Sunday, July 27, 2014

BINARY : LIMA



LIMA

Ayen menghempas beg galas ke sofa. Seterusnya badannya pula. Lecture seterusnya lagi empat jam. Biasanya dia akan lepak di apartment Wawa. Nak diharap dia yang menghabiskan empat jam di library menunggu lecture seterusnya memang mustahil la.

Wawa di lab mungkin. Fikiran separa sedar menuturkan.

Remote controller televisyen dicapai. Terus jari menekan-nekan butang mencari mana-mana program yang boleh lekat dengan mata.

The very beginning of the ayah, Siraat al-lathina, Allah makes us describes the previous people who were successful in crossing the straight, long, difficult journey upwards to Allah…”

Ayen mengangkat kening. Wawa dalam bilik ke? 

“…which subtly shows that the real role models of Islam are not the ones who are still alive, rather the ones who are gone. The graduation ceremony is death. We ask Allah to show us the path of those who have graduated from this life successfully.”

Jari masih lagi menekan-nekan butang pada remote controller. Kepala disandarkan pada kusyen sofa. Tak tergerak nak menjenguk bilik Wawa.

“The next part, ‘an’amta alayhim, is interesting. The word ‘an’ama comes from nu’uma, which refers to softness/relaxed state. It is no coincidence that cows and sheep are called an’aam in Arabic. The relation is that cows and sheep when they move are very relaxed, unlike a tense animal such as a cat. Remember that Allah described this path as a hard path and the tasks as difficult task, and that the higher up the ladder one goes, the harder it becomes to stay there and keep climbing. But Allah then says that the ones who succeed this stage are those upon whom relaxation is bestowed, they are now calm.”

Suara itu sekadar samar-samar kedengaran, namun setiap patah jelas. Volume televisyen diperlahankan.

Ghayri almaghdubi alayhim’ is commonly translated as ‘not the path of those who earn your wrath’ or the like. However, this phrase doesn’t even contain the pronoun ‘your’ and that has greater implications than just a grammatical pattern. Allah does not mention His name to the extent that He does not want His name mentioned anywhere near those whom His anger is thrown upon them.”

“Wawa...” Ayen memanggil. Derap langkah dibawa ke arah bilik Wawa.

And ad-daalleen is usually translated as, ‘those who go astray’. Perhaps a more common contextual translation would describe them as people who are lost. While this is a lesser degree of failure than having everyone’s anger flung at you, it is still failure as they did not get Allah’s guidance."

Daun pintu bilik Wawa dikuak. Ayen menjenguk ke dalam bilik.

“Ayen?” butang pause pada keyboard ditekan. Suara tadi terhenti. Wawa menarik pandang dari skrin laptop. “Laa..kenapa datang tak bagitahu?”

“Aku minta access daripada Nasuha.”

“Nak makan?”

Ayen mengangguk.

“Lauk kat atas meja. Aku dah panaskan lauk dengan nasi.”

Ayen lagi sekali mengangguk. Otak makin ligat mentafsir perkara yang lain selain lauk dengan nasi yang dah dipanaskan.

Butang play pada keyboard ditekan. Lecture kembali bermula.

“And again, in this very last ayah, we vow asking guidance from Him, yet we treat al-Fatihah just like some sort of a subconscious mumble?”


***


Ayen meletakkan wireless headphone di telinga. Namun, suara Jacoby Shaddix yang memekak di telinga langsung tidak masuk ke otak.

“And again, in this very last ayah, we vow asking guidance from Him, yet we treat al-Fatihah just like some sort of a subconscious mumble?"

Terus wajah Wawa bertandang ke fikiran. Haishhh… kepala yang tidak gatal digaru-garu. Apa dah jadi dengan Wawa?

Pertama, makan dalam lif. Mungkin normal kalau nak makan duduk, angkat tangan tadah doa. Tapi...

Yang tu pertama. Tak masuk cerita kedua, semalam, yang dia sendiri ternampak Wawa dengar lecture daripada sheikh mana entah dari laman Youtube. Lecture tentang al-Fatihah mungkin.

Dan ketiga. Dan seterusnya...
Banyak. Sangat banyak. Mungkin berkajang kalau nak disenaraikan semua.

Wawa dah jadi...
…pelik.

Apa dah jadi dengan kau Wawa?

Kepala digeleng berkali-kali. Keluh dihela panjang. Cemburu ke? Atau mungkin sebab Ayen sendiri rasa dia ketinggalan.

Jujur, dia tak selesa dengan keadaan Wawa yang sekarang.

