Tabban laka
ya Muhammad! Alihaadza jama’tanaa?!! Binasa engkau wahai Muhammad! Apakah untuk
urusan seremeh ini kami dikumpulkan?!!” pantas bicara indah Sang Rasul itu
dipotong lelaki tampan berkulit putih, bermata juling dengan telunjuk teracung marah
pada susuk indah di atas bukit Safa.
Dan cemuhan
itu turut diperhati si pemuda di sudut lainnya. Sudut yang sememangnya
berlainan memang. Terpisah oleh dimensi masa dan tempat. Fikirannya menerewang.
Bukan pada bicara hina duri dalam dakwah Islamiyyah itu. Bukan pada bicara
saksi dakwah Baginda. Bukan pada kata-kata yang membenarkan setiap lontaran
suara Sang al-Amin.
Pada tutur
kata sempurna Sang Rasul.
Pada suara
dakwah Sang Rahmat Sekalian Alam.
Mencari
jawapan di sebalik kata.
Mencari jawapan
dengan meletakkannya dirinya sendiri di Bukit Safa.
Apa mungkin
seseorang dari kalangannya sendiri mengaku sebagai pembawa utusan kebenaran?
Bagaimana
mungkin si ayahandanya, atau mungkin jiran tetangga, atau mungkin anak
saudaranya sendiri mengaku sebagai Nabi.
Dan dia mula
membayangkan sendiri perit jerih Baginda SAW.
Entah. Apa
jawapannya?
Apa jawapan sanggupnya Baginda?
Wajahnya
diangkat dari buku sirah tersebut. Baginda Rasul…
Mungkin,
jawapannya helaian yang dikhatamnya berbulan-bulan yang lalu. Pada kisah
kematian Abdullah ibn Ubay, Bapa Munafik sezaman dengan Rasulullah SAW.
‘Umar mengah. Segala perbuatan kejahatan khianat
Abdullah dihemburkan. Dia menghalang. Tegas menghalang.
Utusan
langit itu masih dengan senyumnya. Lembut namun tegas. Tetap pada pendirian
baginda.
Dan saat,
detik itu menyaksikan nuzul at-Taubah, ayat 9.
(Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun
untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai
Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah
tidak sekali-kali mengampunkan mereka yang demikian itu, kerana mereka telah
kufur kepada Allah dan RasulNya dan Allah tidak akan memberi hidayah pertunjuk
kepada kaum yang fasik.
“Hai ‘Umar,”
sabda Sang Nabi, “jika sekalipun Allah memaafkan Abdullah ibn Ubay pada pohon
keampunanku lebih tujuh puluh kali, akan aku pohon keampunan ke atasnya.”
Jawapannya. Mungkin.
Mungkin juga
pada kata-kata akhir Baginda Nabi.
Usia tua
tidak memudarkan senyum indahnya. Wajah itu indah sekalipun di lewat usia. Peluh
bersimbah pada wajah putih Baginda. ‘Aisyah menggenggam erat tangan
RasulullahSAW.
“Apa nasib
ummahku wahai Izrail?” Bibir indah itu lagi sekali menuturkan.
Adin menutup
buku di tangan. Buku sirah. Kalau nak dikira, dah berkali-kali khatam muka-ke
muka. Tapi ada persoalan berlegar pada fikirannya.
Jawapannya pada
satu kata.
Cinta.
Love.
Lyubov’.
Amor.
Kerana cinta
itu agung maksudnya. Tinggi sasteranya. Dalam definisinya.
Dan definisi
cinta itu termaktub dalam setiap inci hidup Baginda.
Baginda cinta
akan kita.
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam"
[al-Anbiya' : 109]
[Rasulullah SAW]
Kerana Baginda mencintai kita
:']
Habiburrahim
Bahasa...skema. Tak pernah buat. Entah. Nak cuba. Aman
Subscribe to:
Posts (Atom)


