Saturday, August 18, 2012

Raya!


Sambungan dari entri lepas, Stargaze.
______________________


"Nak balik raya..."

Jat mengalih pandangan dari iPad di tangan kepada bayi 19 tahun yang melentangkan kepala di atas ribanya. "Kau pun dah berjangkit ke?"

“Berjangkit apa?”

“Manjalitis.”

“Banyak la kau. Rindu rumah la.”

“Ni ha, dengar ni.”

Haikal memasang telinga.

“ [1] Disana mereka akan dihadapkan dengan segala amalan dan menerima balasannya. Berdepan dengan amalan-amalan sendiri kadang-kadang lebih dasyat daripada menerima balasannya. [2]Melihat dan menghadapi amalan-amalan itu sendiri merupakan hukuman yang menakutkan.”

“Tafsir fi zilal, Surah al-Zalzalah?”

“Mak aih, kau hafal?” Terbeliak mata Jat.

“Ayat 6 kalau tak silap.”

“Betul la kau ni genius.”

Haikal tergelak. “Tak la, baru je terbaca semalam. Tu ha, dari iPad kau jugak la.”

“Pinjam tak cakap!”

“Laa..kau yang bagi.”

“Tapi, takut kan?”

“Zilzaal?”

“Ha’ah. Nama pun dah bagi takut. Zilzaal. Gegaran. Sampai dalam ni ada cakap, tiada satu gegaran yang sehebat gegaran Hari Kiamat. Gegaran yang paling agung pernah berlaku. Big bang pun kalah kot.”

“Part tu yang best. Tiada satu kata dalam kamus manusia yang dapat describe gegaran tu.”

“Tapi kan, yang hisab tu sendiri pun sebenarnya dah satu hukuman sebenarnya. Tu belum lagi kena titan sirat lagi tu.”

“Hisab to the limit. Sampai amalan sebesar zarah pun tak terlepas dari perhitungannya. Halus, sampai neraca tu turun naik dengan amalan sebesar atom sekalipun.”

“Ha’ah. Ayat 7 dengan 8. Neraca paling accurate, tak tertanding neraca dalam dunia, kecuali neraca hati mu’min; hati manusia yang terus menggeletar kerana melakukan kebaikan dan kejahatan yang sebesar atom sekalipun.”

“SubhanAllah.”

“SubhanAllah.”

“Jat…,”

“Hmm…?”

“You’re one big change bro.”


Kepada hamba Ramadhani, sedarlah Ramadhan dah pergi. 
Kepada hamba Rabbani, ketahuilah Allah itu dekat, sentiasa melihat akan perbuatan kita.
“Buat apa?” Suara di hujung talian bertanya.

“Ni ha, kemas rumah sikit-sikit. Apa kes call?”

“Rindu kau la.”

“Banyak la kau.”

Ketawa Haikal pecah di hujung talian. “Haha. Tapi, lagi rindu Ramadhan.”

“Ooo, tak rindu aku la?”

“Apa kes jeles dengan Ramadhan. Alaa, dua-dua la aku rindu.”

“Haikal..,”

“Ye..?”

“Agak-agak, kalau kita tadah muka tengok langit yang macam kau selalu buat tu, boleh tengok ke anak bulan?”

“Banyak la kau.”

"Haha. Selamat Hari Raya!"

"Back to you."

[Raya ]
Kullu 'am wa antum bi khair
Taqabbalallahu minna wa minkum
Yours, sincerely,
A mere Habib.
A plain Rahim.
A nothing-special Habiburrahim.

3 comments:

Inspector Saahab said...

subhanallah !

rindu antum !:-)

The Lost Tarzan said...

SubhanAllah!
Terasa nak peluk2 je sekarng ni!

Habiburrahim said...

IS : eh, ktorg dh byk kali berfikir fikir nk jmpe anda wahai inspektor..hehe

Tarzan : err.. jom peluk2..hehe

err..xtw plak entri ni berbaur ukhuwwah. hehe. sbnrnye, nk ketengahkn hijrah rmdhn..hihi

Gadgets By Spice Up Your Blog