Dan apa dah jadi dengan aku?

***

Wawa menanggalkan cermin mata. Hujung pangkal hidung dipicit dengan dua jari. Pening kian terasa sebaik keluar daripada Science Building. Bahang mentari mungkin.

Langkahan pun jadi terhuyung-hayang. Seketika, tangan meraba menggapai mana-mana objek.

Sekeliling terasa seakan berputar. Mata dah mula berpinar. Apa dah jadi nih?

“Wawa!”

Mata Wawa dalam pinar terus mencari arah suara. Kak Jue… suaranya terlekat di kerongkong.

***

“Ayen!”

Nadhiya yang baru sahaja masuk ke dalam lab menyapa. Ayen automatik berpaling.

“Wawa blacked out!”


[Binary : Lima]
Jujur,
Membesar itu menyesakkan
Mendewasa itu perit
Habiburrahim





Thursday, July 24, 2014

BINARY : EMPAT

EMPAT



“Ayen, bak beg aku.” Wawa menghulur sebelah tangan.

Ayen menyambar beg Adidas biru muda. Cepat dibaling ke arah Wawa. Spontan beg ditangkap dengan sebelah tangan.

“Lambat!” Wawa merengus.

“Tahu.” Siapa suruh tidur kalau dah gap antara kelas hanya satu jam.





Arrrggghh!!

Tak pasti sama ada, jeritan itu berfrekuensi terlalu tinggi sehinggakan telinga Wawa sendiri tidak terdengarkan, ataupun jeritan itu sekadar terlekat di kerongkong. Wawa tepuk dahi dalam hati. Lewat lagi! Balik apartment, ingatkan nak lunchLunch pun tak sempat.

Nak salah siapa. Memang salah sendiri.

Kaki yang melangkah terasa ringan kemain. Tapak kasut yang menjijak tanah pun tak sempat nak berehat saat mendarat. Kurang lima detik, keempat-empat langkahan itu diatur laju ke arah lif.

Lewat. Tambah lagi kelas paling awal Lab Digital Electronics 205. Lagi teruk, lab assistant dapat Sir Jose. Kalau lambat, markah lab melayang. Memang bala!

Wawa mendahului ke dalam lif. Ayen menyusul. Cepat-cepat butang ground floor ditekan kuat berkali-kali. Lif bergerak perlahan.

Wawa membuka zip beg sambil menunggu lif ke ground floor. Sekeping roti dicapai. Sebelah tangan mengaminkan doa makan. Terus dia mencangkung bersandarkan dinding lif. Roti disuap ke mulut. Gelojoh.

Dibawah sedar, lagi tuan punya sepasang lagi mata di dalam lif menelengkan tengkuk memerhatikan. Pelik.

Wawa perasan diperhatikan. “What?? Aku lapar.”



[Binary : Empat]
Mana sama
Dibawah lembayung Islam
Dibawah tempurung gelandangan
Habiburrahim




Saturday, July 12, 2014

BINARY : TIGA


TIGA

“Assalamualaikum akak!” serentak dua suara menyapa.

“Waalaikumsalam.” Kak Jue menyambut salam Wawa dan Ayen. “Masuklah. Ramai yang dah ada.”

Kak Jue ajak mereka qiam di rumahnya. Kebiasaannya Wawa memang liat nak mengikut walaupun Kak Jue yang mengajak. Tapi bila dah ada yang meneman, tambah-tambah si peneman itu ialah Ayen, lagi dia cepat bagi kata setuju.

Wawa mengambil tempat di bahagian kanan sofa, Ayen di sebelah kiri. Beg sandang terus dibuka zip.

“Mangaii…banyaknya.” Kak Jue menegur.

Kedua mereka pecah tawa meraikan. Segenggam DVD dikeluarkan dari beg dan diletakkan di atas lantai.

“Pukul tiga saya kejutkan akak. Akak tidur lah dulu.” Wawa mengoyak senyum.

“Tiga episod, cukup la kan?” Ayen yang masih lagi membelek-belek DVD bersuara.

Kak Jue mencekak pinggang. “DVD dah satu beg, alat mandi taruk mana?”






Qiam berlangsung sehingga subuh. Longlai dibuatnya Ayen. Dah la semalaman tak tidur. Wawa dah awal-awal lagi pengsan. Tak guna, kata nak temankan tengok drama.

