Tuesday, April 17, 2012

Mahallah Cinta Ep. 1

<weekly update,stiap selasa..projek experimental. sori 4 the ketidaksedapan..mahallah adalah tmpt tggl,cm hostel kt UIA..cth : Mahalah Ali,mahallah Hafsah>


Herdikan demi herdikan dihambur kepada sang pemakai, tanpa sekelumit rasa kasihan pun. Seluruh mata di dalam kafe tersebut memandang ke arah mereka.

“….cantik sangat ke rambut kau tu, ha?! Ni baju ni,tahun bila punya baju raya kau pakai ni? Eh,aku ada duit la, tak mampu mintak dengan aku. Takde baju lagi ketat ke? Duk tayang sana, tayang sini. ”

 “Ada aku kacau kubur kau ke? Takde kan? Eh, blah la! Aku punya hal la, kau apa kecoh?! Mak bapak aku pun tak bising, siap tolong belikan baju ni lagi.” Sniper berpelurukan air liur berbalas AK47.

Farisha menggenggam penumbuk. Geram. Kalau diikutkan hati, nak je dia balas caci maki mamat senget depan mata ini dengan penumbuk. Nak je dia tarik pensil Pilot kat celah telinga art geek ni, cucuk mata dia. Nak je dia cabut cekak rambut mamat ni buat,salotape mulut mamat archi ni.. Tapi apakan daya, kudrat kaum Hawa membataskan hajatnya. Farisha mengerling mata Danish. Tajam.

Ego Danish membuak-buak minta dirinya untuk tidak mengaku kalah. Belum sempat dia menarik picu sniper air liurnya, Hamid meluru dari jauh menarik tangan kawannya itu.

“Kau ni, buat malu je bergaduh dengan perempuan. Tak malu ke depan orang ramai.” Hamid memulakan leteran.


“Hoi, aku berdakwah la. Aku nak cegah dia dari buat maksiat. Tak tutup aurat.” Danish enggan mengalah.

 “Berhikmah la sikit. Ada ke patut depan orang ramai camtu nak malukan dia”

“Benda haram, kena la cepat-cepat cegah. Selagi dia tak pakai tudung, selagi tu dia tangggung dosa kau tahu?”

Hamid menggeleng, menarik tangan Danish bergerak laju ke arah pintu keluar kafe. Hamid menolak pintu dengan laju, tidak tersedar olehnya seorang pelajar perempuan yang baru sahaja hendak menarik pintu tersebut. Pintu itu tertolak ke arah perempuan tersebut. Perempuan itu terkejut dengan pintu yang tiba-tiba ditolak ke arahnya dan terjatuh ke belakang. Buku-buku dan barang yang dibawa di tangannya terlucut dari pegangan.

“Sorry,sorry. Kitorang nak cepat. Sorry.” Hamid gelabah dan terus melutut untuk menolong mengangkat barang-barang perempuan tadi yang terjatuh.  Danish memeluk tubuh, tidak turut memberikan bantuan. Sempat dia menjeling tag nama perempuan tersebut. 'Student medic'.  

Dari jauh, Farisha menjerit,”Yuhuuu..jalan tengok depan la cik abang..Tundukkan pandangan~ “

Kali ini, giliran Danish menggengam penumbuk. Belum sempat dia mengatur langkah menuju  ke arah Farisha, Hamid menarik laju tangan kawannya ke arah kereta.  Sesekali Danish menjeling ke belakang, menjeling ke arah Farisha dengan amarah yang begitu dalam. 'Siap kau perempuan!'


<bersambung..>

Tatkala nafsu amarah menguasai diri,
Hancurlah iman, terlepaslah redha Ilahi~

"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi , maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." Imam Syafie

4 comments:

Anonymous said...

xleh nk comment lg..nk tnggu smbungan cita ni..

Anonymous said...

hg karang kaa, hg ciplak mana2??

-AM

Anonymous said...

keep updating n notify k..... (cam menarik)

-AM

Faris Nafiah said...

insyaAllah..tnx!

Gadgets By Spice Up Your Blog