Thursday, April 5, 2012

Bijaksini VS Bijaksana


Tatkala perkataan "BIJAK" disebut, ianya pasti merujuk kepada sifat seseorang yang bijak, pandai, genius dan sebagainya yang sewaktu dengannya. Pabila lepasan SPM ditanya akan siapakah yang bijak, maka semestinya mereka akan menjawab, "Mereka yang mendapat keputusan cemerlang".

 Namun hari ini, bukan lah itu "bijak" yang dimaksudkan. Bijak yang dimaksudkan saya merujuk kepada sifat bijak seseorang manusia itu untuk mengatur hidupnya. Ya, bijak untuk hidup.

Maka siapakah mereka yang bijakSINI itu?


Merekalah orang yang bertungkus lumus untuk hidup selesa, senang dan mewah di SINI (dunia yang sedang kita diami dan nikmati). Mereka berusaha mencapai kejayaan DUNIA. Mereka berusaha mencari duit, harta, pangkat dan wanita. Hormat dan redha dipandang tinggi oleh mereka. Mereka senang dengan gelaran yang bagus2, pandangan masyarakat terhadap mereka dititikberatkan. Mereka suka untuk melakukan perkara yang menyebabkan mereka dipuji, dipuja dan dijadikan idola. Mereka sanggup meninggalkan Hablu mina Allah semata-mata untuk memprioritiasi Hablu mina anNas. Mengapa? Kerana pada pandangan mereka, apa yang penting adalah hari ini, hidup di SINI. Yang di SANA mereka tidak fikirkan.

Yang pegawai atasan, bijak mengambil rasuah, pecah amanah untuk kekayaan. BIJAK kan mereka?

Yang golongan bawahan, bijak berbaik-baik dengan pegawai atasan, supaya menjadi favourite employer. Berkata buruk tentang rakan sekerja yang lain, supaya dia dapat naik pangkat cepat. BIJAK kan?

Yang sedang belajar, bijak meniru dalam exam semata-mata inginkan gred yang bagus. BIJAK kan?

Banyak lagi contoh-contoh lain, namun tidak perlu lah saya kemukan semuanya.

Teringat saya pada kisah sahabat saya ketika beliau berurusan dengan seorang seller Lingua*****. Beliau ditipu. Katanya bayaran ansuran bagi produk tersebut tanpa faedah. Namun, setelah menandatangani perjanjian, beliau terlihat akan syarat perjanjian di belakang kontrak tersebut. Dilihatnya ada unsur RIBA'. Justeru dia menuntut penjelasan seller tersebut. Kata seller tersebut,

"Ya benar, riba' itu haram. Tapi tanpa riba' macam mana negara kita nak maju?"

Memang banyak konklusi dapat dibuat dari pernyataan seller tersebut. Dia tak yakin dengan hukum ALLAH. Padahal negara Islam Madinah yang diperintah Rasulullah S.A.W dahulu walaupun tidak mengamalkan riba', tetap dapat maju. Namun, yang ingin diketengahkan disini adalah perihal keBIJAKSINIan seller tersebut, menipu pelanggan, dan bijak menjadikan riba' yang haram tersebut sebagai punca pendapatan. BIJAK kan?

Tapi sejauh mana lah keBIJAKSINIan kita tu. Kalo sekadar hidup senang di dunia, tapi susah di akhirat, baik tak payah.

Yang bijakSANA pula bagaimana?

Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)


*cerdik = bijak

kalo kita BIJAKSANA, sudah tentu kita akan melakukan sesuatu yang selaras dengan hadis di atas, menyediakan diri untuk kehidupan selepas mati. Kita tak akan buat perkara yang menghalang REDHA ALLAH. Kita takkan buat segala sesuatu yang HARAM walaupun ia dapat memberi kita kesenangan.

Anda bagaimana? Mahu jadi BIJAKSINI ATAU BIJAKSANA?

2 comments:

Zeaf I-sahus said...

Barangsiap yang mengejar akhirat, dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina.

Inspector Saahab said...

sangat menarik. keep it up mate :)

Gadgets By Spice Up Your Blog