Monday, March 26, 2012

Senyumlah untuk kebahagiaan anda

"Nak bagi derma? Tak nak laa... Miskin la aku nanti. Dahla duit aku ni semua bapak aku yang bagi. Sori la bro."

Ayat yang biasa keluar daripada mulut kita yang bukannya bermaksud tak nak berkongsi kemewahan dan kebahagiaan dengan orang lain, tapi takut kelebihan yang kita telah kecapi itu akan pergi dan hilang begitu saja. Dalam kata lain, kita ni belum faham lagi betul-betul konteks memberi kepada orang lain.

Sebenarnya apabila kita memberi kepada orang dengan penuh keikhlasan, tanpa menginginkan sesuatu daripada manusia sebagai balasan, ingatlah bahawa Allah je yang akan balas semua tu. Kalau kita memberi kepada orang lain, contoh yang mudahnya senyuman la kan. Kalau kita tu dapat menenangkan hati orang yang terima sedekah percuma daripada kita yang berbentuk senyuman tu, maka secara automatik kita pun akan rasa bahagia disebabkan senyuman itu. Biarlah orang tu balas balik dengan pandangan tajam yang ada aura membunuh ke, ataupun membalas balik senyuman kita dengan memandang kita macam orang pelik yang berbau busuk sebab tak mandi dari minggu lepas. Tapi, kalau kita berikan senyuman yang ikhlas, insya-Allah, kita sebenarnya memberi ruang untuk rasa bahagia tu bertapak di hati kita yang penuh dengan taman permainan ni. Bila kita senyum, percayalah yang kita telahpun berusaha menghilangkan sebahagian dari masalah hidup kita.


Tolonglah percaya... Tolonglah percaya... Tolonglah percaya...

Saturday, March 24, 2012

ALHAMDULILLAH

"Hidup ini tumpang menumpang. Di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan petani, ada ikan yang dicari nelayan, ada ayam yang dipelihara penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi untuk kita. Alangkah kerdilnya kita di bumi Allah S.W.T..... maka siapakah kita untuk menderhaka serta menolak agama Allah?

(Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)


Damai dan menyegarkan. Kelihatan segerombolan burung gagak berterbangan di angkasa raya mengintai ngintai di permukaan bumi untuk sesuap nasi. Sungguh gigih dan bersemangat. Benar la kata pujangga, usaha tangga kejayaan. Eheh. Angin sepoi sepoi bahasa bertiup lembut menenangkan hati yang duka dan lara. Daun daun kering gugur sungguh mengasyikkan mata memandang.

Subhanallah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Pandang la ke kiri, ke kanan dan ke kiri lagi maka lintaslah dengan selamat. Erk. Wahai umat manusia, lihat lah sekeliling mu, lihat dengan mata hatimu bahawa setiap ciptaan-Nya adalah untuk kita. Mengapa kita masih tidak bersyukur? Ciptaan sekecil zarah hinggalah sebesar besarnya, segala mak neka yang ada di langit dan dibumi adalah untuk kemudahan kita, mengapa kita masih segan silu untuk memanifestasikan rasa syukur kita? Mengapa dan mengapa?

Ego? Hipokrit? Kurang ajar? Melampui batas?
Usah tunjuk belang mu. Sesungguhnya Dia lebih Hebat.
Atau kita masih lagi mencari tanda tanda kebesaran-Nya? Adakah kita masih lagi ragu ragu akan kebenaran agama-Nya? Atau usia kita masih muda untuk berbalik ke pangkal jalan? Sesungguhnya perkara yang paling dekat adalah mati. Adakah kita bersedia? Mengapa kita masih gagal meluahkan rasa syukur?


Dan di bumi terdapat tanda tanda kebesaran Allah bagi orang orang yang yakin. Dan juga pada dirimu sendiri. Maka adakah kamu tidak memerhatikannya?
(Az-Zariyat :20-21)

Mungkin ada yang ingin membantah.
Saya akur bagi yang merasakan dirinya sudah cukup mengimpelentasikan rasa syukur kepada-Nya. Soklan, berapa lamakah masa yang kita ada digunakan untuk menyempurnakan tugas tugas sebagai khalifah? Bagaimana pula dengan masa untuk beribadah. Berapa lamakah? Tepuk dada, tepuk tangan dan tepukla segala galanya dan fikirkan.
Memadaikah?
Saya bukan ingin menimbulkan provokasi di sini tapi sekadar member peringatan kepada para pembaca dan sudh pasti pada diri sendiri. Ye emang benar, khubur lain lain kan. Tapi bagi kita yang mengetahui akan kebenaran ini, kita telah menjadi saksi dan seorang saksi hendaklah melafazkan kesaksian nya, atau kalian tidak pernah tahu kita adalh para saksi?

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Wallahu’alam

Friday, March 23, 2012

Yang Penting Usaha, Yang lain Belakang Kira

Di sebalik tangisan gembira calon-calon IELTS dan peperiksaan lain yang memperoleh keputusan yang cemerlang tatkala keputusan diumumkan tanggal 7 Jun 2012 dan tarikh2 yang berkaitan, ada yang menangis kesedihan. Ada yang ingin bersendirian, rasa ingin menangis semahu-mahunya dek kerana mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, yang below expectation or below requirement


Adakah kerana usahanya kurang? Atau mungkin dia tidak cukup pandai? 

Tidak semestinya begitu. Ada yang dah study bagai nak rak, namun keputusan tidak seperti yang diharapkan. Tidak kurang juga pelajar pintar harapan, namun gagal utk live up to the expectations. Tidak kurang juga yang mengambil mudah akan IELTS itu sendiri, yang akhirnya menyesal di kemudian hari.

TIDAK ADIL

"Dia belajar, aku pun belajar. Tapi kenapa dia mampu dpt band 8, band 8.5 (because 9 is impossible, eheh), kenapa tidak aku?"

"Allah tidak adil!"

Allah tidak adil? betulke?

Takdelah,, ALLAH itu MAHA ADIL. Sebelum kita mempersoalkan tentang keadilan ALLAH (yang sememangnya tidak dpt dinafikan), cuba check diri kita. Siapa kita?

Bukankah kita ini hanyalah hamba?

Gadgets By Spice Up Your Blog