Tuesday, September 11, 2012

NASIHAT, BUKAN MENGUMPAT

Hazrul terdiam. Bibirnya membeku, lidahnya terkelu. Dia hanya mampu mendengar. Hatinya memberontak ingin menjerit. Tapi dia tahan. Ini bukan masa yang sesuai. Bukan. Bukan di depan orang. Menegur di depan khalayak hanya akan memalukan Aiman. Kelak silaturrahim mereka pula renggang, bukan setakat silaturrahim Aiman dengan Iz. Tidak. Bukan itu yang dia mahu.

"Iz tu kan, sikit-sikit nak berahsia. Pergi mana-mana sorang-sorang. Tak bagitahu. Pastu bila orang ajak keluar, macam-macam alasan. Bila dia keluar sorang-sorang jumpa orang lain boleh pulak!"
Tergambar kemarahan pada riak wajah Aiman.

"Mungkin dia ada hal penting. Mungkin bila kita ajak dia jalan-jalan, kebetulan clash dengan aktiviti dia yang lain yang lebih penting." Aswad cuba menenangkan. "Bersangka baiklah kat dia. Dia kan kawan kita, housemate kita."

"Sampai bila aku nak bersangka baik kalau dia asyik buat perangai macam ni?" Aiman bercekak pinggang. "Kejar orang yang jauh, orang yang dekat dengan dia, makin menjauh. Huh"

"Adalah sebab dia tu. Dia kan jenis pendiam, selalu berahsia. Jangan lah marah sangat."
Aswad. Seperti biasa. Neutral. Tidak mahu berpihak kepada mana-mana pihak. Tapi seboleh-bolehnya dia tak mahu, kawan-kawannya bergaduh. Saling menuding jari. Tidak, bukan itu ukhuwwah yang ingin dibina. Ukhuwwah yang bila ada masalah, seorang perlu disalahkan. Bukan permasalahan itu diselesaikan bersama.

"Macam mana aku tak marah? Dah banyak kali dia buat macam ni. Haritu pergi ceramah Ustaz Azhar Idrus, pergi sorang-sorang. Dia tak tahu ke aku peminat tegar Ustaz Azhar? Dia ingat dia sorang minat ceramah agama. Ish. Video ceramah Ustaz Azhar berlambak dalam laptop aku tahu. Pergi demo Syria pun dengan Ahmad je. Tak ajak aku. Apa muka aku ni jahat sangat ke? Aku ni hina sangat tak layak meluangkan masa bersama dia?"

Aiman sekadar terdiam. Benar, Iz ada salahnya. Dia seolah-olah seringkali mengelak daripada keluar bersama mereka serumah. Tapi apabila ada kawannya yang lain mahu berjumpa, cepat pula, walau terpaksa pergi sendirian.

"Bukan selalu aku boleh jumpa dia. Korang. Kita serumah, tiap-tiap hari boleh jumpa". Seringkali ayat inilah yang terpacul dari mulut Iz bila dipersoalkan tindakannya.

Betul, memang jarang berjumpa, orang jauh. Tapi Iz patut sedar, orang dekat inilah yang menghadapnya setiap hari. Ada masalah, teman serumah lah patut menyelesaikan bersama. Makan bersama, pergi kelas bersama. Ada hal tak dapat ikut program, patutnya beritahulah. Kalau jiran lebih diutamakan daripada saudara sedarah daging yang tinggal jauh, apatah lagi kawan serumah, patutnya lebih diutamakan berbanding kawan yang tinggal jauh. Paling kurang, boleh beritahu, bincang baik-baik.

Hazrul terasa dirinya perlu jua bersuara. Walau Iz ada silapnya, ini bukan caranya. Bukan dengan bercakap perihal sahabat di belakangnya.

Tiba-tiba, merdu laungan azan berkumandang, menandakan masuknya waktu Asar bagi Wilayah Persekutuan dan kawasan yang sama waktu dengannya. Hazrul tersenyum. Syukur. Ini masa terbaik untuk menghentikan perbicaraan ini.