Dan pagi itu, selepas Subuh, Kak Jue bagi tazkirah. Maaf Kak Jue, saya memang tak boleh nak paksa mata ni lagi…

“والضالين عليهم المغضوب غير عليهم  انعمت اللذين صراط”
“Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” Kak Jue membacakan terjemahan.

Wawa yang di sebelah Ayen dah menggeleng. Jelingan jatuh kepada dada buku nota si teman yang penuh dengan contengan. Ni mesti terconteng ketika tidur. Keluh panjang dihela. Rusuk kanan Ayen disiku lembut.

 “Ayat ini akak lihat sebagai melengkapi ayat 10 surah al-Balad; ‘Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.”

Dah satu beg penuh dengan DVD, sekarang mulalah nak menumpang baca terjemahan orang lain. Wawa menyibukkan diri menoleh ke Kak Amal untuk turut sama berkongsi. Ayen tak kurang menoleh ke kanan ke kiri tersengguk-sengguk.

“Dalam ayat 7 surah al-Fatihah ini, Allah menerangkan dua tentang perihal dua jalan yang wujud dalam Islam, yang mana, kedua-duanya diilhamkan olehNya sendiri kepada setiap hambaNya.”
“Dalam Islam ada dua jalan yang berbeza dari segala segi. Satu jalan taqwa, dan lagi satu jalan fasik. Satu jalan yang dilalui umat-umat terdahulu yang diredhaiNya, dan jalan yang selebihnya adalah sebaliknya.”
“Fitrah manusia itu sukakan kebaikan, kecantikan dan kebersihan.” Kak Jue makin galak bercerita. “Even baby sendiri reti untuk bezakan susu elok dengan yang dah masam. Masakan ada sosok-sosok tubuh yang mengakui hati mereka berpihak kepada kejahatan.”

Kepala yang tersengguk membawa fikiran kembali kepada sedar. Ayen membuka kelopak mata yang terasa berat perlahan-lahan. Sedar tak sedar, Kak Jue dah bacakan ayat tujuh surah al-Fatihah.

“Osem kan? Sekalipun Allah hamparkan kedua-dua jalan untuk kita, mustahil fitrah kita, yang ditiupkan oleh Allah sendiri, memihak kepada jalan kefasikan. Betapa ar-Rahman itu tidak pernah bakhil dengan syugaNya.”

Ayen menahan mata semahunya.

Patah kata dari peti suara Kak Jue seolah langsung tidak dihadami. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Yang dia tahu, dia langsung tidak tahu menahu hujung pangkal apa yang Kak Jue tazkirahkan pagi itu.

“Tak ada zon kelabu dalam Islam. Samada kita pilih hitam ataupun putih. Tak ada jalan tengah. Samada kita pilih jalan yang Allah anugerahkan nikmat, ataupun jalan yang Allah murkai. Sifir binari hidup ini mudah. Pilih dunia, akhirat syurga. Pilih akhirat, dunia penjara.”



[Binary : Tiga]
Dua jalan
Satu syurga
Sebelah sana durjana


Thursday, July 3, 2014

Love Me Butch



Nike sandang dihempas ke sofa. Badan ikut sama menyusul. Baring, malas.

Mata yang melirik dari muka pintu sekadar memerhati. Ni, dari tempat biasa la agaknya.

"Berapa minit lagi azan?"

"Lagi 15 minit. Dari mana?"

"Dominion road. Diorang ajak busking."

"By diorang, kau maksudkan...?"

"Bebudak Uni Hall. Karl and the gang." Kepala direhatkan malas ke atas kerusi. Tuala kecil diselimutkan ke seluruh kepala. "Nanti dah masuk waktu berbuka, tolong kejutkan."

Ajim sekadar mengangguk.




"Tiadalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan sesuatu yang lebih aku sukai, daripada saat dia jalani apa-apa yang Aku wajibkan untuknya. Dan hambaKu itu tidak puas hanya dengan menjalankan yang wajib sahaja. Maka dia terus mendekat kepadaKu dengan hal-hal yang aku sunnahkan, sampai Aku mencintainya."

  
Dino memulas cili di dalam mangkuk berisi salad. "Mana dapat ulam?"

"Asian market." Ajim sengih. Jadi la salad buat ulam daripada tak ada langsung. "Lagu apa main?"

Dino jungkit bahu spontan. "Entah. Random." Salad dibawa ke mulut bersama nasi. Dikunyah perlahan. "Mula-mula Bittersweet, then Barricade - Love Me Butch..."

"Diorang kenal Love Me Butch?" Belum sempat Dino kenghabiskan ayat, Ajim terlebih memotong.

