<weekly update,stiap selasa..projek experimental. sori 4 the ketidaksedapan..mahallah adalah tmpt tggl,cm hostel kt UIA..cth : Mahalah Ali,mahallah Hafsah>
Herdikan demi herdikan dihambur kepada sang pemakai, tanpa
sekelumit rasa kasihan pun. Seluruh mata di dalam kafe tersebut memandang ke
arah mereka.
“….cantik sangat ke rambut kau tu, ha?! Ni baju ni,tahun
bila punya baju raya kau pakai ni? Eh,aku ada duit la, tak mampu mintak dengan
aku. Takde baju lagi ketat ke? Duk tayang sana, tayang sini. ”
“Ada aku kacau kubur
kau ke? Takde kan? Eh, blah la! Aku punya hal la, kau apa kecoh?! Mak bapak aku
pun tak bising, siap tolong belikan baju ni lagi.” Sniper berpelurukan air liur
berbalas AK47.
Farisha menggenggam penumbuk.
Geram. Kalau diikutkan hati, nak je dia balas caci maki mamat senget depan mata
ini dengan penumbuk. Nak je dia tarik pensil Pilot kat celah telinga art geek
ni, cucuk mata dia. Nak je dia cabut cekak rambut mamat ni buat,salotape mulut
mamat archi ni.. Tapi apakan daya,
kudrat kaum Hawa membataskan hajatnya. Farisha mengerling mata Danish. Tajam.
Ego Danish membuak-buak minta
dirinya untuk tidak mengaku kalah. Belum sempat dia menarik picu sniper air
liurnya, Hamid meluru dari jauh menarik tangan kawannya itu.
“Kau ni, buat malu je bergaduh dengan perempuan. Tak malu ke
depan orang ramai.” Hamid memulakan leteran.
“Hoi, aku berdakwah la. Aku nak cegah dia dari buat maksiat.
Tak tutup aurat.” Danish enggan mengalah.
“Berhikmah la sikit.
Ada ke patut depan orang ramai camtu nak malukan dia”
“Benda haram, kena la cepat-cepat cegah. Selagi dia tak
pakai tudung, selagi tu dia tangggung dosa kau tahu?”
Hamid menggeleng, menarik tangan
Danish bergerak laju ke arah pintu keluar kafe. Hamid menolak pintu dengan
laju, tidak tersedar olehnya seorang pelajar perempuan yang baru sahaja hendak
menarik pintu tersebut. Pintu itu tertolak ke arah perempuan tersebut. Perempuan
itu terkejut dengan pintu yang tiba-tiba ditolak ke arahnya dan terjatuh ke
belakang. Buku-buku dan barang yang dibawa di tangannya terlucut dari pegangan.
“Sorry,sorry. Kitorang nak cepat. Sorry.” Hamid gelabah dan
terus melutut untuk menolong mengangkat barang-barang perempuan tadi yang
terjatuh. Danish memeluk tubuh, tidak turut
memberikan bantuan. Sempat dia menjeling tag nama perempuan tersebut. 'Student medic'.
Dari jauh, Farisha menjerit,”Yuhuuu..jalan tengok depan la
cik abang..Tundukkan pandangan~ “
Kali ini, giliran Danish menggengam
penumbuk. Belum sempat dia mengatur langkah menuju ke arah Farisha, Hamid menarik laju tangan
kawannya ke arah kereta. Sesekali Danish
menjeling ke belakang, menjeling ke arah Farisha dengan amarah yang begitu
dalam. 'Siap kau perempuan!'
<bersambung..>
Tatkala nafsu amarah menguasai diri,
Hancurlah iman, terlepaslah redha
Ilahi~
"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi , maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." Imam Syafie
4 comments:
xleh nk comment lg..nk tnggu smbungan cita ni..
hg karang kaa, hg ciplak mana2??
-AM
keep updating n notify k..... (cam menarik)
-AM
insyaAllah..tnx!
Post a Comment