"Aswad, Aiman. Dah asar. Jom, solat dulu." Hazrul cuba menangguhkan perbicaraan sebelum ianya bertambah parah.

Aiman terdiam. Aswad menarik nafas lega. Na'im yang dari tadi sekadar memerhatikan dan mendengar sahaja turut melirik mata, seakan-akan memberi isyarat 'Terima kasih' kepada Hazrul. Dan mereka bergegas bersama ke surau asrama. Berjemaah. Sepanjang perjalanan ke surau, tiada sepatah kata diucapkan. Suasana berubah menjadi sepi.

Berjemaah membina ukhuwwah. [credit]
Usai solat asar berjemaah dan bacaan al-Mathurat, kelihatan Aiman masih diam di penjuru surau. Bersendirian. Aswad dan Na'im telah beransur pulang ke asrama.

"Mungkin ini masa terbaik." 

"Lega?" Hazrul mengusap belakang Aiman, dan melabuhkan punggungnya di sebelah Aiman.

"Eh? Lega?" Aiman bingung.

"Ye lah. Tadi kan ko marah-marah." Hazrul mengukir senyum.

"Hmm. Boleh lah. Tenang la sikit hati."

"Ala bizikrillahi tatmainnul qulub"

"Ha?"

"Surah ar-Ra'du ayat 28. Maksudnya, 'Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia'."

"Ohh. Kau ni. Lain kali cakap lah awal-awal. Ingat apa lah ko terkumat-kamit tadi."

"hahaha"

"Best kan nasihat dari al-Quran?"

Aiman sekadar mengangguk.

"Aiman." Hazrul memulakan.

"Ye?"

"Alang-alang ko pegang al-Quran tu, cuba tengok, al-Hujurat ayat 12"

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

Aiman tertunduk. Malu. Dengan rakannya, dengan Allah.

"Nasihat, bukan mengumpat." Hazrul tersenyum. Bahu Aiman diusapnya. Ayat ringkas, namun penuh makna keluar dari mulut Hazrul. Tutur kata yang lembut dan bait-bait kata yang berhikmah membuatkan Aiman hanya mampu terdiam.

"Nanti kita pergi jumpa Iz sama-sama, ok?"

Aiman mengangguk, tanda setuju.

---------------*------------------

Apa guna sedar kawan buat silap tapi apa yang kita mampu buat adalah memendam, dan mengumpat?
Kan bagus kalau kita boleh cari ruang dan peluang, nasihat.
Kerana pada mengumpat, tiada manfaat. Pada nasihat, silaturrahim terselamat.

Kata ukhuwwah fillah.


7 comments:

Inspector Saahab said...

Subhanallah :')

antum maseh bercuti kah ? >.<

Ir Jinggo said...

err.. tak. dah lama bukak sekolah. eh. universiti.
minggu depan bercuti lagi seminggu >.<

Fishy said...

wah, lama btul saya menyepi drpd mbaca blog ini sbb busy buat visual novel..
ini..ini sungguh OSEM! keep up the good work!

psst.. bminat x utk mnulis ssuatu yg akn di'visual novel' kn?
kalo enta bminat, bole check di sini ok?

http://abthal.blogspot.com/p/join.html

Anonymous said...

Thanks for all of your work on this web page. I am looking forward to reading more of your posts in the future.

Ir Jinggo said...

spacefishy: err. tak layak lagi la.. btw, nice effort!

Fishy said...

ir jinggo: adoi.. berjambangla tunggu enta.. haha

✿INA AINAA✿ said...

Subhanallah.... suka story ni, memberi byk pengajaran dalam hidup saya.. saya pun kdg2 suka prasangka buruk kat orang... sy nk cuba buang, cuma agak degil sedikit perasaan sedemikian... terima kasih

Gadgets By Spice Up Your Blog