“Legend kot." Dino sengih.

"Malam ni turun?" Soalan yang turun dari langit gamaknya. Mana apinya?

"Kau gerak la. Panjang. Malas."

"Tak payah buat penuh."

"Imam Pakistan tu tak datang dah?"

"Kan dia dah balik ke Pakistan."

"Kalau imam yang tu aku nak la juga. Dua muka surat rasa macam tiga baris."

Kedua-dua pecah tawa. Tapi ada betulnya. Ah, depends. Ajim jungkit bahu.

"At least kau tak paksa la." Dino menutur rendah. Antara dengar tak dengar. Sayup-sayup ke telinga yang diseberang pinggan.

"Pardon?"

Dino menelan kunyahan. "Approach kau...aku suka."

Ajim sekadar mengangguk.

Dino menghabiskan sisa pada pinggan. Sejurus, pinggan dibawa ke sinki.

"Laaa, dah habis?" Ajim bertanya.

"Beranda jap. Dessert."

Heh! Ajim sengih. Faham benar dengan satu-satunya flatmatenya itu. Beranda. Hirup udara segar la tu.

Dino menyelak pintu beranda. Angin sejuk dari luar menyapa. Haihh, sum-sum tulang pun boleh menggigil ni! "Besok sahur pukul...?"

"5, okay ke?"

"5 minit awal, 4.55 kejutkan, boleh? "

Eh?" Ajim meneleng kepala. "5 minit berkira?"

"Got something to talk with Him." Rokok diketap pada bibir. Sosok itu terus keluar beranda.





"Maka jika aku mencintainya, aku akan menjadi pendengaran yang dia gunakan untuk menyimak. Aku akan menjadi penglihatan yang dia gunakan untuk menyaksikan. Aku akan menjadi tangan serta kakinya yang dia gunakan untuk bertindak dan bergerak." 



"Telur dengan kicap je?" Dino angkat kening.

"Correction : telur, kicap, nasi." Ajim menyaji kedua pinggan berisi sahur di atas kain alas. Dia bersila berdepanan Dino.

"Esok aku masak la camni."

"As you wish Monsieur!" Ajim buat gaya hat off.

Kedua-dua menyelam ke dalam sahur masing-masing.

"So, what'd you talk about with Him?" Ajim memecah sunyi tengah malam.

"Lorh, sibuk!"

"Dosa ke nak sibuk-sibuk?"

"Takut lahir ujub." Dino sengih. "Speaking of which…. apa maksud iman?"

Ajim jungkit bahu. "Definisi aku?"

"Whatever you wish."

"Iman tu..." Ajim buat gaya berfikir, mencari kata. "...termanifestasi dengan amal kot."

Dino angguk perlahan.

"Bilamana yang terbuat oleh kita itu bukan sekadar wajib-wajib saja, tapi melengkapkan lagi dengan amalan sunat, Allah pinjamkan telinga istijabahNya kepada hamba beriman untuk mendengar, penglihatan untuk memasang perspektif kebaikan, kaki dan tangan untuk berjejak atas Siratul Mustaqim."

"Cehh, ayaaattt..!"

Ajim tawa kecil. Telur dicubit sedikit, digaul bersama nasi. Disuap ke mulut.


"Besok sahur kejutkan 10 minit awal, boleh?"


"Jika dia memohon kepadaKu, Aku akan menjawab pintanya. Jika dia meminta perlindungan, maka Aku pasti melindunginya."


[Love Me Butch]
Iman itu kompleks
Ia bangunan-bangunan kewajiban
Terlekap dengan amalan tambahan
Selamat beramal :)
Ramadhan Kareem
Habiburrahim


Tuesday, July 1, 2014

Rimbunan Shalih



Kecil biji awalannya tanpa nilai
Mulaannya meruak akar
Terjalar menyeruak tanah

Sejajar sejalan
Akar yang menghunjam, menggagahkan
Reranting dan daun yang mengintai
Terkokohkan dek mineral nan baja
Terlembapkan tirta

Lantas hasilnya sunnatullah yang niscaya
Terkalahkan kecil biji

Mari memakna Ramadhan dengan menanam biji-biji amal
Sang niat menghunjam mengukuhkan
Terbajakan iman
Terlembapkan ikhlas
Lantas yang menyeruak itu akhlak

Syawal ini,
Mari menuai buahan taqwa
Rimbunan shalih bagi teduhan buana

[Rimbunan Shalih]
Ramadhan Kareem
:)
Habiburrahim


Gadgets By Spice Up Your Blog