<weekly update,stiap selasa..projek experimental Amaluddin and the gang. sori 4 the ketidaksedapan..Mahalla or Mahallya or Mohalla (Arabic: محلة, Persian: محله , Urdu: محله ) is an Arabic language country subdivision or neighbourhood term.- Wikipedia >
Danish mencampak beg galas Levi’s
dan cekak rambut sesampainya di bilik. Bahang amarah terhadap Farisha masih
terasa. Kemeja yang tidak berbutang dilurutkan dari badan, meninggalkan baju
lengan pendek Edwin di badan. Selepas itu, dia menyalin seluar slacknya. Hari
yang panas menyebabkannya rimas untuk terlalu ‘berbalut’. Dia melabuhkan duduk
di hadapan laptopnya. Hamid turut berbaring di atas katilnya. Tangannya
meraba-raba mencari novel dari dalam beg. Masing-masing dengan hal
masing-masing.
Tangan Danish terus menggenggam
tetikus, sambil dilarikan ke kanan ke kiri, atas bawah. Sesekali kedengaran
bunyi klik pada tetikus dan bunyi dia menekan-nekan keyboard.
“Ha,tu dia!
Dah mula dah nak mengadu kat Facebook. Ni lah perempuan, sikit-sikit je nak
mengadu kat Facebook”. Suara Danish memecah sunyi.
“Kenapa
pula dengan kau ni? Tak habis-habis nak cari salah si Farisha tu,” Hamid
faham benar, Danish sedang berbicara tentang Farisha.
“Ye la,
pasal kena sound dengan aku pun nak
kena tulis kat wall Facebook juga
ke?”